BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 5, 2008

Lebah Vs Lalat


Memilih antara Lebah dan Lalat (2001)

Lebah…
Sejuta kemanisan darimu,
Mengerumuni bunga-bungaan,
Mengutip kekeramatan yang makruf,
Demi penyebaran kebenaran yang tulus.

Lalat...
Sejuta racun darimu,
Mengerumuni bangkai-bangkai,
Mengutip kekeramatan yang mungkar,
Demi penyebaran batil yang nyata.

Lebah dan lalat...
Lahirmu dari keluarga yang sama,
Tetapi jauh benar bezamu,
Seumpama permatang dan lebuhraya,
Menjadi vektor pahala atau noda.

Teman...
Bijaklah dalam pemilihanmu,
Antara lebah dan lalat,
Supaya ketemu jalan yang lurus,
Semoga terhindar jalan yang sesat.

Dec 3, 2008

SeMinar PropoSAl..ITA-UPM

"seminar proposal" untuk program master dan Phd. yang tengah "presenT" ni ex-junior aku masa "1st degree" dulu.

BuRung MakAn PaDi

maTi semut kerana Gula,

burung sangkut nak makan padi..hehe

kesian dia.

En. Yunus (staf UPM) menunjukkan teknik meracun bersama-sama seorang pembantu penyelidik (RA)

Lokasi: Plot sawah, Ladang 10 UPM

Dec 2, 2008

GuRinDam Taubat


Hancur hatimu melihat umat,
Rungsing fikirmu melihat gelagat,
Diperut gua Rasul bermunajat,
Memohon pertolongan Penguasa sejagat.

Umat bermuamalat memecah jiwa,
Hatimu Rasul dihimpit kecewa,
Kau tinggalkan umat ke laut gelora,
Diperut ikan engkau berdoa,
Akhirnya Allah terima jua.

Aku gembira bersama sahabat,
Bergelumang nista serta maksiat,
Allah membuka pintu rahmat,
Diperut maksiat aku bertaubat.

AwaLulKAlaM...


Bismillahirrahmanirrahim...saat ini nyawa yang masih bersisa membawa kita ke kehidupan yang seterusnya.Hari ini 1 Disember 2008 bersamaan 3 Zulhijjah 1430 Hijriah. Renungkanlah sisa-sisa yang masih berbaki ini...moga ianya tak membawa kita kepada kerugian. Ujian dan musibah yang terus-menerus menimpa memutikkan keyakinan bahawa Allah masih memberi kita ruang dan peluang untuk bertaubat. Segerakanlah menuju ke pintu taubat sementara ia masih terbuka. Salam Zulhijjah buat tetamu Allah, 10hari awal Zulhijjah ini merupakan hari yang terbaik sepanjang tahun,jangan lepaskan pelunag ini..banyakanlah beramal,zikir, solat malam, solat sunat, berpuasa bersedekah dan ziarah-menziarah.terima kasih.

Nov 20, 2008

SeKitar OpeN-LaB

KeTibAaN tEtaMu keHormaT...


Dr. Yahya, En.Lan, En. MAt, En. Azhar, En Za'ba dan lain2 staf...termasuk la Mat, Masanto, Ejad mencemar duli untuk singgah ke teratak kami



UcaPan Dah..doa pun dah..pe lagi sanTap la




santap lagi...yum2



mat dan anto...cowok ganteng


makAn..MinUm...borak pasal Raya..faMily...politik...huh berani cakap politik dalam laB.Xpe2..xde SB kot


harAp2 lain Tahun wat la LAgi jamuan camni...kalo aku dad xde pun wat la..sudi2lah kiranya menjemput patik hamBa yg hiNa ini.selamat rya

Nov 18, 2008

AiR sUam SejuK-sajak

Jernih air menerjah di kepala,
Berlumba-lumba terjun dari arah yang tinggi,
Air yang dingin menjadi suam dikulitku,
Mengalir melintasi noktah-noktah tubuhku.
Mengalir bercucuran ke tanah,
Membasah bumi yang sedia basah.

Namun dalam berkejaran air menerjah bumi,
Mataku kering memerhati,
Tatkala badan menggigil dingin,
Hatiku meruap panas,
Kaki kupijak tanpa arah,
Mati layu rerumput dikaki,
Tangan menolak rimbunan daun,
Kering patah ranting-ranting yang basah,
Aku jatuh bersimpuh,
Jernih air yang bertimpa sudah tiada,
Air yang sejuk menjadi suam dipipi,
Mataku basah memerhati,
Hatiku tenang kedinginan.
by: pa'cik (070808)

Nov 6, 2008

surat Hawa kepada AdaM

Surat Hawa Untuk Adam..

Oh Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yg kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dr tulang rusukmu yg bengkok. Jadi tdk hairanlh jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dr landasan, krn aku buruan syaitan.


Adam.. Maha suci Allah yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dr kaummu dia akhir zaman, itulh sebenarnya ketelitian Allah dlm urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia krn darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan krn Hawa.

Buktinya cukup nyata dr peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pd zaman cucu-cicitny. Pun jika begitu maka tdk selaraslah undang2 Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dr 1 tp tdk lebih dr 4 pd 1 waktu.

Adam.. Bukan krn ramainya isterimu yg membimbangkan aku. Bukan krn sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku. Tp, aku risau, gundah & gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lg sudah tau bhw aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.


Adam.. Aku tahu bahawa dlm Al-Quran ada ayat yg menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah utk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab utk menjaga aku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku & Tuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yg menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang x lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam.. Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yg patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang brkata jika anak jahat emak-bapak x pandai didik, jika murid bodoh, guru yg x pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, x mahu dengar kata, x mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yg dhaif ini Adam, sharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama spt didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sma sprt psikologi Muhammad trhadap mereka? Adakah akhlak Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam... Kau sebenarnya imam & aku adalah makmummu, aku adalah pengikut2mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya klebihn akal manakala aku klebihn nafsu.


Akalmu 9, nafsumu 1. Aku..akalku 1 nafsuku beribu! Dr itu Adam..pimpinlah tanganku, krn aku sering lupa, lalai & alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu2nya.


Bimbinglah daku utk mnyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dr Tuhan agr menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dlm dadaku agr aku mjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam.. Andainya kau masih lalai & alpa dgn karenahmu sndiri, msih segan mengikut langkah para sahabat, msih gentar mncegah mungkar, maka kita tunggu & lihatlah, dunia ini akn hancur bila kaumku yg akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pd dirimu semalulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..


Wallahu a'lam..

BaLasan suratmu (HaWa)

Balasan suratmu Hawa, dariku Adam.

Ya Hawa...
Tidak pernah terlintas hati ini untuk marah tatkala membaca teguranmu. Sesungguhnya Hawa aku tidak pernah berasa sesal kerana memintamu sebagai temanku.Engkau penghilang kesunyian hatiku, tiada ruang untuk aku menafikannya.

Aku kenal benar bengkokmu kerana engkau adalah dariku. Aku juga tidak pernah lari dari amanah untuk membimbingmu kerana pesonganmu bererti pesonganku jua.

Hawa...Maha hebat Allah dalam penciptaan-Nya yang mentakdirkan bilangan kaumku kurang berbanding kaummu. Jika bilangan kaumku mengatasi kaummu nescaya kaburlah matamu untuk mendampingi rusuk-rusuk disisiku, dunia dibanjiri tangisan air matamu, Hawa sesama Hawa bermusuhan kerana Adam.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Yusuf dan Zulaikha sehinggalah pada zaman keturunannya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tetapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.

Hawa...Bukan kerana ramai isteri yang menyusahkanku. Bukan juga kerana ramainya bilanganmu yang mencabarku. Tapi, aku risau , gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dahulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti membimbingmu ketika menjadi suamimu.

Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...

Hawa...Kau juga pasti tahu bahawa al-Quran juga menyatakan tanggungjawab kaum Hawa dalam mematuhi kaum Adam. Kau diberi amanah untuk mendidik zuriatku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku & Tuhanmu.

Tapi Hawa, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaummu kini, kamu dan kaummu telah ramai menderhakaiku. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki kamu tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatmu. Jika terpaksa kamu keluar dari rumah mesti berizin dan seluruh tubuhmu mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa...kau telah lebih dari sepatutnya.

Hawa... Mengapa kamu begini? Aku jadi guru kaupun menjadi guru. Aku berceloreng ke perbatasan, kau meyingsing lengan sama-sama keperbatasan. Kekadang aku duduk bersahaja, memerhati gelagat kaummu... Ku perhatikan saja kau panjat tangga di pejabat bomba, kainmu tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Bukan niatku tidak mahu bekerja tapi katamu ”kau boleh buat semua perkara”. Kenapakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang hormatmu terhadapku?

Hawa…Aku tidak pernah marah mahupun sakit hati andainya aku yang dipersalahkan. Kenapa? Mengapa begitu Hawa? Benar…ramai orang berkata anak jahat itu anak si bapak, jika murid nakal, ustat yang tidak pandai mengajar! Hawa, kau selalu berkata, Adam memang ego, sombong tidak mahu dengar teguran, kepala angin. Pada hemat diriku yang lemah ini, Hawa, seharusnya kau tanya dirimu, Apakah ketaatanmu terhadapku sama seperti ketaatan Khadijah kepada Rasulullah? Adakah engkau Hawa melayan aku sama seperti layanan Fatimah kepada Ali karamAllahhuwajjhah? Adakah kata-kata dan perilakumu Hawa boleh dijadiakan penenang dan penyejuk mata kaum Adam?

Hawa...Aku sedar diriku imam dan engkau makmum, aku adalah pemimpin kerana engkau perlukan pimpinan. Jika kau taat, maka mudahlah urusanku. Jika kau berkeras, keraslah lidahku menasihatimu. Kau dicipta nafsu beribu, aku dicipta nafsu nan satu.

Akalmu satu, nafsumu beribu. Aku...nafsuku satu akalku bercelaru! Dari itu Hawa...genggamlah tanganku, kerana aku juga sering lupa, lalai dan alpa, sering aku terlepas genggamanku dirasuk oleh akal yang bercelaru dan ber-ibukan nafsu.

Taatilah daku untuk memudahkan aku memimpinmu, perdengarkanlah kata-kata manismu agar sejuk mataku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahid kekasih Allah.

Hawa…andainya kau masih hanyut dibelai sembilan nafsumu, masih acuh mengikuti langkah para mujahidah, masih megah berkata keramat “aku boleh buat apa yang kamu boleh buat” maka kita tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur apabila kaummu yang akan memerintah. Malulah engkau Hawa, malulah engkau kepada diriku, semalulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..

