BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 30, 2009

Hebatnya Hidayah


Mungkin ini artikel yang terakhir untuk tahun 2009, mungkin juga artikel terakhir untuk tahun baru Hijrah 1431 dan juga berkemungkinan artikel yang terakhir dalam hidup aku yang bernama pakcik. Segalanya berkemungkinan kerana tiada jaminan untuk hidup pada minit-minit terakhir (kalo dalam istilah bola sepak, masa kecederaan).

Minggu lepas, bersempena cuti krismas...pakcik ambil kesempatan untuk meraikan cuti 3hari dengan melawat saudara di bandar Kinrara, Puchong.
Berkesempatan bersolat di surau kariah tersebut, pakcik sempat berbual dengan seorang saudara baru. Abdul Rahman bin Abdullah. Seorang berbangsa India berwarganegara India. Orang sangat tenang, jelas terpancar nur di wajah beliau walaupun baru menganut islam sejak bulan Mei lepas. Dia sudah pintar untuk membaca fatihah dan al-ikhlas. Cukup ikhlas saat kedua ini dibacanya. Beliau bercerita kisah keislamannya, berkisar tentang betapa indahnya islam. Pakcik dapat melihat air mata mula bergenang di kelopak matanya.

Mujahadah beliau membuat keputusan memeluk islam, dihina dan disindir oleh saudara dan kenalan. Meninggalkan anak isteri yang masih dalam kekufuran.

"saya tak peduli apa dorang cakap, tapi saya mau share saya punya rasa manis sama dorang".Airmata beliau mula bercucuran. Pakcik masih bijak menahan genangan air mata.

Mungkin kamu kurang faham maksud kata-kata beliau.."saya tak peduli apa dorang cakap, tapi saya mau share saya punya rasa manis sama dorang". Abdul Rahman sebenarnya sudah merasai indahnya islam, dia mahu keluarganya turut sama menerima islam, turut sama diberi hidayat. Hebat kau ya Abdul Rahman.

Abd Rahman boleh membezakan rasa daging yang disembelih kerana Allah atau tidak. Hebat anugerah Allah kepada beliau. Pakcik, rasa daging kambing dengan daging lembu pun belum dapat membeza.

Pakcik bersyukur dapat mengenali Abdul Rahman. Darinya pakcik belajar berfikir soal hidayah. belajar bersyukur dianugerahkan hidayah. JazakAllah

Dec 23, 2009

MAngkuk LU aka MALU


"di satu sudut dalam gerabak komuter yang bergerak perlahan dari hentian Mid Valley megamall menuju ke hentian Serdang, kelihatan dua orang remaja yang belum sah nikahnya sedang bercumbu-cumbuan. Terlalu asyik berpelukan. Asyik berciuman. Ramai mata yang memerhati.


Ada yang memandang jijik perbuatan ini seraya berdoa dalam hatinya, moga Allah memberikan hidayah kepadanya dan kepadaku.

Ada yang memandang jijik perbuatan ini seraya berdoa dalam hatinya, moga Allah memberikan azab kepadanya.

Ada yang memandang khusyuk perbuatan ini seraya berbisik dalam hatinya, kalaulah aku dapat amoi/balak ni kan seronok.

Ada yang sekadar memandang.

Seakan terpanggil, seorang lelaki bertubuh kurus menegur si lelaki sasa dan si amoi seksi.

Semua mata tertumpu kepada tiga makhluk ini, si kurus, si sasa dan si amoi seksi
Si sasa dan si amoi seksi terasa malu dan kembali memarahi si kurus.

"agak2la nak tegur pun, hikmah la sikit, jangan jatuhkan maruah orang, malu la kami"

Sketsa di atas adalah kisah benar dalam imaginasi diriku yang bernama parkchick. Amoi dengan balak dia adalah watak sampingan dalam cerita ni. Watak2 lain tu semua parkchick. yang bersangka baik pun parkcik, sangka buruk pun parkcik, pdg jijik pun parkcik, pandang syok pun pakcik.yang teguq tu pun pakcik (tapi dalam berangan je la, iman lemah).

