Pakcik kurang arif sal politik ni. pakcik sebenaqnya nak amik sikap berkecuali dalam kekalutan politik ni. nak tanya pendapat, patut ke pakcik wat ulasan ckit sal kerajaan perpaduan ni.
Jun 23, 2009
Jun 22, 2009
Menantu, Mertua dan Dot3
Posted by Park Chick at 6:00 AM 9 comments
Jun 20, 2009
Mamat, Perigi dan dot3-versi mafhum
Posted by Park Chick at 10:07 AM 4 comments
Jun 18, 2009
Mamat, Perigi dan dot3
Posted by Park Chick at 5:00 AM 7 comments
Jun 15, 2009
Suami, Isteri dan dot3...
Posted by Park Chick at 11:35 PM 11 comments
Jun 10, 2009
Respon: Budak Lelaki Kecil dan Dot3
UTUSAN: GENTING HIGHLANDS 9 Jun - Malaysia bakal berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos ini selepas Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca panas dan kering yang melanda sekarang akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti…
Respon pakcik
Pakcik bukan nak ulas pasai panas ngan alam sekitar (karam singh waliya dah selalu ulas dah) tapi pakcik nak ulas pasai panas dan dot3. Sedikit info yang pakcik nak kongsi, El-Nino ni asai dari perkataan sepanyol yg bermaksud ‘little boy’, adik-beradik budak lelaki kecik. Maksudnya pantas, panas, aktif. Ada satu lagi phenomena La-Nina yg bermaksud ‘little girl’, adik-beradik budak perempuan kecik. Maksudnya cool, sejuk, slow, lembap (bukan lembab, uhuk3,jgn salah faham…batuk betoi2 ni).Heee. Cukup la takat tu.
Yang pakcik nak tinggi-cahaya (highlight) kat sini, panas kering ni dia lanjut dari ogos sampai September nun. Apa kejadian menarik dalam 2 bulan ni…jeng3…ha kantoi. Bulan posa la (22 hb ogos kot start posa). Ramadhan dari segi bahasa maksud dia panas…so, bersediakah hangpa semua untuk berpanas. Bukan panas cuaca sekitaran ja, panas kat nafsu gak. Nafsu.Selama beberapa bulan ni dia dok buli kita, so bulan posa nun hangpa jangan lepaskan peluang untuk buli balik. Ajaq dia cukup.
Pernah dengaq cerita pasai nafsu dak. Meh pakcik story ckit. Macam ni, masa Allah ciptakan Nafsu dan Akal, bila dah siap, Allah tanya la depa ni, lebih kurang mafhum dia
“Siapa kamu dan siapa Aku”
Akal jawab “Aku adalah hamba, Engkau Rabb-ku”
Nafsu jawab “Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau”. Kuang ajaq punya nafsu (ni pakcik yang cakap).
Allah amik nafsu, masukkan dia dalam neraka seksaan. Pas sekian lama, bawa dia kuaq balik. Allah tanya balik soalan yang sama.
“Siapa kamu dan siapa Aku”
Nafsu jawab “Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau”. Keras kepala betoila nafsu ni (ni pun pakcik yang cakap).
Allah amik dan masukkan dia dalam neraka kelaparan. Biaq dia xdak makanan. Hangpa tau apa yg jadi pastu…jeng3…haa kantoi.
Bila ditanya balik, Nafsu jawab “Aku adalah hamba, Engkau Rabb-ku”
Heh3.mengaku kalah jugak budak kuang ajaq dan keras kepala ni. So, moral cerita, nafsu ni kena ajaq berlapaq ckit. Kat budak2 muda remaja, seruan pakcik yang dah season ni, hangpa rajin2la posa. Ajaq ckit nafsu tu. Biaq dia rasa takut kat kita. Dia rasa nak wat jahat ja,mesti dia terpikiaq…satlagi xleh nak makan pulak,so dia xjadi nak wat perangai. Lama2 kita buli dan ajaq cukup2…nafsu pun dah tak bernafsu untuk bernafsu. Selamat membalas dendam…la ni lehla hangpa start posa2 sunat..isnin khamis ka.
Pck-seruan pakcik kepada semua, jadilah orang yang pendendam. Dendam kat nafsu je la.
Posted by Park Chick at 11:30 PM 5 comments
Jun 8, 2009
Respon-Pergi Haji guna Babi?
