BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 28, 2010

entahla

Salam alaik...just a few minutes before publishing this entry, pakcik has nothing to post in this blog. Pakcik was helping a friend, doing orygamy, keh3...using old newspaper (sulat kaba lama). Actually, pakcik help friend to create an envelope to put plant samples. letihnya nak tulis english.broken. sebab pakcik baca paper star, so gatai nak tulih english. artikel dia tajuk "Sharing, caring and bitching". dia tulih sal twitter, facebook, friendster. nasib baik nak masukkan blog.terjejas holy blog.keh3. so pakcik nak tambah ckit lg..sepatutnya tajuk dia macam ni "Sharing, caring, bitching, losing, exposing, crying, ying4...". ape ntah pakcik merepek, selamat merenung

Jan 18, 2010

Seramai 4.39j layak mengundi belum daftar sebagai pemilih


Seramai 4.39j layak mengundi belum daftar sebagai pemilih

18/01/2010 2:35pm

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang. - Bernama


Respon pakcik- ahli2 akademi, ngo, parti politik silalah wat research kenapa ramai yang takmo berdaftar. Yang pasti bukan sebab mereka xrasa bertanggungjawab, "ada sesuatu yang menghalang".


PCK

- tenang2 air masin, jangan sangka tiada buaya

-tepuk meja kedai kopi, tanya pengundi kenapa taknak mengundi

-tepuk dahi yang tak berkerut melihat umat, tanya pengundi kenapa taknak mengundi

-kalau mereka takmahu mengundi, jangan salahkan mereka takpandai mengundi, salahkan papan berjongkang-jungkit

-kenapa disalak pada bukit, sedang yang mengorek bukit bukan anjing tetapi ramai orang asing yang terasing

-sambil menyelam minum air, tapi hanya air kopi yang diminum..air kosong entah ke mana


Jan 14, 2010

Don't defeat your enemy, win them, win their heart


Salam alaik,

Sekarang macam2 hal.huru-hara dunia nampaknya, itulah jadinya kalau masyarakat disuap dan dididik dengan budaya provokasi dan bersangka buruk.

Ada sahabat yang sesetengahnya dihujani provokasi dengan isu agama sekarang ni...pendapat pakcik xpayah la dok layan, sebab yang dicari adalah perbezaan bukannya persamaan.pasti tak jumpa penyelesaian. Jika hati dah dipateri, hanya hidayah sebagai ubat.banyakkanlah berdoa hidayah utk umat ini.utk muslim dan kufar.

Di sini pakcik bagi beberapa link yang sangat baik sebagai penyelesai masalah. Anda hayati dan kalo perlu dan mendesak gunakanlah ia sebagai senjata.bukan utk mengalahkan musuh tetapi utk memenangi hati mereka.pastikan kamu tengok dulu vc2 ni.















Rasanya cukupla,kamu2 dah kenai tokoh2 besar ni.pandai2la cari vc2 depa.

Berani kerana benar,kalo berani kena benar2 berani,
Takut kerana salah, kalo buat salah takut2lah sndiri.

Jauh panggang dari api, jauhkan kami dari api neraka.

Andai musang berbulu ayam, ayam mesti berbau musang,hati2 ayam tak sembelih


Jan 13, 2010

Lelaki yang penuh sifat kebapaan dan penyayang. Inikah natijahnya?Mungkin...

Buang ayah tepi jalan

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.
BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.


Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.


“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.


Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

pck: kera di hutan disusukan, bapa ditinggalkan ditepi jalan.

kecil2 bagai minyak yg penuh ditatang,
bila besar macam menatang

sebab pulut santan binasa,
sebab apa jadi derhaka

Jan 8, 2010

respon-subsidi minyak


Tiada subsidi untuk rakyat asing - Warganegara asing beli minyak ikut harga pasaran mulai 1 Mei

WARGA asing tidak dapat lagi membeli minyak bersubsidi di negara ini mulai 1 Mei depan. - Gambar hiasan



PETALING JAYA - Warganegara asing tidak lagi akan menikmati subsidi petrol yang disediakan kerajaan mulai 1 Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar).