Perasan tak moral cerita ni. Moral dia hangpa cari la sendiri.yang pakcik nak cerita di sini adalah sifat MALU. Malu ngan Iman adalah selari....kalo iman lemah, rasa malu pun lemah....kalo rasa malu lemah, iman pun lemah. saling berkaitan. Perasaan malu yang buatkan kita tahan diri dari berbuat maksiat. Bukan kita tak buat maksiat sebab malu tapi kerana iman dalam diri kita yang buat kita malu.

Si balak dan amoi kata depa malu, jatuh maruah ditegur depan orang. Nampak tak? depa masih ada rasa malu lagi walaupun depa takmalu pun dok baiknya masyukkk depan orang. Rupanya pandangan mata depa dah dibelenggu, depan dihijab, belakang dihijab, kepala didongok. bila si kurus (pakcik la tu, dalam angan) teguq...depa mula rasa malu.macam orang yang mengigau berjalan, smpai depan Tv dia mula nak kencing..bila orang kejutkan dia..mulala malu..samala ngan situasi ni. Tak sedaq diri wat kerja takmalu depan orang, macam orang yang dah takde kemaluan dah..bila kena teguq malu pulak.ish3.

tula sedikit sebanyak peri pentingnya sifat malu. so, usahakan sifat malu dalam diri anda.

Pakcik pun malu sangat3 bila orang teguq kesalahan pakcik.
Rasa sangat disayangi Allah.
Bestnya

TQ Allah...TQ Allah...TQ Allah

Dec 16, 2009

Hujan_Panas_Nyamuk_Itik_Katak dan AKu

salam alaik...


hujan? saban hari hujan
tanah dah jadi berlumpur
longkang dah jadi bertakung
lopak dah jadi kolam
nyamuk asyik mengeram
itik gahirah menyelam
katak timbul tenggelam

panas? saban hari panas
tanah dah pecah merekah
longkang dah kering kontang
lopak dah pecah bertebaran
nyamukasyik bermuram
itik merintih kepanasan
katak mencuka masam

kejap panas, kejap hujan? saban hari bersilih panas dan hujan
tanah seketika berlumpur, seketika pecah merekah
lonkang sebentar kering sebentar penuh
lopak seketika bertakung, seketika pecah bertebaran
nyamuk sekejap mengeram, sekejap bermuram
itik seketika meyelam seketika bermuram
katak sekejap menyelam timbul, sekejap mencuka masam

aku kering ketandusan dalam hujan yang mencurah
aku basah mengigil dalam panas yang mencerah

Nov 15, 2009

Down syndrome or “Down syndrome”


Syndrome ni berlaku bila berlaku masa-elah kecik je kat kromosom dalam genetik kita yang kesan dia sangat besaq. Manusia normal dia akan ada 23 pasang kromosom aka 46 kromosom ,23 dari mak dia dan 23 lagi dari bapak dia. Tapi orang yang kena down syndrome ni dia ada pertambahan dalam kromosom dia, tambah satu je pulak tu (sakit ati la xdak partner), la ni kromosom jadi 23 pasang+1 aka 46+1. Pertambahan ni terjadi kat kromosom 21 (istilah sains dipanggil trisomy 21). Yang peliknya si minah 23 ni didatangkan dalam pakej 23 kromosom, xdak pulak yg datang 23+1 atau 23 ½. So, bukan salah ibu mengandung. Yang pelik tapi benar, si mamat beckham pulak yang berenang dengan flagella tunggal, memang sah-sah pakai jersey 23.bukan 23+1 atau 23 ½. So, bukan salah bapak tak pakai tuttttttt (xlepas lembaga penapisan, susah a nak ngajaq cmni..semua nak tauliah).

Maknanya semua orang ada potensi untuk mendapat anak yang mengalami down syndrome. Risiko dia 1 baby dari 800 kelahiran. Yang berketurunan ada penyakit ni dinasihatkan membuat pemeriksaanlah kat janin kamu ye. Yang kawin lewat sangat tu hati-hati la, risiko hangpa nak dapat anak yang syndrome ni agak tinggi berbanding yang kawin muda. Kawin muda jangan kata takdak risiko,ada…orang kawin muda berisiko dapat anak ramai. Kalau anak kamu 800, bermakna sorang ada kemungkinan kena penyakit ni. Kawinla muda-muda, cepat-cepat dapat baby, insyaAllah sihat. Syukur, alhamdulillah.


