'Kisah Sebuah Perjalanan- HIDUP KITA MEMANG SEBUAH PERJALANAN... SEMUA MENUJU KE ARAH YANG SAMA WALAUPUN KADANGKALA DENGAN KENDERAAN BERBEZA... PERJALANAN MENUJU ALLAH... BERWASPADALAH AGAR KITA TIDAK TERSALAH JALAN... SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI...'
Aug 29, 2009
Sebuah Drama Swasta-"Kisah Sebuah Perjalanan"
Posted by Park Chick at 8:08 AM 9 comments
Aug 28, 2009
Pakcik terkam si AraB..Pakcik terkam si Uztaz
Malam tadi abis solat tarawikh...pakcik terkam si mamat arab.pakcik pun speaking ala broken
Posted by Park Chick at 2:49 PM 2 comments
Aug 27, 2009
Mamat, Lailatul Qadr dan Dot3
Posted by Park Chick at 6:05 PM 8 comments
Makkkkkkkkkkkkkkk...nak bukak posa (jeritan batinku)
Ramadhan adalah perkara yang sangat indah dalam hidup pakcik. Sangat2 indah. Dalam bulan posa ni la pakcik menendang-nendang perut mak dan menerbitkan peluh2 jantan kat dahi abah untuk keluar secara rasminya kat alam dunia nih.
Seingat pakcik, masa umoq 7tahun pakcik dah start posa, 6hari ja posa. Sebelum umoq 7tahun xingat la…memori rosak. Masa berumoq 8tahun pakcik dah posa penuh walopun kadang2 merengek-rengek mintak nak buka posa. Bila mak cakap “tahan la ckit, sat ja lagi nak buka”, terus pakcik bersemangat untuk posa. Natijahnya, pakcik untuk pertama kalinya berpuasa penuh. Pakcik tak minta upah duit pun sebab pakcik tau mak mesti xdak duit. Tapi sebagai pembakar semangat pakcik, mak selalu wat yg special tuk pakcik. Kekadang mak masak manisan ubi kayu, kadang2 manisan kelapa parut, kadang2 agar2 special (walopun agar2 yg sama ngan yg besa mak watt tp bila mak letak dalam cawan sebagai acuan khas, benda tu jadi sgt special tuk pakcik).
Masa berumoq 9tahun, bila sekarang ni pakcik pikiaq2 balik..perghhh..strong giler pakcik mase tuh. Bayangkan pi sekolah seawali jam 6pagi…pastu belajaq bla3…pastu pakcik stay kat sekolah untuk kelas agama (asas fardhu ain). Kelas abih dalam pukui 5 kalo xsilap…pastu pakcik berjalan kaki balik umah yg jarak lebih kurang 3km. Bayangkan panas gila masa tu, mentari masih memancar…dengan beg berat (bukan reti nak ikut jadual,hentam bawak semua, tu yg terbantut sampai la ni tu)…dengan tak mandinya. Ya Allah…Allah saja yg tau. Sampai kat pertengahan jalan, pakcik masih ingat ada 2orang pakcik2 tua yg tegur pakcik. “posa ka”. Pakcik angguk je, penat. Pastu depa kata “Balik bukak la…sampai merah dah muka tu”. Pakcik jalan wat xtau ja. Yang bestnya..pakcik posa penuh juga hari dan bulan tu.
Masa umoq 10tahun..masih pakcik ingat.waktu tu tengah tolong mak masak kuih bahulu kat bawah rumah. Bukan tolong pun,kaco ja lebih. Pakcik tiba2 berkenan nak pakai boot tentera yang abah punya. Pakcik masukkan kaki kanan. Adoii…pakcik menggelupur kat tanah. Mak p kat pakcik. Abang amik boot, ketuk2…keluaqlah seekor lipan bara..besaq…merah kehitam-hitaman. Kebetulan sepupu pakcik ada kat umah dia…dia mai tgk kaki pakcik yg memboyot. Dia masukkan garam dalam segelas air.Terkumat-kamit mula dia dok baca doa kot. Dia suh pakcik minum. Pakcik diam. Mak cakap pakcik tengah posa. Dia suruh sapu ja kat kaki.hehe.selamat posa pakcik.posa penuh lagi.
