BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 17, 2009

Surat-ku untuk-mu


Parkchick bin Torquechick

No. 25 Jalan Kaki,

Taman Cewek, Lorong Ayam

010684, Ahli Mangku Bumi.

1 Syawal 1430 Hijrah

Assalamulaikum,

Menemui tetamuku, saudara Ramadhan yang kini berada di hujung perjalanan. Semoga kedatangan surat ini tidak mengganggu perjalanan saudara. Moga-moga saudara sihat-sihat hendaknya. Tujuan Parkchik menulis surat ini ialah untuk melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur atas kesudian saudara hadir menemani hidup Parkchick. Walaupun pertemuan kita tidak lama tetapi Parkchick amat-amat menghargai kehadiran saudara.

Rasanya masa terlalu cepat berlalu. Masihkah saudara ingat sewaktu mula-mula saudara sampai ke pondok buruk parkchick. Maafkan parkchick kerana kurang bersedia untuk menyambur kehadiran saudara Ramadhan. Parkchick akui dan akur semua itu adalah atas kelemahan dan kecuaian Parkchick. Maafkan Parkchick kerana bersikap acuh tidak acuh sewaktu menyambut kehadiran saudara. Jika saudara perasan riak wajah Parkchick sewaktu itu, Parkchick seakan gusar dengan kehadiran saudara. Moga-moga saudara dapat memaafkan kesilapan Parkchick.

Sewaktu sepuluh hari permulaan saudara menemani Parkchick, terasa suatu suasana yang sangat tenang. Ketenangan yang belum pernah Parkchick rasai sebelum ini. Ingatkah lagi saudara, sewaktu kita bersama-sama pergi bersolat tarawikh. Parkchick masih ingat teguran saudara kepada Parkchic, saudara meminta Parkchick supaya ikhlas dalam beramal dan bersegera ke arah kebaikan. Parkchick takkan lupakan malam-malam yang saudara kejutkan Parkchick. Sekali lagi saudara menegur parkchick kerana membazir waktu untuk makan dan minum. Kata saudara, Parkchick terlalu menghabiskan masa untuk makan dan minum. Parkchick naik angin mendengar teguran saudara, tetapi saudara bijak mententeramkan parkchick. Kini parkchick bersyukur kerana teguran saudara membuatkan Parkchick bangkit dari lena yang panjang.

Begitulah berlalu hari-hari kita bersama. Pernah pada suatu pagi, saudara mengejutkan Parkchick untuk bangun. Mungkin kerana perut ini terlalu dipenuhi makanan, prarkchick susah untuk bangun. Kata-kata semangat yang saudara bisikkan ke telinga Parkchick memaksa untuk Parkchick bangun. Dengan mata yang terpejam, Parkchick membonceng saudara untuk berjemaah. Hujan yang turun tiba-tiba membuatkan Parkchick hiba. Satu peristiwa yang menyentap hati Parkchick juga telah berlaku. Peristiwa yang menyedarkan Parkchick kepada hakikat kehidupan dan kematian. Parkchcik menangis mengenangkan kesudahn hidup Parkchick. Masih banyak pengalaman yang Parkchick ingin kongsikan bersama kamu tetapi “biarlah rahsia”. Parkchick pasti saudara Ramadhan masih ingat dendangan lagu itu.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Di saat surat ini ditulis, air mata Parkchick terlalu murah. Parkchick akan sentiasa mengingati dan merindui kehadiran saudara. Moga-moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi. Segala nasihat dan tunjuk ajar saudara akan tersemat kukuh di hati Parkchick. Berjumpa lagi di lain waktu.

Sahabatmu,

Parkchick

(Friendship forever).

pakcik- Saat kamu-kamu baca surat ni, parkchick dah balik kampung dah. Rumah pakcik takdak internet, kita berjumpa lagi lepas cuti. Pakcik cuti seminggu..hahaha. Selamat hari Raya, Maap zahir Batin, Terkasaq bahasa hangpa maapkan la ye, Terlaser bicara hangpa maapkan la ye, termengumpat hangpa maapkan la ye, kalo ada hutang cikit2, halalkan la ye, termakan ke, terminum ke, terguna barang tanpa ijin ke. kalo ini entry terakhir pakcik, hangpa abadikan kenangan ni sebagai kenangan manis.