Syndrome dikesan berlaku kat alam rahim lagi, so bila lahir memang dah ber-syndrome. Budak yang ada syndrome down biasanya kan mengalami masalah seperti berikut (sikit je sebagai contoh);

1. Fizikalnya pendek

2. Kecacatan mental yang ringan/sederhana

3. Penyakit jantung kongenital

4. Kecacatan pertumbuhan bahagian pencernaan (contohnya xdak dubur)

Dari segi sains, kalo baby lahir xdak syndrome ni maknanya sampai ke tua la dia tak kena syndrome ni, sebabnya… Syndrome dikesan berlaku kat alam rahim (copy paste ayat kat atas). Tapi hangpa yang lahir dalam keadaan normal seadanya..jangan hepi sangat…hangpa pasti akan mendapat jangkitan “Down syndrome” jugak. Kalo tak hari ni, esok hangpa kena…tunggu masa ja. Punca penyakit nil eh jadi macam-macam…contohnya; frust bercinta, kena marah ngan bos, gagal peperiksaan, prob bertimpa-timpa, diuji ngan macam2…so hangpa kena sedaq simptom2 penyakit ni.

Symptom dia sama cam Down syndrown kat atas tu. Budak tua yang kena “down syndorme” biasanya kan mengalami masalah seperti berikut;

1. Fizikalnya pendek (fizikal pendek=tak berkeyakinan), malas je nak kerja, malas nak belajaq, pendek kata malas serba-serbi, rasa down je…”down syndrome” la tu

2. Kecacatan mental yang ringan/sederhana (hanpa akan meracau-racau, nak fikir pun buntu, cakap sorang2, dunia terasa gelap-gelita padahal terang-benderang, terasa sunyi dalam keriuhan, mandi takbasa, rasa down je…”down syndrome” la tu

3. Penyakit jantung congenital (jantung berdegup pun ala2 je, muke pucat je tak cukup oksigen, badah lemah2 sebab tak dapat oksigen, lemau la senang cakap, rasa down je…”down syndrome” la tu

4. Kecacatan bahagian pencernaan (hangpa mula makan xlalu ataupun makan berlebih-lebih, jarang buang air, kentut busuk, , rasa down je…”down syndrome” la tu

Kalo hangpa dah mula rasa ada gejala-gejala ”down syndrome” ni, cepat-cepat p berubat sebelum terlambat. Tak kira nak mandi bunga ke, mandi sunat ke, mandi kerbau ke…watla pepatut.

*si mamat beckham (dulu kat real Madrid , beckham pakai jersey nomoq 23)

pck-selalu gak kena "down syndrome" ni, nasib baik leh kawal.

Nov 11, 2009

Hikayat labah-labah yang terikat dengan tali pusat. Hendak diputuskan takut terjatuh. hendak disimpan makin berbau.padahal dia mampu buat sarang

Binatang atau kawanan binatang yg takboleh diteguq ni,payah la nak ceghita. Hangpa kata "A" dia kata "B". Bila hangpa start kata "B" dia mula nak kata "A" pulak. Selalunya sudu yang lebih dari kuah. Berfalsafah dan berhujah mengikut selera.


Kalau dia jadi itik, dia kata ayam bodo nak berenang.
Tapi time dia jadi ayam, dia kata itik pengotoq dok sudu ayaq acaq.

Dia start dok kutuk kambing bau hamis bila time dia jadi kerbau.
Tapi bila dia jadi kambing, dia dok kutuk kerbau pengotoq suka berkubang lumpuq.

Kalau dia jadi kelawaq, dia kata ayam bengong sebab suka bangun awai pagi.
Tapi bila dia jadi ayam dia start dok kutuk kelawaq gila suka tidoq siang.

Dia start dok kutuk gajah minum berdiri bila time dia jadi anjing.
Tapi bila dia jadi gajah, dia dok kutk anjing suke makan sambil berjalan.

