BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 2, 2009

Respon-Pastikan empat subjek utamakan jati diri pelajar(UTUSAN, 02 jun 009)

KUALA LUMPUR 1 Jun - Kerajaan perlu memastikan empat subjek teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan ditentukan kelak, mengutamakan pembentukan jati diri dan rasa tanggungjawab pelajar kepada negara.

...Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang membayangkan keputusan muktamad kerajaan untuk mengurangkan bilangan subjek teras dalam SPM daripada enam kepada empat subjek.

...Enam mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki SPM ketika ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.

Ulasan Pakcik
Hmm..orang tua ni tak mau jadi orang yang cepat melatah. Dah tua dah, fikiran kena rasional. Otak pakcik yang dah berumoq ni pening nak kira, 6 tolak 2 = berapa. Kira guna jari pun dok pening jugak. Akhirnya, pakcik guna kalkulator...dot..dot..dot..dot..Haaa..betoi2. 6-2=4.pakcik bukan tak yakin dengan pak menteri ni, cuma nak kepastian.uhuk2..(batuk betoi2 ni bukan perli). Depa dah kata mukatamad..hmmm..boleh tahan dia punya ketegasan tu.cuma pakcik taktau la muktamad lagu mana.muktamad.(noktah) atau muktamad...(dot3).

Apapun, depa kena berhati-hati dalam menetapkan subjek mana yang depa nak tolak. kalau tengok matlamat depa tu, depa nak lahirkan generasi yang mempunyai berjati diri dan bertanggungjawab kepada negara..uihh(bersembuq air liuq pakcik,pakcik tak pandai nak berpidato macam pak menteri).la ni pakcik nak cuba-try (salah bahasa ni,jangan dok tiru,rosak bahasa hangpa nanti) buat kira-kira sikit.

BM-takboleh ditolak sebab ni bahasa kebangsaan

Matematik-taknoleh ditolak sebab ni dah termasuk dalam asas pelajaran kat negara kita.3M-membaca,menulis , mengira

Sejarah-takboleh ditolak kalau depa nak lahirkan pelajar yang berjati diri dan bertanggugjawab kepada negara. Lani dalam dok wajib belajaq sejarah pun boleh lupa Chin Peng tu sapa.lawak aih hangpa ni

sekarang ni ada satu lagi kuota. Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan islam/moral. depa nak tolak yang mana satu.

kalau sains memang boleh tolak sebab salah satu matlamat depa nak lahirkan pelajaq yang berkepakaran dalam bidang tertentu.jadi yang nak jadi pakar bahasa tak perlu belajaq sains la kot.

sekarang ni tinggai 2 ja lagi Bahasa Inggeris, Pendidikan islam/moral

6-2=0 kalau BM, Matematik, Sejarah, BI jadi mata pelajaran teras.alasan dia pendidikan islam takdak,budak2 bukan nak belajaq kalo tak masuk periksa. Satlagi,dah la amalan agama lemah..pengetahuan pun takdak..kesian2

kalau pakcik jadi pak menteri konpem2 (jangan dok guna dalam penulisan esei,salah bahasa ni) pakcik pilih pendidikan islam sebagai subjek teras. tapi pakcik tetappakcik bukan pak menteri.

pck: hmm...pandai2la hang pilih pak menteri oii...jangan sampai kita hilang tulisan jawi macam dulu dah la.

4 comments:

Farid Rashidi said...

Selamat petang pakcik,

10+2-8/6x19= Jawapannya berapa?

hehe. Saja gurau.

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

ish3...haru2...

mungkin depa nak wat lagu ni kot pak cik....

BM+Sejarah....jadi 1 subjek(sbb dua2 diajaq dalam BM)

Sains+Math....jadi 1 subjek(teras kpd teknologi)

Pi/Moral...1 subjek

Bi.....1 subjek...

(",) -bila duk buat komen ni, tergelak sendiri~~

Park Chick said...

farid 10+2-8/6x19=mmmmmmm...25 kot.eh bukan2..11ratus.ha betoi2..11ratus


a.t.u.l.a.s.c.a
iman sahabat2 Rasulullah mengubah suasana tapi iman umat akhir ini terubah dengan suasana...biaq apa pun keputusan pastikan kita sentiasa berada dalam suasana agama

Park Chick said...

Keputusan

aliran sains tulen
bm,bi,sej,math,pi/pm+subjek sainstulen=10max

aliran sains agama
bm,bi,sej,math+subjeksainsagama=11max(2010), 2011(kena 10max)

aliran agama
bm,bi,sej,math,sains+subjekagama=10max
link:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

pck-ada pro n kont