Wallahu a'lam..
Pa’cik

Nov 3, 2008

MELAYU=meLAYU

PEMBETULAN PERKATAAN “MELAYU”

BERABAD LAMANYA KITA DIINJAK DAN DIPIJAK-PIJAK OLEH PENJAJAHAN. AKAL DAN OTAK KITA DIRACUNI DENGAN KATA-KATA YANG MELEMAHKAN BANGSA. KEMUNCAKNYA BANGSA KITA DIKATAKAN MALAS SESUAI DENGAN NAMA BANGSA KITA, ”MELAYU”. KITA DISUMBAT DENGAN PEMAHAMAN BAHAWA PERKATAAN ”MELAYU” ITU SUDAH CUKUP MENGGAMBARKAN MASYARAKAT KITA YANG JUMUK, MASYARAKAT YANG TIDAK BERKEMBANG. SEHINGGAKAN ADA YANG SEBANGSA DENGAN KITA SUDAH MALU UNTUK MENGAKU DIRINYA ”MELAYU”. AYUHLAH BANGSAKU, KITA BANGSA MELAYU. JIKA MEREKA MENTAFSIRKAN PERKATAAN ”LAYU” SEBAGAI DASAR KATA ”MELAYU” SEBENARNYA MEREKA SILAP DALAM MENTAFSIR BANGSA MELAYU. HANYA BANGSA MELAYU YANG LAYAK MENTAFSIR KATA ”MELAYU” DENGAN TEPAT. JIKA PERKATAAN LAYU DIKATAKAN DASAR KEPADA BANGSA MELAYU, SILAKAN MEMBUAT RUJUKAN KAMUS. TAFSIRAN SEBENAR JIKA LAYU DIJADIKAN DASAR KATA ”MELAYU ” IALAH PERBUATAN YANG MELAYUKAN DIRI. ”ME” ITU KATA PERBUATAN. ITULAH TAFSIRAN SEBENAR MELAYU. BANGSA MELAYU SENGAJA MELAYUKAN DIRI, UNTUK MELAYUKAN DIRI SESUATU PERKARA MESTI DALAM KEADAAN KEMBANG ATAU MEKAR. BUNGA YANG MEKAR AKAN ”MELAYU”. BANGSA MELAYU IALAH BANGSA YANG KEMBANG, BANGSA YANG MEKAR. KITA ”MELAYU” DIRI SEBAGAI TANDA MERENDAH DIRI, KITA ”MELAYU” DIRI SEBAGAI TANDA KESOPANAN. KITA ”MELAYU” DIRI BUKAN UNTUK DIPIJAK-PIJAK, KITA MELAYU DIRI BUKAN UNTUK DIINJAK-INJAK. BANGGALAH MENJADI BANGSA MELAYU.

SaJak-DeNai keRemaJaAn

Sewaktu waktu romantis,
Bisikan angin menyanyikan lagu indah,
Jendela waktu terbuka luas,
Mengimbau kembali nostalgia,
Kenangan suka duka sewaktu bersama,
Menyusuri denai keremajaan.

Hujan yang turun disiang ini…
Memaksa aku untuk tidur,
Aku dibuai mimpi indah,
Bersamamu menyusuri denai keremajaan,
Setiba kita di pepohon resah,
Kau pergi meninggalkan aku sendirian,
Terlonta-lonta mencari arah,
Dalam kekalutan itu aku tersedar,
Rupanya aku bermimpi di siang hari.

Nov 2, 2008

JaSa BoNda- oa:WaRisAn

hayati lagu ni...fikir dan muhasabahlah diri. Ingat, buatlah yang terBaik SebElum teRlaMbat

Oct 20, 2008

jALan-JalaN Taman Warisan PerTaNian



BuDak-bUdak TESL UPM...diorang ambil subjek PRT so bawa g jalan-jalan tengok2 teknik pertanian.SportiNg budak2 nie.

Oct 13, 2008

lafaz terakhir (amanat dari pa,cik untuk sahabat-sahabat)

Apabila pena dipegang untuk meriwayatkan kisah muda-mudi mahupun kisah siswa dan siswi, diri terasa amat berat sebenarnya. Seolah-olahnya sedang memegang pisau untuk menyiat-nyiat kulit sendiri. Terasa juga seakani menghantukkan kepala pada dinding-dinding yang keras. Namun, biarlah diri menanggung kesakitan dan ralat ini dari terus menanggung tanggungjawab yang memijak-mijak bahu rohani yang lemah ini. Biarlah diri disiat-siat mahupun dihentak-hentak seandainya ia mampu membangkitkan diri dari mimpi yang panjang.

Kaki yang menongkah arus semasa, membawa mata ini untuk melihat bayangan diri dalam sahabat-sahabat remaja, sahabat siswa dan mahupun siswi yang hanyut dibawa arus. Pada diri sahabat aku lihat wajahku yang sudah mula melupakan lambaian kasih dan harapan keluarga. Aku melihat aku berpeleseran, menuruti arus remaja. Aku melihat diriku bergaul seadanya, berpimpin tangan biarpun diri sebenarnya sudah mampu berjalan sendirian. Teringat sewaktu kecil, aku meronta-ronta melepaskan genggaman tangan ibu. Aku mahu berjalan dan terus berlari sendirian biarpun aku masih memerlukan pimpinan seorang ibu. Kini aku sudah mampu berjalan dan berlari, tapi ibu dan ayah masih mahu memimpinku. Malunya rasanya dipimpin ibu pada usia begini. Kini aku lebih selesa dipimpin pasanganku. Batasan pergaulan sudah lama runtuh. Allah Yang Maha Melihat makin jauh dari hatiku. Aku ditunggang syaitan, menurutkan nafsu.

Tatkala matahari melabuhkan diri akur kepada perintah Allah, aku pula kufur kepada Allah. Malam yang gelap menggelapkan mata hatiku untuk melihat bahawa Allah Maha Melihat. Andai matahari menurutku yang kufur kepada perintah Allah, maka kacau-bilaulah kehidupan alam ini. Ya Allah, besarnya akibat kufur pada perintah-Mu. Aku melihat aku bermain-main di pinggir-pinggir kemaksiatan. Hatiku masih tertutup kepada pintu-pintu taubat walaupun aku tahu Engkau Maha Pengampun. Malaikat mula menjengah ketika aku masih belum bertaubat.

SelaMAt haRi Raya


selamat hari raya, maaf zahir dan batin. seperti tahun-tahun yang terdahulu hari raya disambut seadanya. Ramadhan yang berlalau diharap dapat membawa keinsafan. Amal ibadat dapat diteruskan sepanjang hayat.

Oct 6, 2008

sayonara Ramadhan

ramadhan dah pergi..huhuhu..iskh3.sedih la coz syaitan akan datang balik..kemanisan beribadat susah nak dapat balik.moga Allah terim ramadhan yang berlalu...

Sep 10, 2008

BiBLoGrapfi Ulama'


ARKIB : 08/09/2008
Sheikh Idris Al-Marbawi pengarang Bahrul Mazi
Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

ULAMA besar yang diperkenalkan pada kali ini tidak asing bagi kebanyakan pelajar-pelajar Alam Melayu amnya, dan di Malaysia khususnya. Beliau sangat terkenal dengan kamus Arab-Melayunya, iaitu Qamus al-Marbawi. Beliau ialah Sheikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi, seorang ulama yang berketurunan dari Kampung Merbau, Perak. Dilahirkan pada tahun 1893 M di Mekah, dan tarikh kembalinya beliau ke rahmatullah juga telah banyak ditulis orang pada 10 Oktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak pada usia 96 tahun.
Tok Kenali antara Guru Sheikh Idris al-Marbawi
Ilmu yang paling banyak diperolehnya adalah dari Tok Kenali Kelantan. Sebelum ini, artikel mengenai Tok Kenali pernah dibicarakan penulis dengan judul Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali yang dikeluarkan pada Isnin, 2 Oktober 2006.
Namun dirasakan perlu dibicarakan lagi secara umum berkenaan guru kepada Sheikh Idris Marbawi tersebut.
Tok Kenali adalah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam bersistemkan pondok di Malaysia, bahkan juga seluruh Alam Melayu.
Beliau ialah murid yang paling dipercayai oleh Sheikh Ahmad al-Fathani, sehinggakan tiada satu rahsia perjuangan Sheikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh beliau.
Beliau meninggalkan murid yang sangat ramai. Antara yang menjadi ulama besar adalah Sheikh Idris Marbawi dan Sheikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber ini penulis perolehi daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, seorang Mufti Mempawah Indonesia, yang didengar penulis pada tahun 1969 di Indonesia, Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah, yang didengar pada tahun 1970, Kadi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala Patani pada tahun 1970, Kadi Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ramai yang lain yang belum perlu disebutkan).
Karya-karya yang dihasilkan
Sheikh Idris al-Marbawi meninggalkan karya-karya yang tidak kurang banyaknya. Terdapat dua karya beliau yang sangat terkenal, sehingga masih digunakan sehingga ke hari ini iaitu Qamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi. Keterangan maklumat mengenai kedua-dua karya tersebut adalah berikut:
A. Qamus Idris al-Marbawi
Qamus Idris al-Marbawi adalah judul sebenar dalam persuratan. Dalam percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Kamus ini bukan kamus Arab-Melayu yang pertama ditulis. Terdapat kamus lain ditulis sekitar tahun berhampirannya. Namun, kamus ini mendapat tempat tersendiri dalam bidang perkamusan.
Paling luas penyebarannya
Antara keistimewaan kamus ini berbanding yang lainnya adalah kamus Arab-Melayu yang ditulis dengan Melayu-Jawi dan yang pertama paling luas penyebarannya di seluruh dunia Melayu. Bahkan ia turut digunakan oleh masyarakat Melayu di Mekah, Mesir dan beberapa tempat lain.
Ia turut digunakan oleh hampir semua orang yang belajar bahasa Arab dari kalangan suku kaum Melayu, Jawa, Bugis dan sebagainya.
Dalam mukadimahnya, beliau meluahkan yang terkandung dalam hatinya demi kemajuan bangsa Melayu, iaitu katanya: “Kemudian dari itu, maka sebelum masuk mengarang kamus ini, lebih dulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa Arab adalah kamus penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajarannya umpama nahu dan saraf.”
Kamus ini mengandungi dua juzuk. Juzuk pertama yang mengandungi 384 halaman dimulakan huruf Alif dan berakhir dengan Zha, yang mengandungi 18,000 kosa kata perkataan Arab yang diberi takrif atau ertinya ke dalam bahasa Melayu, dan terdapat juga 700 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.
Dalam juzuk kedua pula mengandungi 401 halaman, yang dimulakan daripada huruf ‘Ain dan berakhir dengan huruf Ya, juga terdapat 18,000 kosa kata Arab dan 500 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.
Berkenaan maklumat-maklumat lainnya berkaitan kamus Marbawi tersebut, telah banyak penulis bicarakan dalam Berita Harian, 28 Mac 2006 (Selasa) dengan judul ‘Kamus Marbawi Rujukan Pelajar Kuasai Bahasa Arab.’
B. Bahrul Mazi
Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.
Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan. Maklumat ringkas tentang keseluruhan jilidnya, adalah seperti berikut:
- Jilid I : Tanpa menyebut tarikh. Tebal 227 halaman. Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 126 hadis dan 591 masalah.
- Jilid II: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 454 masalah.
- Jilid III: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 240 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 161 hadis dan 558 masalah.
- Jilid IV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang; zakat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 115 hadis dan 519 masalah.
- Jilid V: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 208 halaman. Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 110 hadis dan 473 masalah.
- Jilid VI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 108 hadis dan 458 masalah.
- Jilid VII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara umrah dan jenayah. Terdiri daripada 114 hadis dan 483 masalah.
- Jilid VIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan baki bab-bab jenayah dan membicarakan Kitabun Nikah. Terdiri daripada 99 hadis dan 330 masalah.
- Jilid IX: Tarikh selesai menulis malam Rabu, 29 Syawal 1357 H di rumah berdekatan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tebal 224 halaman. Menerangkan bab-bab talak, li’an dan jual beli. Terdiri daripada 117 hadis dan 226 masalah.
Bab-bab jualan
- Jilid X: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Menerangkan baki bab-bab jualan, bab-bab kadi, diat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 180 hadis dan 259 masalah.
- Jilid XI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan Nabi dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 151 hadis dan 486 masalah.
- Jilid XII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 170 hadis dan 353 masalah.
- Jilid XIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan minum-minuman, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 152 hadis dan 472 masalah.
- Jilid XVI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Melengkapi atas baki bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibah, qadar dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 395 masalah.
- Jilid XV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 248 halaman. Melengkapi bab-bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi. Terdiri dari 105 hadis dan 301 masalah.
- Jilid XVI: Tarikh akhir Bab ar-Ru‘ya dan mengiringi bab-bab syahadah. Selesai malam Rabu, 21 Ramadan 1359 H/1940 M. Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud. Terdiri daripada 128 hadis dan 237 masalah.
- Jilid XVII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat kiamat; pelembut hati, wara’ dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 100 hadis dan 210 masalah.
- Jilid XVIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 109 hadis dan 210 masalah.
Minta izin
- Jilid XIX: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab ilmu, minta izin dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 148 hadis dan 266 masalah.
- Jilid XX: Tarikh dicatat oleh pengarangnya, katanya: “Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang kedua puluh ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan dan 1373 bersamaan 18 Mei 1955." Melengkapi atas baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala Quran dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 127 hadis dan 311 masalah.
- Jilid XXI: Mulai penulisan pada hari Khamis, 26 Syaaban 1374 H/19 Mei 1955 M, dan diselesaikan pada 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M. Tebal 255 halaman. Melengkapi atas segala bab tafsir. Terdiri daripada 92 hadis dan 335 masalah.
- Jilid XXII: Dimulai 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M, dan selesai pada malam 2 Jamadilakhir 1377 H/24 Disember 1957 M. Tebal 242 halaman. Melengkapi atas tafsir setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lain-lainnya. Terdiri daripada 95 hadis dan 351 masalah.
Penerbitan keseluruhan diusahakan oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir, mulai tahun 1352 H/1933 M.
Pada kata aluan jilid pertama, pengarangnya menerangkan bahawa beliau telah belajar ilmu hadis daripada Sheikh Muhammad Ibrahim as-Samaluti, iaitu guru hadis yang mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami’ Saiyidina Husein di Kaherah, Mesir. Bahawa ketika pulang ke rumah, beliau terus mencatat pelajarannya sehingga tersusunlah kitab besar Bahrul Mazi tersebut.
Kurang tersebar
Sebuah lagi karangan Sheikh Idris al-Marbawi yang kurang tersebar ialah kitab Tafsir Surah Yasin. Asal kitab ini adalah karangan Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad asy-Syaukani dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Sheikh Idris al-Marbawi atas permintaan Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H.
Pada mukadimah Sheikh Idris al-Marbawi menulis: “Adapun kemudian daripada itu, maka telah menuntut kepada hamba oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir bahwa hamba terjemahkan tafsir yasin karangan asy-Syaukani daripada Arab kepada Melayu...”.
Kitab ini telah diterbitkan oleh Mathba‘ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H/ 1935 M.