Kaji semula vaksin haji KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah mahu kerajaan lebih bertegas dan bersikap telus bagi memastikan vaksin meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini tidak menimbulkan sebarang keraguan. “Walaupun ia dikatakan halal sebelum ini, namun masih timbul persoalan di kalangan para jemaah terbabit sama ada kandungan vaksin berkenaan halal atau tidak... Majlis Ulama Indonesia haramkan vaksin meningitis JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan bahawa vaksin meningitis untuk jemaah haji haram kerana mengandungi enzim babi, lapor akhbar Batam Pos semalam. Menurut Ketua Fatwa MUI, Maruf Amin, keputusan itu dibuat selepas badan agama itu membuat pertimbangan dan analisis berhubung vaksin tersebut. “Namun keterangan yang paling kuat adalah daripada Jabatan Kesihatan yang menegaskan bahawa vaksin itu mengandungi babi,” ujarnya ketika ditemui pemberita di pejabatnya kelmarin... Repon pakcik Rukun haji ialah rukun ke5 dalam rukun islam, fardhu bagi yang berkemampuan. kita kena la pasang niat dan azam untuk naik haji, sekali pun jadi dalam seumoq idup kita. Sebagai selingan biaq pakcik kongsi ckit pasai Rukun Islam 5. Naik haji- kurang2 sekali dalam seumoq idup, tu pun bagi org yang mampu. 4. Berzakat- setahun sekali, tu pun kalo cukup haul dan nisab dia. zakat fitrah pun setahun sekali ja..tu pun bagi yg mampu 3. Puasa ramadhan-dalam setahun sebulan ja puasa. tu pun ada yang dibagi pelepasan bergaji 2. Solat- 5 waktu sehari semalam 1. Kalimah syahadah-hmmmmm ? cuba tilik2 kepentingan dan kekerapan setiap rukun islam ni. Dari nomoq 5 ke nomoq satu dia punya kekerapan amal makin bertambah...so kat kalimah syahadah cukup sekali ja ka? cukup syahadah dalam solat ja ka?haaaaa..kantoi. so, start hari ni..perbanyakkanlah ucapan kalimah syahadah. bukan zikir kalimah je tapi sebarkan ucapan kalimah tauhid ni. banyakkan ucapan yang menafikan makhluk (Lailaha..)...banyakkan ucapan yang membesarkan Allah (illallah). Inilah dakwah. So, jangan malu2 nak berdakwah. Kali ni pakcik nak respon pasai vaksin meningtis ni...haaa kantoi. Pakcik mana tau hukum halal haram bila masuk bab2 darurat, perubatan ni. tapi kalau dah ada alternatif lain, seeloknya cari yang lain la, betoi dak? Kita nak p haji ni, kita nak sucikan diri...pihak2 berwajib kena perihatin la pasai ni. bukan pakcik tak percaya kat pihak berwajib tapi mahukan lebih kepastian (uhuk3..batuk betoi2 bukan perghli la). Yang kat Indonesia nun depa minta haramkan dah sebab depa kata memang sah ada unsuq babi dalam vaksin tu. awat kita lambat sangat bertindak (dah la merdeka pun lewat, indonesia sentiasa awai dari kita). Kita ada banyak teknologi...setakat nak check unsuq babi ni...huh,kacang ja. Tapi, pakcik bukan xpercaya kat pihak2 bertanggungjawab tapi pakcik besa dengaq dah, depa antaq kat satu institut, nak check kandungan dalam satu produk tu, tup2...xdan institut kuaq result akhir..malaun2 ni dah wat press conference gtau kata benda tu halal. Pakcik bukan dengaq berita dari angin lalu tp dari mulut orang yang berhubung secara langsung dengan orang yang bertanggungjawab wat ujian tu.ketepatan cerita 99%, ketepatan pendengaran pakcik 99%. So, kena serius ckit la pasai benda ni. Biaqlah maklong2 dan paklong2 yang dok simpan duit ckit2 tu p haji dengan keadaan yang sempurna. pck- teringin nak p haji, kalo ada sapa2 nak sponser pakcik..alhamdulillah..biaqla pakcik merasa p haji sebelum mati.pakcik bukan muda lagi.
