BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 6, 2009

"Aduih...sakit kepalaku"-kupicit-picit kepala sambil menahan kerutan di dahi. Gerangan sakit apakah ini?

(Bahagian mana lagi harus kutebuk untuk menghilangkan rasa sakit di kepala ini. Artikel ini mempunyai laras bahasa dan tatabahasa yang lebih baik berbanding artikel-artikel yang lepas. Gaya penulisan juga tidak santai kerana Aku merasakan isu ini terlalu jauh dari suasana santai. Aku menggantikan Pakcik untuk menunjukkan bahawa Aku berada dalam keadaan beremosi)


Ini semua kerja bodoh. Buat sesuatu perkara langsung tidak menggunakan akal dan kewarasan. Biarlah kali ini Aku mencarut kerana Aku sudah tidak tahan melihat dunia yang dihuru-harakan oleh permainan politik yang keji. Peristiwa yang berlaku di sana-sini penuh dengan kebobrokan sikap manusia yang langsung tidak mencerminkan ketamadunan. Perbuatan menghina yang sangat hina. Perbuatan mengutuk yang sangat kutuk. Perbuatan menfitnah yang sangat fitnah. Perbuatan pentingkan diri sendiri yang sangat menggelikan. Sandiwara yang penuh tipu daya. Ya Allah, gelinya aku melihat dunia ini.

Kepala babi di sana. Kepala lembu di sini. Kepala-kepala ini membuatkan Aku pening kepala.

Kepala babi! Kepala lembu! Kepala hotak kamu!

Islam mengganjurkan penganut menghormati kehormatan dan kepercayaan agama lain. Kita dianjurkan untuk menyeru mereka ini kepada kebenaran islam, bukannya sibuk mencerca agama mereka. Bukannya sibuk memainkan sentimen-sentimen yang boleh mencetuskan perbalahan. Tiada paksaan dalam beragama. Hormatilah kebebasan beragama. Pada masa yang sama syiarkan indahnya islam. Syiarkan melalui akhlak kita yang indah. Mereka tidak nampak solat kita. Mereka tidak nampak tahajud kita. Mereka tidak dengar doa nangis dari kita. Tetapi mereka lihat pada akhlak kita. Adakah perbuatan kita menggusung kepala-kepala yang tidak berdosa itu satu pahala? Adakah perbuatan mengusung kepala-kepala itu perbuatan yang menunjukkan indahnya agama kita? Janganlah kita menjadi orang yang menutup pintu-pintu hidayah untuk mereka.

Ini semua kerja orang yang berkepentingan. Ini kerja bodoh. Apakah pembinaan rumah ibadat mereka menyebabkan islam menjadi sangat hina dan lemah? Apakah pembinaan rumah ibadat mereka menyebabkan orang islam berbondong-bondong menuju ke rumah ibadat mereka. Ataupun orang islam semakin menyusut kehadirannya ke rumah Allah?

Kalau kita hendak menjadi pembela agama, bukan ini caranya

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20090905233214/Article,http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm, http://en.wordpress.com/tag/gerakan-mansuh-isa/).

Ini semua permainan politik. Orang yang berkepentingan akan tampil sebagai watak adiwira, menjadi pembela agama dan bangsa. Hentikan lakonan dan sandiwara kalian. Berapa banyak sokongan majoriti yang kamu peroleh? Berapa banyak upah yang kamu dapat? Berapa tinggi darjat kamu di mata masyarakat? Hentikanlah. Masing-masing mengambil peluang untuk menunjukkan ketokohan. Masing-masing mengambil peluang untuk menyerang musuh perjuangan. Orang melayu tidak berfikiran kolot seumpama ini. Kita menjadi kolot kerana mengikut perintah dan skrip dari orang yang memikirkan tembolok. Fikirkanlah, apakah kita akan mati mulia dengan membuat onar sebegini? Kusutnya dunia yang sesingkat ini.

Tidak perlulah keluar di jalanan membawa sepanduk yang membangkitan permusuhan agama. Kalau anda benar untuk mempertahankan agama dan menaikkan syiar agama, sepanduk anda harus berbunyi begini;

‘Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka (hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majaj dan Tirmizi)’.

Kalau masih mahu menambahkan bilangan sepanduk, ayat sebegini cukup cantik untuk dijadikan sepanduk;

‘Aku lebih suka menyertai solah subuh dengan berjemaah daripada bersolah sepanjang malam (kata-kata Hazrat Umar ra’.

Tiada guna kita sibuk menghalang orang untuk membina rumah ibadat merka, jika kita sendiri masih acuh tak acuh untuk ke masjid dan surau. Tiada guna kita membuat kecoh dan heboh seantareo negara kalau rumah ibadat kita masih sunyi sepi. Kalau anda masih tidak berpuas hati dengan perarakan sebegitu, pergilah lorong ke lorong, dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu, dari hati ke hati. Kempenlah kehebatan Allah. Kempenlah keindahan islam. Kempenlah hebatnya solat. Allah akan berbangga dengan anda. Malaikat akan berbangga dengan anda. Makhluk-makhluk akan mendoakan anda. Syurga membuka pintu seluas-luasnya untuk anda. Kalau anda masih berkeinginan untuk ‘berarak’ membawa kepala, tirulah sahabat Rasulullah. Kepala kambing diarak satu kejiranan kerana memikirkan hak jiran. Kerana memikirkan keutamaan jiran. Kalau anda masih nak menjerit, tidak usahlah menjerit ‘booo’ atau ‘reformasi’ atau ‘mansuhkan ISA’. Pergilah ke surau. Pergilah ke masjid. Matikan pembesar suara, “Jeritlah” sepuas-puasnya. Kalau anda rasa mahu mengeluarkan peluh untuk syiarkan keadilan. Campakkanlah kunci motosikal atau motokar anda ke sofa. Berjalanlah ke rumah Allah. Tidak perlu anda berjalan menghadang jalanan kerana sunnah Rasulullah ialah membuang halangan di jalanan. Aku sudah penat. Aku mohon istirehat. Sekian, terima kasih.


