BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 27, 2009

Makkkkkkkkkkkkkkk...nak bukak posa (jeritan batinku)


Ramadhan adalah perkara yang sangat indah dalam hidup pakcik. Sangat2 indah. Dalam bulan posa ni la pakcik menendang-nendang perut mak dan menerbitkan peluh2 jantan kat dahi abah untuk keluar secara rasminya kat alam dunia nih.

Seingat pakcik, masa umoq 7tahun pakcik dah start posa, 6hari ja posa. Sebelum umoq 7tahun xingat la…memori rosak. Masa berumoq 8tahun pakcik dah posa penuh walopun kadang2 merengek-rengek mintak nak buka posa. Bila mak cakap “tahan la ckit, sat ja lagi nak buka”, terus pakcik bersemangat untuk posa. Natijahnya, pakcik untuk pertama kalinya berpuasa penuh. Pakcik tak minta upah duit pun sebab pakcik tau mak mesti xdak duit. Tapi sebagai pembakar semangat pakcik, mak selalu wat yg special tuk pakcik. Kekadang mak masak manisan ubi kayu, kadang2 manisan kelapa parut, kadang2 agar2 special (walopun agar2 yg sama ngan yg besa mak watt tp bila mak letak dalam cawan sebagai acuan khas, benda tu jadi sgt special tuk pakcik).

Masa berumoq 9tahun, bila sekarang ni pakcik pikiaq2 balik..perghhh..strong giler pakcik mase tuh. Bayangkan pi sekolah seawali jam 6pagi…pastu belajaq bla3…pastu pakcik stay kat sekolah untuk kelas agama (asas fardhu ain). Kelas abih dalam pukui 5 kalo xsilap…pastu pakcik berjalan kaki balik umah yg jarak lebih kurang 3km. Bayangkan panas gila masa tu, mentari masih memancar…dengan beg berat (bukan reti nak ikut jadual,hentam bawak semua, tu yg terbantut sampai la ni tu)…dengan tak mandinya. Ya Allah…Allah saja yg tau. Sampai kat pertengahan jalan, pakcik masih ingat ada 2orang pakcik2 tua yg tegur pakcik. “posa ka”. Pakcik angguk je, penat. Pastu depa kata “Balik bukak la…sampai merah dah muka tu”. Pakcik jalan wat xtau ja. Yang bestnya..pakcik posa penuh juga hari dan bulan tu.

Masa umoq 10tahun..masih pakcik ingat.waktu tu tengah tolong mak masak kuih bahulu kat bawah rumah. Bukan tolong pun,kaco ja lebih. Pakcik tiba2 berkenan nak pakai boot tentera yang abah punya. Pakcik masukkan kaki kanan. Adoii…pakcik menggelupur kat tanah. Mak p kat pakcik. Abang amik boot, ketuk2…keluaqlah seekor lipan bara..besaq…merah kehitam-hitaman. Kebetulan sepupu pakcik ada kat umah dia…dia mai tgk kaki pakcik yg memboyot. Dia masukkan garam dalam segelas air.Terkumat-kamit mula dia dok baca doa kot. Dia suh pakcik minum. Pakcik diam. Mak cakap pakcik tengah posa. Dia suruh sapu ja kat kaki.hehe.selamat posa pakcik.posa penuh lagi.

Kita skip ckit…masa umoq 12tahun, pakcik terpaksa mengorbankan sehari posa pakcik atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Yang pakcik ingat, pakcik minum segelas air je ritu walopun xposa. Masa tahun ni, tahun yg sangat2 sukar. Mak, abah dan kakak dok kat hospital SP..jaga akak sorang lagi yg sakit. Masa tu adik yg bongsu baru tau merangkak. Adik pun ikut mak. Kami hero2 semua kat rumah…makan apa yang ada. Masa ni abah dah pencen tentera. Sumber kewangan keluarga hanyalah sorang kakak yg bekerja. Allah Maha Pemberi Rezeki. Kami xpernah kebuloq pun. Lebih kurang 4bulan kami hidup tanpa mak dan abah. Tabik spring tuk abang yg sulung (masa ni umoq dia baru 16 tahun, dia korbankan tawaran nak belajaq kat Teknik). Dia yg jadi ketua keluarga. Pakcik takkan lupa bubur nasi yg dia masak tuk kami…(sory, nak kesat airmata). Dah menjadi tradisi keluarga kami akan masa lemang,gotong-royong satu family, tapi tahun tu…kami missed semua tu.huhu.

Semua ni dah berkurun berlalu tapi pakcik sentiasa tersenyum bila terkenang semua tu walopun air mata pasti menumpang keluar. Bagi pakcik, posa masa tu sangat indah. Tak susah pun…xyah makan…xyah minum…senang je. Mak kata jangan dok mencarut, so xmncarut. Mak kata xleh menipu..so xmenipu la. Senang sgt posa masa tu. Tapi hari ni…susahnya nak posa. Nak jaga mulut untuk tak mengumpat…susah3…dah sebati…lagi susah dari berjalan balik dari sekolah masa bulan posa. Susahnya nak posa…nak kena jaga mata..huhu…susah3…dah sebati…lagi susah dari idup tanpa mak dan abah masa bulan posa tu. Nak tahan diri, nak sabaq…susah3…lagi susah nak tahan sabar berbanding tahan kena gigit lipan masa bulan posa tu. Susanhya nak posa. "Makkkkkkkkkkkkk…nak buka posa".

