BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 18, 2009

Mamat, Perigi dan dot3


huarghh...Mamat menguap menampakkan gigi kuning. Bangkit dari pondok usang, Mamat berjalan-jalan anak menyusuri denai kecil. Arah tujunya sebuah perigi yang jernih airnya, dipagari pepohon hijau dan bambu yang mendesir ditiup angin.

Genap tujuh langkah Mamat melangkah, mata kepala Mamat menoleh ke arah kiri bukit. satu gerakan pantas menggoyangkan pohon-pohon semak bergerak menuju ke arah Mamat. Dari goyangan semak, melompat seekor babi yang diburu seekor anjing. Babi berhenti di hadapan Mamat, mendengus-dengus. Anjing yang mengejar si babi turut berhenti, mengcungap-cungap. Kedua-dua makhluk bernajis itu memandang sinis ke arah Mamat. Kedua-duanya seakan berbisik-bisik lantas merenung tajam ke arah Mamat.

Mamat merasai aura tekanan yang sedang menghimpitnya, lantas Mamat berlari laju mendaki bukit. Babi dan anjing mengejar Mamat, Mamat menggelungsur menuruni bukit. Anjing dan babi mengejar Mamat. Mamat tersepit antara celahan pokok. Anjing dan babi tersengih memandang. Babi merapati sisi Mamat. Mamat tak mampu lepas lagi. Babi menggesel-geselkan tubuhnya yang montok pada badan Mamat. Anjing datang ke sisi Mamat. Mamat tak mampu bernafas lagi. Anjing menjilat-jilat wajah Mamat. Mamat menahan loya. Tetapi untuk seketika mamat terasa syahdu dibuai geselan dan jilatan dari makhluk bernajis itu. Dalam asyik Mamat melayan geselan dan jilatan makhluk bernajis, guruh berdentum di langit cerah.

Babi dan anjing bertempiaran lari. Angin sepoi yang berlalu menolak pohon-pohon yang menghimpit Mamat. Mamat bebas semula. Mamat terasa najis memenuhi diri. lantas Mamat merangkak ke arah perigi yang jernih tadi. Kaki Mamat dicucuk duri, memberi sakit yang tidak terperi. Mamat merangkak terus ke perigi. Air jernih perigi rupanya sudah keruh bercampur tanah. Detik hati Mamat membisik kata "mungkin habuanku untuk menyuci najis". Mamat terjun ke dalam perigi. dibenamkan kepalanya ke dalam air.

Mamat tersedar rupanya dia bermimpi.Bangkit dari pondok usang, Mamat berjalan-jalan anak menyusuri denai kecil. Arah tujunya sebuah perigi yang jernih airnya, dipagari pepohon hijau dan bambu yang mendesir ditiup angin. Sesampai di perigi, air jernih perigi rupanya sudah keruh bercampur tanah.

Mamat tersedar lagi. Rupanya Mamat masih bermimpi. Mamat bangun dari katil usang menuju ke bilik air rumahnya. Air di tangki berwarna keruh kemerahan. Lalu Mamat mengangkat tangan membuka pili, keluar air keruh kemerahah. Mamat pening dan hairan. Lalu dibuka pintu rumah, hajatnya mahu ke rumah jiran. Babi dan anjing tersengih menunggu di pintu hadapan.

7 comments:

Anonymous said...

uwaaa..nape anjing n babi tu asyik ikut aku..huhuhu (kata mamat)

Syahril said...

Sian mamat...dah laa mimpi dlm mimpi...last2 anjing ngn babi jgk yg dok kacau dia. hehehe. entry yg sgt mendalam mksdnya. huhuhu...

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

saye nak tau ape yg pcik nk sampaikn benonye?

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

pck, dalam maksud posting kali ni...macam dapat mengagak siapakah mamat itu...moga mimpinya cukup memberikan signal awal untuk terus lari dan lari daripada anjing &b abi..

DzuLagiL said...

salam,
er, kali nie apa pengajarannya?
pening gak nk pikir...

Park Chick said...

anonymous
setiap manusia akan diikuti oleh "babi" dan "anjing"

Syah
A'a kesian mamat...kesian jugak kat diri sendiri

Nurul
pakcik akan huraukan mafhum cerita ni.tunggu

atulasca
hang agak pandai mentafsir.tunggu tafsiran sebenaq

Dzul
wasalam.agak pening kalo baca karya 2alam cmni.tunggu tafsiran dia

pck-karya 2alam cmnila karya favorite pkcik.tapi setelah yg perbincangan ngan sahabi2..maka pkcik watla entry yg straight mksud dia.sesekali lepas gian ngan karya cmni

DzuLagiL said...

salam 'alaik...
teruskan berblog...
tahniah...