Kalau dia jadi unta, dia kata keldai pemalas sebab lembap bila bergerak.
Tapi bila dia jadi keldai dia start dok kutuk unta yang suka mengawan.

Dia start dok kutuk babi bernajis berat bila time dia jadi siput babi.
Tapi bila dia jadi babi, dia dok kutuk siput babi lembap tapi pengkhianat.

eiiiiiiiii...gelila kalo baca isu-isu yang bermaharajalela skg nie.nak muntah pun ada,kesian pun ada. pakcik minta maaf ye ayam, itik, kambing, kerbau, kelawaq, unta, keldai, anjing, babi dan siput babi.kamu tu tamsil je.kamu tu satira.kamu tak salah kan.

pck-suke gak borak ngan binatang dan pokok.

Nov 9, 2009

Astaghfirullahal'azim...(ku-urut2 dadaku)


Selepas mendengar isu-isu ini dibangkitkan, pakcik mulanya meletakkan persepsi bersangka baik kepada PAS. mungkin BN sengaja mengada-adakan cerita. Namun bila terdapat pengakuan sendiri dibuat oleh YB PAS pakcik menggeletar. Entri ini ditulis sejurus selepas membaca tulisan di blog YB Zukifli Nordin. Biar apapun alasan, jantung pakcik seakan menbatu, tangan menggeletar sewaktu menulis entri ini. Astaghfirullahalazim...



pakcik: masih menggeletar. terfikir
apakah pakcik yang tak mengerti atau
sifulan yg terlebih mengerti,
apakah pakcik yang jahil atau
sifulan yang terlebih berilmu,
apakah pakcik yang tak mengerti hakikat perjuangan atau sifulan yg terlebih mengerti hakikat perjuangan.
moga Allah memberikan daku dan seluruhan umat ini "pencerahan".

Nov 6, 2009

Senyum simpul

Topi paksa pemakai senyum





CALIFORNIA: Seorang pelajar berjaya menghasilkan topi berteknologi tinggi (gambar) yang akan memaksa pemakainya sentiasa tersenyum.

Topi itu mampu mengesan riak wajah pemakai dan mencucuk jarum tajam ke kepalanya jika berhenti senyum.

Pereka topi, Lauren McCarthy menyatakan, senyuman boleh membuatkan kita dan orang di sekeliling kita rasa lebih bahagia.

“Topi ini adalah satu daripada siri rekaan untuk membaiki hubungan masyarakat,” kata McCarthy yang kini belajar di Universiti California. - Agensi

pakcik-boleh pulak macamtu ek...huhu


Nov 5, 2009

Diskaun?Aminnn...

Diskaun PTPTN pada pemegang ijazah kelas dua atas


KERATAN Kosmo! keluaran semalam.


KUALA LUMPUR - Pelajar yang memperoleh keputusan ijazah kelas dua atas mungkin diberikan diskaun amaun pembayaran balik pinjaman pelajaran yang diperoleh daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan itu kini dalam pertimbangan kementeriannya atas dasar ia boleh memberi kesan positif daripada segi pembayaran balik pinjaman.

"Saya rasa diskaun itu boleh menggalakkan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang termasuk ijazah kelas dua atas,'' ujarnya di sini semalam tanpa mahu mengulas kadar diskaun yang mungkin diberikan


Pakcik-hmm..minta2 la diluluskan dan besaq dia punya diskaun.aminnn.

Oct 13, 2009

Ku-tahu asal-mu

Ni contoh selipar tu.selipar asal tak bagi izin untuk bergambar



Selipar jepun terangguk-angguk dipaksa menapak. Pakcik mulai musykil apabila selipar jepun itu mulai mengeluarkan ritma bunyi. Dangdut...raggae...klasik..Entahlah.Pa
kcik tak dapat meneka, genre muzik apa yang sedang dialunkan.