Sep 14, 2009

Mamat, Syurga dan Dot3

(sebuah kisah perjalanan Mamat, banyak kali Mamat suruh pakcik post entry ni..pakcik cakap pakcik takut kena ISA, pakcik takut kena "boooooo", pakcik takut dituduh munafik...pakcik takut la Mamat, tapi sudahnya pakcik post jugak)


Gerak kaki Mamat menghayun langkah melintasi sebuah perkampungan di pinggir sebuah benua. Mulut Mamat terkumat-kumit sambil di tangannya adalah sekeping lembaran yang bertinta. Mamat lagaknya terlalu asyik membaca dan memahami tinta-tinta yang tercoret pada lembaran itu.

Kata/PeribahasaTakrifSumber
penyokong1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong.Kamus Pelajar
penyokong2 orang yg memberikan sokongan atau bantuan; penolong.Kamus Pelajar
penyokong1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka.Kamus Dewan Edisi Tiga
penyokong1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka.Kamus Dewan Edisi Empat

Menjelang dinihari, Mamat memasuki sebuah penempatan yang baharu. Tatkala kaki kanan melangkah melepasi persempadan kampung yang baharu itu, lembaran tadi dilipat rapi lalu di semadikan ke dalam kocek bajunya, di sebelah dada kiri, dekat di hati. Mamat berjalan melewati lautan manusia yang sibuk berhimpun mengerumuni pondok-pondok yang tersergam.

Mamat memasuki ruang legar pondok yang sulung. Pada pintu gerbangnya tertulis Pertubuhan Mizan. Ramai di kalangan masyarakat pondok itu memakai penutup kepala berwarna hitam. Agak unik. Ketibaan Mamat disambut dengan paluan kompang mesra dan salam yang bertaut. Mamat memasuki ruang di dalam pondok, matanya sibuk meninjau. Mamat puas meninjau lalu keluar mengambil angin segar. Serentak terpacul wajah Mamat di luar pondok, mulut mamat spontan menjerit ke arah Tok Batin pondok itu;

'Penyokong Mizan tak boleh masuk syurga'.

Jeritan Mamat disambut oleh jeritan penyokong-penyokong dari pondok sebelah-menyebelah. Penyokong-penyokong di pondok 'Pertubuhan Mizan' naik berang lalu mengejar Mamat. Mamat berlari-lari anak ke pondok sebelah. Hasratnya mahu memohon perlindungan. Hati Mamat berbunga, datangnya bersambut. Tepukan bergemuruh. Mamat mendongak ke langit, membaca tinta yang dicoretkan pada pintu gerbang pondok itu. Pertubuhan Roket, Mamat mengeluarkan buku catitan dari kocek bajunya. Dituliskan patah kata roket sambil hati bertanya, apakah mafhum roket? Mamat diapit, diiringi masuk kedalam pondok Roket. Seketika waktu, Mamat keluar sambil berjalan laju menuju ke arah pintu gerbang. Sesampai di muka pintu, Mamat berteriak;

'Penyokong Roket tak boleh masuk syurga'.

Anjing-anjing hidup dilepaskan dari kandang-kandang Pertubuhan Roket buat mengejar Mamat. Mamat berlari-lari anak menuju ke pondok yang baharu. Mamat beryukur kerna dia selamat dari kejaran anjing-anjing Roket. Pertubuhan Khusuf aka Kusuf. aka? Mamat sekali lagi mencatatnya di buku catitan. Ahli-ahli di pondok ini senyum mencuka kepada Mamat. Mamat tidak mengendahkan mereka lantas masuk meninjau ke pondok mereka. Seketika, Mamat berlai-lari anak seraya berteriak;

'Penyokong Khusuf tak boleh masuk syurga'.

"Boooooooooooooo". Gerangan bunyi apakah itu? Ahli-ahli penyokong Khusuf membuat hadangan dan halangan di jalanan. Mamat menepis dan melompat. Mamat bersyukur, buat kesekian kalinya dia terselamat dari kepungan manusia itu.

