BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 23, 2009

MAngkuk LU aka MALU


"di satu sudut dalam gerabak komuter yang bergerak perlahan dari hentian Mid Valley megamall menuju ke hentian Serdang, kelihatan dua orang remaja yang belum sah nikahnya sedang bercumbu-cumbuan. Terlalu asyik berpelukan. Asyik berciuman. Ramai mata yang memerhati.


Ada yang memandang jijik perbuatan ini seraya berdoa dalam hatinya, moga Allah memberikan hidayah kepadanya dan kepadaku.

Ada yang memandang jijik perbuatan ini seraya berdoa dalam hatinya, moga Allah memberikan azab kepadanya.

Ada yang memandang khusyuk perbuatan ini seraya berbisik dalam hatinya, kalaulah aku dapat amoi/balak ni kan seronok.

Ada yang sekadar memandang.

Seakan terpanggil, seorang lelaki bertubuh kurus menegur si lelaki sasa dan si amoi seksi.

Semua mata tertumpu kepada tiga makhluk ini, si kurus, si sasa dan si amoi seksi
Si sasa dan si amoi seksi terasa malu dan kembali memarahi si kurus.

"agak2la nak tegur pun, hikmah la sikit, jangan jatuhkan maruah orang, malu la kami"

Sketsa di atas adalah kisah benar dalam imaginasi diriku yang bernama parkchick. Amoi dengan balak dia adalah watak sampingan dalam cerita ni. Watak2 lain tu semua parkchick. yang bersangka baik pun parkcik, sangka buruk pun parkcik, pdg jijik pun parkcik, pandang syok pun pakcik.yang teguq tu pun pakcik (tapi dalam berangan je la, iman lemah).

Perasan tak moral cerita ni. Moral dia hangpa cari la sendiri.yang pakcik nak cerita di sini adalah sifat MALU. Malu ngan Iman adalah selari....kalo iman lemah, rasa malu pun lemah....kalo rasa malu lemah, iman pun lemah. saling berkaitan. Perasaan malu yang buatkan kita tahan diri dari berbuat maksiat. Bukan kita tak buat maksiat sebab malu tapi kerana iman dalam diri kita yang buat kita malu.

Si balak dan amoi kata depa malu, jatuh maruah ditegur depan orang. Nampak tak? depa masih ada rasa malu lagi walaupun depa takmalu pun dok baiknya masyukkk depan orang. Rupanya pandangan mata depa dah dibelenggu, depan dihijab, belakang dihijab, kepala didongok. bila si kurus (pakcik la tu, dalam angan) teguq...depa mula rasa malu.macam orang yang mengigau berjalan, smpai depan Tv dia mula nak kencing..bila orang kejutkan dia..mulala malu..samala ngan situasi ni. Tak sedaq diri wat kerja takmalu depan orang, macam orang yang dah takde kemaluan dah..bila kena teguq malu pulak.ish3.

tula sedikit sebanyak peri pentingnya sifat malu. so, usahakan sifat malu dalam diri anda.

Pakcik pun malu sangat3 bila orang teguq kesalahan pakcik.
Rasa sangat disayangi Allah.
Bestnya

TQ Allah...TQ Allah...TQ Allah

3 comments:

Anonymous said...

Soalan: “Ustaz, kalau seseorg itu, jatuh dlm lembah dosa, kmdn bertaubat, kemudian dia terjatuh kembali, kemudian dia bertaubat, kemudian dia terjatuh lagi, dan berkali2 perkara itu berulang, dosa itu tidak mampu dia tinggalkan, bagaimana ustaz?”

Jawapan: “Usaha lagi. Jgn putus asa. Brp kali terjatuh pun, bgn balik, bertaubat kpd-Nya. Jgn putus asa”

Kesimpulan: Berusaha, jgn putus asa, hingga hjg nyawa

p/s:keburukanku yg disembunyikan Allah sesungguhnya lebih byk lg

~akuhamba~

Anonymous said...

http://malaykarkun.blogspot.com/2008/02/mengapa-keluar-3-hari-40-hari-4-bulan.html

Ahmad Hamizan said...

Park Chik...saye dapati blog park chik sangat menarik pengisiannye...mahu meminta izin meng-copy-and-paste mane2 entri yg menarik dan sesuai dijadikan artikel dakwah...trime kasih