Kita skip ckit…masa umoq 12tahun, pakcik terpaksa mengorbankan sehari posa pakcik atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Yang pakcik ingat, pakcik minum segelas air je ritu walopun xposa. Masa tahun ni, tahun yg sangat2 sukar. Mak, abah dan kakak dok kat hospital SP..jaga akak sorang lagi yg sakit. Masa tu adik yg bongsu baru tau merangkak. Adik pun ikut mak. Kami hero2 semua kat rumah…makan apa yang ada. Masa ni abah dah pencen tentera. Sumber kewangan keluarga hanyalah sorang kakak yg bekerja. Allah Maha Pemberi Rezeki. Kami xpernah kebuloq pun. Lebih kurang 4bulan kami hidup tanpa mak dan abah. Tabik spring tuk abang yg sulung (masa ni umoq dia baru 16 tahun, dia korbankan tawaran nak belajaq kat Teknik). Dia yg jadi ketua keluarga. Pakcik takkan lupa bubur nasi yg dia masak tuk kami…(sory, nak kesat airmata). Dah menjadi tradisi keluarga kami akan masa lemang,gotong-royong satu family, tapi tahun tu…kami missed semua tu.huhu.
Semua ni dah berkurun berlalu tapi pakcik sentiasa tersenyum bila terkenang semua tu walopun air mata pasti menumpang keluar. Bagi pakcik, posa masa tu sangat indah. Tak susah pun…xyah makan…xyah minum…senang je. Mak kata jangan dok mencarut, so xmncarut. Mak kata xleh menipu..so xmenipu la. Senang sgt posa masa tu. Tapi hari ni…susahnya nak posa. Nak jaga mulut untuk tak mengumpat…susah3…dah sebati…lagi susah dari berjalan balik dari sekolah masa bulan posa. Susahnya nak posa…nak kena jaga mata..huhu…susah3…dah sebati…lagi susah dari idup tanpa mak dan abah masa bulan posa tu. Nak tahan diri, nak sabaq…susah3…lagi susah nak tahan sabar berbanding tahan kena gigit lipan masa bulan posa tu. Susanhya nak posa. "Makkkkkkkkkkkkk…nak buka posa".
Posted by Park Chick at 5:55 AM 13 comments
Aug 26, 2009
Respon-Sebatan tidak ancam nyawa - Harussani
IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya. Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian. "Sebatan di penjara lain, tidak sama dengan sebatan ini. Sebatan dari segi syarak, ketiak pun tidak boleh terbuka. Pesalah akan disebat di belakang, tetapi masih memakai baju. "Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai kontroversi isu sebat terhadap Kartika Sari Dewi yang sepatutnya berlangsung minggu ini tetapi ditangguhkan. Kartika Sari Dewi yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sepatutnya menjalani hukuman tersebut semalam. Namun hukuman itu itu ditangguhkan sebagai menghormati bulan Ramadan. Sehubungan itu, Harussani berharap agar mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam agar tidak membuat sebarang komen berkaitan isu tersebut. "Media asing pun saya harap tidak campur tangan dalam hukum dan undang-undang Islam," katanya. Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hukuman sebat itu. Tegas beliau, cakap-cakap daripada orang ramai yang tidak faham mengenai hukum Islam hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.
Posted by Park Chick at 2:21 PM 2 comments
Aug 24, 2009
Santapan ramadhan
Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah
Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.
Koleksi Artikel Persiapan Menjelang Ramadhan[SAIFULISLAM.COM]
Inginkan Ilmu Kebal dan Antivirus ‘Dosa' ?
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Ramadhan : Apa Perlu Buat?