Pertubuhan Qamar. Inilah pondok terakhir di perkampungan ini. Mamat disambut dengan layanan masam-masam manis. Perempuan-perempuan mereka sangat cantik, hati Mamat berbunga. Mamat melarikan pandangan dari perempuan-perempuan cantik itu. Lantas kaki melangkah masuk ke pondok di situ. Mamat keluar sambil tersenyum. Mamat memecut lari dan menjerit;

'Penyokong Qamar tak boleh masuk syurga'.

Lelaki-lelaki di situ menjerit memaki-mahun Mamat. Munafik...munafik...munafik, kata mereka. Mamat sempat mencatatkan kata munafik pada buku catitannya. Perempuan-perempuan cantik tadi turut menjerit ke arah Mamat. Hati Mamat berbisik, 'cis, kurang cantik rupanya'. Ahli-ahli Qamar mengejar Mamat, Mamt berlari laju. Di depannya ahli-ahli Khusuf membuat hadangan. Mamat membelok ke kanan, ahli-ahli Mizan menunggu garang. Mamat berpusing berlari ke belakang, anjing-anjing Roket menyalak garang. Mamat terkepung.

Mamat ditangkap dan diseret. Kaki, tangan, mulut dan matanya diikita. Tetapi telinga Mamat masih dapat menangkap kata-kata jeritan;

Mansuhkan ISA
BOooooooooooo
Satu Malaysia
Ganyang Malaysia
Reformasi
Hudud
Zina
Tuduh zina
Fitnah
Korupsi
Sweeping Malaysia
Munafik

Mamat menghafal bait-bait kata ini kerna tangan berikat untuk mencatat.

Mamat dikurung dalam sangkar yang berbau najis. Mata Mamat sudah dibuka tali yang mengikat tetapi mulut, kaki dan tangan mamat masih berikat. Di dalam sangkar diletakkan pisang sesikat. Mamat teringin untuk makan kerana perjalanan ini amat memenatkan, perutnya kosong tanpa diisi tetapi telingan kenyang dengan kata makian. Mamat mendengar jeritan paduan empat suara dari luar sangkar.

"Mengapa penyokong kami tidak masuk syurga"

Mereka mengherdik Mamat meminta jawapan.

"cepat, jelaskan wahai munafik"
"cepat, jelaskan wahai pengzalim"
"cepat, jelaskan wahai racist"
"cepat, jelaskan wahai ekstremis"

Mamat mahu bersuara tetapi apakan daya, mulut masih berikat. Angin kuat bertiup merungkaikan ikatan mulut Mamat. Merungkaikan ikatan pada tangan dan kaki Mamat. Mamat bangkit berdiri, mengeluarkan lembaran bertinta dari kocek. Membelek-belek untuk seketika. Mamat bersuara;

"Wahai manusia dari kumpulan roket, kamu berbeza pegangan iman-mu dengan iman-ku.Kamu tak boleh masuk syurga selagi kamu berpegang teguh kepada iman-mu"

"Wahai penyokong dari kumpulan Mizan, kumpulan Qamar dan kumpulan Khusuf, ramai penyokong-mu yang pegangan iman-nya sama dengan imanku tetapi masih kedapatan di kalangan penyokong-mu yang berpegang pada iman yang lain, penyokong kamu yang sedemikian tak boleh masuk syurga"

Suasananya sepi seketika. Angin bertiup lagi. Sangkar yang mengurung Mamat terbuka, tatkala penyokong-penyokong kumpulan Mizan, kumpulan Qamar dan kumpulan Khusuf dan kumpulan Roket masih termanggu-manggu. Mamat membuka langkah seribu, beredar dari situ sambil menjinjing sesikat pisang.


Sep 9, 2009

TEN+TEN+TEN=TENTENTEN


0ne, two, three, four, five, six, seven, eight, nine, ten…………………….ten2 (=20), ten3 (=30)..kah3..huargh3…pakcik gelak tol2 tgk klip video ni.lawak..sangat2 lawak. Dia lawak tentang orang jipung yg nak kira guna bahasa inggeris..sampai 19 dia tau..dah masuk 20..dia mula merepek..tenten (untuk 20)…tententen (untuk 30).adoi..lawak2.

