BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 10, 2009

Respon: Budak Lelaki Kecil dan Dot3



UTUSAN: GENTING HIGHLANDS 9 Jun - Malaysia bakal berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos ini selepas Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca panas dan kering yang melanda sekarang akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti…

Respon pakcik

Pakcik bukan nak ulas pasai panas ngan alam sekitar (karam singh waliya dah selalu ulas dah) tapi pakcik nak ulas pasai panas dan dot3. Sedikit info yang pakcik nak kongsi, El-Nino ni asai dari perkataan sepanyol yg bermaksud ‘little boy’, adik-beradik budak lelaki kecik. Maksudnya pantas, panas, aktif. Ada satu lagi phenomena La-Nina yg bermaksud ‘little girl’, adik-beradik budak perempuan kecik. Maksudnya cool, sejuk, slow, lembap (bukan lembab, uhuk3,jgn salah faham…batuk betoi2 ni).Heee. Cukup la takat tu.

Yang pakcik nak tinggi-cahaya (highlight) kat sini, panas kering ni dia lanjut dari ogos sampai September nun. Apa kejadian menarik dalam 2 bulan ni…jeng3…ha kantoi. Bulan posa la (22 hb ogos kot start posa). Ramadhan dari segi bahasa maksud dia panas…so, bersediakah hangpa semua untuk berpanas. Bukan panas cuaca sekitaran ja, panas kat nafsu gak. Nafsu.Selama beberapa bulan ni dia dok buli kita, so bulan posa nun hangpa jangan lepaskan peluang untuk buli balik. Ajaq dia cukup.

Pernah dengaq cerita pasai nafsu dak. Meh pakcik story ckit. Macam ni, masa Allah ciptakan Nafsu dan Akal, bila dah siap, Allah tanya la depa ni, lebih kurang mafhum dia

“Siapa kamu dan siapa Aku”

Akal jawab “Aku adalah hamba, Engkau Rabb-ku”

Nafsu jawab “Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau”. Kuang ajaq punya nafsu (ni pakcik yang cakap).

Allah amik nafsu, masukkan dia dalam neraka seksaan. Pas sekian lama, bawa dia kuaq balik. Allah tanya balik soalan yang sama.

“Siapa kamu dan siapa Aku”

Nafsu jawab “Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau”. Keras kepala betoila nafsu ni (ni pun pakcik yang cakap).

Allah amik dan masukkan dia dalam neraka kelaparan. Biaq dia xdak makanan. Hangpa tau apa yg jadi pastu…jeng3…haa kantoi.

Bila ditanya balik, Nafsu jawab “Aku adalah hamba, Engkau Rabb-ku”

Heh3.mengaku kalah jugak budak kuang ajaq dan keras kepala ni. So, moral cerita, nafsu ni kena ajaq berlapaq ckit. Kat budak2 muda remaja, seruan pakcik yang dah season ni, hangpa rajin2la posa. Ajaq ckit nafsu tu. Biaq dia rasa takut kat kita. Dia rasa nak wat jahat ja,mesti dia terpikiaq…satlagi xleh nak makan pulak,so dia xjadi nak wat perangai. Lama2 kita buli dan ajaq cukup2…nafsu pun dah tak bernafsu untuk bernafsu. Selamat membalas dendam…la ni lehla hangpa start posa2 sunat..isnin khamis ka.

Pck-seruan pakcik kepada semua, jadilah orang yang pendendam. Dendam kat nafsu je la.

5 comments:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

nafsu makan, tdo dll tu jangan didendamkan sudahle ye pck...nnt xde zat n sakit2 pula...

ika mioka said...

kuang ajaq ek nafsu ni.

bulan posa kita buat kelas intensif ajaq nafsu ( ala2 mcm dak2 spm buat tuisyen intensif )

bulan2 lain jangan lupa buat tuisyen ajaq nafsu juga, baru terajaq sket..

Dida... said...

Bln pose buleh la ikat nafsu utk makan... tp nafsu tuk shopping sakan time raya tu.. mcm mana yek pakcik.. tu kira nafsu terbesar kaum perempuan bila menjelang hari perayaan... sekadar pendapat.. tidak ada kena mengena dgn pembaca2 di sini.. harap maklum..

T.kasih singgah di blog saya.. :)

Anonymous said...

jaga hati, jgn smpi hati mati utk melawan nafsu yg meraja..

~akuhamba~

Park Chick said...

atulasca
makan,minum,tdo tu semua hak tubuh badan..kena tunaikan hak dorg gak

ika_sofiyah
betoi3...ajaq jgn xajaq.rotan pun takpa

Dida
pose bukan pose mkn je tp pose yg benda yg leh wat nafsu kenyang...matlmat ialah biarkan nafsu blapar

akuhamba
benar2...biar tubuh mati tp hati jgn mati

pck-syaitan tgh wat keja overtime skg ni..hati2