Sekadar gambar hiasan (takdak kaitan pun..uhuk3).
Mamat tercungap-cungap kepenatan. Oh…rupa-rupanya ada pertandingan mengadu domba. Di satu sudut terpampang satu kain rentang yang berbunyi “Pertandingan mengadu domba tajaan kumpulan kari sendirian berhad”. Keh…keh..keh (hati Mamat tertawa kecil). Di satu penjuru, domba berbulu putih sedang dipersiapkan. Tambun benar susuk tubuhnya.
“Jiban…Jiban..Jiban”. Gegak gempita bunyi patah kata “Jiban”. Siapakah Jiban? Mamat, termangu…tidak faham suasana. Mungkinkah lelaki yang bermisai ciput itu, yang sedang leka menyuapkan roti canai ke mulut domba itu yang bernama Jiban? Roti canai? Oh…patutlah tambun benar si domba putih.
“Jiban memang jaguh…dia mesti menang”. Mamat menjeling dua lelaki berwajah coklat di sebelahnya. Sekali lagi Mamat tersenyum domba...si domba putih rupanya yang bernama Jiban.
“Rawna…Rawna…Rawna”. Mamat berpaling ke penjuru bertentangan. Si domba bertompok hitam dan putih sedang disaji makan oleh tuannya. Tubuhnya agak kecil berbanding si Jiban. Tetapi agak gagah…lirik tanduknya menampakkan gagah benar si Rawna.
“Rawna ni hebat…ramai yang nak jadikan bapak tumpang”. Mamat menjeling-jeling si muka coklat dan hitam yang berborak di sebelahnya. Geli hati Mamat mendengar bicara sebegitu. Mamat mengamati, gerangan apakah yang disaji untuk si Rawna. Haa..Tosai. Keh2..Mamat tersenyum lagi.
Seorang lelaki bermisai lentik, berpenutup kepala bergerak ketengah gelanggang peraduan. Gagah tubuhnya..mungkin keturunannya dulu pernah menjadi tentera upahan. Hoho…jadi hakim rupanya dia.
Si Jiban dan si Rawna dilepaskan ke gelenggang peraduan. Tabla dan gendang cina silang ganti berbunyi menghangatkan pertarungan. Mamat melarikan diri dari kumpulan manusia, air mata mengalir di pipi Mamat. Mamat terkenangkan dombanya di kampung. Mamat menangis melihat bodohnya manusia yang berpusu dan bersorak melihat domba beradu. Mamat geram megenangkan kumpulan kari sendirian berhad yang tidak berhati perut menganjurkan peraduan domba. Mengeruhkan air dan cuba menangguk di situ. Apakah nasib si Jiban dan si Rawna? Adakah ke belanga untuk dimasak kari? Mamat tidak pasti. Di hati Mamat ada suatu kepastian…orang ramai yang berpusu (majoritinya bermuka coklat) pasti rugi dalam pertaruhan itu. Mamat hanya mampu menangis kerana suaranya pasti tidak didengari.
9 comments:
Suaramu tidak didengari penghuni bumi yang sempit....
Tapi tangisanmu pasti didengari penghuni langit...
Wajahmu tidak dikenali rakyat...
Tapi kerut dahimu pasti dilihat Baginda di akhirat...
Blogmu tidak dibaca PM dan Raja...
Tapi hatimu diketahui Pentadbir Dunia...
~mokhtar~
hang peghli sapa ni..he
~aku le~
Tak peghli sapa2 pun...pakcik pun taktau apa yg pakcik tulih.Hangpa paham2 sendiri la naa
Tak peghli sapa2 pun...pakcik pun taktau apa yg pakcik tulih.Hangpa paham2 sendiri la naa
Aku rasa orang ramai yang bermuka coklat kenalah sedar dan selamatkanlahsi rawna dan jiban. sbb dua dua ekor domba tu dah kena suap tosei ngn roti canai. muka coklat kena laa tau...gila ke apa pi bagi kambing makan tosei roti canai. kena sedarlah tujuan "Pertandingan mengadu domba tajaan kumpulan kari sendirian berhad". Kumpulan kari laa ni dah makin pedas serbuk kari depa. bkn takat tu...kumpulan opera pun dah makin byk show depa..aiii...bilalah muka coklat nak sedar...jgn laa ikut langkah yahudi sembah taghut...
p/s: nice entry...sekolah aku ada cikgu nama isa...takpa dia tak baca blog...hehehe...
"Perhimpunan kita bukan atas dasar warna kulit...
Perhimpunan kita bukan atas dasar bahasa...
Perhimpunan kita bukan atas dasar bangsa...
Perhimpunan kita bukan atas dasar negara...
Tapi perhimpunan kita hanya semata-mata kerana kalimah Laa ilaha 'illaLlah..."
(antara point ulama semasa ijtimak)
~mokhtar~
p/s: bukan yg bermuka coklat yg kena sdar diri...tapi yg ada kalimah suci ini yg kena sdar diri....
TINGGGGI fikir tuan Mokhtar ni...ish3...hehe.betoi3...semua kena sedaq diri. Tapi majoriti yang muka coklat tu semuanya ada kalimah.
emmm.... betoi tu pak mokhtar... thankiu sbb tlg betulkan... golongan yg berkalimah tauhid yg patut sedar... lgpun tujuan Allah cipta kita tak lain hanya untuk kenal Dia... sembah Dia... bila kita lupa matlamat asal kita... kita mula nak ambik alih keje Tuhan... jadi penghukum... dok rasa cm dia je betul... nasihat org lain tak nak terima... nasihat dia org lain wajib terima... tak terima? siaplah ko... bermasam muka dan berperanglah tak sudah2... so harap kita tak termasuk dlm golongan ni la... doa juga golongan2 ni Allah bagi hidayah pada depa... sbb kalo kita termasuk dlm golongan ni... huih... teruk kita kena balun (tibai) kat sana nanti...
Post a Comment