TEN…TEN..TEN…haaa..yg pakcik nak citer ni xlawak. Sapa rasa lawak kena check iman dia. Ni citer pasai

TEN ramadhan (dah missed dah)

Allah letakkan rahmat dalam Ten yg awal ni. Moga Allah jadikan kita dalam golongan yg mendapat rahmat-Nya. Rahmat Allah sangat2 penting. Senario yg biasa kita lihat, 10 awal ni, surau dan masjid di penuhi dengan jemaah…dari yang datang untuk sepak spek orang, sepak bontot orang, sembang politik, sembang kencang, nak makan moreh, sampailah yg datang untuk redha Allah. Ten yang awal nilah sebenarnya masa untuk kita wat persedian untuk malam al-qadar. Ten yang awal nilah sebagai pencetus istiqamah. Banyak rahmat Allah yg patut kita tarik waktu ni. Rahmat atas rezeki, rahmat ats umur kita, rahmat atas dosa kita, rahmat atas pahala kita..kita sgt2 perlu rahmat..sebab kita masuk syurga pun dengan rahmat Allah. Bukan dengan amal kita, tapi barang diingat amal adalah lambing ketaatan kepada Allah, ketaatanlah yang akan tarik rahmat Allah. Sekarang dah terluput dah Ten yang awal…ish3…rugi sgt2.

TENTEN ramadhan (dah missed jugak)

Waktu 10 pertengahan ni..biasanya kedatangan ke surau atau masjid makin berkurangan. Yang datang pun rata2 wat 8rakaat..terus cabut (sangka baik-dia sambung wat kat rumah la tu). Yang herannya, kanak2 masih ramai…walopun datang untuk sepak spek, sepak bontot dan main mercun. Allah letakkan pengampunan pada tenten ni. Ruginya kita kalo takdapat pengampunan dari Allah. Bahasa yg lebih tepat celakalah orang yg tak dapat pengampunan pada bulan ramadhan ni. Allah dah bukak seluas-luasnya pintu keampunan…ruginya kita. Kita ni hamba yang banyak sgt dosa…sewajarnya kita minta ampun kat Allah banyak2.

TENTENTEN ramadhan (sisa2 yg masih tinggal)

Ha..ni je sisa2 yg masih tinggal untuk kita. Sisa dari segi bilangan bulan, tapi semenaqnya inilah intipati bulan ni. Allah letakkan pelepasan dari api neraka. Pe lagi yang kita nak. Allah letakkan malam a-qadar dalam ten yang terakhir ni. Kita kena rebut peluang ni. Lakukan tarawikh semaximun mungkin, biaqla kurang tidoq utk berqiamulail, banyakkan baca quran…dan yg paling penting doa banyak2..nangis2 minta kat Allah. Tapi ingat, kalo p tarawikh tu..hati2..geng2 sepak spek dan sepak bontot ni masih istiqamah dengan amal dorang. Anggaplah inilah ramadhan kita yg terakhir. Satu tips berguna yang pakcik baru terfikir, tips mencari malam al-qadar. Hangpa cari la dia kat Ten yg last ni...malam al-qadar ialah malam yg pada malam tu hangpa rasa malas dan penat sangat nak wat amal. Kalo hangpa rasa penat dan malas, itulah semenaqnya malam al-qadar. Jangan ikut kata malas. Selamat maju jaya.

Sep 8, 2009

Fadhail mengumpat

Khas untuk bacaan sahabat2 blog pakcik yg mungkin terdedah kepada serangan makian atau umpatan...mungkin jugak sedang bercita-cita untuk mengumpat atau memaki.


