BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 28, 2009

KUARANTIN!!!!


UPM akan bercuti mulai 29/7/09 sehingga 4/8/09. Pelajar2 semua diarahkan mengosongkan kolej penempatan sebelum pukul 6 hari ni 29/7/09. Pelajar yang tak dapat balik sila akan ditempatkan di kolej Mohamad Rashid (KMR). Perintah kuarantin.

Gempaq...baru hangpa tau nak risau noh. Ish3...harap2 semua student, staff dan sewaktu dengannya dapat bersabaq dan menerima pemberian cuti bergaji ni dengan tabah.hehe.

Jul 16, 2009

Cinta itu bodoh aka love is stupid


Karya ni pakcik nukilkan sebagai sebuah eksperimentasi dalam berkarya. Ditulis semasa pakcik masih bersekolah menengah. Manuskrip asal pakcik "photokan" (sebagai photopage karya ni).

Teman...usahlah percaya kepada kata-kataku. kata-kataku selalunya tidak betul. Tidak betul kiranya didengari betul-betul. Betul-betul semuanya tidak betul kalau dibandingkan dengan tulisan penaku. Tulisan penaku sememangnya tidak cantik. Tidak cantik tapi penuh dengan seribu makna dan kebenaran. Dan kebenaran itu pastinyatak terlepas dari coretanku. Coretanku kali ini mengenai cinta.

Cinta itu suatu kata-kata yang penuh dusta. Penuh dusta tanpa menberi sebarang ruang untuk kebenaran. Untuk kebenaran membuka rahasia penipuan cinta. Penipuan cinta yang tidak pernah didengari. Pernah didengari tetapi sengaja buat-buat tak gheti. Tak gheti nak serik pabila sering sahaja putus cinta. Putus cinta rasanya seperti putus tali yang boleh disambung-sambung. Disambung-sambung seperti lakonan di pentas drama. Pentas drama yang penuh lakonan. Penuh lakonan tentang enaknya cinta. Enaknya cinta hanya pada pendengaran sahaja. pendengaran sahaja tidak memadai untuk kita cuba jatuh cinta. Jatuh cinta seumpama jatuh ke dalam lubang yang penuh dusta. penuh dusta yang tidak mempunyai beza antaranya. Beza antaranya cuma ditukar rupa sebagai janji manis.

Janji manis semanis rasa madu. Rasa madu yang manis tetapi tiada yang tahu. Yang tahu bahawa madu itu pahit pada suatu waktu. Suatu waktu apabila kau menjumpai suatu kebenaran. Suatu kebenaran tentang penipuan cinta. Penipuan cinta yang takkan berakhir. Takkan berakhir dengan kenangan indah. Kenangan indah sewaktu bercinta hanya mengirimkan undangan padah.

Undangan padah kepada yang tak pernah terfikir tentang kata-kata. kata-kata bahawa cinta itu bodoh. Itu bodoh yang nyata bagi yang mula bercinta. Mula bercinta dengan sandiwara kata-kata. Kata-kata yang sememangnya tak boleh didengar. Boleh didengar tetapi tak usahlah percaya. Usahlah percaya kepada orang yang mudah bercinta. Mudah bercinta maknanya mudahlah putus cinta. Putus cinta itulah yang melambangkan betapa bodohnya orang yang bercinta. Yang bercinta sebelum berumahtangga. Sebelum berumahtangga memang manis dan penuh keseronokan. Penuh keseronokan yang akan menjemput suatu kekecewaan. Suatu kekecewaan yang telah menghilangkan kepercayaanku. Menghilangkan kepercayaanku kepada Cinta.

Cinta yang gila. Yang gila kepada yang gila. Yang gila dan penuh dusta. Penuh dusta yang melahirkan kekecewaan. Melahirkan kekecewaan yang tiada ubatnya. Tiada ubatnya selain daripada menangis sendiri. menangis sendiri di atas kesalahan dan kekecewaan sendiri. Kekecewaan sendiri yang tak sepatutnya dilakukan. Sepatutnya dilakukan oleh makhluk yang tak berakal. Tak berakal kerana percaya kepada kebahagian yang sementara. yang sementara bahagianya dab yang kekal deritanya. Kekal deritanya tanpa parut. Tanpa parut tetapi kekal kesakitannya, Kekal kesakitannya dalam sanubari tanapa ada akhir. Ada akhir tetapi akhir yang kekal sebagai suatu kekecewaan. Suatu kekecewaan yang tiada penutup. Tiada penutup bagi sebuah cerita cinta. Cerita cinta yang sememangnya tiada penutup. Tiada penutup...