Posted by Park Chick at 8:57 AM 10 comments
Jun 4, 2009
Respon: Bumbung Stadium kat Terengganu Runtuh
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
• Dibina Mei 2006; siap 2008
• Kos RM292 juta
• Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta
• Kapasiti 50,000 orang
• Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy
• Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan
Pakcik dok try (bahasa rojak, jangan amalkan) kira-kira RM292 juta, banyak tu tp pakcik taktau berapa banyak.kalo pakcik dapat duit tu la…mmmmmmmm…kegheta nak yang mahai-mahai…sebiji untuk kerja pejabat, sebiji untuk makan angin, sebiji untuk adventure, sebiji untuk anak jalan-jalan, sebiji untuk p masjid, sebiji untuk bini jalan-jalan, ghumah besaq atas bukit siap ngan swimming pool (ni pun rojak), bini nak 4orang…yang gemuk satu, yang kurus satu, yang putih satu, yang mata biru satu, yang mata coklat pun nak jugak, nak yang pandai masak, nak bini yang rambut kerinting, nak bini yang rambut lurus…(hmm ni la manusia panjang angan-angan…dalam dok berangan-angan bini nak 4 orang ja tapi kira-kira balik dah 8 orang dah, selagi tak mati semua tak puas hati,semua tak cukup)
Pakcik sebenaqnya dok kagum, boleh depa buat bumbung takdak tiang sokongan (walopun dah runtuh tp dah setahun tak runtuh-runtuh, kira hebat la tu). Stadium pertama kat Asia yang bumbung dia tak pakai tiang sokongan…hebat2.Pakcik bukan nak mempersoalkan stadium atau bumbung atau duit yang depa belanjakan, yang tu biaqla orang yang berkepentingan ja yang ulas.Pakcik nak highlight kat sini betapa kerdilnya kita sebagai makhluk. Nak wat bangunan yang bumbung dia takdak sokongan amik masa bertahun-tahun, abih botak kepala engineer dia dok pk…tau2,lepas setahun ja….krakkkkkkk..debummm..menyembah bumi (bumbung pun akur dia makhluk xdak kuasa, sujud menyembah Allah).
Mai kita tengok apa yang Allah dah ciptakan. Yang kait-mengait dengan bumbung tak bertiang tu la.
“Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, Kemudian dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.”
[Ar-Ra’d:2]
“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. dan kami turunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.”
[Luqman:10]
Allah huakhbar…hebat Allah ta’ala. Cipta langit xdak tiang…tali pengikat pun xdak…umoq alam ni berapa xtau?pakcik bukan pandai nak kira-kira tp lagi tua dari bapak kepada bapak kepada bapak kepada bapak kepada bapak…pening ah.hangpa pandai, hang kira la sendiri. Yang penting dah tua alam ni tapi langit tak runtuh2 lagi.Hebat Allah Ta’ala nih.ish3.
Dulu pakcik pernah berlagak hebat nak mencipta sebiji reban ayam…nak kumpul materials ja (ni pun rojak gak) dah dekat seminggu..gedegum..gedegam..seminggu..jeng3..maka siaplah reban ayam.uitttt..awat dok senget reban ni.wat malu kat ayam ja(Ayam dok jeling2 ja..punggai ngan kasut baru hang tau).satu…dua..tiga..empat…hebat2..pakcik guna 4batang tiang untuk wat reban ayam tu (tu yang pakcik kagum depa wat bumbung stadium xpakai tiang). Tp senget ja reban ayam pakcik tu. Semua ni ceghita 7tahun lepas..reban tu dah menyembah bumi, sujud pada keagungan ciptaan Allah.
Moral ceghita…kita xpayah la rasa hebat kalo wat benda power2, semenaqnya xpower pun. Bumbung pun sujud pada kehebatan Allah. Reban ayam pakcik pun sujud pada keagungan ciptaan Allah. So, kita bila lagi nak sujud.
Pck: Laras bahasa, perbendaharaan kata dalam tulisan sangatlah teruk. Jangan cuba-cuba tiru penulisan seperti ini dalam penulisan yang rasmi.
Posted by Park Chick at 6:00 AM 7 comments
Jun 3, 2009
Dakwah-Do It...Don't Quit
Posted by Park Chick at 10:15 AM 7 comments
Jun 2, 2009
Respon-Pastikan empat subjek utamakan jati diri pelajar(UTUSAN, 02 jun 009)
Posted by Park Chick at 11:00 AM 4 comments
Jun 1, 2009
Hari LaHiRku
Posted by Park Chick at 1:06 AM 8 comments