Mari Mengulangkaji Tentang Ramadhan[MINDA AKOB]
Posted by Park Chick at 11:50 AM 15 comments
Aug 21, 2009
Pakcik, Tuning Channel dan Dot3
Allhamdulillah…sampai jugak kita kat ramadhan tahun ni. Allah S.W.T telah limpah rahim dan taufik hidayat-Nya masih pilih kita untuk berada pada bulan yang mulia ni. Inilah bulan yg sangat2 sesuai untuk kita semua tuning balik channel2 yg dah lari. Kalo sebelum ni asyik dok dapat siaran yg tak hape2…asyik black out je bila angin mai (macam astro). La ni la masanya untuk hangpa dan pakcik sama2 tuning channel…adjust2 la area kat kepala hotak dan ati kita sesuai dengan channel yang dikehendaki Allah dan rasul-Nya. Pakcik nak perturunkan ijazah untuk hangpa semua dan untuk diri pakcik jugak moga dapat tuning channel yg dah serabai ni.
Ijazah pertama
Membentuk ati dan jiwa yang sentiasa ingat pada Allah. Penting sgt ni, kalo hubungan kita ngan Allah xelok, hangpa dan pakcik sendiri xpayah la dok sembang pasai nusrah Allah. Nak layan syaitan yg lemah pun xlarat, sembang kencang la kalo nak layan yahudi laknatullah.
Di kesempatan ramadhan kita lehla amalkan zikir2 pagi dan petang. Zikirkanlah Istighfar 100x (sebagai tanda kasih kita diri kita) SubhanAllah, Allhamdulillah , Lailahaillallah, Allahuakhbar 100x (sebagai tanda kasih kat Allah) dan selawat 100x (tanda kasih kat rasul).
Pastu, amalkan doa2 masnun. Doa Nak kuaq rumah, nak masuk umah, nak menandas, nak kua tandas, nak mkn, abih mkn, nak minum abih minum, doa terpandang jantina berlainan (terpandang ye, xde doa tgk pempuan/laki), doa lintas jambatan, doa menaiki bukit, turun bukit, lalu kubur islam, lalu kubur kapiaq, tgk masjid, tgk berhala, masuk masjid, kuaq masjid…banyak lagila doa.Bila kita sentiasa amal doa2 ni…sebenaqnya kita sedang berhubung dengan Allah pada setiap masa dan keadaan. MasyaAllah.
Ijazah kedua
Mengamalkan sunnah Rasulullah.
XKisah la sunnah sirah (perjalanan idup), surah (penampilan diri) atau sorirah (fikir risau nabi). Kalo belum ni malu nak pakai ketayap, ni la masa dia nak pakai ketayap. Kalo sebelum ni dogoi je janggut tu, simpan2lah.Ringkasnya try la amalkan sebanyak mungkin sunnah yg kita tau..sambil2 belajaq lagi sunnah2 nabi.
Ijazah kesetrusnya
Tuning solat.
Bulan ni la kita nak tuning balik solat kita. Perkara paling basic ialah solat di awal2 waktu, ditempat azan diazankan secara berjemaah. Pakcik azam bulan ni taknak missed solat berjemaah. Paling baik kita dapat takbiratul ula (takbir bersama imam).
Banyakkanlah solat2 sunat. Basicnya, mestila terawih kan. Cuba try
istiqamahkan solat taubat tiap2 malam sebelum tidoq (2rakaat pun jadi la),
solat sunat hajat tiap2 malam gak (mohon Allah pilih kita untuk dpt lalilatulqadr n pe2 la hajat hangpa dan pakcik gak).
Pas subuh amalkan baca surah yasin.
Curi2 la waktu kerja atau belajaq untuk solat dhuha (ooo..curi2 tidoq, chatting, ym, berblog (uhuk3)..xpe pulak).
