BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 14, 2009

Mamat, Syurga dan Dot3

(sebuah kisah perjalanan Mamat, banyak kali Mamat suruh pakcik post entry ni..pakcik cakap pakcik takut kena ISA, pakcik takut kena "boooooo", pakcik takut dituduh munafik...pakcik takut la Mamat, tapi sudahnya pakcik post jugak)


Gerak kaki Mamat menghayun langkah melintasi sebuah perkampungan di pinggir sebuah benua. Mulut Mamat terkumat-kumit sambil di tangannya adalah sekeping lembaran yang bertinta. Mamat lagaknya terlalu asyik membaca dan memahami tinta-tinta yang tercoret pada lembaran itu.

Kata/PeribahasaTakrifSumber
penyokong1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong.Kamus Pelajar
penyokong2 orang yg memberikan sokongan atau bantuan; penolong.Kamus Pelajar
penyokong1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka.Kamus Dewan Edisi Tiga
penyokong1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka.Kamus Dewan Edisi Empat

Menjelang dinihari, Mamat memasuki sebuah penempatan yang baharu. Tatkala kaki kanan melangkah melepasi persempadan kampung yang baharu itu, lembaran tadi dilipat rapi lalu di semadikan ke dalam kocek bajunya, di sebelah dada kiri, dekat di hati. Mamat berjalan melewati lautan manusia yang sibuk berhimpun mengerumuni pondok-pondok yang tersergam.

Mamat memasuki ruang legar pondok yang sulung. Pada pintu gerbangnya tertulis Pertubuhan Mizan. Ramai di kalangan masyarakat pondok itu memakai penutup kepala berwarna hitam. Agak unik. Ketibaan Mamat disambut dengan paluan kompang mesra dan salam yang bertaut. Mamat memasuki ruang di dalam pondok, matanya sibuk meninjau. Mamat puas meninjau lalu keluar mengambil angin segar. Serentak terpacul wajah Mamat di luar pondok, mulut mamat spontan menjerit ke arah Tok Batin pondok itu;

'Penyokong Mizan tak boleh masuk syurga'.

Jeritan Mamat disambut oleh jeritan penyokong-penyokong dari pondok sebelah-menyebelah. Penyokong-penyokong di pondok 'Pertubuhan Mizan' naik berang lalu mengejar Mamat. Mamat berlari-lari anak ke pondok sebelah. Hasratnya mahu memohon perlindungan. Hati Mamat berbunga, datangnya bersambut. Tepukan bergemuruh. Mamat mendongak ke langit, membaca tinta yang dicoretkan pada pintu gerbang pondok itu. Pertubuhan Roket, Mamat mengeluarkan buku catitan dari kocek bajunya. Dituliskan patah kata roket sambil hati bertanya, apakah mafhum roket? Mamat diapit, diiringi masuk kedalam pondok Roket. Seketika waktu, Mamat keluar sambil berjalan laju menuju ke arah pintu gerbang. Sesampai di muka pintu, Mamat berteriak;

'Penyokong Roket tak boleh masuk syurga'.

Anjing-anjing hidup dilepaskan dari kandang-kandang Pertubuhan Roket buat mengejar Mamat. Mamat berlari-lari anak menuju ke pondok yang baharu. Mamat beryukur kerna dia selamat dari kejaran anjing-anjing Roket. Pertubuhan Khusuf aka Kusuf. aka? Mamat sekali lagi mencatatnya di buku catitan. Ahli-ahli di pondok ini senyum mencuka kepada Mamat. Mamat tidak mengendahkan mereka lantas masuk meninjau ke pondok mereka. Seketika, Mamat berlai-lari anak seraya berteriak;

'Penyokong Khusuf tak boleh masuk syurga'.

"Boooooooooooooo". Gerangan bunyi apakah itu? Ahli-ahli penyokong Khusuf membuat hadangan dan halangan di jalanan. Mamat menepis dan melompat. Mamat bersyukur, buat kesekian kalinya dia terselamat dari kepungan manusia itu.

Pertubuhan Qamar. Inilah pondok terakhir di perkampungan ini. Mamat disambut dengan layanan masam-masam manis. Perempuan-perempuan mereka sangat cantik, hati Mamat berbunga. Mamat melarikan pandangan dari perempuan-perempuan cantik itu. Lantas kaki melangkah masuk ke pondok di situ. Mamat keluar sambil tersenyum. Mamat memecut lari dan menjerit;

'Penyokong Qamar tak boleh masuk syurga'.