Sep 4, 2008



Ramadhan (pa’cik:ramadhan suatu penantian)

Ku menunggu-nunggu saat kelahiranmu
Sebelas bulan kumenanti
Kau hadir kini...
Bersama cahaya yang berseri
Menyinari hati ini.

Tenang rasa hati
Ingin sahaja kuhabiskan waktu ini bersamamu
Biarpun malamku diganggu dek rengekanmu
Biarpun siangku berlapar menjagamu
Biarlah aku merangkak keranamu
Biarlah aku dikuda-kudakan keranamu
Biarlah aku keletihan melayanmu
Kerana aku tahu...
Kau akan pergi meninggalkan aku.
Aku juga tahu...
Mungkin kau kembali disaat aku sudah dikembalikan.
Kerana itu...
Takkan ku sia-siakan saat bersamamu

Sep 2, 2008

PUasA TIDAk Boleh BerPisaH dari dalil Sunnah (dr MAZA)

TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.

Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.


Penolakan terhadap sunah Rasulullah berlaku dalam dua bentuk; pertama; golongan yang menolaknya secara prinsip iaitu golongan antihadis. Mereka ini pada hakikatnya menolak nas-nas al-Quran itu sendiri yang menyuruh agar kita mengikuti Rasulullah.

Kelompok kedua mereka tidak mendakwa menolak sunah Nabi. Tetapi apabila mereka dapati nas-nas hadis yang tidak bersesuaian dengan selera, kepentingan, kebiasaan atau adat mereka, maka berbagai-bagai alasan diberikan agar dimandulkan isi kandungan hadis berkenaan sekalipun jelas kepada mereka kebenaran hadis tersebut. Bukan kerana mereka tidak tahu hadis adalah rujukan yang benar dalam Islam namun kerana enggan mengubah kebiasaan atau ketaksuban terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama.

Tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang agung seperti para imam mazhab yang empat dan selain mereka sering menegaskan agar hal yang seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim. Sebagai contohnya apa yang disebut oleh tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat. Beliau pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34). Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263). Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Inilah imam yang agung. Melarang kita taksub kepada pandangannya tanpa melihat dalil sunah daripada Rasulullah. Demikian juga imam-imam agung yang lain, menyatakan pendirian yang sama. Malangnya, ada orang mendakwa pengikut mazhab imam-imam ini lebih lajak dari laju sehingga mendakwa seseorang tidak boleh mengambil pendapat lain selain mazhab tertentu.

Kita sepatutnya mencontohi akhlak terhadap Rasulullah yang ditunjukkan oleh para imam kita ini. Kesopanan yang tinggi terhadap inti kandungan sunah Nabi dan seruannya agar semua pihak membebaskan diri dari ketaksuban.

Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

Apabila saya memperkatakan tentang pemandu bas perjalanan jauh boleh berbuka puasa kerana musafir, ramai yang bersetuju. Tetapi apabila saya menyebut mereka sepatutnya berbuka puasa, bahkan disuruh berbuka puasa jika puasa itu mengganggu tumpuan pemanduan mereka lalu membahayakan nyawanya dan penumpang dan jika dia berpuasa juga dia menyanggahi petunjuk agama ini, ada pihak yang bertanya saya; apakah sampai hendak disuruh buka, setakat diberikan pilihan itu, tidak mengapalah?! Saya beritahu kepada mereka bahawa dalam hadis; Rasulullah dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa? Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir (riwayat al-Bukhari). Hadis ini adalah ulasan Nabi terhadap lelaki berkenaan yang mana puasanya telah membawa mudarat kepada dirinya sendiri. Maka baginda menyatakan bukan satu perkara yang dianggap baik dalam Islam berpuasa ketika musafir sehingga memudaratkan diri. Jika memudaratkan diri disebabkan berpuasa ketika musafir dibantahi oleh Rasulullah bagaimana pula dengan pemandu bas yang jika puasanya boleh memudaratkan dirinya, penumpang yang ramai di belakangnya dan pengguna jalanraya yang lain? Tentulah mereka ini lebih utama untuk berbuka lebih dari lelaki dalam hadis di atas.

Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil mengenai amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata. Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya. Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya: Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.

Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr). Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.

Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih). Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal. Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain baginda bersabda: Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.

http://www.drmaza.com/

AhLan wAsaHlan ya Mubarak

melangkah kita ke usia ramadhan. moga kedatangan ia pada kali ini mampu membersihkan hati dan jiwa kita. semoga al-qadar menjadi milik kita.perbanyakanlah amal, biarlah setiap saat berlalu bersama zikrullah, saat mendatang disyukuri dan saat yang terlepas diinsafi.salam ramadhan

Aug 25, 2008

SaJaK-rasUKan MerDeka




Rasukan Merdeka (Ogos 2005)

Merdeka yang ditarikhkan,
Merdeka yang dilaungkan,
Merdeka yang diagungkan…

Hari ini aku merdeka lagi,
Rambut yang halus kubiarkan mengurai,
Susuk yang kurus kubiarkan tergadai,
Nafsu yang rakus kubiarkan membuai,
Rohani yang tandus kubiarkan longlai,

Inilah nilai kemerdekaan bagiku,
Inikah nilai kemerdekaan bagimu?

Aug 20, 2008

TarBiyah Cinta (finale)

Bab 3-Awal dan Akhir

Renungannya lurus menuju pinggir jalan yang sesak. Biasan pandangan Umat terpaku pada riak Ummi. Menatap indah wajah Ummi. Riak seindah akhlak yang dididik, persis nukilan pengukir ciptaan agung. Riak dan akhlak yang dicari-cari Umat setelah sekian lamanya. Gerak lisan menzahirkan rohani yang kudus, mendegupkan jantung si Umat. Bagaikan ada talian rohani pada kedua-dua insan ini. Umat diuja keawangan, dibuai bauan indah yang didetikkan pada cinta hati fitrah. Saat itu hati yang selama ini tepu dan terkadang-kadang dicairkan oleh indahnya bisikan, mencair secair-cairnya. Pintu yang dikunci oleh pencarian gerak hati, diketuk-ketuk oleh kehadiran Ummi. Mungkin Ummi yang dicari-cari selama ini.

“Usah diangankan pada insan yang dilihat, hatimu terbuka kepada insan yang menutup hatinya seperti tertutupnya hatimu pada saat lepas”. Telinga Umat dibingitkan oleh kata-kata yang
berulang-ulang.

Hati Umat masih tegar, dipejamkan mata dan ditarik nafas sedalam-dalamnya sehingga berkeriuk irama dari sangkar rusuk yang digerakkan. Pertukaran udara segar mengalir pada jalan-jalan darah Umat. Membawa pesanan yang meluap-luap.

