BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 23, 2010

Aku Kenyang dalam Puasa



Terik siang membakar kulit iman,
Perut seperti biasanya,
Keroncong irama berdendang,
Tekak turut serasa,
Berkeriyut irama bergendang

Namun,
Irama ini tenggelam dalam angin siang,
Dihapus sendawa mata yang kekenyangan,
Ditimbus beban telinga yang bergadang,
Dilupus lelah lidah yang mengemam



sekadar gambar hiasan (18PL)

Anda mahukan perubahan?

‘kenapalah susah sangat nak berubah?’

Rasanya ramai yang dihinggapi sindrom susah nak berubah. Mesti ramai di antara kita yang nak tau jawapannya. Mudah je jawapan bagi persoalan ni

‘Kita terlalu ambil mudah dalam bertaubat’

Kata cerdikpandai aka ulamak…

‘orang beriman itu melihat dosa-dosanya seakan gunung yang datang menghempap sedangkan orang yang tidak beriman lemah iman melihat dosa-dosanya seakan lalat yang hinggap’

Kita terlalu memandang mudah akan dosa yang kita perbuat

Cubalah untuk melihat dosa seperti gunung yang menghempap

Ketika bertaubat wujudkan perasaan di bawah di dalam diri anda

1) Jauhi lorong-lorong yang menyorong kepada dosa

2) Elakkan jiwa-jiwa yang menggoda kepada dosa

3) Sibukkan diri mengira dan berkira nikmat Allah

4) Sibukkan diri berbual dan bualan hebatnya Allah

5) Menangis di dalam sujud

6) Merintih di dalam gelap senyap

7) Menangis bila dosa menghendap

8) Beristighfar bila dosa melarat

Pck- Terlalu sukar untuk menulis, tetapi untuk memenuhi permintaan, daku tunaikan…ini yang termampu

Aug 9, 2010

Walaupun setem dah naik harga...surat tetap ku-utus, walau mungin terlewat tiba

Ramadhan bin Mubarak
No 14321
Lorong Hasanah Taman Syurga
Syurga Firdaus

29 Syaaban 1431 H

Assalamualaikum,

Saudara Parkchcik...sebenarnya surat ringkas ini hamba utuskan untuk memberitahu saudara tentang kehadiran hamba ke tempat saudara esok hari. Terlebih dahulu, hamba memohon kemaafan kerana tidak memaklumkan kepada saudara terlebih awal. Sebenarnya sudah beberapa kali hamba cuba menghubungi saudara. Tetapi hamba pun kurang pasti, agak sukar untuk memaklumkan kedatangan hamba kepada saudara. Mungkin saudara terlalu sibuk, sehinggakan panggilan yang hamba buat selalu tidak berjawab dan sering dijawab oleh seorang perempuan "sila tinggalkan pesanan". Mungkin 'line busy' ataupun 'coverage' yang tidak molek. Hanya dua patah kata itu yang hamba masih ingat, yang selalu terkeluar di mulut saudara pada ramdhan yang lalu.

Walau apapun, hamba benar-benar berharap saudara dapat menerima kedatangan hamba kali ini. Bukan paluan kompang atau marhaban yang hamba mahukan, bukan ayam panggang yang hamba dambakan. Bukan persalinan songket yang hamba pesankan. Cukuplah sehelai pelikat, sehelai baju, sebiji songkok dan sehelai sejadah untuk hamba bertarawih dan bertahajud, senaskah al-Quran untuk hamba bertilawah, seuntai tasbih untuk berzikir, seringgit-dua untuk bersedekah, sebiji kurma untuk berbuka dan seteguk air untuk bersahur.

Hamba amat-amat mengharapkan pertolongan dari saudara untuk menyediakan keperluan sementara hamba berkelana di sana. Hamba tidak menjanjikan apapun hadiah mahupun habuan untuk saudara di sana tetapi janji hamba...layanan yang terbaik akan saudara nikmati apabila saudara menjadi tetamu hamba suatu hari nanti. Jikalau terbaik yang saudara korbankan untuk hamba, hamba janjikan terbaik untuk saudara nanti.

Setakat ini sahaja, hamba sudah hampir benar dengan penempatan saudara. mungkin sepelaung. Jika tiada aral melintang, hamba akan sampai menjengah rumah saudara menjelang maghrib.

Salam rindu, salam rahmat dari hamba.

Hampir terlupa...selamat hari lahir yang ke-xx(rahsia-atas permintaan saudara) pada 1ramdhan ini. Saudara lahir hari jumaat. Hamba takkan lupa tarikh, hari dan tahun lahir saudara.

Sahabatmu,

Ramdhan al-mubarak

Aug 3, 2010

Jeng3...


Oleh RAIS YEOP JOHARI rais.johari@kosmo.com.my

PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini.

pck-Syah...huhu...hang bayangkan dia mai masa kita tengah wat kerja dulu, masa kita dok main air, dok main sampan. Hang gelak kat aku masa aku terkejut hang mai dari belakang...masa kat pasir panjang.ngeri