Anonymous said...

sbb x brani ckp r ak post komen.. wohooo.. gotta ask us 1st how-on-earth ak leh komen gtu2 an..

tuut
(nama dsensored), i'm way to young than u.. yup!! LICGAS~
u were hurting urself, n ur family also.. u act like a girl-moaning like hell!


once it might be your faith, bt then thrice doesnt make u innocent. u are GUILTY! dont use religion as an excuse-sbb tu la ak cm haram je nk hamok kt ko..


ko wat cm ko pathetic=ak pggil le ko pathetic. ak mmg sokong layla arr, ko shallow.. way to shallow darl

1/9

Anonymous said...

my last visit to ur page darl.. buang karan jeh dok sound ko (blergh).. mkin rmai yg da bnci nmpak.. hoho!!
x sume ape yg kte wat tu betul..ko pun taw kn ape yg ko wat.. saje ske sakitkn hati-ko da x sayng dri ko ke? tp ko taw je ALLAH SYG KO..alles klar? sbb tu ak kte ko pathetic..n i'm not proud of saying that darl
last adioss-1/9

Anonymous said...

kejadah ak xske ko
darl tu ak perli ko weyhhh..cane ko bleyh prasan lak neyh.. ak xske ko weyh.benci meluap2!!!

mmg ak budak tp otak ak lg well-functioning dr ko-
HAPLESS!!

ayla said...(p/s: pakcik-bukan nama semenaq, diedit utk tidak mengumpat)

fathinz: cantek ke? patut perasan best sgt cik Tuttt(Nama disensoredkan)

eleh, kau bukan mengaku, tp mintak simpati.
tp sedikit sebanyak sedar pun.
aku memang tak kenal kau, tapi aku cuma tak suka bila kau ganggu hak orang dan tulis seolah2 kau tu yg teraniaya.

come on la, memang kau salah.

Komen pakcik

kAta-kata makian ni pakcik dapat dari blog salah sorang sahabat blog. Hmm..leh tahan jugak la cara budak2 (confirm pakcik lg tua dr dorang) ni memaki hamun. Ini bukan calang2 orang ni leh maki cmni…kurang2 pun ada diploma dalam bidang caci-maki, tapi tgk dari gaya dia luah maki tu bukan ex-dip ni..ni mest bachelor with hons. ni-pengkhususan caci-maki.

Pakcik bukan nak caci-maki kat sini walopun semenaqnya pakcik membesar dalam suasana caci-maki…cukuplah satu patah kata dari mulut pakcik untuk membuatkan kepala menyembah bumi. Itulah sebabnya pakcik lebih suka berdiam diri..ada betoi en.Mokhtar, akuhamba, syah, paklang.

Kat sini pakcik Cuma nak senaraikan sebab-musabab sesorang tu tertarik untuk mencaci-maki;

1) Pahalanya dah terlalu banyak, so dengan mengumpat dan caci-maki dia bolehla mengurangkan beban pahala yg dia tanggung. Biasanya dia akan attack org yg dia xsuke sebab pada pendapat dia pahala dia akan dapat kat musuh dia, dan musunya akan merana menahan beban pahala free. Pakcik mengalu2kan sesapa tuk mengumpat n caci-maki pakcik…pakcik ni pahalalifter..boleh angkut suma pahala tu.

2) Dosanya terlalu cikit, so bila dia ngumpat n caci-maki maka dapatlah ditambah dosa2 yg dia jinjing. Habis pahala dia dpt kat mangsa umpatan maka dosa mangsa caci-maki akan dapat kat dia…so mesti la dia hepi untuk terus istiqamah mengumpat n caci-maki.

3) Dia si pengumpat aka si pencaci merasakan org yg dia nak maki tu terlalu kurang pahala…so dengan mengumpat dia boleh sedikit-sebanyak menolong menambahkan pahala mangsa umpatannya tadi

4) Dia jugak merasakan dosa org yg dia nak ngumpat n maki ni terlalu banyak, so dia nak tolong kurangkan dosa mangsa umpatannya tadi.

Setakat ni la pakcik senaraikan fadhail2 yg diperoleh oleh pengumpat aka pemaki dan mangsa umpatan atau mangsa maki. Pakcik suke dan berbesar hati untuk menjadi mangsa umpatan..sesiapa yg bermurah hati…silakanlah. Kepada mangsa2 umpatan atau makian..anda harus berbangga kerana si pemaki dan pengumpat terlalu amik berat pasai anda. Ucapkanlah terima kasih untuk setiap makian dan umpatan tu. Dan sebagai tanda terima kasih, hangpa doakanlah hidayat utk dorng.

Sep 6, 2009

"Aduih...sakit kepalaku"-kupicit-picit kepala sambil menahan kerutan di dahi. Gerangan sakit apakah ini?