“Persetankan kata-kata yang membingitkan, bangkitlah mengejar yang dicita-citakan selama ini”

Pesanan dikesan reseptor fitrah lantas menghantar rangsangan kepada pusat kawalan hati. Hati yang cair luluh merembeskan hormon dorongan. Otot efektor tergerak, mengecut dan mengendur mengikut ritma arahan. Umat mula mundar-mandir, sesekali menongkat dagu memikirkan agenda tertentu. Otak beku mula berputar, ribuan telahan dan persoalan berlegar-legar bersama ribuan jawapan yang direka-reka. Mekanisma homeostasis yang disistemkan berfugsi cemerlang, bergerak mengikut arahan yang diberikan. Namun hasil terakhir yang disimpulkan belum muktamad, jawapan masih kabur dan beraneka pilihan. Umat termenung memikirkan jawapan yang paling tepat. Otak Umat tidak mampu memberikan pilihan yang sesuai, sesuatu yang normal bagi otak manusia. Otak terkadang-kadang berfungsi berdasarkan pengalaman. Umat belum merasai pengalaman ini, Umat masih mentah.

Saat yang bergerak menambahkan keazaban pada jiwa Umat. Sesekali bertembung wajah Ummi menjadikan jiwa Umat makin bergelodak, rasa yang terpendam makin membuak-buak.

Pandangan Umat tidak lagi dapat menyembunyikan rasa yang terpendam dalam sanubarinya. Ummi bagaikan memberi petanda yang meyakinkan Umat, rasa hati Umat bagai dihargai. Umat mencuba mengorak langkah berani, menebalkan derma dan membekukan aliran darah merah. Hati Umat membulatkan tekad untuk cuba mengetuk pintu-pintu yang terkunci.

Tiba-tiba suara menyindir menerpa ke gegendang telinga Umat. “jalan mara kaki tersadung, tebal derma tangan kudung…”.

Aliran darah yang mulanya tersekat, mengalir laju. Derma tebal pucat lesu mulai dibasahi aliran darah. Derma bersinar-sinar kemerahan. Darah merah menyirap dari hujung kuku terus ke hujung rambut, Umat tersentak. Nafas umat mulai merudum, ventilasi mulai terganggu, mata Umat mulai kabur, kaki Umat mulai longlai. Umat jatuh tersungkur, berguling-guling di atas jalan yang sesak. Wajah Umat dipenuhi debu, Umat malu, Umat keliru, Umat terharu. Baju yang membalut tubuh Umat compang-camping dikoyak oleh rasa malu yang mulai membelit tubuh Umat. Rasa sakit terjatuh sudah tidak dirasai lagi, rasa malu lebih menyengat dan memnyiat setiap inci tubuh umat.

Panas terik matahari membakar tubuh Umat. Titik-titik hujan siang menimpa wajah Umat. Umat terkapai-kapai, cuba bangkit dari jatuhan yang memalukan. Tersedar Umat, ujian Tuhan menguji hatinya. Hati keras yang selama ini tertutup, dibakar rasa bersalah pada saat pintunya baru dibuka. Ujian yang keras perlu untuk menyedarkan hati Umat yang keras. Umat terpaku seketika. Otak yang masih lelah berfikir diperah lagi, Hati yang sedikit terluka berdegup kembali dan maruah yang telah tercalar ditongkat berdiri. Umat mula bangkit bersama sebait kesedaran.

“…Hati keras terkunci mencair hanya kerana pandangan kepada Ummi. Secalit sifat Keindahan dan Kesempurnaan-Nya yang dicampakkan pada diri Ummi menggoncang peribadimu, menghancur luluhkan jiwamu. Pandanglah kepada Keindahan dan Kesempurnaan yang Maha Tinggi. Bukakanlah, gilakanlah, cintailah, usahakanlah, hancur luluhkanlah jiwamu Umat kepada Pencipta-mu melebihi bukaan, kegilaan, kecintaan, kegigihan, keperitan dan kehancuran yang kau rasai pada Ummi kerana Dia bersifat dengan segala kesempurnaan ”


BAB 4: MONOLOG DALAMAN

“ Indahnya saat aku mula menyusun rentak, melontar pandangan mencari jalan untuk merapatimu”. Jiwa Umat mula bermonolog.
Dagu yang dibaluti rerambut indah diletakkan ke atas tangan yang sedang bertongkat. Merenung jauh dan sesekali Umat merenguskan hembusan nafas, bagaikan ada nada mengeluh setiap kali nafas dihembuskan.

“ Aku berjaya melompat ranjau yang pertama, mengetuk pintu hati yang pada firasatku terkunci rapi”.
“ Tapi…aku terlepas sesuatu yang hampir dalam genggaman”.
“ Ah, ini semua salahku!”.
“ Mungkin juga bukan salahku. Benar, ini semua bukan salahku. Aku tak patut dipersalahkan”.
“ Kalau begitu, salah siapa lagi? Ummi? Ummi tidak pernah mengundang kehadiranku, tidak sesekali mengalu-alukan kedatanganku. Benar, ini semua bukan salah Ummi. Ummi tak patut dipersalahkan”.
“ Kalau begitu, salah siapa lagi?”.

Bertubi-tubi persoalan menusuk masuk jirim kelabu dan putih Umat. Umat menghela nafas panjang, melepaskan beban yang bersarang dalam kotak pemikirannya. Bagaikan suatu rutin harian, inilah kerja-kerja harian Umat. Bercakap kepada diri sendiri, mencari jawapan yang sebenarnya tiada pada dirinya.

“ Perlukah aku terus menunggu dan berharap?”.
“ Mungkin tiada jodoh atau mungkin belum tiba seru. Kalau ditakdirkan kau untuk aku, biar apapun rintangan jodoh tetap penentu. Ya, itu semua sudah tersurat, tidak perlu aku mencari dan mengharap pada mimpi”. Umat membujuk hatinya.
“ Aku pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya. Biarlah masa yang menentukan”.


BAB 5: ULANGAN LAGENDA

Suatu siang, Umat tertidur. Bisikan angin membelai dan menyanyikan lagu indah. Satu tarikan seakan mengajak-ajak Umat. Umat mengekori tarikan itu dan
berjalan menyusuri suatu denai. Hujan yang turun memaksa Umat berlari-lari menyusuri denai itu. Setiba di celaha pepohon, tarikan tadi telah menghilang. Umat terlonta-lonta mencari arah. Dalam kekalutan itu Umat dihujani helaian kertas yang jatuh dari pepohon itu. Umat terkejar-kejar mengutip helaian kertas yang bertaburan itu. Berpeluh-peluh muka Umat.

“ Astaghfirullahhal’azim…mimpi rupanya”. Umat beristighfar panjang.

Mimpi yang indah dan mengerikan itu masih bermain-main di benak fikiran Umat. Otaknya mula menafsir mimpi siang itu. Wajah Umat berkerut dan garis-garis senyum mula mengukir pada wajahnya. Umat menyelongkar kotak-kotak usang. Mencari-cari sesuatu yang suatu ketika dulu tidak berharga padanya, namun kini ianya terlalu berharga. Raut wajah Umat yang berpeluh tersenyum gembira. Sebuah kitab lama yang usang digenggam erat. Untuk beberapa kali, dikucupnya kitab lama itu. Diselak-selak kitab lama itu beberapa halaman, Umat mula membaca dan bacaannya terhenti pada suatu perenggan…

Aku rasa teruja. Kini aku yakin, aku mampu menghuraikan persoalan yang ditinggalkan oleh “aku-1984” dan “aku-2000”. Pengalaman mereka akan aku jadikan suatu pedoman dalam merungkai setiap persoalan yang ditinggalkan. Si gadis yang terpilih diharapkan dapat membantu aku menyelami maksud “Tidak perlu aku memaksa sesiapa untuk mempercayai persoalan yang kuutarakan ini kerana kupercaya,
akan tiba masa untuk setiap insan melaluinya” dan “Mataku makin kabur, kata-kata ungkapan “aku-1984” bermain-main di telingaku. Aku tersedar rupanya kata-kata “aku-1984” adalah suatu…

Puas. Itulah perasaan yang mungkin dapat digambarkan pada wajah Umat. Digelen-gelengkan kepalanya beberapa kali. Senyuman jelas terukir pada wajahnya, dipejam matanya dan doitarik nafas sedalam-dalamnya. Satu hembusan nafas yang panjang dilepaskan dan tidak dapat digambarkan betapa puas dan gembiranya hati Umat. Kegembiraan yang bukan sekadar lakonan, kegembiraan yang sebenar. Kegembiraan yang memberikan suatu pengalaman buat Umat meneruskan sisa-sisa kehidupan yang mendatang agar tidak sia-sia.Ujikaji Umat telah berjaya. Lagenda yang sama berulang padanya. Bagi Umat, itu semua tidak penting. Kepuasan yang dirasainya itu cukup berharga. Umat berjaya mengungkai maksud yang tersirat dalam suatu kisah lagenda yang sering berulang. Lagenda yang akan terus berulang selagi wujud rasa cinta dalam jiwa manusia.

Aug 7, 2008

TarBiYah CinTA-ceRpeN

(Tinta Pengarang)

Suatu kisah yang berakar umbi dari gerak hati dan pandangan hidup.
Realiti hidup yang membayangi dan mendewasakan tiap-tiap jiwa.

Otak kiri mengawal-gerak anggota kanan…
Otak kanan mengawal-gerak anggota kiri…
Gerakan anggota kanan mengaktifkan otak kiri…
Gerakan anggota kiri mengaktifkan otak kanan…
Fahami yang tersurat…
Selami yang tersurat…

1824
17 Muharram 1427 Hijrah
16 Februari 2006



BAB 1: UMAT

Umat bin Insan. Seorang anak remaja yang kian mendewasa. Lahir di kawasan pedalaman yang dipenuhi malar hijau. Tenang angin dan suasana pedalaman melahirkan ketenangan pada jiwa Umat. Terdidik di dalam persekitaran yang selamat menjadikan Umat sentiasa mendambakan sesuatu yang indah. Kesederhanaan ayahandanya Umat sentiasa inginkan sesuatu yang selari dengan idolanya itu. Ketenangan dan kesejukan pada wajah seorang bonda membuatkan angan Umat pada wajah perwatakan seiras bonda. Hati Umat cukup tegar, menolak wujudnya pekongsi-pekongsi hati, seiring nasihat ayahanda dan bonda. Sesekali hati Umat terdetik untuk mengintai denai-denai percintaan. Sesekali jiwa Umat yang kosong meronta-ronta minta diisi. Seringkalinya Umat bertegas, imun untuk menahan pathogen-patogen yang berusaha merosakkan pegangan yang dijaga. Biarpun hati muda sentiasa meronta, penjara kukuh yang dibina masih mampu merantai gelodak keganasannya.

