BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 1, 2009

Hari LaHiRku

Salam alaik...

Terasa degup jantung ini makin lemah berdenyut, mungkin kerna sudah terlalu lama ia bekerja. Tarikan nafas juga tidak sehebat dulu, tersekat-sekat, mungkin kerna sudah terlalu penat ia bekerja. Hari ini aku tersedar, dunia hanya sementara, dunia hanya senda dan gurau. Tatkala aku terasa sedih dan bercucuran air mata menangis, seakan duniaku dipenuhi kesedihan, hidupku tiada kegembiraan. Namun tatkala mata berkedip seketika, rasa sedih itu lenyap, kegembiraan datang bertalu-talu. Aku tersenyum dan terus tersenyum. Aku ketawa dan terus ketawa, seakan duniaku dipenuhi kegembiraan, hidupku tiada kesedihan. Sedih dan gembiran berputar-putar silih berganti pada paksinya. Dalam kesibukan bermain dan terpesona dengan kesedihan dan kegembiraan, hayatku makin berkurang. Tangki oksigen tinggal bersisa. Degup jantung berkurang simpanannya. Rezekiku kian bersisa. Selagi masih ada waktu, selagi pintu masih terbuka...akan aku berlari menuju ke pintu-Mu. Andai aku terpaksa berjalan keletihan, pasti aku terus berjalan ke arah pintu-Mu. Andai aku terpaksa merangkak kesakitan, pasti arah pintu-Mu tempat yang ku tuju. O Allah...Hey Allah..Ya Allah...berikanlah aku kekuatan pada hidup yang masih bersisa ini. Berilah aku pedoman pada dunia yang penuh kegelapan ini. Amin..

pck: Hargailah sisa hidup yang masih berbaki

8 comments:

Ahmad Syahril said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Park Chick said...

hehe...dah separuh abad dah pakcik ni. Hang mengkantoikan unoq aku.cehhh..

Anonymous said...

"Akulah si pengemis itu,si pengemis yg tamak...Walau berlimpah pinjamanMU,tetap aku mengemis,merayu,meminta CINTAMU YA ILAHI..."

SELAMAT HARI LAHIR yg ke-25
Semoga Allah sentiasa limpahkan rahmat & kasih sayangNYA kpd pakcik

~akuhamba~

Anonymous said...

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak -ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang - kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

~akuhamba~

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

Sanah Hilwah pak cik....semoga sentiasa berada dalam landasan ahli mangku bumi yang sebenar...amin

Park Chick said...

terima kasih syah, akuhamba (cam kenai), a.t.u.l.a.s.c.a, and anonymous2..kehadiran hangpa jadi semangat utk pakcik terus berkarya

Ahmad Syahril said...

Oppss umoq tu rahsia ka? maap maap...
He he he...

Park Chick said...

keh3...rahsia tetap rahsia