BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 23, 2009

tAAT VS TakSuB

Boleh Jadi, Penyamun Jual Penyangak
Disiarkan pada Jun 29, 2008 dalam kategori
Isu Semasa, Politik

Tokoh agamawan atau cerdik pandai sebesar mana pun mereka jika diselubungi dengan ketaksuban akan membunuh penilaian yang rasional dan ilmiah. Hasil daripada ketaksuban itulah akhirnya diwarisi oleh pengikut hingga sesetengah mereka enggan berfikir melainkan apa yang difikirkan oleh tokoh pujaan mereka sahaja.
Taj al-Din al-Subki (w. 771H) yang merupakan tokoh ilmuan besar dalam mazhab al-Syafi’i. Sumbangannya dalam kepada dunia kesarjanaan tidak boleh dinafikan. Tetapi kadang-kala sikap yang begitu kuat untuk mempertahankan mazhab pegangannya telah menyebabkan beliau mengeluarkan pandangan atau pendirian yang seakan meminggirkan penilaian ilmiah.
Antaranya, kata beliau: “Adapun Hijaz, semenjak mazhab al-Syafi’i muncul sehingga ke hari ini kesemuanya berada dalam tangan Syafi’iyyah (pengikut mazhab Syafi’i). Mereka menguasai jawatan kehakiman, jawatan khatib masjid, jawatan imam di Mekah dan Madinah. Orang ramai semenjak tahun 563H berkhutbah dan bersolat di Masjid RasululLah s.a.w. atas mazhab sepupu Nabi iaitu Muhammad bin Idris (al-Imam al-Syafi’i). Mereka qunut semasa solat subuh, menjaharkan (menjelaskan) bacaan basmalah (bismi Allah), menunggalkan iqamah dan berbagai lagi. Sementara RasululLah s.a.w. hadir mendengar dan melihat itu semua. Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafi’i adalah mazhab yang benar di sisi Allah”.) (Al-Subki: Taj al-Din ‘Abd al-Wahhab, Tabaqat al-Syafi’iyyah, jld 1, m.s 283, Beirut: Dar al-Ma’rifah t.t.)

Jan 21, 2009

10 years before "MERDEKA"-pandangan golongan berhaluan kiri-(2)

Jan 13, 2009

10 years before "MERDEKA"-pandangan golongan berhaluan kiri

Jan 11, 2009

BoyCott iSrael


Jan 7, 2009

kEjaM.............

Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.
Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.
Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel
.

Jan 5, 2009

Korban kerana agama?...korbankan agama?

Hari ini dan di saat ini saudara muslim kita di bumi Palestine sedang dihujani bom-bom yang gugur dari langit suci ambiak. Badan dan tubuh bangsa kita bergelimpangan ditiup peluru bermata. Bangkit kesedaran seantereo alam untuk menunjukkan rasa simpati kepada saudara di palestine. Surau di tempat pa'cik membuat bacaan qunut nazilah hampir setiap waktu solat, ada bangsa arab yang belajar di sini mahupun bangsa melayu teresak-esak menangis. Simpati mengenang nasib saudara yang dikejami bangsa Zionis. Ada masyarakat kita yang mengadakan demonstrasi, menngadakan tunjuk perasaan, bersepanduk mengutuk kekejaman bangsa israel serta melahirkan rasa simpati kepada bangsa palestine. Bagi pa'cik, penderitaan yang mereka alami tak sederita saudara kita di bumi Malaysia. Kesedihan pa'cik terhadap saudara di palestine tak sesedih kesedihan pa'cik kepada saudara di negara kita ini. Saudara di palestine berkorban dan terkorban untuk agama...janji Allah pasti bersama mereka. Saudara kita di bumi Malaysia mengorbankan agama...janji Allah jua pasti menanti. Di saat kita bersedih, berduka dan berdoa untuk saudara di Palestine jangan pula kita lupa untuk bersedih, berduka dan berdoa untuk saudara di Malaysia. Di Palestine, kehidupan nazak untuk agama...Di Malaysia, agama nazak untuk kehidupan.renungan buat diri dan seluruh umat.

MenanGGung piLu


Disebalik kaca aku melihat,
Kerana islam, saudaraku dipijak dan dicaci,
Oleh bedilan dan letupan meriam,
Puak zionis penzalim insan,

Daging-daging ini dihancurkan berita maut,
Tulang-temulang digigit pilu,
Aku bersahabat sahut menyahut,
Berarak aku, mereka bersepanduk,
Merentangkan rasa sedih dan pilu,
Namun sedih ini masih tertahan,
Kerana islam, saudaraku terkorban.

Didepan mata aku melihat,
Kerana saudara, islamku dipijak dan dicaci,
Tiang agama digoncang sesuka hati,
Sunnah digumpal, dicampak ke lantai,
Mereka yang bersepanduk turut bersama,
Sedihnya ghaib bersama sepanduk,
Sedihku tidak tertahan lagi,
Kerana saudaraku korbankan islam.

Jan 1, 2009

TahUn BAru

Assalamualikum w.b.t

Maha Hebat Allah S.W.T, Allah S.W.T dengan limpah rahimNya masih memberikan kita kesempatan berhijrah ke tahun yang baharu 1430 H bersamaan 2009 M. Bertaubatlah atas hari-hari yang telah berlalu. Moga Alalh mengampunkan hayat yang lepas dan merahmati hayat yang masih bersisa.