Takat ni je la dulu perkongsian dari pakcik. Renung2kan,selamat beramalPosted by Park Chick at 5:45 PM 3 comments
Mamat, Khalwat dan Dot3
Di senjakala, tatkala matahari terbenam di susuli ekor cahaya. Mamat berkhalwat dipondok usangnya. Berkhalwat dalam dunia yang kelam. Sibuk mengira dan berkira-kira perihal masa depan. Seketika, Mamat terdengar daun pintu diketuk-ketuk. Ketukan lembut. Mamat bergegas menguakkan dedaun pintu. Pondok Mamat disinari cahaya dunia di luar pondok. Hati Mamat berbisik, “Ya Allah, kelamnya dunia yang aku berkhalwat di dalam perutnya”. Di muka pintu, seorang anak kecil yang berumur di lingkungan setahun tersenyum. Putih. Berseri wajahnya. Mendepa dan mejulang tangan kecilnya, mohon didukung. Mamat menghulurkan tangan, mengangkat anak kecil itu. Air mata Mamat mencurah di saat pipinya dicium anak kecil. Biarpun uban putih kian memenuhi rambut dan janggutnya, Mamat masih mengenali si anak kecil. Setahun yang lalu, Mamat bertungkus-lumus mengasuh dan menjaganya. Berjaga malam melayan karenahnya. Kita anak itu kembali. Biarpun hati Mamat membisik keresahan, pasti tidurnya akan terganggu, pasti perutnya berkeroncong berirama namun Mamat tetap gembira. Rindunya pasti terubat. Mamat membulatkan tekad, dibisikkan ke telinga anak kecil “aku pasti menghargai kehadiranmu”. Dikucup pipi anak kecil bersama linangan air mata.
pck. sila rujuk karya yang lalu untuk mengenali siapa si anak kecil
http://parkchick.blogspot.com/2008/09/ramadhan-pacikramadhan-suatu-penantian.html
Posted by Park Chick at 12:30 PM 0 comments
Aug 19, 2009
Penarikan balik artikel, permohonan maaf dan dot3
Posted by Park Chick at 3:22 PM 18 comments
Perangkap setan rupenya
Eh...dah nak ramadhan dah pun.Nape la pakcik dok layan benda2 ngarut lagi. Dok pk benda2 yg tak penting. Dok layan emosi yang xbetol. Dok layan ntah apa2 lg. Pandai hang syaitan. Wat keja overtime la tu. Baik fokus kat ramadhan yg nak mai ni...watpela dok layan keja2 syaitan ni. persetankan. Lagi baik pakcik fokus untuk baiki iman, tambahkan amal. malas2 pun, baik pakcik memerah otak untuk berkarya.
Posted by Park Chick at 11:27 AM 0 comments
Aug 17, 2009
Respon- Tutup aurat tak boleh masuk kolam
Berita Harian 14/8/09 PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh. Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka. Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan. Akhbar La Parisien berkata, wanita itu yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah. Respon pakcik Pilih jangan tak pilih. Tutup aurat xleh masuk kolam. Buka aurat leh masuk kolam. Buka aurat leh masuk syurga x?
Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis.
Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan.
"Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini
Posted by Park Chick at 12:10 PM 9 comments
Aug 16, 2009
Lucky Bini-wonderwomen (bajakan)
kamu bukanlah wonderwoman harus slalu kuat tapi ternyata sakitnya cinta pakcikmu selalu memarahi kamu tapi ternyata air matamu pakcikmu tersayang maafkan kamu berjanjilah kamu ’tuk tidak lagiLucky bini – Wonderwoman
kamu juga bisa nangis
jika kekasih hatimu
pergi meninggalkan kamu
pakcikmu selalu berkata padamu
perempuan tak boleh selalu nangis
harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting
buat kamu menangis
jika jatuh air matamu
kata pakcik slalu air mata itu
adalah tanda kelemahan
ternyata jatuh juga
jika kamu masih menangis
masih belum bisa menjadi seperti
apa yang pakcik selalu mau
menangis karena cinta
Posted by Park Chick at 9:16 AM 3 comments
Aug 11, 2009
Mamat, Domba dan Dot3
Sekadar gambar hiasan (takdak kaitan pun..uhuk3).
