BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 9, 2010

Walaupun setem dah naik harga...surat tetap ku-utus, walau mungin terlewat tiba

Ramadhan bin Mubarak
No 14321
Lorong Hasanah Taman Syurga
Syurga Firdaus

29 Syaaban 1431 H

Assalamualaikum,

Saudara Parkchcik...sebenarnya surat ringkas ini hamba utuskan untuk memberitahu saudara tentang kehadiran hamba ke tempat saudara esok hari. Terlebih dahulu, hamba memohon kemaafan kerana tidak memaklumkan kepada saudara terlebih awal. Sebenarnya sudah beberapa kali hamba cuba menghubungi saudara. Tetapi hamba pun kurang pasti, agak sukar untuk memaklumkan kedatangan hamba kepada saudara. Mungkin saudara terlalu sibuk, sehinggakan panggilan yang hamba buat selalu tidak berjawab dan sering dijawab oleh seorang perempuan "sila tinggalkan pesanan". Mungkin 'line busy' ataupun 'coverage' yang tidak molek. Hanya dua patah kata itu yang hamba masih ingat, yang selalu terkeluar di mulut saudara pada ramdhan yang lalu.

Walau apapun, hamba benar-benar berharap saudara dapat menerima kedatangan hamba kali ini. Bukan paluan kompang atau marhaban yang hamba mahukan, bukan ayam panggang yang hamba dambakan. Bukan persalinan songket yang hamba pesankan. Cukuplah sehelai pelikat, sehelai baju, sebiji songkok dan sehelai sejadah untuk hamba bertarawih dan bertahajud, senaskah al-Quran untuk hamba bertilawah, seuntai tasbih untuk berzikir, seringgit-dua untuk bersedekah, sebiji kurma untuk berbuka dan seteguk air untuk bersahur.

Hamba amat-amat mengharapkan pertolongan dari saudara untuk menyediakan keperluan sementara hamba berkelana di sana. Hamba tidak menjanjikan apapun hadiah mahupun habuan untuk saudara di sana tetapi janji hamba...layanan yang terbaik akan saudara nikmati apabila saudara menjadi tetamu hamba suatu hari nanti. Jikalau terbaik yang saudara korbankan untuk hamba, hamba janjikan terbaik untuk saudara nanti.

Setakat ini sahaja, hamba sudah hampir benar dengan penempatan saudara. mungkin sepelaung. Jika tiada aral melintang, hamba akan sampai menjengah rumah saudara menjelang maghrib.

Salam rindu, salam rahmat dari hamba.

Hampir terlupa...selamat hari lahir yang ke-xx(rahsia-atas permintaan saudara) pada 1ramdhan ini. Saudara lahir hari jumaat. Hamba takkan lupa tarikh, hari dan tahun lahir saudara.

Sahabatmu,

Ramdhan al-mubarak

6 comments:

Unknown said...

Hampir terlupa...selamat hari lahir yang ke-xx
ayat ni tak tahan parkchik..hahaha

selamat menyambut Ramadhan..insya ALLAH tahun ni cuba puasa penuh..hehehe

Aishah Nur Hakim said...

assalamualaikum pakcik, boleh tak sudi kiranya tolong email kat aishah buku holocaust by harun yahya tu?


:)

selamat berpesta ramadhan pakcik..

terima kasih

Anonymous said...

Rindu untuk menyabut Ramadhan bersama PakCik....

:'(

Park Chick said...

SHE-G
heh2...selamat ramadhan...moga hajat kamu dimakbulkan

AISHAH
boleh2...bagi email.selamat ramadhan

ANON
hehe...rindu maksudnya pernah sambut bersama-sama.bila ye? kalo belum pernah, patah kata yang sesuai ialah 'teringin' atau 'mengidam,.haha

Anonymous said...

PakCik...
Aku pernah menyambut Ramadhan bsm Pakcik tahun lepas...

Semuanya gara2 PakCik angkat kening kat aku 2 kali...

Sampai aku tinggalkan bini untuk duk rumah PakCik ms ramadan lepas...

~anon yg di atas~

p/s: jgn sembarangan angkat2 kening...nnt terkena ank dara org...

Dah...dah...tawajuh ramadhan...

Park Chick said...

anon
hah6...bila lg nak blanje slurpee...habis satu serdang pusing cri slurpee