BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 8, 2009

Respon-Pergi Haji guna Babi?


Kaji semula vaksin haji

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah mahu kerajaan lebih bertegas dan bersikap telus bagi memastikan vaksin meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini tidak menimbulkan sebarang keraguan.

“Walaupun ia dikatakan halal sebelum ini, namun masih timbul persoalan di kalangan para jemaah terbabit sama ada kandungan vaksin berkenaan halal atau tidak...

Majlis Ulama Indonesia haramkan vaksin meningitis

JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan bahawa vaksin meningitis untuk jemaah haji haram kerana mengandungi enzim babi, lapor akhbar Batam Pos semalam.

Menurut Ketua Fatwa MUI, Maruf Amin, keputusan itu dibuat selepas badan agama itu membuat pertimbangan dan analisis berhubung vaksin tersebut.

“Namun keterangan yang paling kuat adalah daripada Jabatan Kesihatan yang menegaskan bahawa vaksin itu mengandungi babi,” ujarnya ketika ditemui pemberita di pejabatnya kelmarin...

Repon pakcik

Rukun haji ialah rukun ke5 dalam rukun islam, fardhu bagi yang berkemampuan. kita kena la pasang niat dan azam untuk naik haji, sekali pun jadi dalam seumoq idup kita.

Sebagai selingan biaq pakcik kongsi ckit pasai Rukun Islam

5. Naik haji- kurang2 sekali dalam seumoq idup, tu pun bagi org yang mampu.

4. Berzakat- setahun sekali, tu pun kalo cukup haul dan nisab dia. zakat fitrah pun setahun sekali ja..tu pun bagi yg mampu

3. Puasa ramadhan-dalam setahun sebulan ja puasa. tu pun ada yang dibagi pelepasan bergaji

2. Solat- 5 waktu sehari semalam

1. Kalimah syahadah-hmmmmm ?

cuba tilik2 kepentingan dan kekerapan setiap rukun islam ni. Dari nomoq 5 ke nomoq satu dia punya kekerapan amal makin bertambah...so kat kalimah syahadah cukup sekali ja ka? cukup syahadah dalam solat ja ka?haaaaa..kantoi. so, start hari ni..perbanyakkanlah ucapan kalimah syahadah. bukan zikir kalimah je tapi sebarkan ucapan kalimah tauhid ni. banyakkan ucapan yang menafikan makhluk (Lailaha..)...banyakkan ucapan yang membesarkan Allah (illallah). Inilah dakwah. So, jangan malu2 nak berdakwah.

Kali ni pakcik nak respon pasai vaksin meningtis ni...haaa kantoi. Pakcik mana tau hukum halal haram bila masuk bab2 darurat, perubatan ni. tapi kalau dah ada alternatif lain, seeloknya cari yang lain la, betoi dak?

Kita nak p haji ni, kita nak sucikan diri...pihak2 berwajib kena perihatin la pasai ni. bukan pakcik tak percaya kat pihak berwajib tapi mahukan lebih kepastian (uhuk3..batuk betoi2 bukan perghli la). Yang kat Indonesia nun depa minta haramkan dah sebab depa kata memang sah ada unsuq babi dalam vaksin tu. awat kita lambat sangat bertindak (dah la merdeka pun lewat, indonesia sentiasa awai dari kita). Kita ada banyak teknologi...setakat nak check unsuq babi ni...huh,kacang ja.

Tapi, pakcik bukan xpercaya kat pihak2 bertanggungjawab tapi pakcik besa dengaq dah, depa antaq kat satu institut, nak check kandungan dalam satu produk tu, tup2...xdan institut kuaq result akhir..malaun2 ni dah wat press conference gtau kata benda tu halal. Pakcik bukan dengaq berita dari angin lalu tp dari mulut orang yang berhubung secara langsung dengan orang yang bertanggungjawab wat ujian tu.ketepatan cerita 99%, ketepatan pendengaran pakcik 99%.

So, kena serius ckit la pasai benda ni. Biaqlah maklong2 dan paklong2 yang dok simpan duit ckit2 tu p haji dengan keadaan yang sempurna.

pck- teringin nak p haji, kalo ada sapa2 nak sponser pakcik..alhamdulillah..biaqla pakcik merasa p haji sebelum mati.pakcik bukan muda lagi.