Entahlah...malam tadi Pakcik dengar suara menangis di hadapan pintu rumah. Bersama hati yang mulai takut dan jantung yang kuat bedegup, pakcik kuakkan pintu rumah yang kian memburuk. Oh kasihan...selipar buruk itu mulai menangis. Pakcik rapatkan selipar Pakcik ke sisi selipar jepun itu, tangisnya mulai reda. Pakcik memang mengharapkan selipar pakcik memujuk selipar jepun itu kerana pakcik tidaak mengerti bahasa selipar.
Ni selipaq pakcik

Pakcik takut selipar jepun itu menangis lagi malam ini. Pakcik yakin selipar pakcik tidak mampu lagi memujuk. Pakcik kini sedang bermentera

"wahai selipar jepun, selipar keramat...terbanglah kamu kepada tuanmu. Aku tahu asal-usulmu. Dari getah engkau dijadikan. Janganlah engkau mengganggu keturunan selipar-ku. Nyah kau"

Untuk pengetahuan insyaAllah petang ni (jumaat, 16/10.09), pakcik akan melakukan upacara untuk memulangkan selipar jepun tu ke tempat asal dia. Nun jauh di utara tanah air.

Oct 8, 2009

karya aku bukan parkchick


Anonymous said...

malam ini bulan bercahaya penuh,
dan hatiku tinggal separuh,
kerana bias cahaya bulan terlindung dek awan hitam,
angin sepoi bertiup membelai jiwa,
aku yakin hatiku akan bercahaya penuh,
kerana awan hitam kian mengengsot ditiup angin,
tapi aku cemburu pada bintang yang rapat bersinar,
namun cemburuku untuk seketika,
kerana hakikatnya bintang-bintang hanya mesra dari jauh,
direnung mendalam jarak mereka cukup jauh,
aku bersyukur kerana masih dapat melihat bulan bercahaya,
aku bersyukur kerana masih dapat melihat bintang berkedip.
aku ulangi aku bukan parkchick.

Anonymous said...

hehe...

Awan berarak disorong angin lalu,
Bulan mulai tersipu malu,
Menjeling awan yang jauh,
Hatinya berbisik mohon dilindungi,
Malunya terdedah secara penuh,
Dalam terkesima merenung bulan penuh,
Bulan beredar menjadi separuh,
Tatkala ini...hatiku mulai penuh.

aku bukan parkchick


aku pernah dipukul abah,
aku pernah dimarah abah,
aku pernah diejek abah,
aku pernah tengking abah,
aku pernah ejek abah,
aku pernah marah abah,
aku pernah persoal abah 'adakah aku anak pungut'
aku rasa aku buat benda yang betul,
abah yang salah.
aku yakin aku buat benda yang betul,
abah yang salah.
satu..
dua...
tiga..
semudah itu tanggapan aku pada abah berubah.
abah adalah abah terbaik untuk aku.
pukulan abah masih aku terasa tetapi ironinya pukulan itu terasa di saat aku di ambang membuat salah.
marah abah masih aku terdengar tetapi ironinya marah itu muncul di saat aku di ambang berdosa.
ejekan abah masih berbisa tetapi ironinya ejekan itu tiba di saat aku lemah tanpa motivasi.
kini abah tak lagi marahkan aku,
kini abah tak lagi mengejek aku,
kini abah tak lagi menengking aku,
kini aku yakin
dulu aku buat benda yang tidak betul,
abah yang betul.
dulu aku buat benda yang salah,
abah tak bersalah.

hehe.saja nak kongsi pengalaman.confirm aku bukan parkchick

Oct 2, 2009

Sudah turun-temurun bercakap soal turun

Salam alaik.
Allah turunkan iblis ke dunia atas kebiadapan mereka yang enggan taat.
Allah turunkan Adam dan Hawa ke dunia sebagai jalan tarbiyah mereka.
Allah turunkan agama sebagai jalan hidup.
Allah turunkan rasul sebagai penunjuk jalan.
Allah turunkan kitab sebagai rujukan dan bekalan.
Allah turunkan hujan untuk menyuburkan tanah-tanah yang gersang.
Allah turunkan sakit sebagai asbab pengampunan dan tanda kasih-Nya.
Allah turunkan macam2 untuk kesenangan manusia.
Tetapi...
Manusia masih sibuk bercakap soal
Turunkan harga minyak
Turunkan harga gula
Turunkan harga tol
Turunkan pangkat sipulan
Turunkan kuasa si pulan
Turunkan berat badan
Turunkan macam2
Sehinggakan...
Manusia lupa untuk bersyukur
Manusia lupa untuk bercerita hebatnya Allah
Manusia lupa untuk mengikut indahnya Rasul
Nantikanlah...
Bala yang akan diturunkan
Musibah yang akan diturunkan
Kezaliman yang akan diturunkan
Dajal yang akan diturunkan
Ya Allah,
Ampunkanlah aku
Ampunkan kami
Selamatkan aku
Selamatkan kami