Bertahun berlamanya Umat mempertahankan prinsip yang dipegang. Sehinggalah pada suatu remang petang, Umat ditakdirkan bertemu seorang insan. Tatkala kali pertama memandang, kalbu Umat mula berdegup kencang. Darah panas mula membakar seluruh tubuh, dadanya bergelombang turun dan naik. Pandangan Umat tak mampu lagi dialihkan dari pandangan pertamanya itu. Panah syaitan yang tidak pernah tersasar. Tepat. Satu titik hitam mematuk kalbu Umat.

Umat tersenyum. Otak berputar, berfikir. Hati berbolak-balik mengenang sesuatu yang cukup indah. Kaki berlegar-legar, mata ligat memerhati ke setiap sudut pandangan. Umat sedang berhadapan sesuatu yang sedang dicari, sesuatu yang selama ini cuba dielak. Suatu perasaan yang perlu didalami untuk mengerti suatu kenyataan. Umat bersedia meneroka kisah yang selama ini menjadi lagenda dan meluap-luap di dalam hatinya.

BAB 2: UMMI

Perwatakan lemah-lembut, senyum simpul dan lirik mata sudah cukup untuk menggambarkan betapa indahnya Ummi. Akhlak dan peribadi yang indah menambahkan lagi keindahan yang telah dianugerahkan.

Wanita yang memelihara rohani dan jasmaninya. Lahir dan zahir seiringan, terdidik dalam suasana yang suci. Kemurahan dan keikhlasan dalam setiap kuntum senyum yang dilemparkan menggamit hati pencinta keindahan. Bicara mesra dan layanan yang berpada-pada menjadi igauan jiwa-jiwa yang sedang mencari nilai sebuah cinta. Tubuh dibaluti nilai keagamaan, menjadikan gerak langkah rohani dan jasmani Ummi sentiasa dalam kawalan akhlak. Muamalat seharian berpandukan Kalam-Kalam suci. Hatinya teguh mempertahankan kesucian cinta. Cinta utama pada Ilahi, itulah cinta hakiki. Hati Ummi belum bersedia menyerahkan kesucian cinta kepada sesiapa, baginya cinta belum layak dikongsi sesiapa kecuali pada Yang Maha Pencipta.

Tanpa disedari, senyuman dan perwatakannya yang indah menggamit hati seorang jejaka, Umat. Kini hati Ummi yang tegar akan diuji. Ummi dalam dilema, desakan jiwa remaja seakan-akan memaksanya untuk menerima kehadiran Umat. Suatu yang terlalu sukar untuk ditafsirkan, penerimaan yang tiada penggantungan. Ummi terfikir-fikir sendirian.

BAB 3: AWAL DAN AKHIR

Renungannya lurus menuju pinggir jalan yang sesak. Biasan pandangan Umat terpaku pada riak Ummi. Menatap indah wajah Ummi. Riak seindah akhlak yang dididik, persis nukilan pengukir ciptaan agung. Riak dan akhlak yang dicari-cari Umat setelah sekian lamanya. Gerak lisan menzahirkan rohani yang kudus, mendegupkan jantung si Umat. Bagaikan ada talian rohani pada kedua-dua insan ini. Umat diuja keawangan, dibuai bauan indah yang didetikkan pada cinta hati fitrah. Saat itu hati yang selama ini tepu dan terkadang-kadang dicairkan oleh indahnya bisikan, mencair secair-cairnya. Pintu yang dikunci oleh pencarian gerak hati, diketuk-ketuk oleh kehadiran Ummi. Mungkin Ummi yang dicari-cari selama ini...(to be continued)

Aug 3, 2008

women oh women!

A simple calculation about women. This calculation is not a prejudice, just a kidding. Womens are how we treat them.

Aku Siswisteri, Dia Siswami.
(dari pa’cik: tribute untuk siswa dan siswi)

Aku sendirian,
Lambaian kasih kian lesu,
Pudar bersama hari-hari yang beredar,
Mata yang basah kian memijar.

Tatkala bahang kekontangan kian menyesak dada,
Hadir bayangan tempat berteduh,
Rengekan manis membawaku jauh,
Tanganku bertaut, dipimpinku berjalan,
Makanku disuap, tubuhku dipeluk erat,
Kaki yang lemah makin kukuh memijak.

Mata asing memerhati cemburu,
Kadangkala berbatuk kecil menzahirkan iri di hati,
Kadangkala berbisik halus memujuk,
Aku persetankan godaan-godaan ini,
Sesekali aku duduk berfikir,
Gerakku...gerak dosa atau pahala?
Hubunganku...hubungan halal atau dusta?
Dia suamiku?
Aku isterinya?
Tarikh ijabkabulku entahkan bila?

Aug 2, 2008

MuhasaBah sEjeNak

BismIllahirahmanirrahim...

Perjalanan kita hari ini semakin menepuh hari-hari yang baharu. Hayat yang dikurniakan makin susut, kurus, menongkah garis waktu yang singkat. Alam demi alam telah kita tempuhi, namun dalam keadaan realiti ini kita masih berfantasi. Mengangan-angankan sesuatu yang jauh sedangkan di hadapan kita maut sentiasa menanti. Ujian demi ujian yang dilalui langsung tidak membangkitkan kita dari mimpi. Alangkah dangkal dan ruginya kita, ujian yang sudah disertai jawapan masih tidak mampu kita menjawabnya. Buat seketika, sedutlah nafas sedalam-dalamnya...biar berkeriyuk tulang-tulang rusuk. Fikirkan alam yang akan kita tempuhi,alam yang akan kekal selama-lamanya,abadab abada.

PArK cHicK

Jul 29, 2008

Celebrity Collage by MyHeritage

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph

Jul 25, 2008

sepaTah 2 Kata dariku

bulan ni memang agak sibuk.tak ada keghairahan untuk menulis,aku letak tulisan yang lama-lama la.InsyAllah bulan depan aku akan kembali dengan tulisan-tulisan yang baru.

kepada yang dah "layan" ulangan lagenda harap boleh bagi komen.mungkin sedikit pening sebab aku nak bawa pembaca ke alam khayal yang menceritakan tentang realiti hidup. bulan depan,ogos mungkin ada sambungan cerita ni...tajuk dia tarbiyah cinta.ada kaitan antara dua cerita ni. untuk faham kisah ni kena baca dua-dua cerita dan harus selami yang tersirat sebab yang tersurat tu hanya bayangan kepada kisah sebenar.

layan...................

NaSI Vs kELedEK

Isu kekurangan beras masih menjadi topik hangat di negara kita dan mungkin diseantereo dunia. Pelbagai langkah jangka panjang dan jangka pendek diperkenalkan oleh kerajaan untuk menangani kekurangan bekalan beras termasuklah menyarankan penjimatan beras. Pakar-pakar pemakanan juga memainkan peranan dengan menyarankan pengambilan segenggam nasi sebagai diet harian. Seperti kelaziman, apabila timbul saranan atau pendapat baru yang agak ganjil daripada kebiasaan, maka pelbagai reaksi pengguna akan dapat dilihat. Terbaru ialah cadangan daripada Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin menggalakkan rakyat untuk menggantikan ubi kentang dan keledek sebagai makanan ruji. Maka timbullah pelbagai reaksi dan persoalan tentang kewajaran dan kemampuan untuk dilaksanakan.
Keledek mahupun kentang bukanlah suatu perkara atau diet yang baharu dalam masyarakat di negara kita. Masyarakat kita sudah sekian lama mengambil kedua-dua jenis ubi tersebut dalam diet harian. Kanak-kanak khusunya, amat menggemari kentang goreng dan bagi warga berusia keledek yang dijadikan kuih-muih dalam sarapan atau minum petang merupakan salah satu hidangan wajib. Restoran-restoran makanan segera ataupun ekslusif menjadikan ubi keledek dan kentang sebagai salah satu menu istimewa mereka. Namun begitu, untuk menjadikan keledek atau kentang sebagai hidangan utama diet harian adalah suatu yang baharu bagi masyarakat kita. Ia seakan-akan suatu ”kejutan budaya” yang wujud dalam masyarakat ketika ini walaupun sejarah telah meriwayatkan masyarakat kita pernah menjadikan ubi kayu sebagai diet utama. Maka, kewajaran cadangan ini perlu dilihat dari pelbagai aspek.
Jika dilihat dari sudut pemakanan, kewajaran untuk menggantikan kedua-dua jenis ubi ini sebagai diet harian sememangnya tidak dinafikan. Keledek dan kentang diakui mempunyai nilai pemakanan yang setaraf dan mungkin lebih baik berbanding nasi. Bahkan di negara-negara lain, negara Jepun contohnya, penggantian keledek sebagai makanan asasi sudah lama dilakukan. Keledek dan ubi kentang mempunyai kandungan lemak yang rendah selain dari sumber karbohidrat yang tinggi. Kandungan bahan antioksida, beta carotene diakui mampu meningkatkan kesihatan pengguna dan menyahaktifkan sel-sel kanser. Pun begitu, suatu fakta yang harus didedahkan umum ialah ubi tersebut mempunyai kandungan bahan kimia oxalate yang agak tinggi dan berbahaya untuk diambil oleh pesakit buah pinggang dan yang mengalami kerosakkan pundi hempedu.
Peggantian keledek dan kentang secara sementara ataupun kekal sebagai diet harian sebenarnya langsung tidak memberi kesan dari aspek gizi pemakanan. Namun begitu melihatkan reaksi orang ramai melalui sembang-sembang warung kopi dan tulisan-tulisan blog, pelaksanaan keledek mahupun kentang sebagai diet harian bakal menemui titik noktahnya. Ramai yang mempersoalkan kemampuan pengguna untuk menukar kebergantungan kepada nasi sebagai makanan ruji. Tidak kurang juga yang membayangkan keledek atau kentang yang dilenyek-lenyek untuk dimakan bersama lauk-pauk yang disediakan. Ada yang berpendapat kita mungkin mampu untuk tidak mengambil nasi untuk beberapa hari, namun mampukah kita meninggalkan lauk budu, cincaluk, ulam-ulaman dan sambal belacan. Tidak kurang juga yang mempolitik dan membandingkan saranan tersebut dengan sejarah zaman penjajahan Jepun. Situasi ini pasti mengundang resah dikalangan pengguna. Penggantian secara kekal keledek dan kentang sebagai makanan ruji sudah pasti tidak akan berjaya. Ini kerana, psikologi masyarakat kita sudah merekod dan menterjemahkan istilah makan hanyalah untuk nasi. Justeru itu, penggantian keledek ataupun kentang hanya akan berjaya jika ianya dilihat hanya sebagai alternatif kepada nasi. Penggunaan keledek dan kentang sebagai alternatif akan mengurangkan kekerapan penggunaan beras dan secara tidak langsung mengawal bekalan beras negara. Inilah sebenarnya sumbangan kita sebagai rakyat untuk menangani masalah kekurangan beras, bukan hanya sekadar mengutuk dan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu.
Sebagai pengguna kita hendaklah memandang penggantian ini sebagai bersifat sementara. Mengambil nasi dan keledek ataupun kentang secara berselang dilihat secara cara terbaik untuk melestarikan saranan Ketua Pengarah ISIS tersebut. Adalah lebih baik kita mengurangkan pengambilan nasi daripada kita terpaksa beralih terus kepada sumber karbohidrat yang lain apabila kehabisan bekalan beras. Bak kata pepatah ”alah bisa, tegal biasa”, bukanlah suatu masalah yang besar untuk pengguna menjadikan kentang dan keledek sebagai diet sampingan. Profesor Diraja Ungku Aziz sebagai contoh, hanya makan nasi sekali dalam masa seminggu. Beliau tetap sihat, bahkan mindanya masih tetap mendahului zaman. Oleh itu, tiada alasan untuk masyarakat awam untuk menolak saranan pengurangan pengambilan nasi dengan menggantikannya dengan keledek atau kentang. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan kekerapan mengambil nasi di kalangan pengguna, yang pada kebiasaannya kita mengambil nasi sebanyak tiga kali sehari. Sudah pasti tekak kita yang sudah terbiasa dengan nasi akan berasa loya atau mual sekiranya hanya mengambil kentang dan keledek dalam bentuk goreng ataupun rebus sahaja. Mempelbagaikan menu dari kedua-dua sumber alternatif terbabit mungkin dapat menambat selera dan melupakan seketika kita kepada nasi. Sebagai suri rumah, penyediaan menu berasaskan ubi mungkin tidak menjadi suatu masalah yang besar. Tetapi kepada pengusaha-pengusaha retoran, sudah penggantian secara terus sumber diet ini akan memeningkan kepala. Cara masakan akan menjadi semakin rumit dan mungkin akan melibatkan kos yang lebih tinggi. Seterusnya akan membebankan pengguna.
Pihak berwajib juga haruslah memberikan jaminan bahawa bekalan dan harga kedua-dua ubi terbabit terkawal. Seperti yang sudah kita maklumi, kedua-dua ubi berkenaan bukanlah barangan yang disenaraikan di bawah barang kawalan. Penjual atau pemborong sudah tentu dengan mudah menaikkan harga sesuka hati. Tidak mustahil harganya akan meningkat berkali-kali ganda sekiranya ia mula mendapat permintaan di pasaran. Kewajaran cadangan ini haruslah dilihat dari pelbagai perspektif termasuklah dari sudut psikologi penerimaan masyarakat, peniaga dan pengguna, dan bekalan dan harga. Jangan pula sehingga timbul masalah kenaikan harga keledek dan kentang sedangkan isu beras belum pun selesai.