Jul 8, 2009

Pakcik,Mualaf, Ganti Pose dan dot3

sekadar gambaq hiasan (bukan muaz)

Atas pelawaan saudara baru ni, baru tak baru la…dah hampir setahun dah jadi muslim. Dia ni asai Buddha, org Myanmar. Allah Maha Pengasih telah bagi dia hidayat, beruntung hang muaz (nama islam dia). Bebalik kepada pelawaan dia tadi, balik ja dari surau, mualaf ni ajak pakcik minum. Saja2 nak borak2, maybe nak bercerita tentang kerja baru dia. Dia dah lama xkerja atas sebab2 tertentu. Yang hebatnya dia ni, dia habaq kat pakcik, setiap kali barang rumah nak susut je, mesti ada ja rezeki yang datang. Hebatnya dia ni..yang pakcik perasaan dia sangat2 khusyuk saat berdoa. Tawajuh dia sangat tinggi. Dia bukan tak mahu bekerja sebelum ni,nampak kerisauan dia ke hulu ke hilir mencari lubang2 kerja. Yang pakcik tau, ada saja orang yang bagi dia upah wat kerja runcit-runcit. Xputus-putus sehinggalah dia dapat kerja baru ni.

Pakcik teringat kisah dia ni macam kisah burung yang kuaq pagi perut kosong tapi balik petang dengan perut yg kenyang. Burung tidak bekerja untuk mencari rezeki dan burung tak pernah yakin yang kerja yang bagi rezeki kat dia. Burung yakin Allah yang bagi dia rezeki. Malu rasanya kat burung, yakin kita hari ni dah rosak, kita yakin kerja yang bagi kta rezeki. Rosak-rosak. Tapi burung tu jugak tak menunggu makanan datang kat sarang, dia keluar berkelana, kita pun macam tu la. Pekerjaan kita hari langsung tak menjamin rezeki kita, cuma kita keluar berkelana mengikut logic manusia. Mualaf ni dah ada anak, baru umoq beberapa bulan. Kata mualaf ni, dia makan sikit pun xkisah, janji anak dia dapat makanan yg terbaik. Berderau pakcik rasa. Teringat mak dan abah kat kampung.

Dari percakapan dia, jelas menampakkan kerisauan agama dalam diri dia. Dia ada bagitau, awat xramai org mai surau, solat berjemaah. Pintu ada lebih dari 800 buah pintu, kurang2 400orang datang berjemaah. Hehe..pakcik hanya mahu tersenyum sumbing. Apa yang membuatkan hati pakcik tersentuh, dia ajak pakcik pergi ketuk pintu dari rumah ke rumah untuk bagitau kepentingan iman dan amal agama, kepentingan solat berjemaah. Pakcik hanya tertunduk malu, ditekan nafsu yang berat dan syaitan yang dashyat. Iman yang seciput tertunduk malu.huhu.Mungkin melihat perubahan pada wajah pakcik, dia memberi kata-kata sokongan.

Katanya you jangan pandang belakang, you kena pandang kat kuasa Allah. You doa banyak2…doa sungguh2. Dia mesti tolong”.

Pakcik tertunduk diam, tersenyum sumbing dan terus sumbing. Siapa mualaf ni? Otak pakcik yang season ni mula kompius, almaklumlah…fius dah takberapa elok. Pakcik kot mualaf.a’a pakcik la mualaf.

Habis minum dan makan ala-kadar (sampai boroi pun ala-kadar ke), sampailah time membayaq. Pakcik Nampak dia buka wallet nak bayaq, cepat2 pakcik bayaq dulu.Bukan nak habaq kata pakcik baik belanja dia, berapa kupang ja pun. Tapi pakcik malu, selalunya dia yang menang bila membayaq..dalam2 takdak duit leh belanja pakcik lagi. Kali ni pakcik menang. Pakcik cam nak ganti budi dia kat pakcik. Ganti budi..he2..cam ganti puasa pulak. Hangpa dok sengih watpa.Haa..kantoi..dah dekat ramadhan dah ni..cepat2la ganti pose tu. Hehe. Pakcik pose penuh la.

Jul 4, 2009

Respon-Sapa nak jadi kaya

KUALA LUMPUR - Sesiapa yang mengetahui di mana Abdul Kahar Ahmad Jalal yang mendakwa dirinya sebagai 'nabi' bersembunyi akan diberi ganjaran wang tunai RM10,000.

Tawaran itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat sehingga Abdul Kahar ditangkap.


Respon pakcik

Assalamualaikum...hangpa nak jadi kaya tak. kalo hangpa nampak org tua yg lebih kurang cam gambaq ni, hangpa report la kat JAIS. RM10K tu, downpayment kereta dah lepas, nak kawin ke, nak kawin lagi sekali ke, nak wat haji ke, nak wat umrah ke. hehe.keh3. Astagfirullahalazim.Terukla pakcik ni..isu2 serius cmni pun leh gelak n wat lawak lagi.