(Bahagian mana lagi harus kutebuk untuk menghilangkan rasa sakit di kepala ini. Artikel ini mempunyai laras bahasa dan tatabahasa yang lebih baik berbanding artikel-artikel yang lepas. Gaya penulisan juga tidak santai kerana Aku merasakan isu ini terlalu jauh dari suasana santai. Aku menggantikan Pakcik untuk menunjukkan bahawa Aku berada dalam keadaan beremosi)


Ini semua kerja bodoh. Buat sesuatu perkara langsung tidak menggunakan akal dan kewarasan. Biarlah kali ini Aku mencarut kerana Aku sudah tidak tahan melihat dunia yang dihuru-harakan oleh permainan politik yang keji. Peristiwa yang berlaku di sana-sini penuh dengan kebobrokan sikap manusia yang langsung tidak mencerminkan ketamadunan. Perbuatan menghina yang sangat hina. Perbuatan mengutuk yang sangat kutuk. Perbuatan menfitnah yang sangat fitnah. Perbuatan pentingkan diri sendiri yang sangat menggelikan. Sandiwara yang penuh tipu daya. Ya Allah, gelinya aku melihat dunia ini.

Kepala babi di sana. Kepala lembu di sini. Kepala-kepala ini membuatkan Aku pening kepala.

Kepala babi! Kepala lembu! Kepala hotak kamu!

Islam mengganjurkan penganut menghormati kehormatan dan kepercayaan agama lain. Kita dianjurkan untuk menyeru mereka ini kepada kebenaran islam, bukannya sibuk mencerca agama mereka. Bukannya sibuk memainkan sentimen-sentimen yang boleh mencetuskan perbalahan. Tiada paksaan dalam beragama. Hormatilah kebebasan beragama. Pada masa yang sama syiarkan indahnya islam. Syiarkan melalui akhlak kita yang indah. Mereka tidak nampak solat kita. Mereka tidak nampak tahajud kita. Mereka tidak dengar doa nangis dari kita. Tetapi mereka lihat pada akhlak kita. Adakah perbuatan kita menggusung kepala-kepala yang tidak berdosa itu satu pahala? Adakah perbuatan mengusung kepala-kepala itu perbuatan yang menunjukkan indahnya agama kita? Janganlah kita menjadi orang yang menutup pintu-pintu hidayah untuk mereka.

Ini semua kerja orang yang berkepentingan. Ini kerja bodoh. Apakah pembinaan rumah ibadat mereka menyebabkan islam menjadi sangat hina dan lemah? Apakah pembinaan rumah ibadat mereka menyebabkan orang islam berbondong-bondong menuju ke rumah ibadat mereka. Ataupun orang islam semakin menyusut kehadirannya ke rumah Allah?

Kalau kita hendak menjadi pembela agama, bukan ini caranya

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20090905233214/Article,http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm, http://en.wordpress.com/tag/gerakan-mansuh-isa/).

Ini semua permainan politik. Orang yang berkepentingan akan tampil sebagai watak adiwira, menjadi pembela agama dan bangsa. Hentikan lakonan dan sandiwara kalian. Berapa banyak sokongan majoriti yang kamu peroleh? Berapa banyak upah yang kamu dapat? Berapa tinggi darjat kamu di mata masyarakat? Hentikanlah. Masing-masing mengambil peluang untuk menunjukkan ketokohan. Masing-masing mengambil peluang untuk menyerang musuh perjuangan. Orang melayu tidak berfikiran kolot seumpama ini. Kita menjadi kolot kerana mengikut perintah dan skrip dari orang yang memikirkan tembolok. Fikirkanlah, apakah kita akan mati mulia dengan membuat onar sebegini? Kusutnya dunia yang sesingkat ini.

Tidak perlulah keluar di jalanan membawa sepanduk yang membangkitan permusuhan agama. Kalau anda benar untuk mempertahankan agama dan menaikkan syiar agama, sepanduk anda harus berbunyi begini;

‘Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka (hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majaj dan Tirmizi)’.

