Dec 30, 2009
Hebatnya Hidayah
Posted by Park Chick at 12:20 PM 1 comments
Dec 23, 2009
MAngkuk LU aka MALU
"di satu sudut dalam gerabak komuter yang bergerak perlahan dari hentian Mid Valley megamall menuju ke hentian Serdang, kelihatan dua orang remaja yang belum sah nikahnya sedang bercumbu-cumbuan. Terlalu asyik berpelukan. Asyik berciuman. Ramai mata yang memerhati.
Posted by Park Chick at 9:10 PM 3 comments
Dec 16, 2009
Hujan_Panas_Nyamuk_Itik_Katak dan AKu
salam alaik...
Posted by Park Chick at 10:24 PM 3 comments
Nov 15, 2009
Down syndrome or “Down syndrome”
1. Fizikalnya pendek
2. Kecacatan mental yang ringan/sederhana
3. Penyakit jantung kongenital
4. Kecacatan pertumbuhan bahagian pencernaan (contohnya xdak dubur)
Dari segi sains, kalo baby lahir xdak syndrome ni maknanya sampai ke tua la dia tak kena syndrome ni, sebabnya… Syndrome dikesan berlaku kat alam rahim (copy paste ayat kat atas). Tapi hangpa yang lahir dalam keadaan normal seadanya..jangan hepi sangat…hangpa pasti akan mendapat jangkitan “Down syndrome” jugak. Kalo tak hari ni, esok hangpa kena…tunggu masa ja. Punca penyakit nil eh jadi macam-macam…contohnya; frust bercinta, kena marah ngan bos, gagal peperiksaan, prob bertimpa-timpa, diuji ngan macam2…so hangpa kena sedaq simptom2 penyakit ni.
Symptom dia sama cam Down syndrown kat atas tu. Budak tua yang kena “down syndorme” biasanya kan mengalami masalah seperti berikut;
1. Fizikalnya pendek (fizikal pendek=tak berkeyakinan), malas je nak kerja, malas nak belajaq, pendek kata malas serba-serbi, rasa down je…”down syndrome” la tu
2. Kecacatan mental yang ringan/sederhana (hanpa akan meracau-racau, nak fikir pun buntu, cakap sorang2, dunia terasa gelap-gelita padahal terang-benderang, terasa sunyi dalam keriuhan, mandi takbasa, rasa down je…”down syndrome” la tu
3. Penyakit jantung congenital (jantung berdegup pun ala2 je, muke pucat je tak cukup oksigen, badah lemah2 sebab tak dapat oksigen, lemau la senang cakap, rasa down je…”down syndrome” la tu
4. Kecacatan bahagian pencernaan (hangpa mula makan xlalu ataupun makan berlebih-lebih, jarang buang air, kentut busuk, , rasa down je…”down syndrome” la tu
Kalo hangpa dah mula rasa ada gejala-gejala ”down syndrome” ni, cepat-cepat p berubat sebelum terlambat. Tak kira nak mandi bunga ke, mandi sunat ke, mandi kerbau ke…watla pepatut.
*si mamat beckham (dulu kat real Madrid , beckham pakai jersey nomoq 23)
pck-selalu gak kena "down syndrome" ni, nasib baik leh kawal.
Posted by Park Chick at 9:50 PM 18 comments
Nov 11, 2009
Hikayat labah-labah yang terikat dengan tali pusat. Hendak diputuskan takut terjatuh. hendak disimpan makin berbau.padahal dia mampu buat sarang
Binatang atau kawanan binatang yg takboleh diteguq ni,payah la nak ceghita. Hangpa kata "A" dia kata "B". Bila hangpa start kata "B" dia mula nak kata "A" pulak. Selalunya sudu yang lebih dari kuah. Berfalsafah dan berhujah mengikut selera.
Posted by Park Chick at 10:35 PM 4 comments
Nov 9, 2009
Astaghfirullahal'azim...(ku-urut2 dadaku)
Posted by Park Chick at 12:48 PM 9 comments
Nov 6, 2009
Senyum simpul
CALIFORNIA: Seorang pelajar berjaya menghasilkan topi berteknologi tinggi (gambar) yang akan memaksa pemakainya sentiasa tersenyum. pakcik-boleh pulak macamtu ek...huhuTopi paksa pemakai senyum
Topi itu mampu mengesan riak wajah pemakai dan mencucuk jarum tajam ke kepalanya jika berhenti senyum.