Jul 1, 2008

SeSunGGuhnYA

KeTuaNan Melayu

Perkara 153(i) Perlembagaan Persekutuan iaitu: "Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu (dan bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini)”. Peruntukan perlembagaan ini sepatutnya diketahui umum dan tersemat kukuh di hati sanubari setiap rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Secara tafsir mudah, peruntukan ini bermaksud keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan kekal terjamin selagi mana Pertuanan Agong dipandang tinggi. Jika perkara ini difahami oleh setiap lapisan masyarakat maka sudah pasti tidak timbul isu menghina kesultanan atau derhaka kepada sultan. Kita sudah maklum bahawa terdapat segelintir orang Melayu yang sudah mula ”mengembang”, yang meruap-ruap semangatnya mahu merperjuangkan bangsa Melayu. Kata segelintir golongan ”mengembang” ini, perjuangan bangsa perlu diagungkan. Mereka ini harus faham agungnya orang Melayu dan Bumiputera di negara ini kerana masih ada Agung dan sultan yang diagungkan. Dalam erti kata lain apabila kita menghormati Agung, itu bermaksud kita sedang mengagungkan bangsa Melayu dan Bumiputera. Mereka yang mahu mengangkat pemimpin sipulan sebagai peagung bangsa dan membelakangkan Agung dan sultan seharusnya sedar, mereka sebenarnya sedang menghancurkan bangsa sendiri atas nama perjuangan bangsa. Mereka yang bersepanduk menghina agung atau sultan harus tahu mereka sebenarnya menghina orang yang memelihara keistimewaan dan kedaulatan bangsanya. Insaf dan sedarlah bahawa manusia sebenarnya tidak atau jarang salah pada niatnya, tapi sering salah pada cara pelaksanaannya. Ingatlah niat tak menghalalkan tarikat.

Jun 2, 2008

Check out my Slide Show!

ceRpen_UlanGan LagEnda (Finale)

Aku
1 Jun 2004


Inilah beberapa cebisan yang telah aku pungut di pinggiran landasan kereta api. Nota suka-duka seorang remaja yang menghadapi badai keremajaan. Nota yang tidak sempurna ini menarikku untuk menyelami dilema yang di hadapi “aku-2000” dan secara tidak langsung mengungkai persoalan yang ditinggalkan “aku-1984”.
Bersama cebisan-cebisan itu terselit sebuah sajak indah, mungkin sajak ini akan membawaku menggapai maksud sebenar yang dicari oleh aku-aku di atas. Seperti suatu kisah yang bersiri, aku cuba meneruskan kesinambungan untuk mencari maksud…
“Tidak perlu aku memaksa sesiapa untuk mempercayai persoalan yang kuutarakan ini kerana kupercaya, akan tiba masa untuk setiap insan melaluinya”.
“Mataku makin kabur, kata-kata ungkapan “aku-1984” bermain-main di telingaku. Aku tersedar rupanya kata-kata “aku-1984” adalah suatu…”
Inilah kugarapkan sajak yang kutemui di kalangan cebisan kisah hidup
“aku-2000”.
Sewaktu waktu romantis,
Bisikan angin menyanyikan lagu indah,
Jendela waktu terbuka luas,
Mengimbau kembali nostalgia,
Kenangan suka duka sewaktu bersama,
Menyusuri denai keremajaan.
Hujan yang turun disiang ini…
Memaksa aku untuk tidur,
Aku dibuai mimpi indah,
Bersamamu menyusuri denai keremajaan,
Setiba kita di pepohon resah,
Kau pergi meninggalkan aku sendirian,
Terlonta-lonta mencari arah,
Dalam kekalutan itu aku tersedar,
Rupanya aku bermimpi di siang hari.
Aku kini memulakan pencarian mencari maksud sebenar cebisan kisah lara “aku-1984” dan “aku-2000”. Kulangkahkan kaki kanan menuju suatu destinasi yang aku kira menjadi tempat bermula kisah ini. Lama aku menunggu, namun jejak-jejak yang dicari masih belum kutemui. Pandangan mataku terpandang seorang gadis berpayung yang sedang bergerak di bawah sinar terik mentari. Seperti sudah ditakdirkan, si gadis duduk bertentanganku. Mata saling berpandangan, hatiku makin berdebar. Si gadis tersenyum sinis, gerak mata dan olengan tubuh mengajakku mendampinginya. Kuasa magnet yang menarikku makin kuat, tapak kukuh yang kududuki kian bergoncangan. Fikiranku melayang, menerawang di angkasa. Kugagahkan diri agar terus berpijak di bumi nyata. Kini hanya tinggal aku dan si gadis, di dunia yang sama. Jasad sekeliling bagaikan kaku, tiada suara yang mengganggu. Telepati. Melalui kurniaan yang dikurniakan Allah, kucuba berinteraksi dengan si gadis.

“ Boleh berkenalan tak?”. Kumemulakan kalimah perkenalan.
Si gadis masih tetap tenang, si gadis membalas pertanyaanku. “ Saudara siapa dan kenapa pula nak berkenalan dengan saya”.
“Aku ada masalah besar sekarang ni, boleh tak awak tolong bantu?”. Aku meneruskan kalimah yang seterusnya. Aku berharap si gadis dapat membantu aku mencari persoalan yang sedang kukaji ini. Pengalaman “aku-2000” akan kujadikan pedoman agar langkah yang sedang kususun ini tidak lari dari landasan yang sebenar.
“Saya tak kenal pun siapa saudara, bagaimana saya nak tolong saudara?”. Tegas dan berhemah jawapan yang diberikan oleh si gadis.
Aku masih tetap menyembunyikan identitiku. Kuteruskan telepatiku. “ Takkan nak kenal baru nak tolong ”.
Jawapan si gadis masih tegas. “Maaf saudara, saya tak suka kalau nak mintak tolong tapi tak kenal orang tu, saya harap tak usahlah saudara ganggu saya lagi. Semua ini untuk mengelak kemurkaan Allah, harap saudara faham…”
Tersentak aku mendengar jawapan tersebut, tetapi bagiku si gadis adalah satu-satunya insan yang dapat menolong aku menyelesaikan segala permasalahanku. Aku tidak akan mengalah, akan kupujuk si gadis agar sanggup menolongku.
“Saya faham. Tetapi satu pembetulan yang saya nak buat, adakah Allah akan murka kalau kita memberi pertolongan ke arah kebaikan? Maaf sebab mengganggu”. Aku cuba meleraikan keadaan yang agak tegang itu. Aku mengutarakan pandanganku dengan nada seakan-akan aku mengalah tetapi pada hakikatnya aku mengharapkan si gadis sanggup menerima permintaan aku.
“Maaf saudara, saya rasa saya terkasar dengan saudara. Saya rasa saya boleh tolong saudara sekiranya saudara menjanjikan akhlak yang baik”. Si gadis membalas pendapatku dan mungkin menyedari hakikat ketelusan hatiku.

Aku rasa teruja. Kini aku yakin, aku mampu menghuraikan persoalan yang ditinggalkan oleh “aku-1984” dan “aku-2000”. Pengalaman mereka akan aku jadikan suatu pedoman dalam merungkai setiap persoalan yang ditinggalkan. Si gadis yang terpilih diharapkan dapat membantu aku menyelami maksud “Tidak perlu aku memaksa sesiapa untuk mempercayai persoalan yang kuutarakan ini kerana kupercaya, akan tiba masa untuk setiap insan melaluinya” yang diucapkan “aku-1984” dan “aku-2000” yang mengungkapkan kata-kata “Mataku makin kabur, kata-kata ungkapan “aku-1984” bermain-main di telingaku. Aku tersedar rupanya kata-kata “aku-1984” adalah suatu…”. Aku yakin lagenda yang sama takkan berulang buat kesekian kalinya.


The End

Cerpen-UlanGan LageNda (Part II)



Aku
1 Jun 2000

Inilah cebisan kehidupan yang kukutip di tepian jalan. Nota suka-duka seorang anak remaja, “aku-1984” yang sedang mencari arah dan erti kehidupan. Persoalanku kini ialah bagaimana untuk aku menerokai pemikiran anak remaja itu. Cebisan yang tidak lengkap ini memaksa aku untuk mencari perjalanan dan kesudahan kisah hidup yang cuba digarapnya itu.