Kalau masih mahu menambahkan bilangan sepanduk, ayat sebegini cukup cantik untuk dijadikan sepanduk;

‘Aku lebih suka menyertai solah subuh dengan berjemaah daripada bersolah sepanjang malam (kata-kata Hazrat Umar ra’.

Tiada guna kita sibuk menghalang orang untuk membina rumah ibadat merka, jika kita sendiri masih acuh tak acuh untuk ke masjid dan surau. Tiada guna kita membuat kecoh dan heboh seantareo negara kalau rumah ibadat kita masih sunyi sepi. Kalau anda masih tidak berpuas hati dengan perarakan sebegitu, pergilah lorong ke lorong, dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu, dari hati ke hati. Kempenlah kehebatan Allah. Kempenlah keindahan islam. Kempenlah hebatnya solat. Allah akan berbangga dengan anda. Malaikat akan berbangga dengan anda. Makhluk-makhluk akan mendoakan anda. Syurga membuka pintu seluas-luasnya untuk anda. Kalau anda masih berkeinginan untuk ‘berarak’ membawa kepala, tirulah sahabat Rasulullah. Kepala kambing diarak satu kejiranan kerana memikirkan hak jiran. Kerana memikirkan keutamaan jiran. Kalau anda masih nak menjerit, tidak usahlah menjerit ‘booo’ atau ‘reformasi’ atau ‘mansuhkan ISA’. Pergilah ke surau. Pergilah ke masjid. Matikan pembesar suara, “Jeritlah” sepuas-puasnya. Kalau anda rasa mahu mengeluarkan peluh untuk syiarkan keadilan. Campakkanlah kunci motosikal atau motokar anda ke sofa. Berjalanlah ke rumah Allah. Tidak perlu anda berjalan menghadang jalanan kerana sunnah Rasulullah ialah membuang halangan di jalanan. Aku sudah penat. Aku mohon istirehat. Sekian, terima kasih.


Pakcik-mohon dimaafkan andai daku berbeza pendapat dengan kalian

Sep 4, 2009

Monolog

Asbab usaha ini,


Aku belajar menjaga solah,
Seboleh mungkin kucuba berjemaah,
Lidah keras kuajar berdakwah,
Otak beku bertatih fikirkan ummah.

Asbab usaha ini,

Aku belajar untuk tidak nafsi-nafsi,
Aku belajar untuk berfikir umumi,
Fikirku tidak lagi menyendiri,

Asbab usaha ini,

Aku tak lagi kencing berlari,
Janggut, aku biar membelai,
kumis, kucerai-berai.

Ya Allah,
Jangan Kau singkirkan aku dari usaha ini,
Berikanlah aku kefahaman untuk buat usaha ini,
Pilihlah aku untuk keluar buat kerja ini,
Matikanlah aku dalam usaha ini.
Jadikanlah aku asbab hidayat tersebar seluruh alam.

Sep 2, 2009

7DAYS WITHOUT WOMEN

Pakcik bila baca blog orang, selalunya dia mai idea macam2 nak tulih. Baca blog Aisyah pasai 60 hari tanpa lelaki...terpikiaq idea nak tulih. Tulisan ni bukan nak sindir sapa2, xdak niat langsung nak sindir sapa2, harap xdak yg terasa hati...sebagai muhasabah diri.

1) HARI DI ALAM ROH

2) HARI SAKARATUL-MAUT

3) HARI DI ALAM KUBOQ

4) HARI DI SOAL MUNGKAR DAN NAKIR

5) HARI KEBANGKITAN DI PADANG MASYHAR

6) HARI BERHIMPUN DI PADANG MASYHAR

7) HARI PENGHISABAN


Sep 1, 2009

Ya Allah...hidayatkanlah kami

Kasihan saudaraku...


Ada yg hidup tanpa berkepala

Ada yg bermurah tapi sia2

Ada yg gembira cuma untuk seketika

Ada yg menderita abadan abada

Ada yg sibuk meruntuhkan tiang rumahnya

Ada yg sibuk menebuk lantai perahunya

Ada yg bercakap maklumat sia2

Ada yg menolak rahmat yg datang kepadanya

Ada yg celaka dalam gembiranya

Ada yg sibuk bersandiwara

Ada yg memamah daging saudaranya

Apakah aku seperti mereka?