BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 16, 2009

Cinta itu bodoh aka love is stupid


Karya ni pakcik nukilkan sebagai sebuah eksperimentasi dalam berkarya. Ditulis semasa pakcik masih bersekolah menengah. Manuskrip asal pakcik "photokan" (sebagai photopage karya ni).

Teman...usahlah percaya kepada kata-kataku. kata-kataku selalunya tidak betul. Tidak betul kiranya didengari betul-betul. Betul-betul semuanya tidak betul kalau dibandingkan dengan tulisan penaku. Tulisan penaku sememangnya tidak cantik. Tidak cantik tapi penuh dengan seribu makna dan kebenaran. Dan kebenaran itu pastinyatak terlepas dari coretanku. Coretanku kali ini mengenai cinta.

Cinta itu suatu kata-kata yang penuh dusta. Penuh dusta tanpa menberi sebarang ruang untuk kebenaran. Untuk kebenaran membuka rahasia penipuan cinta. Penipuan cinta yang tidak pernah didengari. Pernah didengari tetapi sengaja buat-buat tak gheti. Tak gheti nak serik pabila sering sahaja putus cinta. Putus cinta rasanya seperti putus tali yang boleh disambung-sambung. Disambung-sambung seperti lakonan di pentas drama. Pentas drama yang penuh lakonan. Penuh lakonan tentang enaknya cinta. Enaknya cinta hanya pada pendengaran sahaja. pendengaran sahaja tidak memadai untuk kita cuba jatuh cinta. Jatuh cinta seumpama jatuh ke dalam lubang yang penuh dusta. penuh dusta yang tidak mempunyai beza antaranya. Beza antaranya cuma ditukar rupa sebagai janji manis.

Janji manis semanis rasa madu. Rasa madu yang manis tetapi tiada yang tahu. Yang tahu bahawa madu itu pahit pada suatu waktu. Suatu waktu apabila kau menjumpai suatu kebenaran. Suatu kebenaran tentang penipuan cinta. Penipuan cinta yang takkan berakhir. Takkan berakhir dengan kenangan indah. Kenangan indah sewaktu bercinta hanya mengirimkan undangan padah.

Undangan padah kepada yang tak pernah terfikir tentang kata-kata. kata-kata bahawa cinta itu bodoh. Itu bodoh yang nyata bagi yang mula bercinta. Mula bercinta dengan sandiwara kata-kata. Kata-kata yang sememangnya tak boleh didengar. Boleh didengar tetapi tak usahlah percaya. Usahlah percaya kepada orang yang mudah bercinta. Mudah bercinta maknanya mudahlah putus cinta. Putus cinta itulah yang melambangkan betapa bodohnya orang yang bercinta. Yang bercinta sebelum berumahtangga. Sebelum berumahtangga memang manis dan penuh keseronokan. Penuh keseronokan yang akan menjemput suatu kekecewaan. Suatu kekecewaan yang telah menghilangkan kepercayaanku. Menghilangkan kepercayaanku kepada Cinta.

Cinta yang gila. Yang gila kepada yang gila. Yang gila dan penuh dusta. Penuh dusta yang melahirkan kekecewaan. Melahirkan kekecewaan yang tiada ubatnya. Tiada ubatnya selain daripada menangis sendiri. menangis sendiri di atas kesalahan dan kekecewaan sendiri. Kekecewaan sendiri yang tak sepatutnya dilakukan. Sepatutnya dilakukan oleh makhluk yang tak berakal. Tak berakal kerana percaya kepada kebahagian yang sementara. yang sementara bahagianya dab yang kekal deritanya. Kekal deritanya tanpa parut. Tanpa parut tetapi kekal kesakitannya, Kekal kesakitannya dalam sanubari tanapa ada akhir. Ada akhir tetapi akhir yang kekal sebagai suatu kekecewaan. Suatu kekecewaan yang tiada penutup. Tiada penutup bagi sebuah cerita cinta. Cerita cinta yang sememangnya tiada penutup. Tiada penutup...

5 comments:

Anonymous said...

so?

Park Chick said...

so what?love is nothin except to Allah and love because of Allah.

Syahril said...

cinta makhluk tidak pernah kekal tetapi cinta kepada Allah dan Rasul akan kekal walau di mana kita berada... sama ada di dunia mahupun akhirat. bila kita ada cinta pada Allah dan rasul...maka secara otomatiknya cinta yg lain akan wujud...contohnya cinta pada ibu bapa...cinta kepada isteri...cinta pada student (ehemmm)...dan cinta yg lain. lebih indah dan sempurna jika cinta yg lain tu hanya semata2 untuk dapat keredhaan Allah... mcm ustaz yg ajar ilmu tauhid kat masjid kampung keladi ckp... kita buat apapun (amal ibadat)... kita wajib pasang niat hanya semata2 utk mendapat keredhaan Allah. bukan sbb nak kejar pahala. tak malu ke kita nak minta pahala dgn Allah sedangkan semuanya Allah yg bagi? sapa yg pilih kita utk jadi muslim? sapa yg bwk kita pegi masjid utk solat jemaah? sapa yg bagi kita hidayah iman dan takwa? sapa yg bagi kita solat? semuanya Allah. kita lgsg takdak upaya melainkan pertolongan Dia. ustaz tu tekan betapa adanya manusia yg ibadatnya cukup banyak tapi akhirnya dapat murka Allah. sbb dia mensyirikkan Allah (secara sembunyi) dalam ibadat dia. tujuan kita turun ke dunia ni hanyalah utk mengeEsakan Allah. tidak menduakan atau mensyirikkanNya. maka niatlah semata2 utk mendapat redha Allah. syukur selalu sbb Allah pilih kita utk hidup di bwh naunganNya. soal pahala jgn pikir serah je pada Allah. demikian jgk dgn cinta. cintailah yg lain semata2 kerana Allah. 100% jgn kurang sket pun. moga2 rahmat Allah sentiasa bersama kita.. amin...

Anonymous said...

wah..pjg komen

Aishah Nur Hakim said...

betul tak cinta aishah ni?

http://bukucontengaishah.blogspot.com/2009/02/cinta-itu1.html