Aku bergerak ke serata arah, mengutip setiap pandangan. Meninjau belukar hidup dan denai-denai yang pernah suatu ketika dulu menjadi jalan bahagia insan –insan kerdil yang mengejar suatu nikmat hidup. Sehinggalah pada suatu rembang siang aku ketemui titik permulaan bagi kisah “aku-1984”. Denai yang telah usang, ditumbuhi semak-samun dan mungkin menjadi tempat persinggahan makhluk berjantina untuk menyemai kasih yang sudah tertumpah. Demi menggapai matlamat yang kuimpikan itu, aku bersedia menjadi bahan ujikaji untuk eksperimen ini. Aku yakin aku mampu menangkis masalah yang dihadapi “aku-1984”. Keyakinanku ini memang berasas, bayangkanlah sekiranya kita tahu setiap gerak masa hadapan. Keyakinan inilah yang mengheret aku untuk cuba menyelami masalah ini. Aku yakin, aku mampu mengatur setiap gerak dan langkah dalam menyelongkar setiap inci permasalahan ini. Tiada apa yang perlu kutakutkan, segalanya jalan cerita dan mungkin rencah cabaran yang bakal mendatang sudah tersurat di dalam cebisan kisah yang kutemui itu. Pengorbanan yang kulakukan adalah untuk mencari langkah bijak mengatasi dilema yang diungkapkan oleh “aku-1984”. Ungkapan yang mengatakan “Tidak perlu aku memaksa sesiapa untuk mempercayai persoalan yang kuutarakan ini kerana kupercaya, akan tiba masa untuk setiap insan melaluinya”. Bagai suatu kata keramat yang memanggil-manggil namaku untuk menyingkap setiap maksud yang tersirat. Demi mencari kebenaran kata-kata dan mungkin menemui penawar bagi dilema ini. Langkah gagahku menyusuri setiap inci bumi bertuah ini, memijak tapak-tapak yang ditinggalkan pujangga masa lampau.

Aku melangkah menuju destinasi yang pada firasatku menjadi tumpuan dan lubuk untukku memancing kisah lara “aku-1984”. Berjam-jam lamanya aku menunggu tetapi tiada sebarang petanda aku temui. Lelah aku menunggu, mataku sudah beralih tumpuan. Suatu tarikan kuat menarik pandanganku. Seorang insan bernama gadis sedang bergerak menyusuri langkah, bersama liuk-lenggok yang mendebarkan jantungku. Takdir memaksanya duduk bertentanganku. Mata saling berpandangan, hatiku makin berdebar. Si gadis tersenyum sinis, gerak mata dan olengan tubuh mengajakku mendampinginya. Kuasa magnet yang menarikku makin kuat, tapak kukuh yang kududuki kian bergoncangan. Fikiranku melayang, menerawang di angkasa. Tersentakku secara tiba-tiba wajah si gadis tersembul di bola mata. Entah bagaimana caranya, aku kini duduk bersebelahan si gadis. Badanku kaku, lidahku kelu. Nafas yang dulunya sering tersekat oleh debu kehidupan berdenyut pantas, turun naik dadaku menunjukkan aku kini berhadapan suatu yang cukup mendebarkan.

“ Assalamualaikum…siapa nama?. Terkeluar kata-kata dari mulutku dalam nada gugup dan terketar-ketar.

Matanya memandang ke arahku, kerut wajah menampakkan si gadis agak tekejut dengan pertanyaanku. Aku makin tidak keruan menunggu jawapan darinya.

“ Waalaikummussalam. Kenapa nak tahu nama pula?” Suara si gadis yang cukup lunak menjawab perbualanku. Aku bagai tak keruan. Degupan jantung yang pada mulanya malap kian berdegup kencang.

“ Sebab saya minatkan awak.”Jawabku seperti kerbau dicucuk hidung. Terlalu berterus- terang dan berani.

Reaksi gadis bagaikan sudah menduga jawapan yang akan kuberikan, namun senyum manis yang dilemparkan mungkin membawa maksud bahawa si gadis jua mengharap pengakuanku itu.

Perbualan antara aku dan dia bermula. Masing-masing sibuk bercerita, pengalaman, susur-galur hidup. Aku dan dia bagaikan sudah lama mengenali, cukup serasi. Saat–saat yang bergerak tidak lagi dihiraukan, yang pastinya aku sedang berhadapan dengan kebahagian hidup yang belum pernah aku impikan. Aku cukup terpesona dengan keayuan dan aturan tutur bahasanya yang cukup indah seperti sebuah syair cinta. Pandangan dan cara gerak-gerinya cukup sempurna persis gadis melayu terakhir. Perbualan yang rancak terhenti pabila terdengarnya laungan azan. Kularikan pandanganku dari wajah gadis ayu itu. Memandag jauh kearah jemaah yang sedang bergerak ke rumah Allah. Sepantas denyutan yang bergerak pada urat sarafku kulontarkan kembali pandanganku pada gadis tersebut. Ahh…kemana hilangnya gadis manis. Aku tertanya-tanya. Gadis manis hilang bersama hilangnya cahaya mentari di ufuk barat. Aku tak pasti kewujudan sebenar gadis itu, tapi aku yakin aku masih waras untuk melalui semua ini. Ingatanku masih jelas, akalku masih waras, tuturku masih berasas dan gerakku masih di bumi yang keras.

“Hari esok masih ada, moga-moga jodoh menemukan kita kembali”. Bisik hati kecilku. Bersama langkah lesu aku bergerak pulang.

Waktu dan tempat yang sama, kutemui semula gadis manis itu. Nyatalah aku berpijak di bumi yang nyata. Jodoh menemukan kembali aku dengan si gadis. Hari-hari berlalu, keakraban semakin terjalin. Seharian kami bersama, aku dan dia bagaikan bayangan yang tidak dapat dipisahkan. Mata asing yang saban hari memerhatikan gerak langkahku tidak lagi kupedulikan. Aku dan gadis manis kini berada di dunia yang indah. Manusia yang lalu-lalang bagaikan angin yang berhembus. Angin sepoi enak terasa, angin keras menyebak dada. Aku benar-benar bahagia, kehidupan terasa cukup sempurna. Setiap kali malam menjelma, aku resah menunggu siang menjengah. Mata yang dulunya pasti nyenyak tatkala malam merangkak, kini terasa cukup sukar dilelapkan. Deringan loceng pagi yang dahulunya kurasakan cukup perit, kini kurasakan cukup bahagia mendengar jeritan paginya. Aku terbayang–bayang wajah si gadis. Pemikiranku hanya berpusat pada satu wajah, si gadis. Pencarian dan penyelidikanku mengenai dilema “aku-1984” sudah kubuang jauh dari benak pemikiran. Tiada gunanya aku mengejar sesuatu yang tidak berguna, padahal dahulunya kurasakan ia cukup penting. Hari-hari yang kulalui makin indah, saat yang berdetik mencengkam urat nadi untuk terus memuja si gadis. Arah pandanganku kini hanya satu, si gadis. Setiap kali pandangan kulontarkan, wajah yang sama pasti mengundang. Setiap saat aku menzikirkan nama yang sama, si gadis. Di situlah kiblatku dan disitulah arah pujaanku. Aku mahukan jasadku bersemadi di samping pusara si gadis andai ditakdirkan hayatku sudah ke penghujungnya.

Seminggu selepas genap setahun aku berkiblatkan si gadis, aku kembali ke tempat yang sering kutemui si gadis. Seperti hari-hari lalu yang telah kulalui bersamanya, aku menanti riak wajah yang telah membuatkan aku resah selama ini. Mataku menyelongkar ke serata arah tapi bayangan si gadis tidak kutemui.

“Dik, arah mana nak pergi bank?”. Suara asing tiba-tiba menanyakan soalan kepadaku. Aku hanya memuncungkan mulut, menunjukkan arah yang ditanyakan. Orang asing itu bergerak ke orang bersebelahan. Mungkin tidak berpuas hati dengan jawapan yang kuberikan.

Aku keresahan, badanku melayang-layang. Aku bagaikan tidak lagi berpijak di bumi ini. Seharian aku termanggu di situ, bayang si gadis masih belum menjelma. Menjelang malam, aku melangkah longlai pulang ke rumah. Pulang bersama seribu kekecewaan dan persoalan. Semalaman aku memikirkan, semalaman aku kebingungan. Pabila siang menjengah, ke tempat yang sama akan ku tuju. Begitulah setiap saat dan setiap denyutan nafas. Si gadis tetap tidak ku temui. Kemanakah hilangnya wajah ayu itu? Pelbagai persoalan kian menusuk masuk dan menjengah setiap jisim putih dan kelabu agar terus memikirkan tentang si gadis.

Suatu malam aku bermimpi, cahaya terang bergerak menyuluh kegelapan yang menyelubungiku ini. Mataku bersilauan, kucuba untuk membuka mataku perlahan-lahan. Cahaya mentari memanaskan sekujur tubuhku. Terasakan tubuhku cukup berat untuk beralih dari pembaringan tidak seperti hari-hari dahulu. Langkah longlaiku menuju destinasi yang dahulunya amat bahagia. Hari ini dapat kurasakan sedutan nafasku agak berlainan. Udara yang singgah pada nadi hidupku terasa cukup segar. Aku sedari, banyak bebola mata yang memusat pada sekujur tubuhku. Mata yang menghina, mengeji dan penuh kejijikan itu memaksa aku berlari meninggalkan tempat itu. Semakin pantas aku berlari, makin banyak kata-kata asing memenuhi telingaku. Segerombolan bayang-bayang hitam mengejar gerak langkahku. Tiba-tiba aku tersungkur, bersama-samaku bertaburan beberapa helaian diari yang telah kugarapkan. Kucuba tuliskan catatan terakhirku pada waktu yang terdesak ini. Mataku makin kabur, kata-kata ungkapan “aku-1984” bermain-main di telingaku. Aku tersedar rupanya kata-kata “aku-1984” adalah suatu…


Aku
1 Jun 2004


Inilah beberapa cebisan yang telah aku pungut di pinggiran landasan kereta api. Nota suka-duka seorang remaja yang menghadapi badai keremajaan. Nota yang tidak sempurna ini menarikku untuk menyelami dilema yang di hadapi “aku-2000” dan secara tidak langsung mengungkai persoalan yang ditinggalkan “aku-1984”.


to be continued...

CeRPen-uLangan LagEnda (Part I)

Aku
01 Jun 1984

Bangunku pada pagi indah ini, bagaikan lahirnya aku ke dunia yang penuh dugaan dan halangan. Aku kini sedang merangkak dan membesar di dalam alam keremajaan. Kokokan ayam selalu berpesan “engkau kini telah dewasa”. Saban hari aku mendengar jeritan itu, hampir setiap kalinya fikiranku akan meracau mendengar pesanan itu. Bermacam-macam perkhabaran telah kudengar, hampir kesemuanya tentang keburukan usia remaja. Aku bagaikan di awangan, melayang-layang mencari identiti diri. Mencari suatu kebenaran yang entah dimana letaknya.