Pakcik-mohon dimaafkan andai daku berbeza pendapat dengan kalian

4 comments:

Syahril said...

waaaahhh... luahan hati seorang insan yg kecewa... tegas sekali... tegas yg berpatutan dan relevan... alangkah baiknya kalo depa dpt baca luahan ini...

aku pun dah jemu dgn suma ni... aku dah sampai maleh nak baca paper... sbb bagi aku paper yg ada skrg sumanya paper politik... putar belit... fitnah... umpat... suma tu dah jadi cm takdak pape pun... rileks je...

better aku beruzlah dari kebobrokan dunia ni (pinjam ayat hg)... aku risau... dah laa aku ni iman nipis benor... mudah pecaya dgn citer org... baca paper lapor trus pcaya... so better aku asingkan diri aku... risau kalo aku pun tjebak... secara sedar atau tidak sedar... fuhh bahaya...

ahmad syahril... elakkan diri anda dari menjadi seperti pepatah ini... "gajah sama gajah berperang... pelanduk mati di tengah2"...

aku hanya mampu berdoa agar Allah berikan taufik dan hidayat kepada semua termasuk aku agar terselamat dari kebodohan ini...

p/s: "Gerangan sakit apakah ini?"... jwpnnya sakit pala laa... meh aku picit... hehehe...

Anonymous said...

Ada suatu masa..aku lgsg tak amik tau pasal politik....
Pastu ad org marah aku...kata Islam tu lengkap termasuk politik....

Bila aku amik tau pasal politik..
Aku pun pening mcm ko la PakCik...

Sebab kalu kita baca kisah kehidupan sahabat...LANGSUNG tak mengamalkan cara berpolitik yg org skrg ni amalkan (pembangkang mahupun kerajaan)

So..skrg ni aku TAK NAK amik kisah pasal politik...

Politik atau siasah yg aku faham ialah 'pentadbiran Islam'

Setiap org bermesyuarat ehwal org Islam di mohalla masing2...

Setiap minggu bermusyawarah ehwal kawasan...

Setiap bulan mesyuarat di peringkat Malaysia di S.P.

Setiap tahun besuarat ehwal Malaysia di kalangan syura peringkat dunia di Nizamuddin (InsyaAllah akan berpindah kembali ke Madinah suatu hari nanti...)

Sblum mensyuarat baca doa minta ilham dar Allah SWT.
Dalam mesyuarat kena bagi cadangan yg terbaik yg Allah ilhamkan...
Jangan potong cakap org lain...
Jangan perlekehkan cadangan org lain...
Keputusan amir adalah keputusan bersama...bukan keputusan individu...
Tiada mesyuarat sebelum/selepas mesyuarat (xleh ada keputusan dulu sblum mesyuarat dan xleh ungkit keputusan mesyuarat)
Banyak tawajuh dan minta pertolongan Allah dalam mesyuarat...
Letakkan kepentingan agama dalam keputusan dan bukan kepentingan individu...
(Banyak lagi adab2 dalam berpolitik...kalu nk tau lagi kena keluar lagi dan lagi...)

Itulah politik yg aku faham...
Politik tu ALAT utk capai maksud...
Politik tu sendiri bukan maksud...

Kuasa/Kerajaan tu ALAT utk mencapai maksud....
Kuasa/Kerajaan tu sendiri bukan maksud...

Jadi...apa maksud/tujuan kita???
Mcm mana SEMUA org dapat kalimah Laa Ilaha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah...semua selamat masuk syurga...

Sbb tu Nabi SAW nangis bila tgk mayat sorg budak yahudi...SBB SEDIH BUDAK TU MATI DALAM KEADAAN KAFIR...bukan sedih budak tu kena aniaya dgn SPRM ke apa...


Kita dah jauh dari kehidupan Nabi dan sahabat2..sbb tu kita tak faham agama mcm sahabat2 faham agama...Kita patut study balik kehidupan sahabat2...
Dan melihat agama ini dari kaca mata mereka...bukan dgn kaca mata kita....atau pemikiran kita...atau kreativiti kita...

~mokhtar~
p/s: Ada org marah aku baca kitab fadhail amal sbb ada hadits dhoif. Dia kata bc hadits dhoif hati jadi gelap....

Aku plak kata, sila rujuk ulama hadith ttg kedudukan hadith dhoif dalam konteks fadhail...

Aku tambah lagi....BACA BLOG POLITIK LA YG HATI JADI GELAP...

Park Chick said...

SYah-ehehe..aku masih terpaksa memisahkan diri dari politik sekarang...belum cukup suci utk masuk dunia politik

Mokhtar-debat secara selayaknya untuk orang yg mahukan penjelasan bukan dengan org yg mahukan kehebatan...hati2 berdebat

Syahril said...

aku ni ikut politik sbb kononnya nak amik tau hal ehwal negara asalnya... tapi makin ikut makin pening... dah nak stop aritu... dah nak keje kerajaan kena laa amik tau jgk skit2...

tgk je laa... soalan masa interview dulu... "apa pendapat anda tentang mslh politik di perak?"... smpai aku terkebil2 tak reti nak jwb...

tapi skrg betul2 dah makin melampau... aku dah muak... aku jadi pening... aku malu... semua ada... so aku pun dah tak mau ikut dah... bila nak interview nanti maybe aku ikut blk... tapi sket2 je laa... buat gelap hati je...