BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 8, 2010

respon-subsidi minyak


Tiada subsidi untuk rakyat asing - Warganegara asing beli minyak ikut harga pasaran mulai 1 Mei

WARGA asing tidak dapat lagi membeli minyak bersubsidi di negara ini mulai 1 Mei depan. - Gambar hiasan



PETALING JAYA - Warganegara asing tidak lagi akan menikmati subsidi petrol yang disediakan kerajaan mulai 1 Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar).

"Pada masa sekarang semua mendapat subsidi, termasuk warga asing, tetapi mulai 1 Mei nanti pembelian menggunakan MyKad akan diperkenalkan dan hanya warganegara layak mendapat subsidi," katanya.

Menurut Ismail, bagi warganegara pula, bukan semua akan menikmati subsidi seperti sekarang kerana subkategori akan diperkenalkan dengan hanya kumpulan sasaran akan mendapat subsidi.

"Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baru bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.



pck-dah kalau yang dok jaga pam minyak sumenya warga asing takkan dia nak beli minyak mahai n jual myk mahai tuk kerabat dia. pakcik cume terfikir,mungkin mekanisma yang dijalankan bagus.mungkin.

10 comments:

Anonymous said...

pkcik, mcm kenai je kete tu (haha)

Syahril said...

susah gak nak cari 1 mekanisme yg terbaik... mmg nampak mekanisme yg dpkenalkan ada cacatnya... tapi harapan aku agar pihak yg terlibat dpt laa menambahbaik segala kekurangan yg ada... dan melaksanakannya dgn penuh tulus dan bersungguh2... demi kebaikan bersama...

Aishah Nur Hakim said...

dah la aishah orang arab. caner ni..kena balik jeddah la.

Park Chick said...

hehe

anon
kenai ka.sekilas ikan di air aku tahu jantan betina

syah
a'a,susah.walau tinggi gunung tahan.gunung ke daki kudaki juga

aishah
arab kopi ke.sesat hujung jalan balik pangkal jalan

Syahril said...

nampaknya pakcik kian gemar berperibahasa skrg... bagus2... mesti tpengaruh ngn rncgn aduan rakyat nih... heee...

Anonymous said...

pkcik yg poyo
pkcik dh dpt warganegara ke?
pkcik dr bangladesh kan..kan
jgn guna minyak kitorg..huh

Aishah Nur Hakim said...

pakcik dah terpengaruh dengan karam singh walia

Park Chick said...

haha

syah
jangan diadu domba yg kurus, kelak buruk padahnya.keh3

anon
asal tanah mjadi manusia, asal beras menjadi tepung.xkisahla warganegara mana pun janji se"kalimah".ha

aishah
melentur buluh biar dari rebungnya,jgn terpengaruh cucu buluh betong.

Unknown said...

aduh...algik dalam peribahasa park chick dari karam sing tu...hmm...silent rider sblm ni..baru terpanggil nak sebok2 komen...ade pndapat..tp sure org tak suka...

daripada naikkan harga mnyk ke gula ke...ape kata letak jer seme kos tu ke atas rokok???hahaha...boleh??

Park Chick said...

she-G
Diam2 ubi,berisi...diam2 pencuri,berlori.

Cadangan yg sgt2 bgus pakcik setuju sbb pakcik xisap rokok.tapi kalopun sume beban harga letak kat rokok...kesannya tetap sama.pengiraan mudah seorang perokok,belanjawan yg pasti mendapat majoriti 2/3dewan...jeng3

katakanlah
gula sekilo rm1.50+rokok 7.50=rm9.00

sks kita bebankan cost gula kepada rokok

gula rm1.50-1.00 kepada rokok=gula berharga rm0.50(hati mana xseronok gula murah)

sekarang rokok= 7.50+1.00=8.50.

perokok akan beli gula sekilo+rokok sekotak=rm9.50

kesimpulan-gula tetap sekilo gak dia beli,dia xkan beli gula 3kg(rm0.50x3=rm1.50)

sama je...buang karan je bertekak kat dewan parlimen.childish