Sep 17, 2009

Surat-ku untuk-mu


Parkchick bin Torquechick

No. 25 Jalan Kaki,

Taman Cewek, Lorong Ayam

010684, Ahli Mangku Bumi.

1 Syawal 1430 Hijrah

Assalamulaikum,

Menemui tetamuku, saudara Ramadhan yang kini berada di hujung perjalanan. Semoga kedatangan surat ini tidak mengganggu perjalanan saudara. Moga-moga saudara sihat-sihat hendaknya. Tujuan Parkchik menulis surat ini ialah untuk melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur atas kesudian saudara hadir menemani hidup Parkchick. Walaupun pertemuan kita tidak lama tetapi Parkchick amat-amat menghargai kehadiran saudara.

Rasanya masa terlalu cepat berlalu. Masihkah saudara ingat sewaktu mula-mula saudara sampai ke pondok buruk parkchick. Maafkan parkchick kerana kurang bersedia untuk menyambur kehadiran saudara Ramadhan. Parkchick akui dan akur semua itu adalah atas kelemahan dan kecuaian Parkchick. Maafkan Parkchick kerana bersikap acuh tidak acuh sewaktu menyambut kehadiran saudara. Jika saudara perasan riak wajah Parkchick sewaktu itu, Parkchick seakan gusar dengan kehadiran saudara. Moga-moga saudara dapat memaafkan kesilapan Parkchick.

Sewaktu sepuluh hari permulaan saudara menemani Parkchick, terasa suatu suasana yang sangat tenang. Ketenangan yang belum pernah Parkchick rasai sebelum ini. Ingatkah lagi saudara, sewaktu kita bersama-sama pergi bersolat tarawikh. Parkchick masih ingat teguran saudara kepada Parkchic, saudara meminta Parkchick supaya ikhlas dalam beramal dan bersegera ke arah kebaikan. Parkchick takkan lupakan malam-malam yang saudara kejutkan Parkchick. Sekali lagi saudara menegur parkchick kerana membazir waktu untuk makan dan minum. Kata saudara, Parkchick terlalu menghabiskan masa untuk makan dan minum. Parkchick naik angin mendengar teguran saudara, tetapi saudara bijak mententeramkan parkchick. Kini parkchick bersyukur kerana teguran saudara membuatkan Parkchick bangkit dari lena yang panjang.

Begitulah berlalu hari-hari kita bersama. Pernah pada suatu pagi, saudara mengejutkan Parkchick untuk bangun. Mungkin kerana perut ini terlalu dipenuhi makanan, prarkchick susah untuk bangun. Kata-kata semangat yang saudara bisikkan ke telinga Parkchick memaksa untuk Parkchick bangun. Dengan mata yang terpejam, Parkchick membonceng saudara untuk berjemaah. Hujan yang turun tiba-tiba membuatkan Parkchick hiba. Satu peristiwa yang menyentap hati Parkchick juga telah berlaku. Peristiwa yang menyedarkan Parkchick kepada hakikat kehidupan dan kematian. Parkchcik menangis mengenangkan kesudahn hidup Parkchick. Masih banyak pengalaman yang Parkchick ingin kongsikan bersama kamu tetapi “biarlah rahsia”. Parkchick pasti saudara Ramadhan masih ingat dendangan lagu itu.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Di saat surat ini ditulis, air mata Parkchick terlalu murah. Parkchick akan sentiasa mengingati dan merindui kehadiran saudara. Moga-moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi. Segala nasihat dan tunjuk ajar saudara akan tersemat kukuh di hati Parkchick. Berjumpa lagi di lain waktu.

