BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 18, 2010

Seramai 4.39j layak mengundi belum daftar sebagai pemilih


Seramai 4.39j layak mengundi belum daftar sebagai pemilih

18/01/2010 2:35pm

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang. - Bernama


Respon pakcik- ahli2 akademi, ngo, parti politik silalah wat research kenapa ramai yang takmo berdaftar. Yang pasti bukan sebab mereka xrasa bertanggungjawab, "ada sesuatu yang menghalang".


PCK

- tenang2 air masin, jangan sangka tiada buaya

-tepuk meja kedai kopi, tanya pengundi kenapa taknak mengundi

-tepuk dahi yang tak berkerut melihat umat, tanya pengundi kenapa taknak mengundi

-kalau mereka takmahu mengundi, jangan salahkan mereka takpandai mengundi, salahkan papan berjongkang-jungkit

-kenapa disalak pada bukit, sedang yang mengorek bukit bukan anjing tetapi ramai orang asing yang terasing

-sambil menyelam minum air, tapi hanya air kopi yang diminum..air kosong entah ke mana


8 comments:

she-G said...

madah berhelah tul ayat park chick.. :)alhadulillah...sy dah ngundi..dapat kuasa tu trus ngundi...bes gak...cam raja je rase..heheh(skali dalam 5taun)

Anonymous said...

pkcik bila nk dftar ye
umoq tu makin meningkat dh
hee~dh layak sgt
janggut pn makin pjg
sy xpenah undi dlm AF
apatah lg dlm OIM
dlm mystarLG..huh, lgsg xtgk
heee~

aishah_conteng_je said...

jom daftar pakcik!
aishah dah.

eh,. suka minum kopi.

Ahmad Syahril said...

mmg dorg kena wat kajian... nape ramai taknak daftar... nak tanya aku pon bleh je... mai laa inteviu...

p/s: pakcik yg tua jgn disangka tak terer tanam dragen frut...

p/s2: baling batu sembunyi tgn... kentut busuk sembunyi punggung...

p/s3: 2 3 kucing belari... yg lain jln je...

Park Chick said...

hehe

she-G
a'a.madah berhelah, ziana zain dapat anak kembaq

anon
oit..daftar undi adalah rahsia

aishah
daftar gapo....kursus kawin ke?dah kawin watpe kursus lagi

Syah
a'a ramai xnak daftar kursus kawin,lari kawin kat siam

pck-

siapa makan nangka, dia yang angin satu perut...erkkk angin2

Anonymous said...

Ada ulama2 yg tidak bersetuju dgn demokrasi...dan ada yg bersetuju dgn demokrasi...

Masing2 ada sbb bersetuju/tak setuju...

Kita tidak boleh menghukum org yg mengundi/tak mengundi...sbb ada ulama yg mrk rujuk...

Tapi kalau kita berada di pihak yg bersetuju berjuang dgn cara ngundi...
pasti kita sedih/terkilan dgn rkn2 yg tak ngundi...
sbb kita rs tu la satu2nya perjuangan kita...

tapi rkn2 yg tak ngundi plak...
sedih tgk org berpolitik... semakin berjuang jadi semakin huru-hara jadinya....

~mokhtar~

taurus said...

haha.... btl tu pakcik, klu nak tau sy pun dianatara yg berjuta juta tu.....

Park Chick said...

hehe

mokhtar
betul3...teruskan perjuangan.kajang pak malau kajang berlipat,dagang tuan hamba mengkuang layu


tauruh
mung ni nok kene makang budu baru nok ngundi wokkk...