Pereka topi, Lauren McCarthy menyatakan, senyuman boleh membuatkan kita dan orang di sekeliling kita rasa lebih bahagia.
“Topi ini adalah satu daripada siri rekaan untuk membaiki hubungan masyarakat,” kata McCarthy yang kini belajar di Universiti California. - Agensi
Posted by Park Chick at 4:15 PM 3 comments
Nov 5, 2009
Diskaun?Aminnn...
KUALA LUMPUR - Pelajar yang memperoleh keputusan ijazah kelas dua atas mungkin diberikan diskaun amaun pembayaran balik pinjaman pelajaran yang diperoleh daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan itu kini dalam pertimbangan kementeriannya atas dasar ia boleh memberi kesan positif daripada segi pembayaran balik pinjaman. "Saya rasa diskaun itu boleh menggalakkan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang termasuk ijazah kelas dua atas,'' ujarnya di sini semalam tanpa mahu mengulas kadar diskaun yang mungkin diberikan Pakcik-hmm..minta2 la diluluskan dan besaq dia punya diskaun.aminnn.Diskaun PTPTN pada pemegang ijazah kelas dua atas
berita@kosmo.com.my
Posted by Park Chick at 5:02 PM 4 comments
Oct 13, 2009
Ku-tahu asal-mu
Ni contoh selipar tu.selipar asal tak bagi izin untuk bergambar
Posted by Park Chick at 1:54 PM 18 comments
Oct 8, 2009
karya aku bukan parkchick
malam ini bulan bercahaya penuh, hehe...
dan hatiku tinggal separuh,
kerana bias cahaya bulan terlindung dek awan hitam,
angin sepoi bertiup membelai jiwa,
aku yakin hatiku akan bercahaya penuh,
kerana awan hitam kian mengengsot ditiup angin,
tapi aku cemburu pada bintang yang rapat bersinar,
namun cemburuku untuk seketika,
kerana hakikatnya bintang-bintang hanya mesra dari jauh,
direnung mendalam jarak mereka cukup jauh,
aku bersyukur kerana masih dapat melihat bulan bercahaya,
aku bersyukur kerana masih dapat melihat bintang berkedip.
aku ulangi aku bukan parkchick.
Awan berarak disorong angin lalu,
Bulan mulai tersipu malu,
Menjeling awan yang jauh,
Hatinya berbisik mohon dilindungi,
Malunya terdedah secara penuh,
Dalam terkesima merenung bulan penuh,
Bulan beredar menjadi separuh,
Tatkala ini...hatiku mulai penuh.
aku bukan parkchick
aku pernah dipukul abah,
aku pernah dimarah abah,
aku pernah diejek abah,
aku pernah tengking abah,
aku pernah ejek abah,
aku pernah marah abah,
aku pernah persoal abah 'adakah aku anak pungut'
aku rasa aku buat benda yang betul,
abah yang salah.
aku yakin aku buat benda yang betul,
abah yang salah.
satu..
dua...
tiga..
semudah itu tanggapan aku pada abah berubah.
abah adalah abah terbaik untuk aku.
pukulan abah masih aku terasa tetapi ironinya pukulan itu terasa di saat aku di ambang membuat salah.
marah abah masih aku terdengar tetapi ironinya marah itu muncul di saat aku di ambang berdosa.
ejekan abah masih berbisa tetapi ironinya ejekan itu tiba di saat aku lemah tanpa motivasi.
kini abah tak lagi marahkan aku,
kini abah tak lagi mengejek aku,
kini abah tak lagi menengking aku,
kini aku yakin
dulu aku buat benda yang tidak betul,
abah yang betul.
dulu aku buat benda yang salah,
abah tak bersalah.
hehe.saja nak kongsi pengalaman.confirm aku bukan parkchick
Posted by Park Chick at 3:21 PM 24 comments
Oct 2, 2009
Sudah turun-temurun bercakap soal turun
Posted by Park Chick at 9:56 AM 10 comments
Sep 17, 2009
Surat-ku untuk-mu
Parkchick bin Torquechick
No. 25 Jalan Kaki,
Taman Cewek, Lorong Ayam
010684, Ahli Mangku Bumi.