Aku masih dalam pencarian. Terkadang terasa, aku seakan-akan cukup dewasa untuk meneruskan hidup tapi adakalanya terfikir aku kekontangan. Kekontangan kekuatan hidup, terasakan aku perlu mencari penyokong hidup. Entah apa gerangan perasaan yang kian hari kian mencengkam urat nadi dan atur langkah kehidupanku. Mungkin inilah yang sering diperkatakan oleh masyarakat dewasa yang telah merasai badai usia remaja. Kini aku amat yakin, aku sedang berhadapan perasaan yang sama seperti mereka. Tiada bukti saintifik mahupun teori Darwin untuk aku buktikan kebenaran ini, namun perasaan yang kurasakan amat sahih kewujudannya. Tidak perlu aku memaksa sesiapa untuk mempercayai persoalan yang kuutarakan ini kerana kupercaya, akan tiba masa untuk setiap insan melalauinya.

Bagaikan sebuah alunan muzik yang indah aku tertarik untuk merapati suatu pancaroba alam remaja. Pancaroba yang diciptakan khas untuk membentuk dan melatih insan yang teguh jati diri. Alunan muzik yang sering sahaja menjengah tatkala setiap sedutan kehidupan dipraktikkan. Entah…


Aku
1 Jun 2000

Inilah cebisan kehidupan yang kukutip di tepian jalan. Nota suka-duka seorang anak remaja, “aku-1984” yang sedang mencari arah dan erti kehidupan. Persoalanku kini ialah bagaimana untuk aku menerokai pemikiran anak remaja itu. Cebisan yang tidak lengkap ini memaksa aku untuk mencari perjalanan dan kesudahan kisah hidup yang cuba digarapnya itu.

to be continued...

Aku kian Tua

Assalamualikum..
semalam (1 jun) maka genaplah umurku 24 tahun. Cepat benar rasanya masa yang berlalu. kenangan masa zaman kanak-kanak dan zaman persekolahan masih jelas di ingatan. Inilah kehidupan, jaraknya tak lama. Lahir kita ke dunia diazankan dan perginya kita dari dunia disembahyangkan...jarak kehidupan sesingkat jarak antara azan dan solat. Justeru, sisa-sisa udara yang masih tinggal hendaklah kita manfaatkan sebaiknya sebelum kita menghembuskan udara yang terakhir. Jadikanlah ruang waktu yang masih diizinkan untuk mendapat redha Ilahi.

May 30, 2008

solat iii

ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT
Rasulullah s.a.w bersabda; “Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian mengqadakan solat itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah sama dengan 80 tahun akhirat. 1 tahun mengandungi 360 hari dan 1 hari akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia”

Hukuman meninggalkan satu solat fardhu;
1 huqub seksa di neraka = 28800000 hari didunia (80000 tahun hidup di dunia)

solat ii

KELEBIHAN SOLAT

Abu Dzar r.a berkata; Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur lantas baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda; “Wahai Abu Dzar”. Saya (Abu Dzar) menjawab “Saya, Ya Rasulullah”. Kemudian Baginda bersabda; “Apabila seseorang islam menunaikan solat untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dosanya akan gugur seperti gugurnya daun-daun dari pokok ini” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

solat

KEPENTINGAN SOLAT

“Pertama (amal) yang ditanyakan pada seseorang adalah sembahyang. Bila sembahyang (sempurna) diterima maka semua amal kebaikan pun diterima. Dan sekiranya sembahyang tidak diterima maka semua amal kebaikan ditolak”

(Riwayat Numair bin Salmah)

May 23, 2008

supplication

May 21, 2008

aNak Baru gEde

Pendedahan demi pendedahan dibuat mengenai anak gadis tempatan yang dilarikan ke luar negeri dan yang paling mencuri perhatian ialah dilarikan ke Indonesia. Kita mungkin pernah mendengar gadis-gadis yang dilarikan atau diseludup untuk tujuan pelacuran atau menjalankan kegiatan pengedaran dadah dan sebagainya. Namun begitu, istimewanya gadis yang dilarikan ke Pulau Lombok, Indonesia ini ialah untuk diperisterikan. Itulah tradisi pelik tetapi benar atau dikenali sebagai ”merari” yang masih diamalkan di kepulauan tersebut. Merari merupakan adat tradisi masyarakat di Lombok, Indonesia. Anak gadis yang ingin dikahwini akan dilarikan sebagai suatu tanda kemegahan. Mereka kini kian rakus mengejar ”anak baru gede”, satu istilah yang digunakan bagi mewakili anak-anak di bawah 15 tahun yang dilarikan dari luar negeri. Suatu fakta yang menarik ialah 800 ribu orang pekerja asing dari kepulauan Lombok berkerja di Malaysia secara sah atau tanpa izin.

Rinnie anak Aseng, Masliana Saidin, Evy Estefanie, Che Azreen dan Nurul Wahida merupakan antara senarai anak tempatan yang dilarikan dan kesemuanya berusia belasan tahun. Kisah yang paling mendapat perhatian ialah anak gadis dari Perak, Nurul Wahida Hamzah dan Che Siti Nor Azreen Che Ishak dari Negri Sembilan. Sebenarnya kisah mereka ini adalah rentetan dari banyak lagi kes yang melibatkan gadis tempatan yang dilarikan ke negara kepulauan itu. Salah seorang gadis tempatan yang berjaya dibawa pulang setelah dilarikan ke pulau berkenaan menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 30 orang gadis tempatan sebayanya yang terdapat di sana. Penasihat Imigresen dan Tenaga Kerja Kedutaan Malaysia di Indonesia pula menyatakan sejak tahun 2005 terdapat sekurang-kurangnya 12 orang anak gadis tempatan yang terkandas di Indonesia. Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care) sebuah petubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam usaha menyelamatkan gadis Malaysia yang dilarikan pula mengatakan lebih 47 orang gadis Malaysia masih berada di kepulauan Lombok. Statistik kes Orang Hilang dan Jumpa Seluruh Malaysia bagi suku pertama tahun 2007 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 681 wanita telah hilang. Angka dan statistik ini menunjukkan permasalahan ini akan meruncing jika tidak ditangani dengan baik.

Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk mendepani masalah ini ialah dengan mengkaji punca atau sebab kepada permasalahan tersebut. Pengakuan mangsa yang terlibat dan kajian yang dijalankan oleh 22 penyelidik universiti dari Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Scandinavia dan Sepanyol mendapati punca utama gadis tempatan dilarikan atau melarikan diri ke Indonesia ialah atas dasar cinta. Persoalanya ialah mengapakah begitu mudah gadis tempatan cair kepada pujuk rayu warga Indonesia terbabit? Ini mungkin dipengaruhi oleh pesona ”cowok” Indonesia melalui industri ”Indonwood” yang acapkali menghiasi pawagan dan industri hiburan tanah air. Anak baru gede tempatan mungkin berfantasi di alam perfileman dan berkhayal atau teruja untuk mendampingi jejaka-jejaka Indonesia sebagai hero hati mereka. Trend untuk bercinta dengan warga asing mungkin menjadi faktor penggalak kepada gadis tempatan untuk menerima cinta dari seberang. Mereka juga mungkin terpedaya dengan kata-kata manis dan susunan madah-madah cinta. Pihak-pihak yang berwajib haruslah memandang berat perkara ini, sebaiknya filem-filem dari luar dikurang-tayangkan di negara kita.

Ibu bapa juga harus dipertanggungjawabkan terhadap wujudnya masalah ini. Keberantakan institusi kekeluargaan dan mungkin kurangnya kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa menjadi faktor pendorong kepada anak-anak remaja ini mencari tempat untuk menumpang kasih. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, gadis yang bermasalah ini tidak mungkin akan menolak ”bantal-bantal empuk” yang disorongkan oleh segelintir warga Indonesia yang sememangnya mencari-cari mangsa. Ibu bapa tidak harus menjadikan kesibukan mengejar kekayaan sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab dan kasih-sayang terhadap anak-nak khususnya anak gadis yang kian meningkat remaja. Komunikasi dan perhatian khusus perlulah sentiasa diberikan kepada anak-anak.

Jikalau diselami dari aspek cinta, persoalan yang mungkin timbul ialah, apakah yang difahami oleh anak gadis yang masih belasan tahun ini mengenai cinta? Seperti kisah yang dipaparkan, anak gadis yang baharu berusia 13 tahun sanggup merentas selat Melaka demi sebuah cinta. Pemikiran kita yang waras mungkin sedikit bercelaru memikirkan makna cinta yang difahami oleh kanak-kanak yang masih bersekolah ini. Tidak dapat dinafikan, mungkin wujud unsur ilmu hitam. Akhbar tempatan baru ini melaporkan bahawa seorang gadis yang berjaya dibawa pulang meronta-ronta dan asyik teringatkan suami yang melarikannya. Sedangkan sebelumnya, gadis terbabit bersungguh-sungguh mahu pulang ke tanah air. Gadis tempatan haruslah berhati-hati dalam pergaulan mereka khususnya warga asing yang baru dikenali. Ibu-bapa juga perlu mengawasi rakan pergaulan anak-anak.

Setelah puas dipujuk rayu, terpesona dengan ayat-ayat cinta atau terkena penangan ilmu sihir, gadis-gadis ini akan dilarikan ke Indonesia. Berdasarkan statistik kebanyakan gadis tempatan yang dilarikan ke sana tidak mempunyai pasport atau pengenalan diri yang sah. Sebilangan besar daripada mereka ini memiliki pengenalan diri atau pasport yang palsu. Fakta ini menunjukkan betapa lemahnya pengawalan sempadan negara, bukan sekadar beras, rokok atau barangan lain diseludup dengan mudah tetapi manusia juga boleh diseludup. Oleh hal demikian, penstrukturan semula dan pengawalan yang lebih ketat perlu diberikan di sempadan negara khususnya yang sering digunakan untuk ke negara berkenaan. Kerjasama antara Imigresen Malaysia dan Indonesia perlu dipereratkan lagi supaya pengawalan sempadan akan menjadi lebih efisien.

Seterusnya kes-kes yang telah berlaku perlu diberikan perhatian yang khusus. Kerajaan Malaysia melalui pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang tegas. Akta yang sudah sedia ada perlu disusun semula dan ditambahbaikkan manakala akta yang baru dan relevan perlu digubal dan dikuatkuasakan.
Sebagai seorang makhluk kita harus kembali kepada ajaran agama. Ajaran agama yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak. Anak-anak harus disedarkan bahawa perkahwinan mereka di seberang adalah tidak sah dari segi undang-undang sekiranya tidak memiliki pasport atau pengenalan diri yang sah. Dari segi agama pula perkahwinan mereka diragui kerana berkahwin atas nama yang berlainan. Kesimpulannya, pengemblengan dan usaha sama semua pihak perlu bagi mengekang masalah ini daripada terus berleluasa.