Lelaki-lelaki di situ menjerit memaki-mahun Mamat. Munafik...munafik...munafik, kata mereka. Mamat sempat mencatatkan kata munafik pada buku catitannya. Perempuan-perempuan cantik tadi turut menjerit ke arah Mamat. Hati Mamat berbisik, 'cis, kurang cantik rupanya'. Ahli-ahli Qamar mengejar Mamat, Mamt berlari laju. Di depannya ahli-ahli Khusuf membuat hadangan. Mamat membelok ke kanan, ahli-ahli Mizan menunggu garang. Mamat berpusing berlari ke belakang, anjing-anjing Roket menyalak garang. Mamat terkepung.

Mamat ditangkap dan diseret. Kaki, tangan, mulut dan matanya diikita. Tetapi telinga Mamat masih dapat menangkap kata-kata jeritan;

Mansuhkan ISA
BOooooooooooo
Satu Malaysia
Ganyang Malaysia
Reformasi
Hudud
Zina
Tuduh zina
Fitnah
Korupsi
Sweeping Malaysia
Munafik

Mamat menghafal bait-bait kata ini kerna tangan berikat untuk mencatat.

Mamat dikurung dalam sangkar yang berbau najis. Mata Mamat sudah dibuka tali yang mengikat tetapi mulut, kaki dan tangan mamat masih berikat. Di dalam sangkar diletakkan pisang sesikat. Mamat teringin untuk makan kerana perjalanan ini amat memenatkan, perutnya kosong tanpa diisi tetapi telingan kenyang dengan kata makian. Mamat mendengar jeritan paduan empat suara dari luar sangkar.

"Mengapa penyokong kami tidak masuk syurga"

Mereka mengherdik Mamat meminta jawapan.

"cepat, jelaskan wahai munafik"
"cepat, jelaskan wahai pengzalim"
"cepat, jelaskan wahai racist"
"cepat, jelaskan wahai ekstremis"

Mamat mahu bersuara tetapi apakan daya, mulut masih berikat. Angin kuat bertiup merungkaikan ikatan mulut Mamat. Merungkaikan ikatan pada tangan dan kaki Mamat. Mamat bangkit berdiri, mengeluarkan lembaran bertinta dari kocek. Membelek-belek untuk seketika. Mamat bersuara;

"Wahai manusia dari kumpulan roket, kamu berbeza pegangan iman-mu dengan iman-ku.Kamu tak boleh masuk syurga selagi kamu berpegang teguh kepada iman-mu"

"Wahai penyokong dari kumpulan Mizan, kumpulan Qamar dan kumpulan Khusuf, ramai penyokong-mu yang pegangan iman-nya sama dengan imanku tetapi masih kedapatan di kalangan penyokong-mu yang berpegang pada iman yang lain, penyokong kamu yang sedemikian tak boleh masuk syurga"

Suasananya sepi seketika. Angin bertiup lagi. Sangkar yang mengurung Mamat terbuka, tatkala penyokong-penyokong kumpulan Mizan, kumpulan Qamar dan kumpulan Khusuf dan kumpulan Roket masih termanggu-manggu. Mamat membuka langkah seribu, beredar dari situ sambil menjinjing sesikat pisang.


17 comments:

Anonymous said...

Haa...aku dah faham...
mesti mamat tu monyet kan? Ske pisang....hehe.

Mmmm...
aku rasa...
melihatkan keadaan ummat kini...
yg rata2 lemah iman dan kefahaman agama mcm aku...
lebih baik kita bnyk ceritakan tentang "sesiapa yg leh masuk syurga"

Setelah majoriti ummat berkejar2an utk mengamalkan amalan2 yg leh mbawa ke syurga, barulah kita ceritakan "golongan yg tak masuk syurga" spy ummat menolak sepenuhnya amalan yg mnybbkan tak masuk syurga...

~mokhtar~

aishah_conteng_je said...

maaf ye keluar tajuk..

apa ye tanda taubat kita diterima?

Ahmad Syahril said...

huhuhu aku hampir2 tak paham...

tapi... ni ke artikel hg ckp aritu yg bakal cetus kontroversi tu??? ermm... bagi aku ok je... bagi penyokong fanatik... xtau lerr...

ramadhan kali ni aku dpt saksikan byk pergaduhan... pertengkaran... perpecahan... permusuhan... mcm2 lg... sedih tul...

p/s:warga mrsm sni pun byk wat hal dlm ramadhan ni... hrp aku dpt bg sumbangan dlm hal ni dan dpt elak diri aku terjebak sama...