13 comments:

Syahril said...

huhu citer hang nak buat aku nangih... buat aku gelak pun ada... senyum pun ada... heran pun ada...

yg heran tu sbb...awat tak dak apa2 tulisan? ada tajuk ja... rupa2nya...kaler font tak kena...maybe hitam sama ngn warna background kot... bila aku highlight baru nampak... ke ni nk bwk maksud jeritan batin... so tak nampak... kena renung pikir dan paham baru bleh baca jeritan batinmu?? hehehe...

pepun... nice story...

Syahril said...

ada 1 lagi...

perkataan "natijah"... cuma boleh digunakan untuk kesan yang buruk...

aku baru ja tau lepas aku pi seminar menanda kertas 2 bahasa melayu...

p/s: al-maklum laa... dah tukar bidang skrg... hehehe...

Aishah Nur Hakim said...

T_T

semoga mak pakcik sentiasa dibawah lindungan rahmat allah~

selamat ber ramadhan pakcik~

Encik Yamin said...

Tu la, pak lang pun ingat pak cik nak bagi doa ja. tapi pelik tgk panjang la pulak ruang dia jadi highlight la jugak baru nampak. Pe pun nice story.. =) pak lang tak dak kenangan sgt. hard disk utk memory rosak kena virus kot. huhu..
Mmg susah nak posa skrg ni. banyak pulak 'sarung nangka' berkeliaran. penat mata pak lang menepis. depa ni x paham2 lagi ka?

hai... sedih...

Jeritan hati pak lang - pak imam pinjamkan kain? (kain kapan? leh?) nak tolong balutkan nangka2 tersebut agar x rosak di makan ulat.

Anonymous said...

kenangan terindah..

~akuhamba~

Anonymous said...

Besarnya Ramadhan, bukan kerana pahala yang bertimbun menanti kita dalam bulan ini.

Besarnya Ramadhan untuk kita, adalah pengampunan Allah yang dibuka seluas-luasnya dalam bulan ini.

Ada tiga hadith, bermaksud begini:

1. Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira(bersungguh-sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.

2. Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira(bersungguh-sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.

3. Barangsiapa yang membangunkan Malam Al-Qadr, penuh keimanan dan berkira-kira(bersungguh-sungguh), maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.

p/s: share ckit..xpe kan menyemak

~akuhamba~

Syahril said...

aku setuju sgt dgn ayat akuhamba psl besarnya ramadhan ni sbb pengampunan Allah bukan sbb pahala...

apa yg aku belajar... akidah kita mesti diperbetulkan sekiranya otak kita asyik dok set nak kejar pahala... sebab kita ni hamba... dah laa ibadah tu pun Allah punya... Allah bg kat kita... hidup ni pun Allah bg semua... kita cuma buat ja... tetiba nak demand upah pahala apa kes... sebab kalo kita nak sgt pahala... Allah pun akan demand psl kesempurnaan amalan kita... cukup sempurna ke amalan kita?

maka...seelok2nya beramal niat utk dpt pengampunan dan keredhaan Allah... moga kita dpt letakkan diri kita di makam hamba dan menjadi insan kamil...

Syahril said...
This comment has been removed by the author.
Syahril said...

pak lang biotik...

dah lama aku komen kat blog hg... takdak reply pun... huhuhu...

psl sarung nangka... huhuhu mmg pyh bila ada si pejuang2 berdakyah ckp yg perlu ditudung adalah hati... bukan rambut... pakai tudung tak semestinya baik... tak moden laa... mcm2 lg... yg si penasihat pulak... tak habis2 pakai tudung pakai tudung... rumah aku byk tudung saji... nak? hehehe...

sepatutnya biar jelas... TUTUPLAH AURAT... BERPAKAIAN JGN NAMPAK BENTUK TUBUH BADAN...

kat frenster aku tgh wat promosi cara2 tutup aurat dgn betul... harap2 berubah laa... kita doakan mereka... sbb aku sian kat parents depa... sian kat pak lang... sian kat aku... sian kat suma laa... nak benci jgn... sbb Allah tgh uji nak tgk cmna kita nak handle benda ni... jadi penghukum??? siap laa kita...

p/s: bila tgk balik... pjg benor komen aku ni... maaf ye pakcik...

Park Chick said...

Syah-hehe.aku secara xsengaja telah meletakkan font tu itam.tetapi cam bmksud je..hang komen je byk2 pun xkisah. Natijah dari segi bahasa melayu ye kot tp dr segi agama xsalah.he.

Aisyah-Mak pakcik idup lg tau.he.doa kita semua sentiasa dlm rhmat Allah

Paklang-hehe.tu la pkcik ckp, susah nak posa la ni. hehe.nangka. kalo xbau xpe..bau pun wangi..sebatu pun leh bau nangka ni.doa la byk2...

akuhamba-hang jgn nak kata pck ketot.

pck-Indahnya berpuasa setelah lama berpuas-puasan.

Anonymous said...

mkn megi leh botak..tul ke pakcik?

p/s: xperli sape2

~akuhamba~

Aishah Nur Hakim said...

ye...tahu mak pakcik ada lagi~

yang aishah terharu tu baca citer pakcik time kecik2...

=)

Park Chick said...

akuhamba-megi=botak? benda ni pernah jd perdebatan pakcik ngan kawan2...megi xwat rambut gugur=botak.hujah pakcik:rambut kat ketiak pakcik dan sape2 yg mkn megi xpulak gugur,tiap2 minggu kena potong.sekian terima kasih

aisyah-hehe.patutnya aisyah lebih terharu dan sedih dan kesian tgk pakcik masa besaq ni.batinku terseksa.penderaan batin yg terlampau.sekian terima kasih