Parkchick bin Torquechick
No. 25 Jalan Kaki,
Taman Cewek, Lorong Ayam
010684, Ahli Mangku Bumi.
1 Syawal 1430 Hijrah
Assalamulaikum,
Menemui tetamuku, saudara Ramadhan yang kini berada di hujung perjalanan. Semoga kedatangan surat ini tidak mengganggu perjalanan saudara. Moga-moga saudara sihat-sihat hendaknya. Tujuan Parkchik menulis surat ini ialah untuk melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur atas kesudian saudara hadir menemani hidup Parkchick. Walaupun pertemuan kita tidak lama tetapi Parkchick amat-amat menghargai kehadiran saudara.
Rasanya masa terlalu cepat berlalu. Masihkah saudara ingat sewaktu mula-mula saudara sampai ke pondok buruk parkchick. Maafkan parkchick kerana kurang bersedia untuk menyambur kehadiran saudara Ramadhan. Parkchick akui dan akur semua itu adalah atas kelemahan dan kecuaian Parkchick. Maafkan Parkchick kerana bersikap acuh tidak acuh sewaktu menyambut kehadiran saudara. Jika saudara perasan riak wajah Parkchick sewaktu itu, Parkchick seakan gusar dengan kehadiran saudara. Moga-moga saudara dapat memaafkan kesilapan Parkchick.
Sewaktu sepuluh hari permulaan saudara menemani Parkchick, terasa suatu suasana yang sangat tenang. Ketenangan yang belum pernah Parkchick rasai sebelum ini. Ingatkah lagi saudara, sewaktu kita bersama-sama pergi bersolat tarawikh. Parkchick masih ingat teguran saudara kepada Parkchic, saudara meminta Parkchick supaya ikhlas dalam beramal dan bersegera ke arah kebaikan. Parkchick takkan lupakan malam-malam yang saudara kejutkan Parkchick. Sekali lagi saudara menegur parkchick kerana membazir waktu untuk makan dan minum. Kata saudara, Parkchick terlalu menghabiskan masa untuk makan dan minum. Parkchick naik angin mendengar teguran saudara, tetapi saudara bijak mententeramkan parkchick. Kini parkchick bersyukur kerana teguran saudara membuatkan Parkchick bangkit dari lena yang panjang.
Begitulah berlalu hari-hari kita bersama. Pernah pada suatu pagi, saudara mengejutkan Parkchick untuk bangun. Mungkin kerana perut ini terlalu dipenuhi makanan, prarkchick susah untuk bangun. Kata-kata semangat yang saudara bisikkan ke telinga Parkchick memaksa untuk Parkchick bangun. Dengan mata yang terpejam, Parkchick membonceng saudara untuk berjemaah. Hujan yang turun tiba-tiba membuatkan Parkchick hiba. Satu peristiwa yang menyentap hati Parkchick juga telah berlaku. Peristiwa yang menyedarkan Parkchick kepada hakikat kehidupan dan kematian. Parkchcik menangis mengenangkan kesudahn hidup Parkchick. Masih banyak pengalaman yang Parkchick ingin kongsikan bersama kamu tetapi “biarlah rahsia”. Parkchick pasti saudara Ramadhan masih ingat dendangan lagu itu.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Di saat surat ini ditulis, air mata Parkchick terlalu murah. Parkchick akan sentiasa mengingati dan merindui kehadiran saudara. Moga-moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi. Segala nasihat dan tunjuk ajar saudara akan tersemat kukuh di hati Parkchick. Berjumpa lagi di lain waktu.
Sahabatmu,
Parkchick
(Friendship forever).
pakcik- Saat kamu-kamu baca surat ni, parkchick dah balik kampung dah. Rumah pakcik takdak internet, kita berjumpa lagi lepas cuti. Pakcik cuti seminggu..hahaha. Selamat hari Raya, Maap zahir Batin, Terkasaq bahasa hangpa maapkan la ye, Terlaser bicara hangpa maapkan la ye, termengumpat hangpa maapkan la ye, kalo ada hutang cikit2, halalkan la ye, termakan ke, terminum ke, terguna barang tanpa ijin ke. kalo ini entry terakhir pakcik, hangpa abadikan kenangan ni sebagai kenangan manis.
9 comments:
uwaaa sedihnye bace..lg sedih ayat last pkcik..huhu
mintak maaf jgk, slmt mymbut hari lebaran (hari utk org2 yg berjaya)
~akuhamba~
'Peristiwa yg menyentap hati...'
Kita semua bersalah...
Sibuk berbalah-balah...
Kerja sebenar kita tak endah...
Kalu jumpa sekali je pun mungkin Allah leh ubah...
Kita semua bersalah...
~Mokhtar~
pakcik..nk Ramadhan lagikkk
hukkk...
mengharapkan ramadhan tidak pergi jauh dan sudi kembali...
salam syawal pakcik~
surat untuk aishah takde?
kamu
bile nk update
tertunggu-tunggu
~akuhamba~
rindu pulak kat pakcik ni...
bila mau update blog ni?
rindu menusuk kalbu... hehehe...
p/s:salam syawal utk semua...
salam aidilfitri,
cuti panjang yg memenatkan,
sakit yg tidak memilih,
perbalahan yg tiada kesudahan,
rindu syurga biar berterusan,
salah yg mohon diampunkan,
surat yg mungkin tiada balasan...
salam lebaran
pakcik kembali
Ingat dah arwah...
kih kih kih...
~TekaSiapa~
ait..belum arwah la..ish3
~akuhamba~
Post a Comment