BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 29, 2009

Sebuah Drama Swasta-"Kisah Sebuah Perjalanan"

'Kisah Sebuah Perjalanan- HIDUP KITA MEMANG SEBUAH PERJALANAN... SEMUA MENUJU KE ARAH YANG SAMA WALAUPUN KADANGKALA DENGAN KENDERAAN BERBEZA... PERJALANAN MENUJU ALLAH... BERWASPADALAH AGAR KITA TIDAK TERSALAH JALAN... SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI...'


Aik....macam kenai ja ayat kat atas tu.sapa punya agaknya. jappp2..nak bersin..munchyyyyyyyyyyy.Allhamdulillah. (Hak sorang muslim ialah didoakan bila dia bersin, hangpa jawab la YarhamkAllah.so pakcik jawab, Yahdikumullah.).Hehe.

Berinsipirasikan ayat di atas maka terhasil sebuah kisah perjalanan. Pelakon2 tambahan ialah...Ahmad Syahril (dah banyak belas drama swasta dia jadi pelakon tambahan, selalunya watak dia dimatikan saat2 awal drama), Mokhtar (selalunya wakta dia tok mudim, ustaz, penggali kubur...watak dia biasanya muncul scene sedih atau keinsafan je), Paklang (selalunya watak dia ialah bouncer kepada tukang masak, tukang angkut tong gas, kaki pukul..watak2 jahat la.tp pernah dapat 1watak baik, dia jadi orang buta), Akuhamba (dia ni watak dia biasanya mistik sikit, kadang2 jadi hantu, nenek kebayan, ibu peri...hmm), Aishah (dia ni biasanya watak dia dalam drama, biasanya...time2 sedih gak...waktu memerlukan babak2 air mata..tp pernah gak jadi watak tempelan dalam drama racing kereta).Last sekali teraju utama semestinya hero dalam citer ni, tak lain, tak bukan...jeng3..Pakcik (dia tak pernah pegang watak tempelan sebab dia yg byk tulis skrip, dia berlakon dlm citer yg dia tulih je).

Maka drama sebuah perjalanan pun bermula...

Scene 1
Ahmad Syahril
Sekarang kau sedang memandu sendirian.
Di jalan yang penuh kenderaan.
Walaupun aku tahu kau kesunyian, pinta berteman.
Walaupun aku tahu kau kekadang ketakutan.
Sesekali memandang cermin pandang belakang.
Takutkan hantu jua jembalang.
InsyaAllah dalam sikit kilometer lagi ada yang mahu menumpang.
Dia cukup berani, jika kau takut dalam perjalanan.
Dia cukup lembut, jikau kau bencikan keganasan.
Tapi barang diingat...
Pandu Cermat
Jiwa selamat.
Usah terburu
mengejar waktu
kerana dia sabar menunggu.
Tatkala berduanya kamu
fokus matamu tatkala memandu
sesekali lemparkan jeling malu
kan kau lihat dia senyum teripu.
(ingat kalo hangpa tengah dalam perjalanan, kalo ternampak benda pelik kat tepi jalan...jangan dua2 hangpa dpk pandang benda tu..sat lagi hangpa terbabas dan terpanjat bukit)


Scene 2
Mokhtar
Biarpun kau sudah berteman
Tetapi sisimu masih lengang
Kamu berdua sedang berjauhan
Bersabarlah, dia pergi untuk seketika
Buat menyiapkan keperluan kamu berdua
Kamu laju..Myvi nama kau punya kereta
Dia tersipu...menunggang kereta kuda
Tapi..ingat
Pandu cermat
Jiwa Selamat
kamu pasti bertemu disuatu simpang
sambutlah dia dengan kasih sayang
berkongsilah rasa hati
pandulah berhati-hati
(Kalo hang pasang air-cond ketika memandu...jangan lepaskan kentut dalam kereta, lepaskan saja kentut di tangga)


Scene 3
Paklang
Perjalananmu masih keseorangan
Kekadang kau menoleh ke kiri
Berkhayal dia ada di sisi
Dia menunggumu di hentian hadapan
Sabar dan pandulah dengan perlahan
pandu cermat
jiwa selamat
(kalo rasa2 nak laju pun xyah la pasang tong gas kat kereta..orang pasang NOS tau)


Scene 4
akuhamba
kau memang hebat memandu
merempit-memecut, "orang cakap dia memang laju"
tapi usah terburu-buru
patuhilah arahan dan isyarat di lampu
merah pasti bertukar hijau
cuma perlu sabar meninjau
Pandu cermat
jiwa selamat
(petrol jangan lupa nak isi pulak)

Scene 5
Aisyah
Terlalu asyik kau memandu
sesekali berkereta kau beradu
laju lah laju
jangan melulu
pandulah perjalananmu berhati-hati
ikut arahan dan gerak hati
Kalau penat
berhentilah di tempat rehat dan rawat
mungkin temanmu
menunggumu di situ
(jangan terlupa kunci kereta)


Scene Penamat
Pakcik
Hanya berkayuh yang aku mampu
Melihat kamu-kamu memandu laju
Kekadang kupenat
kuberhenti rehat
(alamak lupa skripla..)

The End
(simple je cerita ni...hangpa dah dapat skrip hangpa kan...so balik hapai skrip...)

9 comments:

Ahmad Syahril said...

hahaha pandai hg wat skrip drama...

mcm aku kenal ayat itu...tapi di mana yaa... tak ingat dialog dlm senario lagi??? cit... ingat aku minat ke senario... kekeke...

aku dok gelak sorg2 bila baca... nasib baik takdak org tgk... kalo tak depa ckp gila ke apa mamat ni...

dlm dok gelak2... ada msg yg berguna utk aku... thnks atas peringatan... insyaAllah akn aku jadikan pedoman...

Ahmad Syahril said...

pehal bersin bunyi munchyyyy??? ni mesti suka makan produk munchy ni... hehehe...

Anonymous said...

nenek kebayan?ibu peri?cm tau2 je aku pmpn..yeke?hm..

~akuhamba~

Anonymous said...

huhu..kalu lupe isi myk petrol, sntiasa bwk petrol spare dlm 'botoi', tuk persediaan..

p/s: de mksud tu

~akuhamba~

aishah_conteng_je said...

ya allah...nape watak aishah comel sangat ni..

nape buat aishah gelak sorang2 ni...

eh..aishah sorang je kan nama aishah kat sini...

jap2..nak baca lagi sekali..
comel ni~

Pak Lang Biotik said...

hu.... pak lang kena bawak watak jahat. Jahat tapi hensem.. (pak lang barlalu sambil mengangkat bakulnya sendiri, bersama tong gas dipikul dibahu)...

Anonymous said...

aku nk merempit-memecut menuju kebaikan tp eksiden je..huhu, luka sikit2 leh rawat, kalu parah, camane, tkt xsmpt smpi destinasi yg sepatutnye..

p/s: aku merepek lg..huhu, yg penting xmo jd hantu, hantu kena ikat la bln pose ni

~akuhamba~

Anonymous said...

Letih menunggu...

~mokhtar~

Park Chick said...

Syah-mmber pakcik yg suka makan munchy.gelak2 jugak...akhirat jgn lupa.hehe

akuhamba-rempit2 jugak...akhirat jgn lupa.hehe

Aisyah-aisyah comel la,sape lg

Paklang-watak je jahat tp hati baik

Mokhtar-benar penantian suatu penyeksaan tp...bila dah ketemu,perghhh..indahnya penantian

pck-berlakon2 jugak..akhirat jgn lupa.hehe.pandu cermat,jiwa selamat