BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 16, 2009

Hujan_Panas_Nyamuk_Itik_Katak dan AKu

salam alaik...


hujan? saban hari hujan
tanah dah jadi berlumpur
longkang dah jadi bertakung
lopak dah jadi kolam
nyamuk asyik mengeram
itik gahirah menyelam
katak timbul tenggelam

panas? saban hari panas
tanah dah pecah merekah
longkang dah kering kontang
lopak dah pecah bertebaran
nyamukasyik bermuram
itik merintih kepanasan
katak mencuka masam

kejap panas, kejap hujan? saban hari bersilih panas dan hujan
tanah seketika berlumpur, seketika pecah merekah
lonkang sebentar kering sebentar penuh
lopak seketika bertakung, seketika pecah bertebaran
nyamuk sekejap mengeram, sekejap bermuram
itik seketika meyelam seketika bermuram
katak sekejap menyelam timbul, sekejap mencuka masam

aku kering ketandusan dalam hujan yang mencurah
aku basah mengigil dalam panas yang mencerah

3 comments:

aishah_conteng_je said...

"basah menggigil dalam panas yang cerah"

=)

welcome back pakcik,

Ahmad Syahril said...

Salam alaik...

lama dah singgah blog hg...

thnks dtg kenduri aku aritu...

nanti insyaAllah aku mai kenduri hg pulak... :)

p/s: kalo tandus dlm hujan... pi main hujan... kalo basah dlm panas... pi jemur lama2... heee...

ika sofiyah said...

kalau kering dikala hujan...
dan basah menggigil dikala panas;
maksudnya kamu tak lapok dek hujan tak lekang dek panas.
katak, itik dan nyamuk akan mula jeles.