Isu murtad ni bukan kira kes terpencil ka, sikit ka, byk ka..murtad je,dia jd isu yg besar dan sgt sensitip.Kita kena menangis bila timbul isu2 cmni.


pakcik dulu penah jumpa kat johor. Bila ditanya budak tu ngaku dia islam. Bila cakap sal untungnya dia ada kalimah tauhid, dia xtau pe tu kalimah tauhid. Suh mengucap pun dia xtau. Ya Allah, berderau rasanya.bukan marah tp terkejut.air mata pun nak menitis. Ya Allah, ampun dosa aku, Ya Allah. Aku melalai-lalaikan usaha dakwah. Jahil sgtkah aku untuk dakwahkan kalimah tauhid. Aku nak tunggu ilmu sampai tinggi mana.Sedih tol. Kita rini masih nak pecah2..nak kafir2kan org..nak puak2kan sesama islam...org cmni sape pun wat xtau.Kalo nak tuding jari, mudah je.kalo pk2 balik..salah diri sendiri rupanya.


Dah..tu je nak ckp, tp kalo hangpa jumpa paklong ni,report la.kalo dapat duit,,jgn lupa kat pakcik.bagi la 2,3% jadi la.he

Jul 1, 2009

SuSoKo (ilusi sebuah perpaduan)

Ju..Ju..Ju..Ju..July

Jurang kita rapatkan,

cincin kusarungkan,

janji di meterai.

(ni lirik dari lagu kumpulan Himalaya, pernah popular sekitar tahun 2000/2001). Tapi pakcik bukan nak cerita pasai bertunang, bukan jugak pasal bulan july..haa..pasai kumpulan himalaya pun tak jugak.Tapi nak wat sedikit ulasan pasai kerajaan perpaduan yang menggemparkan tanah airku. Kantoi. Sebenaqnya malaih nak tulis pasai politik ni..tak pandai (uhuk3, batuk pulak..makin menjadi-jadi). Ulasan ni berdasarkan pengetahuan pakcik yang xberapa nak wisdom ni. Kalau terkasaq bahasa, xbernas ka..hangpa maapkanla pakcik naa.

Isu ni dah lama dah diutarakan tapi sengap jap pastu baru2 ni timbul balik. Macam kes demam denggi gak la. Aritu pakcik dok tengah masak kat umah, tau2 depa mai sembuq…wat fogging.ganggu konsentrasi nak masak ja..ish3..adoi,kantoi pulak.bukan takut bini la. Ish merepek pulak. Kembali kita ke pangkal cerita. Pasai kerajaan perpaduan. Kalo pakcik yg utarakan pasai kerajaan perpaduan sah2 org xlayan. Tapi mulut org politik ni hebat, kalo depa cerita pasai denggi je, leh jadi frontpage paper xkisah la Berita Harian ka, Berita Hairan ka, Harakah ke, Halalkah? Ke, Malaysian Namban ke, Malaysian Tamban (tamban adalah sejenis ikan kering yg popular kat baling kedah), Sin Chew Daily ka, Shin Chan deadly ka. Mulut depa masin, walopun pakcik rasa pakcik lg banyak makan garam dari depa. Ok..berbalik kepada kerajaan perpaduan tadi

Kerajaan Perpaduan?keh3..kah3…uhuk3..uhuk2..cup3..nak nafas jap. Merepek la idea kerajaan perpaduan ni. Sebab apa merepek. Biaq pakcik wat satu tamsilan…1/3 gelas air susu, l/3 gelas air soya dan 1/3 gelas air kopi, dalam gelas berasingan. Hangpa masukkan dalam petia ais,biaq beku. Air2 tadi dah jadi ais susu, ais soya dan ais kopi. Ais-ais ni kalo hangpa bubuh dalam satu bekas depa xkan bersatu untuk jadi air susoko (sususoyakopi) sebab depa dah, dah berpadu. Cara yg patut utk dapat air susoko yg sedap ialah satukan dulu air2 tadi (1/3 + 1/3 + 1/3=1, ingat pakcik xreti kira ka). Pastukan baru leh padukan dia sebagai ais. Kalo dah terlanjur wat ais susu, ais soya, ais kopi..hangpa kena cairkan balik.satukan.then bekukan utk padukan depa.maka siaplah ais susoko yg enak. Hangpa paham dak tamsilan tu.

Maknanya…mustahil utk kita wat kerajaan perpaduan sedangkan umat kita masih tak bersatu. Melayu sama Melayu,tak ngam…Cina sama Cina,suam2 kuku (lagi elok dari melayu)…India sama India, sejuk2 air-cond (lagi elok dari melayu)…dan lain2 sama dan lain2, masih berpuak2 (lagi elok dari melayu).

Cukup takat ni dulu…ni sebagai mukadimah utk isu kerajaan perpaduan ni. Doakan pakcik dapat wat huraian yg lebih pjg lebaq ttg isu ni.