BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 10, 2010

Hati si Rajuk


Usah dilayan rajuk yang sedikit
kerana kesannya tidak sedikit
dari sedikit menjadi bukit
menunggu hari jatuh menghimpit
hati tersepit, sukar bangkit,
sedikit-sedikit perit menggigit,
Hujan turun bersama petir
anjing melihat lidah menjelir,
tikus berlari takutkan air,
burung mengeram anak yang lahir,
pasrahlah pada ketentuan takdir.

8 comments:

Unknown said...

paham 4rangkap y atas dgn y plg bawah je...y kias fansuri tu kurang maklum lagi..huuu

Syahril said...

unik gak entri hang ni...
aku tak seterer hg dlm bab ni tapi tak kira... nak cuba gak... NGEEE...

Kenapakah si rajuk mencuka sakit,
mungkinkah ditunggu pujuk yg mencuit,
atau mungkin mengada yg membingit,
kerna sering dimanja jarang dicubit,
sampai dirasa baiknya banyak salahnya sedikit...

Andai dilayan nafsu serakah,
kelak binasa jiwa bernanah,
pantang ditegur timbul amarah,
hati membisik sumpah seranah,
hanya mahu dgr pujian tak ingin khilafiyyah,
khuatir sampai rasa diri lengkap fathonah,
walhal menunggu hari bakal musnah,
angkara diri mahu menang pantang mengalah,
doa dipohon agar si dia berubah,
sebelum jasad kembali ke tanah...

jiran sebelah nama pak kadir,
ada pulak koleksi cerpen pak pandir, (kias fansuri mawar berduri,hohoho)
bagaikan kain putih kita semua dilahir,
kalau ada salah silap jgn salahkan takdir,
bimbang taubat tak sempat malaikatulmaut sudah hadir...

p/s:amacam ok tak pakcik? kalo 10 markah dapat brape? hehehe...

Anonymous said...

ayat pakcik 'suke ati aku blog aku'

~fitrah~

Aishah Nur Hakim said...

pakcik tengah merajuk ke?

Park Chick said...

SHE-G
HEHE...BIASALA BAHASA KIAS NI BOLEH PAHAM MACAM2

SYAH
HANG DAPAT 11/10...ORAIT A TU.

FITRAH
KATA YANG MENCUIT HATI BIASANYA TERBIT DARI HATI

AISHAH
MANA ADA MERAJUK...

PCK-MUDAH JE MAFHUM "N3" NI...JANGAN KITA MERUMITKAN IDUP YANG SIMPLE NI, BILA BERMASALAH JANGAN HARAP PADA MAKHLUK KERANA SEMUA MAKHLUK BERMASALAH.LETAKLAH PENGHARAPAN HANYA KEPADA ALLAH.

Syahril said...

oit...cam kenal je gmbr n3 ni... siap tukar pktaan lg... huhuhu...

alaa...bkn gmbr aku pun...aku pun download kat mana ntah...kesimpulannya:

JANGAN LUPA TAUBAT DAN JANGAN LUPA TUTUP AURAT! JANGAN ASYIK TGK JGN LUPA LIRIK JE HOHOHO...

p/s:pergh 11/10 ke...skema pemarkahan yg pelik...

Park Chick said...

HEHE...stail permarkahan tak berformat. a'a,aku pun amik kat mana ntah gambaq tu..keh3...

Anonymous said...

huh xbest pon biasa je

~akuhamba~