10 comments:

Mama said...

salam.. wah mantap na blog pakcik.. terbaiklah.. teruskan berdakwah.. keep in touch (^_~)

GRuNGe said...

Agaknya, berapa banyak ubat-ubatan dan vaksin berunsur babi digunakan oleh umat Islam?

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

emmm...ayah sy pon nak sangat dah ke haji tu....tp betoi cakap pck, slg benda ni xbetul2 clear mcm clean&cler, biarla duit pi haji tu kat situ dulu...mencari keberkatan i2 lbh pnting dalam ibadah rukun camni...btul x pck....

Park Chick said...

clarification dlm kosmo

Vaksin yang Malaysia guna ACYW 135 jenama Mencevex dari Belgium. Mengandungi laktosa dari unsur susu.Fatwa halal tahun 2002

maybe Indonesia guna ACYW 135 jenama Monumune dari US. Ada unsur dari babi, itik dan lembu.

Inilah penerangan yang depa wat. boleh baca dalam kosmo 9june

pck-Alhamdulillah kalo kita tak guna babi. tapi jgn timbul kata laktosa susu babi dah la.Tapi dah fatwa halal,xyah dok pertikai la noh.

Park Chick said...

Extra:
The manufacture of this product
includes exposure to bovine
derived materials

link:http://www.nps.org.au/search_by_medicine_name/cmi/Mencevax_ACWY_vaccine/gwcmencv.pdf

pck:hmm...no komen

Syahril said...

Bahaya tul laa...risau lak dgr...mcm2 dah skrg ni...akhir2 ni asyik babi babi babi...harap2 isu yg pakcik lan ckp..."institut tak kuar result lg, dah ada yg umum...sbnrnya "halal" ni...bleh makan ni (ikut stail ckp Dr Japar)"...bab halal haram toksah nak wat suka ati je...geram nih...

P/S: lg geram bila tgk permulaan entry hg kali ni...awat "menatang" tu sengih kat aku? bajet cute laa tu...

Balqis said...

vaksin-vaksin yang M'sia guna kebanyakannya dari luar negara, so depa kenalah check dan periksa. W/pun vaksin tu baguih, dah kalau ada babi, tak boleh gaklah kan...

hairan depa dok boleh buat vaksin dari babi, bukan apa, babi tu sendiri pun dok banyak penyakit kat dia, lagu manalah depan dok pikiaq boleh amek dari babi.

Saya dok pk, pertama sebab murah kot, vaksin dari babi ni, kedua sebab mmg banyak kuman dlm babi, semualah kuman tu ada kat dia ni, maka senanglah nak amik buat vaksin. Wallahua'lam....

Park Chick said...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahkan vaksin Meningococcal Quadrivalen (ACYW135) adalah halal kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur dari sumber babi atau lembu dalam penyediaannya.

pck-sekarang dah clear. xperlu was2 lg.

ika mioka said...

bila baca entry ni terpikir plak :

rakyat mesia ni cukup sensitif bila bincang bab babi etc..
tapi berapa ramai yg sensitif bab riba yang juga terang2 haram dalam Al-quran.

walaupun dari unsur babi sekalipun, ada hujah ulama yg menghalalkannya, tapi kalau takdak unsur babi, lagi bagus la kan, takdak sapa rasa was2. :

"Vaksin ini diwajibkan ke atas jemaah haji dari seluruh dunia yang
mengerjakan haji. Keputusan mengenai kebenaran menggunakan vaksin
berasaskan
lemak babi ini dibuat oleh kumpulan ulama fiqah terkenal dari seluruh
dunia
termasuk Yusuf Qardawi dalam Seminar Perubatan - Fiqh Kelapan pada
1995 di
Kuwait"

" Jom Hapuskan harta kita dari saki baki riba sebagaimana bersungguhnya kita takmau makan babi"

Park Chick said...

vaksin kita pakai xdak unsur babi.ulama wat fatwa dah ruksoh berdasarkan manfaat dan mudarat.kalau ada alternatif lain kita kena amik yg lain la.
kita jgn lupa riba pun mcm arak,jgn xmakan riba tp terlibat dengan riba pulak. fikir2kan org yg beli rumah, beli kereta..ape status pinjaman.yg terbaik fikir pastu rujuk pakar(ulamak la)