Mamat tercungap-cungap kepenatan. Oh…rupa-rupanya ada pertandingan mengadu domba. Di satu sudut terpampang satu kain rentang yang berbunyi “Pertandingan mengadu domba tajaan kumpulan kari sendirian berhad”. Keh…keh..keh (hati Mamat tertawa kecil). Di satu penjuru, domba berbulu putih sedang dipersiapkan. Tambun benar susuk tubuhnya.
“Jiban…Jiban..Jiban”. Gegak gempita bunyi patah kata “Jiban”. Siapakah Jiban? Mamat, termangu…tidak faham suasana. Mungkinkah lelaki yang bermisai ciput itu, yang sedang leka menyuapkan roti canai ke mulut domba itu yang bernama Jiban? Roti canai? Oh…patutlah tambun benar si domba putih.
“Jiban memang jaguh…dia mesti menang”. Mamat menjeling dua lelaki berwajah coklat di sebelahnya. Sekali lagi Mamat tersenyum domba...si domba putih rupanya yang bernama Jiban.
“Rawna…Rawna…Rawna”. Mamat berpaling ke penjuru bertentangan. Si domba bertompok hitam dan putih sedang disaji makan oleh tuannya. Tubuhnya agak kecil berbanding si Jiban. Tetapi agak gagah…lirik tanduknya menampakkan gagah benar si Rawna.
“Rawna ni hebat…ramai yang nak jadikan bapak tumpang”. Mamat menjeling-jeling si muka coklat dan hitam yang berborak di sebelahnya. Geli hati Mamat mendengar bicara sebegitu. Mamat mengamati, gerangan apakah yang disaji untuk si Rawna. Haa..Tosai. Keh2..Mamat tersenyum lagi.
Seorang lelaki bermisai lentik, berpenutup kepala bergerak ketengah gelanggang peraduan. Gagah tubuhnya..mungkin keturunannya dulu pernah menjadi tentera upahan. Hoho…jadi hakim rupanya dia.
Si Jiban dan si Rawna dilepaskan ke gelenggang peraduan. Tabla dan gendang cina silang ganti berbunyi menghangatkan pertarungan. Mamat melarikan diri dari kumpulan manusia, air mata mengalir di pipi Mamat. Mamat terkenangkan dombanya di kampung. Mamat menangis melihat bodohnya manusia yang berpusu dan bersorak melihat domba beradu. Mamat geram megenangkan kumpulan kari sendirian berhad yang tidak berhati perut menganjurkan peraduan domba. Mengeruhkan air dan cuba menangguk di situ. Apakah nasib si Jiban dan si Rawna? Adakah ke belanga untuk dimasak kari? Mamat tidak pasti. Di hati Mamat ada suatu kepastian…orang ramai yang berpusu (majoritinya bermuka coklat) pasti rugi dalam pertaruhan itu. Mamat hanya mampu menangis kerana suaranya pasti tidak didengari.
Posted by Park Chick at 10:09 PM 9 comments
Aug 8, 2009
Pakcik dan dot3
pakcik kering idea di bulan syaaban/ramadhan ni. masih trauma dengan penulisan dunia yg xabis-abis, trauma dengan harta dunia yg xcukup-cukp, trauma dengan sahbat dunia yg berpusu-pusu, trauma dengan nikmat dunia yg menipu-nipu, trauma dengan nafsu dunia yg melulu-lulu, trauma dengan taubat dunia yg berulang-ulang, trauma dengan trauma dunia yg bertali-tali.
Posted by Park Chick at 7:13 PM 2 comments
Aug 5, 2009
Pakcik, Kampung, Chloe dan Dot3
(bukan Chloe..sekadar gambaq hiasan)
Posted by Park Chick at 6:01 PM 6 comments