1 Syawal 1430 Hijrah
Assalamulaikum,
Menemui tetamuku, saudara Ramadhan yang kini berada di hujung perjalanan. Semoga kedatangan surat ini tidak mengganggu perjalanan saudara. Moga-moga saudara sihat-sihat hendaknya. Tujuan Parkchik menulis surat ini ialah untuk melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur atas kesudian saudara hadir menemani hidup Parkchick. Walaupun pertemuan kita tidak lama tetapi Parkchick amat-amat menghargai kehadiran saudara.
Rasanya masa terlalu cepat berlalu. Masihkah saudara ingat sewaktu mula-mula saudara sampai ke pondok buruk parkchick. Maafkan parkchick kerana kurang bersedia untuk menyambur kehadiran saudara Ramadhan. Parkchick akui dan akur semua itu adalah atas kelemahan dan kecuaian Parkchick. Maafkan Parkchick kerana bersikap acuh tidak acuh sewaktu menyambut kehadiran saudara. Jika saudara perasan riak wajah Parkchick sewaktu itu, Parkchick seakan gusar dengan kehadiran saudara. Moga-moga saudara dapat memaafkan kesilapan Parkchick.
Sewaktu sepuluh hari permulaan saudara menemani Parkchick, terasa suatu suasana yang sangat tenang. Ketenangan yang belum pernah Parkchick rasai sebelum ini. Ingatkah lagi saudara, sewaktu kita bersama-sama pergi bersolat tarawikh. Parkchick masih ingat teguran saudara kepada Parkchic, saudara meminta Parkchick supaya ikhlas dalam beramal dan bersegera ke arah kebaikan. Parkchick takkan lupakan malam-malam yang saudara kejutkan Parkchick. Sekali lagi saudara menegur parkchick kerana membazir waktu untuk makan dan minum. Kata saudara, Parkchick terlalu menghabiskan masa untuk makan dan minum. Parkchick naik angin mendengar teguran saudara, tetapi saudara bijak mententeramkan parkchick. Kini parkchick bersyukur kerana teguran saudara membuatkan Parkchick bangkit dari lena yang panjang.
Begitulah berlalu hari-hari kita bersama. Pernah pada suatu pagi, saudara mengejutkan Parkchick untuk bangun. Mungkin kerana perut ini terlalu dipenuhi makanan, prarkchick susah untuk bangun. Kata-kata semangat yang saudara bisikkan ke telinga Parkchick memaksa untuk Parkchick bangun. Dengan mata yang terpejam, Parkchick membonceng saudara untuk berjemaah. Hujan yang turun tiba-tiba membuatkan Parkchick hiba. Satu peristiwa yang menyentap hati Parkchick juga telah berlaku. Peristiwa yang menyedarkan Parkchick kepada hakikat kehidupan dan kematian. Parkchcik menangis mengenangkan kesudahn hidup Parkchick. Masih banyak pengalaman yang Parkchick ingin kongsikan bersama kamu tetapi “biarlah rahsia”. Parkchick pasti saudara Ramadhan masih ingat dendangan lagu itu.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Di saat surat ini ditulis, air mata Parkchick terlalu murah. Parkchick akan sentiasa mengingati dan merindui kehadiran saudara. Moga-moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi. Segala nasihat dan tunjuk ajar saudara akan tersemat kukuh di hati Parkchick. Berjumpa lagi di lain waktu.
Sahabatmu,
Parkchick
(Friendship forever).
pakcik- Saat kamu-kamu baca surat ni, parkchick dah balik kampung dah. Rumah pakcik takdak internet, kita berjumpa lagi lepas cuti. Pakcik cuti seminggu..hahaha. Selamat hari Raya, Maap zahir Batin, Terkasaq bahasa hangpa maapkan la ye, Terlaser bicara hangpa maapkan la ye, termengumpat hangpa maapkan la ye, kalo ada hutang cikit2, halalkan la ye, termakan ke, terminum ke, terguna barang tanpa ijin ke. kalo ini entry terakhir pakcik, hangpa abadikan kenangan ni sebagai kenangan manis.
Posted by Park Chick at 7:07 AM 9 comments
Sep 14, 2009
Mamat, Syurga dan Dot3
Kata/Peribahasa | Takrif | Sumber |
---|---|---|
penyokong | 1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong. | Kamus Pelajar |
penyokong | 2 orang yg memberikan sokongan atau bantuan; penolong. | Kamus Pelajar |
penyokong | 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. | Kamus Dewan Edisi Tiga |
penyokong | 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. | Kamus Dewan Edisi Empat |
Posted by Park Chick at 11:56 AM 17 comments