Sahabatmu,

Parkchick

(Friendship forever).

pakcik- Saat kamu-kamu baca surat ni, parkchick dah balik kampung dah. Rumah pakcik takdak internet, kita berjumpa lagi lepas cuti. Pakcik cuti seminggu..hahaha. Selamat hari Raya, Maap zahir Batin, Terkasaq bahasa hangpa maapkan la ye, Terlaser bicara hangpa maapkan la ye, termengumpat hangpa maapkan la ye, kalo ada hutang cikit2, halalkan la ye, termakan ke, terminum ke, terguna barang tanpa ijin ke. kalo ini entry terakhir pakcik, hangpa abadikan kenangan ni sebagai kenangan manis.

Sep 14, 2009

Mamat, Syurga dan Dot3

(sebuah kisah perjalanan Mamat, banyak kali Mamat suruh pakcik post entry ni..pakcik cakap pakcik takut kena ISA, pakcik takut kena "boooooo", pakcik takut dituduh munafik...pakcik takut la Mamat, tapi sudahnya pakcik post jugak)


Gerak kaki Mamat menghayun langkah melintasi sebuah perkampungan di pinggir sebuah benua. Mulut Mamat terkumat-kumit sambil di tangannya adalah sekeping lembaran yang bertinta. Mamat lagaknya terlalu asyik membaca dan memahami tinta-tinta yang tercoret pada lembaran itu.

Kata/PeribahasaTakrifSumber
penyokong1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong.Kamus Pelajar
penyokong2 orang yg memberikan sokongan atau bantuan; penolong.Kamus Pelajar
penyokong1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka.Kamus Dewan Edisi Tiga
penyokong1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka.Kamus Dewan Edisi Empat

Menjelang dinihari, Mamat memasuki sebuah penempatan yang baharu. Tatkala kaki kanan melangkah melepasi persempadan kampung yang baharu itu, lembaran tadi dilipat rapi lalu di semadikan ke dalam kocek bajunya, di sebelah dada kiri, dekat di hati. Mamat berjalan melewati lautan manusia yang sibuk berhimpun mengerumuni pondok-pondok yang tersergam.

Mamat memasuki ruang legar pondok yang sulung. Pada pintu gerbangnya tertulis Pertubuhan Mizan. Ramai di kalangan masyarakat pondok itu memakai penutup kepala berwarna hitam. Agak unik. Ketibaan Mamat disambut dengan paluan kompang mesra dan salam yang bertaut. Mamat memasuki ruang di dalam pondok, matanya sibuk meninjau. Mamat puas meninjau lalu keluar mengambil angin segar. Serentak terpacul wajah Mamat di luar pondok, mulut mamat spontan menjerit ke arah Tok Batin pondok itu;

'Penyokong Mizan tak boleh masuk syurga'.

Jeritan Mamat disambut oleh jeritan penyokong-penyokong dari pondok sebelah-menyebelah. Penyokong-penyokong di pondok 'Pertubuhan Mizan' naik berang lalu mengejar Mamat. Mamat berlari-lari anak ke pondok sebelah. Hasratnya mahu memohon perlindungan. Hati Mamat berbunga, datangnya bersambut. Tepukan bergemuruh. Mamat mendongak ke langit, membaca tinta yang dicoretkan pada pintu gerbang pondok itu. Pertubuhan Roket, Mamat mengeluarkan buku catitan dari kocek bajunya. Dituliskan patah kata roket sambil hati bertanya, apakah mafhum roket? Mamat diapit, diiringi masuk kedalam pondok Roket. Seketika waktu, Mamat keluar sambil berjalan laju menuju ke arah pintu gerbang. Sesampai di muka pintu, Mamat berteriak;

'Penyokong Roket tak boleh masuk syurga'.

Anjing-anjing hidup dilepaskan dari kandang-kandang Pertubuhan Roket buat mengejar Mamat. Mamat berlari-lari anak menuju ke pondok yang baharu. Mamat beryukur kerna dia selamat dari kejaran anjing-anjing Roket. Pertubuhan Khusuf aka Kusuf. aka? Mamat sekali lagi mencatatnya di buku catitan. Ahli-ahli di pondok ini senyum mencuka kepada Mamat. Mamat tidak mengendahkan mereka lantas masuk meninjau ke pondok mereka. Seketika, Mamat berlai-lari anak seraya berteriak;

'Penyokong Khusuf tak boleh masuk syurga'.

