BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 25, 2009

Seloka si Mamat

Semalam Mamat (cantik makna nama hang, Mamat=mati) mengetuk pintu-pintu taubat tapi hati Mamat enggan bertaubat. Hati yang cacat memaksa Mamat berehat pada hujung setiap nasihat. Nasihat demi nasihat hanya berkulat di sisi telinga Mamat. Lalat-lalat menghurungi telinga Mamat yang berkulat, buat menelurkan benih-benih maksiat. Seringkali Mamat terasa ralat dengan maksiat. Tapi "apa boleh buat", dosa-dosa sudah terpahat membuatkan Mamat rasa penat untuk bertaubat. Namun Mamat membulatkan tekad, biarlah badan dihurungi lalat, biar putus urat dan saraf...selagi mahkhluk bernama malaikat, belum datang membawa alamat hayat, Mamat akan terus bertaubat. Mamat akan terus bertaubat kerana yakin pada hakikat rahmat.

Hari ini, Mamat mengerah baki-baki sisa hayat buat mengetuk pintu-pintu rahmat. Mamat berpusing terkulat-kulat mencari arah pintu rahmat. Ada pintu dihiasi syahwat, ada pintu dihiasi azab, ada pintu dipenuhi kawat...mata Mamat menjadi sepet kerna Mamat tiada alamat, dimanakah gerangan si pintu rahmat? Mamat meredah pintu kawat, kaki Mamat menjadi cacat kerna terpijak duri maksiat. Lalu Mamat terlompat-lompat jatuh bersujud di penjuru solat. Mamat belajar suatu hakikat, Allah itu Maha Rahmat. 

Hari esok, Mamat berazam, segala janji akan dikotakan. Mulut basah dengan zikrullah, Mata ditunduk melihat dosa, Telinga dikorek mendengar nasihat, Tangan ditadah dipenghujung ibadah, Kaki melompat ke sejadah ibadat, Hati diajar mengingati mati, Perut disekat menahan syahwat. 

Mamat teresak-esak menunggu esok kerna yang pasti esok belum pasti.

5 comments:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

Alhamdulillah, akhirnya mamat berjumpa jua pintu taubat~

Anonymous said...

Waheeda patut menerima cinta ko dulu ar parkChick...wakakaka...

~mocta~

Park Chick said...

betoi3..rasanya dia malu bersuamikan pakcik yang dah season.tp kurang2nya pakcik single n available.heh3

p/s:no komen gosip waheeda tu

Anonymous said...

Benar tu ParkChick. Jgn disambung komen2 yg berlandaskan nafsu.
Allah suruh kita tutup keaiban org2 Islam...maka Allah akan tutup keaiban kita...

Tutuplah keaiban semua muslim, parti ABC ke, parti XYZ ke....selagi dia ada kalimah Laa ilaha IllaAllah, dia saudara kita...tutuplah keaiban dia...

Jgnlah bila parti ABC tersepak batu, parti XYZ ketawa berdekah2 dan menghebahkan satu kampung atas alasan taktik politik & mperjuangkan agama...Tapi bila parti sendiri tersilap langkah barulah mngeluarkn hadis ttg menutup aib saudara...

Tiada sistem yg lebih baik daripada sistem yg telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.

http://ziarah76.blogspot.com/2009/04/akar-politik-eropah-kepada-dunia.html

Anonymous said...

Berjalan atas kebenaran biarpun terpaksa bertatih

~akuhamba~