Park Chick said...

mokhtar-Tuhan-ku, aku tidak layak masuk syurga-Mu, namun aku tidak sanggup menghadapi api neraka-Mu, terima taubatku dan ampunkan dosa2 aku, sesungguh-Nya Engkau menerima taubat hamba-Mu
*inilah salah satu politik dalam berdoa

Aishah-pendapat pakcik tanda2 taubat diterima;
1)Kita tidak mengulangi dosa yg sama
2)Kita menangis tiap2 kali teringat dosa lama
3)Perubahan positif dalam kehidupan
4)Hati tenang melihat kebaikan tetapi gusar melihat keburukan
wAllahu'alam

Syah-fanatik mesti panas

pck-apa yg pakcik nak sampaikan kat sini ialah
1)Elakkan mengeluarkan kata2 yg boleh mencetuskan salah faham
2)Elakkan mengeluarkan kata2 yg ada unsur syak
3)Masih banyak cara untuk memahamkan masyarakat kejelikan sesuatu individu, bangsa, kumpulan. yg utamanya ialah memberi kefahaman kepada umat kehendak Allah dan Rasul

Anonymous said...

pe mksud 'park chick' ek?tmn ayam ke?he

Anonymous said...

park = taman
chick = cewek

Hahaha!!!

Ahmad Syahril said...

park = taman

chick = anak ayam / cewek

parkchick = taman anak ayam @ taman cewek

p/s: pilih2...

Anonymous said...

Syah...

Aku pilih Taman Cewek...

Sebab ParkChick ckp kt aku ritu, kalu dia angkat kening 2-3 kali kat ppn, terus ppn tu nk kat dia...

Aishah...hati2...

Hahahaha...

~mokhtar~

Anonymous said...

yeke agkt kening pmpn tu nk kt dia..

xnk pn

Park Chick said...

hahaha...kamu2 nak tau maksud parkchick ye...
parkchick=park jo bong=park ji sung=parkistan=parking lot=park kut teh(eh silap)

pck-jaga2 jika bertentang mata ngan pakcik...jgn sampai kening terangkat...kalo kening terangkat..hahahah..

Anonymous said...

Mmm...berbalik kpd artikel di atas...
ehem...ehem...

Apa cdgn utk kita satukan semua Pertubuhan2 yg terdiri dari org Islam? ada cdgn?

Park Chick said...

satu hati ni benda yg sgt rumit...cmne nak satu hati kalo mkn pun nafsi2, solat nafsi2, wat keputusan nafsi2, fikir akhirat nafsi2, fikir hidayat nafsi2, fikir syurga nafsi2...ketepikan semua kepentingan diri dan perasangka...taat perintah ikut sunnah.pertamanya betolkan tauhid, tingkatkan amal, sebarkan fikir umat,jelmakan dalam akhlak yg indah.

semua ni takkan dapat dengan bersenang2 di rumah, menyembut kat kedai kopi, berfalsafah kat blog..tapi melalui jalan mujahadah ambiak dan sahabat.

nohas said...

Isu 'masuk syurga' dan 'tak masuk syurga' ini adalah satu fitnah & permainan politik yg kotor. Jgn kita ikut melatah dgn media arus perdana, adalah lebih baik kita menyiasat asal perkara yg sebenar.

Apa makna 'berpegang pada iman yg lain' tu?

Park Chick said...

nohas and semua

sesorang dia ada penjelasan bagi setiap kenyataan yang dibuat. Begitu jugak Mamat. Pastinya ramai yang bertauhid sama dengan Mamat akan marah bila Mamat mengeluarkan kenyataan penyokong pertubuhan mereka tak boleh masuk syurga. Mamat dah wat penjelasan.

"penyokongmu berpegang kepada iman yang lain" bermaksud ada kalangan penyokong pertubuhan2 ni yg bukan islam. Sila semak keahlian semua pertubuhan yang Mamat cakap.mereka mempunyai penyokong yg bukan islam.bukan islam tak masuk syurga, ni pegangan Mamat. so penjelasannya ialah penyokong yang xmasuk syurga ialah penyokung yg xberiman kepada Allah.

pck-apa yg pakcik nak sampaikan kat sini, kita kena berhati-hati dalam membuat kenyataan. Kita ada hujah tersendiri tetapi bukan semua orang nak dengar hujah kita, ada org amik kesempatan untuk putar-belit.jalan selamat, jgn kuarkan kenyataan yg kontroversi.sekian, terima kasih.selamat hari raya

Anonymous said...

pakcik..slmt ari raye, jmpe lg, ati2 blk..hehe

~akuhamba~

~akumamat~hehe

Anonymous said...

"setiap perbuatan baik, sikit @ byk, smpurna @ tidak, tp diniatkan krn ALLAH, insyaAllah akan diterima olehNYA"~dipetik dr cite Matahariku

~akuhamba~

burung hantu said...

dan bukan kite yg menentukan sma ada sseorg 2 msuk syurga atau x.

cuba bce blog keretamayat.blogspot