BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 21, 2009

Sebuah cerita yang sangat panjang dalam cerpen yang sangat pendek

Takdir menemukan aku dengan si fulan di saat aku sibuk menyusuri denai-denai ilmu. Takdir jualah yang meletakkan kami pada satu aras yang sama, sebagai sahabat sebumbung, sebagai sahabat sepintu. Akulah orang yang julung kali mendengar alunan dengkurnya diwaktu sifulan bergelimpangan dibuai mimpi.

Saat aku dan sifulan melakonkan babak-babak sukar untuk menyelami hati dan budi. Tika sibuk berbicara tentang kehidupan, lidah kami diajar tergigit. Aku tergigit lidahku disaat si fulan melatah tergigit lidahnya. Rajukku lebih sepurnama, keras si fulan jua lebih sepurnama. Biarpun sebumbung namun kami tidak sebahasa lagi. Dengkur yang dulu menjadi irama dodoian tidurku, kini seolah-olah guruh yang berdentum. Hatiku terbakar dan membakar sifat-sifat kemanusian, mengeluarkan api-api syaitan.

Kerja syaitan ini berpaksikan jalan yang sangat licik. Namun, kau tewas wahai syaitan laknatullah. Rahmat Allah mendamaikan aku dan si fulan, membuat kami bergenang air mata. Salam pertama di akhir solatku, menjelmakan wajah si fulan pada bola mataku. Salam kedua di akhir solat si fulan, menjelmakan wajah indahku pada bola mata si fulan. Tangan yang berjabat membuatkan bebola mata dipenuhi genangan air mata. Syaitan menggelupur, menyapukan wajahnya dengan debu-debu tatkala aku dan si fulan bergandingan dan berjalan seiringan pulang ke pangkal keinsafan. Panahan beracun si syaitan menjadi tawar, dengan rahmat Allah.

Bermula dari degup jantung itu, aku dan si fulan akrab bersaudara. Namun hakikat kehidupan hanyalah mainan, aku dan si fulan berpisah pada simpang kehidupan.

Sesekali bertemu bersama membuatkan aku terasa riang bahagia. Namun semuanya untuk seketika, perpisahan pasti menunggu pada setiap simpang masa. Air mataku bergenang  di saat tinta ini dicoretkan. Sukar untuk aku mengerti mengapa air mata terlalu murah pada perpisahan ini. Mungkinkah ini tanda kasih muslim bersaudara, tanda kasih sahabat?

8 comments:

Syahril said...

"Syaitan senantiasa mencari ruang dan merebut peluang mencarik-carikkan persaudaraan sesama Muslim. Seringkali sebagai makhluk Tuhan yang lemah, insan mudah terlupa lagi alpa hakikat wujudnya musuh durjana ini. Syukur pada rahmatMu ya Rahman ya Rahim.. persaudaraan telah kembali bertaut. Moga pertautan ukhuwah Islamiah ini akan bertambah kukuh dan kekal selamanya. Setiap pertemuan dijanjikan perpisahan di hujungnya. Namun, setiap perpisahan juga pasti ada penyatuan akhirnya dengan izin Allah Yang Maha Esa. Air mata tanda keikhlasan bersaudara..tanda kasih sahabat setia...hanya Allah mampu membalasnya..."

Syahril said...

Walaupun cerpen sangat pendek...tapi cukup jelas menggambarkan cerita yang sangat panjang. Tahniah wahai sahabat. Moga Allah memberikan anda lebih kelapangan masa... demi untuk menulis dan publish lebih banyak artikel yang bermanafaat. Amin ya Rabbal A'lamin...

P/S : Sure watak "aku" ngan "si fulan" dalam cerpen ni akan teringat balik diorang kalo terbaca cerpen ni... :)

Park Chick said...

hehe...amin2. Moga setiap pertemuan diniatkan kerana Allah dan setiap perpisahan diniatkan juga kerana Allah kerana manusia yang bertemu dan berpisah kerana Allah,golongan inilah yang mendapat lindungan arasy di hari yang tiada perlindungan kecuali perlidungan dari Allah

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

begitu indah metafora yang dimuatkan di dalam cerpen ini...sarat dengan sastera yang meruntun jiwa..nice writing! teruskan tajamkan mata qalam...

p/s:- tiba2 teringat pada sahabat2 yang dahulu dekat dimata namun sekarang telah membawa haluan masing2...(dah grad semuanya)

Park Chick said...

komen seorang sahabat adalah komen terbaik..teruskan komen2 anda,sebagai motivasi utk pakcik terus menulis

naja tun said...

setiap pertemuan ada perpisahan..itulah fitrah manusia..

Anonymous said...

“Pada hari kiamat Allah akan berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganKu.” (HR Muslim)

“Dan yang mempersatukan hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

~akuhamba~

Anonymous said...

Renungi secebis kisah dari sirah para sahabat Rasulullah; semoga dengannya terlihat jelas fungsi sahabat yang baik.

Umar bin Al-Khattab mempunyai sahabat yang rapat dengannya bernama ‘Iyash bin Abi Rabi’ah. ‘Iyash memeluk Islam ketika waktu yang hampir dengan perintah berhijrah ke Madinah. Oleh itu imannya masih tipis ketika itu. Bagaimanapun ‘Iyash cuba menyertai hijrah bersama-sama Umar Al-Khattab.

Di pertengahan jalan ibunya menghantar utusan untuk memujuknya pulang dengan ancaman ibunya akan terus-terusan berjemur di tengah panas tanpa beralih ataupun mandi. Hal itu membuat ‘Iyash khuatir dan hatinya berbelah bagi, bimbangkan keselamatan ibunya. Umar cuba memujuknya; “Usahlah terlalu khuatir akan ibumu. Selepas dua hari berjemur, badannya akan kotor dan dia pasti rimas . Tentunya dia akan mandi. Jika dia berjemur seharian di bawah mentari, pasti esok dia akan berteduh”.
Disebabkan iman di hatinya masih lemah, dia berkeras juga ingin pulang menemui ibunya. Umar hanya mampu memperingatkannya; “Wahai ‘Iyash, jika engkau pulang, pasti ditimpa bala’ dan cobaan”.

Namun sahabat yang baik tidak tergamak membiarkan sahabatnya ditimpa kesusahan. Umar telah melakukan sesuatu yang dapat mengingatkan ‘Iyash walau dia tidak berada bersamanya. Disebabkan ‘Iyash tidak mempunyai unta, diberikanya untanya kepada ‘Iyash; “Ambillah untaku ini. Semoga dengannya kau akan mengingatiku dan kembali bersama-samaku”. Sebaik-baik ‘Iyash pulang kepada keluarganya, dia telah dipukul dan disiksa. Hampir saja dia berjaya dipujuk meninggalkan Islam. Terlihat saja dia kepada unta Umar, ‘Iyash ingat kembali kepada iman dan Islam. Di situlah kekuatan erti persahabatan yang terjalin. Sahabat yang baik mampu menyelamatkannya dari bencana kufur.

~akuhamba~