Atas pelawaan saudara baru ni, baru tak baru la…dah hampir setahun dah jadi muslim. Dia ni asai Buddha, org Myanmar. Allah Maha Pengasih telah bagi dia hidayat, beruntung hang muaz (nama islam dia). Bebalik kepada pelawaan dia tadi, balik ja dari surau, mualaf ni ajak pakcik minum. Saja2 nak borak2, maybe nak bercerita tentang kerja baru dia. Dia dah lama xkerja atas sebab2 tertentu. Yang hebatnya dia ni, dia habaq kat pakcik, setiap kali barang rumah nak susut je, mesti ada ja rezeki yang datang. Hebatnya dia ni..yang pakcik perasaan dia sangat2 khusyuk saat berdoa. Tawajuh dia sangat tinggi. Dia bukan tak mahu bekerja sebelum ni,nampak kerisauan dia ke hulu ke hilir mencari lubang2 kerja. Yang pakcik tau, ada saja orang yang bagi dia upah wat kerja runcit-runcit. Xputus-putus sehinggalah dia dapat kerja baru ni.
Pakcik teringat kisah dia ni macam kisah burung yang kuaq pagi perut kosong tapi balik petang dengan perut yg kenyang. Burung tidak bekerja untuk mencari rezeki dan burung tak pernah yakin yang kerja yang bagi rezeki kat dia. Burung yakin Allah yang bagi dia rezeki. Malu rasanya kat burung, yakin kita hari ni dah rosak, kita yakin kerja yang bagi kta rezeki. Rosak-rosak. Tapi burung tu jugak tak menunggu makanan datang kat sarang, dia keluar berkelana, kita pun macam tu la. Pekerjaan kita hari langsung tak menjamin rezeki kita, cuma kita keluar berkelana mengikut logic manusia. Mualaf ni dah ada anak, baru umoq beberapa bulan. Kata mualaf ni, dia makan sikit pun xkisah, janji anak dia dapat makanan yg terbaik. Berderau pakcik rasa. Teringat mak dan abah kat kampung.
Dari percakapan dia, jelas menampakkan kerisauan agama dalam diri dia. Dia ada bagitau, awat xramai org mai surau, solat berjemaah. Pintu ada lebih dari 800 buah pintu, kurang2 400orang datang berjemaah. Hehe..pakcik hanya mahu tersenyum sumbing. Apa yang membuatkan hati pakcik tersentuh, dia ajak pakcik pergi ketuk pintu dari rumah ke rumah untuk bagitau kepentingan iman dan amal agama, kepentingan solat berjemaah. Pakcik hanya tertunduk malu, ditekan nafsu yang berat dan syaitan yang dashyat. Iman yang seciput tertunduk malu.huhu.Mungkin melihat perubahan pada wajah pakcik, dia memberi kata-kata sokongan.
Katanya “you jangan pandang belakang, you kena pandang kat kuasa Allah. You doa banyak2…doa sungguh2. Dia mesti tolong”.
Pakcik tertunduk diam, tersenyum sumbing dan terus sumbing. Siapa mualaf ni? Otak pakcik yang season ni mula kompius, almaklumlah…fius dah takberapa elok. Pakcik kot mualaf.a’a pakcik la mualaf.
Habis minum dan makan ala-kadar (sampai boroi pun ala-kadar ke), sampailah time membayaq. Pakcik Nampak dia buka wallet nak bayaq, cepat2 pakcik bayaq dulu.Bukan nak habaq kata pakcik baik belanja dia, berapa kupang ja pun. Tapi pakcik malu, selalunya dia yang menang bila membayaq..dalam2 takdak duit leh belanja pakcik lagi. Kali ni pakcik menang. Pakcik cam nak ganti budi dia kat pakcik. Ganti budi..he2..cam ganti puasa pulak. Hangpa dok sengih watpa.Haa..kantoi..dah dekat ramadhan dah ni..cepat2la ganti pose tu. Hehe. Pakcik pose penuh la.
4 comments:
Mualaf mmg lebih kuat pegangannya pada Islam daripada kita yang Islam keturunan ni...cz dorg pegang Islam sebab diorang nak, tp...kita? ntah...kita ni xsedar2 diri lg betapa nikmat Islam n iman tu mengatasi segalanya...
Kita muslim baka ni kadang2 rasa malu dgn mualaf, nikmat iman & Islam itu bagi mereka seumpama pengembara yg kehausan menemui air di padang pasir..sesuatu yg sangat berharga..
muslim kita idup sng..xde mujahadah..nak beribadat pn senang tu pun malas lagi..tgkla muslim kat tempat lain..susah,kena lanyak.kat selatan thai, etnik eiughur kat china..lemahnya semangat islam.
sengih sorg2..hehe, toing3..kena batang idung,,huhu
~akuhamba~
Post a Comment