Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
apabila bukan ahli yang memangku bumi maka berlakulah kejadian yang berlaku hari ini. Pupuk sifat mangku bumi dalam jiwa.
huarghh...Mamat menguap menampakkan gigi kuning. Bangkit dari pondok usang, Mamat berjalan-jalan anak menyusuri denai kecil. Arah tujunya sebuah perigi yang jernih airnya, dipagari pepohon hijau dan bambu yang mendesir ditiup angin.Mafhumbangkit tidur melambangkan kelahiran atau kewujudan manusia kat muka bumi ni.Manusia bergerak dewasa dengan cita-cita mahukan kebahagian dan ketenangan.fitrah hidup manusia mahukan sesuatu yg suci dan menenangkan ati (dilambangkan oleh perigi yg jernih air,pohon2 hijau) Genap tujuh langkah Mamat melangkah, mata kepala Mamat menoleh ke arah kiri bukit. satu gerakan pantas menggoyangkan pohon-pohon semak bergerak menuju ke arah Mamat. Dari goyangan semak, melompat seekor babi yang diburu seekor anjing. Babi berhenti di hadapan Mamat, mendengus-dengus. Anjing yang mengejar si babi turut berhenti, mengcungap-cungap. Kedua-dua makhluk bernajis itu memandang sinis ke arah Mamat. Kedua-duanya seakan berbisik-bisik lantas merenung tajam ke arah Mamat.MafhumTujuh langkah menggambarkan perjalanan hidup yg baru bermula. Perjalanan untuk manusia kenal hakikat kejadian, hakikat diciptakan. Untuk faham hakikat ni manusia akan diuji. Babi dan anjing melambangkan ujian yg diciptakan untuk menguji manusia.babi dan anjing mungkin harta, wanita atau takhta. Babi dan anjing mungkin juga maksiat, dosa dan noda.Bai dan anjing juga adalah syaitan dan iblisMamat merasai aura tekanan yang sedang menghimpitnya, lantas Mamat berlari laju mendaki bukit. Babi dan anjing mengejar Mamat, Mamat menggelungsur menuruni bukit. Anjing dan babi mengejar Mamat. Mamat tersepit antara celahan pokok. Anjing dan babi tersengih memandang. Babi merapati sisi Mamat. Mamat tak mampu lepas lagi. Babi menggesel-geselkan tubuhnya yang montok pada badan Mamat. Anjing datang ke sisi Mamat. Mamat tak mampu bernafas lagi. Anjing menjilat-jilat wajah Mamat. Mamat menahan loya. Tetapi untuk seketika mamat terasa syahdu dibuai geselan dan jilatan dari makhluk bernajis itu. Dalam asyik Mamat melayan geselan dan jilatan makhluk bernajis, guruh berdentum di langit cerah.MafhumUjian, dosa dan noda akan mengekori manusia. Dalam situasi ni anjing dan babi lebih tepat digambarkan ujian berbentuk dosa dan maksiat. Acapkali kita akan cuba lari dari ujian ni, lari dari dosa dan maksiat. Tapi mujahadah untuk lari dari ujian camni sangat berat (digambarkan oleh usaha mamat memanjat dan menuruni bukit). Sesekali kta akan tewas (tersepit antara celahan pokok). Kita berusaha untuk membebaskan diri tetapi dosa dan maksiat akan membelai kita.membuatkan kita hanyut.lupa pada Allah. Allah xkan membiarkan hamba-Nya dibuai kemaksiatan, Dia akan memberi peringatan ( guruh berdentum di langit cerah).Maha Rahim Allah.Babi dan anjing bertempiaran lari. Angin sepoi yang berlalu menolak pohon-pohon yang menghimpit Mamat. Mamat bebas semula. Mamat terasa najis memenuhi diri. lantas Mamat merangkak ke arah perigi yang jernih tadi. Kaki Mamat dicucuk duri, memberi sakit yang tidak terperi. Mamat merangkak terus ke perigi. Air jernih perigi rupanya sudah keruh bercampur tanah. Detik hati Mamat membisik kata "mungkin habuanku untuk menyuci najis". Mamat terjun ke dalam perigi. dibenamkan kepalanya ke dalam air.MafhumApabila kita tersedar, dosa, maksiat, syaitan iblis akan lari meninggalkan kita. Hidayat digambarkan melalui angin lembut yg melepaskan mamat dari tersepit. Air jernih perigi lambang kesucian, manusia akan bertaubat untuk menyuci diri. tapi jalan taubat juga jalan tarbiyah (Kaki Mamat dicucuk duri, memberi sakit yang tidak terperi). Kita kena bertaubat sungguh-sungguh, taubat nasuha (Mamat terjun ke dalam perigi. dibenamkan kepalanya ke dalam air). Pintu taubat sentiasa terbuka dan dipermudahkan untuk org yg nak bertaubat (Air jernih perigi rupanya sudah keruh bercampur tanah).Mamat tersedar rupanya dia bermimpi.Bangkit dari pondok usang, Mamat berjalan-jalan anak menyusuri denai kecil. Arah tujunya sebuah perigi yang jernih airnya, dipagari pepohon hijau dan bambu yang mendesir ditiup angin. Sesampai di perigi, air jernih perigi rupanya sudah keruh bercampur tanah.MafhumMimpi yg berulang menggambarkan manusia kadang2 tertewas dalam taubat yg dia buat.Tetapi ingat jangan putus asa untuk bertaubat, pintu taubat sentiasa terbuka.Mamat tersedar lagi. Rupanya Mamat masih bermimpi. Mamat bangun dari katil usang menuju ke bilik air rumahnya. Air di tangki berwarna keruh kemerahan. Lalu Mamat mengangkat tangan membuka pili, keluar air keruh kemerahah. Mamat pening dan hairan. Lalu dibuka pintu rumah, hajatnya mahu ke rumah jiran. Babi dan anjing tersengih menunggu di pintu hadapan.MafhumManusia akan sentiasa tersedar dari kesalahan selama mana dia memandang dosa sebagai dosa. Membayangkan dosa umpama gunung yg menghempap bukan lalat yg hinggap. Manusia akan terus diuji.Biarpun kita dah bertaubat tp ingat syaitan dan iblis akan sentiasa menunggu-nunggu peluang utk merosakkan kita (Babi dan anjing tersengih menunggu di pintu hadapan)pakcik-itulah serba sedikit mafhum bagi kisah mamat.sapa2 pun leh jadi mamat.letakkan diri hangpa dalam diri mamat, itulah jalan hidup yg hangpa sudah,sedang dan akan hangpa lalui.persiapkan diri, kita xmampu nak penjarakan syaitan,iblis..kita penjarakanlah diri kita dalam penjara iman dan taqwa.itulah yg terbaik.
Posted by Park Chick at 10:07 AM
4 comments:
satu olahan cerita yang bagus...jika bersama2 dengan mafhumnya...barulah xd salah faham..teruskan berkarya pck!
em..lepas2 ni boleh la letak nama mamat as minah pulak...:P
Alhamdulillah...peringatan yg baik utk kita suma terutamanya diriku ini... Syabas sahabat atas karya anda. Semoga Allah berikan hg segala kekuatan yg diperlukan utk teruskan dakwah ini. Amin.
tak suka bace karya macam ni..
atulasca
tq.saje je nak luahkan kekusutan jiwa.keh3. as ur request, minah akan menyusul
syah
hehe.teruakan sapot aku.tq
anonymous
hehe.karya camni pening,perlu berfikir dan berkhayal utk faham.
pck-teruskan sokongan anda.tq
Post a Comment