"Boooooooooooooo". Gerangan bunyi apakah itu? Ahli-ahli penyokong Khusuf membuat hadangan dan halangan di jalanan. Mamat menepis dan melompat. Mamat bersyukur, buat kesekian kalinya dia terselamat dari kepungan manusia itu.

Pertubuhan Qamar. Inilah pondok terakhir di perkampungan ini. Mamat disambut dengan layanan masam-masam manis. Perempuan-perempuan mereka sangat cantik, hati Mamat berbunga. Mamat melarikan pandangan dari perempuan-perempuan cantik itu. Lantas kaki melangkah masuk ke pondok di situ. Mamat keluar sambil tersenyum. Mamat memecut lari dan menjerit;

'Penyokong Qamar tak boleh masuk syurga'.

Lelaki-lelaki di situ menjerit memaki-mahun Mamat. Munafik...munafik...munafik, kata mereka. Mamat sempat mencatatkan kata munafik pada buku catitannya. Perempuan-perempuan cantik tadi turut menjerit ke arah Mamat. Hati Mamat berbisik, 'cis, kurang cantik rupanya'. Ahli-ahli Qamar mengejar Mamat, Mamt berlari laju. Di depannya ahli-ahli Khusuf membuat hadangan. Mamat membelok ke kanan, ahli-ahli Mizan menunggu garang. Mamat berpusing berlari ke belakang, anjing-anjing Roket menyalak garang. Mamat terkepung.

Mamat ditangkap dan diseret. Kaki, tangan, mulut dan matanya diikita. Tetapi telinga Mamat masih dapat menangkap kata-kata jeritan;

Mansuhkan ISA
BOooooooooooo
Satu Malaysia
Ganyang Malaysia
Reformasi
Hudud
Zina
Tuduh zina
Fitnah
Korupsi
Sweeping Malaysia
Munafik

Mamat menghafal bait-bait kata ini kerna tangan berikat untuk mencatat.

Mamat dikurung dalam sangkar yang berbau najis. Mata Mamat sudah dibuka tali yang mengikat tetapi mulut, kaki dan tangan mamat masih berikat. Di dalam sangkar diletakkan pisang sesikat. Mamat teringin untuk makan kerana perjalanan ini amat memenatkan, perutnya kosong tanpa diisi tetapi telingan kenyang dengan kata makian. Mamat mendengar jeritan paduan empat suara dari luar sangkar.

"Mengapa penyokong kami tidak masuk syurga"

Mereka mengherdik Mamat meminta jawapan.

"cepat, jelaskan wahai munafik"
"cepat, jelaskan wahai pengzalim"
"cepat, jelaskan wahai racist"
"cepat, jelaskan wahai ekstremis"

Mamat mahu bersuara tetapi apakan daya, mulut masih berikat. Angin kuat bertiup merungkaikan ikatan mulut Mamat. Merungkaikan ikatan pada tangan dan kaki Mamat. Mamat bangkit berdiri, mengeluarkan lembaran bertinta dari kocek. Membelek-belek untuk seketika. Mamat bersuara;

"Wahai manusia dari kumpulan roket, kamu berbeza pegangan iman-mu dengan iman-ku.Kamu tak boleh masuk syurga selagi kamu berpegang teguh kepada iman-mu"

"Wahai penyokong dari kumpulan Mizan, kumpulan Qamar dan kumpulan Khusuf, ramai penyokong-mu yang pegangan iman-nya sama dengan imanku tetapi masih kedapatan di kalangan penyokong-mu yang berpegang pada iman yang lain, penyokong kamu yang sedemikian tak boleh masuk syurga"

Suasananya sepi seketika. Angin bertiup lagi. Sangkar yang mengurung Mamat terbuka, tatkala penyokong-penyokong kumpulan Mizan, kumpulan Qamar dan kumpulan Khusuf dan kumpulan Roket masih termanggu-manggu. Mamat membuka langkah seribu, beredar dari situ sambil menjinjing sesikat pisang.