BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 28, 2008

IsU bAbI

Sekali lagi dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan Negara kita, isu BABI menjadi perbincangan yang cukup popular. Bermula dari meja-meja kedai kopi hinggalah menjadi topik hangat pada persidangan parlimen. Tulisan ini bukanlah untuk membuka lembaran atau bibliografi seekor BABI tetapi sekadar teguran dan pandangan. BABI kembali menjadi isu apabila seorang YB begitu gembira apabila perjuangannya untuk mendemokrasikan penternakan BABI berjaya. Gendang dicanang ke sana kemari menceritakan kejayaannya itu. Maka bangkitlah YB dan mantan-mantan YB yang dahulunya dihentam habis-habisan kerana berlembut tentang isu BABI ini. Dipendekkan cerita seorang YB yang dahulunya menghentam habisan-habisan itu kini dijadikan proksi demokrasi BABI. Lucu, rakyat mahukan perubahan dengan memilih YB yang lantang menghentam BABI tapi hari ini mengatakan dia meneruskan legasi YB yang lepas. Hasilnya tiada perubahan yang dibawa. Kalau YB dahulu meluluskan pusat disko takkan dia meneruskan legasi dengan menambah pusat disko. Sama saja. Fikir-fikirkanlah sebelum BABI melancarkan demonstrasi menuntut hak demokrasi mereka.

Apr 23, 2008

cabaRan sEorang MuFti-Dr. MAZA

video

Apr 22, 2008

Biar Jasa Jadi Kenangan

video

NASi dan BUBUR

Sejak kebelakangan ini, isu “nasi menjadi bubur” seringkali terpapar di media akhbar. Ada pemimpin yang mencadangkan tindakan segera perlu dilakukan untuk mengelakkan ”nasi menjadi bubur” dan ada yang mencadangkan menyelamatkan ”nasi sebelum ia menjadi bubur”. Sehinggakan sesetengahnya terlupa jati diri dan akhlak melayu islam dalam menegur kesalahan saudaranya. Perbuatan menuding jari atau menyatakan pendapat secara terbuka sebenarnya akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Perbuatan membuat kenyataan secara terbuka sama ada menyokong atau membangkang sebenarnya adalah perbuatan menambahkan air ke dalam nasi. Tidak usahlah bercakap untuk mengelakkan atau menyelamatkan nasi dari menjadi bubur sedangkan perbuatan yang dilakukan ialah menambah air ke dalam nasi . Sepatutnya mereka duduk semeja dan berbincang secara terhormat. Ironinya dalam keghairahan pemimpin dan ahli UMNO menyatakan pendirian masing-masing, mungkin mereka terlepas pandang situasi semasa yang menunjukkan ”nasi akan menjadi bubur” pada bila-bila masa sahaja. Krisis makanan global perlulah diambil perhatian, harga beras yang meningkat perlu dipantau dan suatu mekanisma terbaik perlu dijalankan bagi menangani masalah ini. Stok bekalan beras mungkin bertahan hanya beberapa bulan, mungkin selepas ini rakyat Malaysia perlu menambahkan air ke dalam nasi supaya menjadi bubur bagi menjimatkan beras. Demi mendapatkan makanan manusia sanggup melakukan pelbagai cara, lihatlah rusuhan yang berlaku di Haiti yang menyebabkan lima orang maut. Semuanya berpunca dari kenaikan harga beras. Mujurlah krisis ini timbul pada saat kita mempunyai seorang menteri yang berwibawa, Datuk Mustapha Mohamed. Faham tentang isu nasi menjadi bubur dan kemungkinan menjadikan nasi sebagai bubur, beliau merangka strategi dan tindakan yang boleh dikatakan efisien bagi menangani masalah ini. Syabas Datuk. Inilah contoh pemimpin yang mempunyai kepimpinan.

Assalamualaikum...
i'm a new blogger. welcome to my blog.