"Pada masa sekarang semua mendapat subsidi, termasuk warga asing, tetapi mulai 1 Mei nanti pembelian menggunakan MyKad akan diperkenalkan dan hanya warganegara layak mendapat subsidi," katanya.

Menurut Ismail, bagi warganegara pula, bukan semua akan menikmati subsidi seperti sekarang kerana subkategori akan diperkenalkan dengan hanya kumpulan sasaran akan mendapat subsidi.

"Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baru bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.



pck-dah kalau yang dok jaga pam minyak sumenya warga asing takkan dia nak beli minyak mahai n jual myk mahai tuk kerabat dia. pakcik cume terfikir,mungkin mekanisma yang dijalankan bagus.mungkin.

Jan 4, 2010

Aku ada Father, ada SOn, ada Spirit tapi aku tiada godfather, son of god, holysipiritgod


Itula, dulu-dulu lagi orang suruh belajaq bahasa inggeris sebab bahasa inggeris bahasa antarbangsa. Bila baru nak belajaq macam-macam halangan yang dating. Tengoklah, PPSMI, takboleh nak bernafas pun. Semput. Sekarang ni timbul isu baharu yang panassssssss.haha. Kumpulan penterjemah bahasa yang kurang cekap yang sangat licik. Sekarang baru tau, penting woo bahasa inggeris.heh. Oleh sebab kurang mahir bahasa inggerislah god diterjemah sebagai Allah. Yang peliknya yang lain semua boleh terjemah dengan baik sampai nak terjemah God je dia tersalah.

Benar dan sahih, tiada tuhan selain Allah. Selain dari Allah bukan tuhan. Selain dari Allah bukan god. Allah ialah tuhan yang maha ESa yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Kuasa segala Kuasa yang tidak berkehendak kepada sesiapa pun dalam urusan pentadbiran-Nya.

Jadi sangatlah tidak salah depa terjemah God sebagai Allah. Tapi tersangat-sangat mengarut depa terjemaah god depa sebagai Allah. Sebab;depa punya kepercayaan ada 3 tuhan.Trinity. Depa ada godfather, son of god, holyspiritgod.

1. 1. Ini dah meyalahi sifat Allah yang Maha Esa

2. 2. Menyalahi sifat Allah yang tidak berkehendak kepada makhluk

3. 3. Telah menyekutukan Allah

Kalau depa nak terjemah god sebagai Allah.boleh sangat. Tapi depa kena kembali kepada tauhid “Lailaha (tiada tuhan=tiada kuasa, tiada apa2 pun yang berkuasa)..Illallah (melainkan Allah. Hanya Allah Tuhan, hanya Allah berkuasa). Dengan sendirinya no more godfather, no more son of god, no more holyspiritgod. Kalau depa boleh betulkan semua ni, so, dialu2kan terjemah god sebagai Allah.

Yang penting sekarang umat islam kena tanam dalam diri, Iman yakin yang sohih. Yakin sebenar-benar yakin makhluk langsung takdak kuasa, Allah Maha Kuasa. Nafikan semua makhluk, suami/isteri xleh bagi bahagia, Allah yg bagi bahagia. Duit dan harta xleh bagi kesenangan, Allah yang bagi kesenangan.

Nafi makhluk, bukan buang makhluk.

Kapal yang nak belayar perlukan air untuk bergerak, tapi air xleh masuk dalam kapal, t kapal tenggelam. Kalau air masuk, cepat2 pam keluar.

Manusia perlu dunia dan makhluk untuk ke akhirat, tapi dunia/makhluk xleh masuk dalam hati, t kita tenggelam. Kalo makhluk masuk, cepat2 pam keluar.

Wallahua’lam

Pck: Nak belajaq terjemah gak lah. Sapa2 tlg terjemah tuk pakcik.

1. Port Dickson

2. Virgin coconut

3. Hamburger

4. Hotdog

5. Baconmeat

6. dll