Berita Harian 14/8/09 PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh. Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka. Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan. Akhbar La Parisien berkata, wanita itu yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah. Respon pakcik Pilih jangan tak pilih. Tutup aurat xleh masuk kolam. Buka aurat leh masuk kolam. Buka aurat leh masuk syurga x?
Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis.
Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan.
"Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
9 comments:
bukak aurat leh masuk syurga x?he
p/s: xmasuk kolam, kite leh masuk surga kan..kan..kan?
~akuhamba~
slpas diseksa azab neraka barulah si Ilam itu dpt msk syurga..ni ustazah aja laa..
kan?
Buka aurat leh masuk kolam neraka. Aduh.. Baik jangan..
pakcik..gua budak2..baru bcakap tntg lu td ngn kwn2 gua..gua nk mintak maap awal2..takot ape yg gua ngn kwn2 gua ckp td tu classified die sbg ngumpat..
aishah pun bersama oked tadi..(dari jauh)
cakap pasal kamu
maaf ye~
bagusnye..xpe2, pakcik ni sgt baik orgnye
pakcik, kalu pakai baju ketat kira bukak aurat x?kalu tdung singkat kira bukak aurat x?
akuhamba-a'a xmasuk kolam pun leh masuk syurga.best gak dpt dua2, kolam leh msk, syurga pn leh msk
paklang-hehe.kalo buka aurat org xtgk xpe kot.mandi kolam kat bilik air tu.
Oked-patutla pck agak tenteram.masuk pahala free rupenya.keh3.pakcik maafkan semua dosa org, moga2 Allah maafkan semua dosa pck.
aisyah-huhu.xpe,ckp je.nak puji,pujila belakang2..baru pck xriak.nak kutuk,kutukla..dpt pahala free.pastu pck maafkan dpt lg pahala free.hehe
anon-buka dari segi bahasa menanggalkan tapi dari segi istilah ialah mendedahkan.kalo rasa pakai ketat mendedahkan aurat,jgnla buat.
pck-pakcik bukan penghukum, pakcik cuma menulis berdasarkan prosedur.kalo ikut prosedur dedah aurat dosa berat,dosa tempat dia neraka.Allah Maha Adila dan Maha Pengampun.Dia tahu yg terbaik utk kita.mula hari ni kita pasang niat utk sukekan Allah.
pki ketat = nampak body = bogel
ni la yg dkatekan tanda2 kecil kiamat hampir tiba..mmakai pakaian tp pada dasarnya sahaja..sdgkan org bole agak body kita cmne..
Post a Comment