BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 13, 2009

Ku-tahu asal-mu

Ni contoh selipar tu.selipar asal tak bagi izin untuk bergambar



Selipar jepun terangguk-angguk dipaksa menapak. Pakcik mulai musykil apabila selipar jepun itu mulai mengeluarkan ritma bunyi. Dangdut...raggae...klasik..Entahlah.Pa
kcik tak dapat meneka, genre muzik apa yang sedang dialunkan.

Entahlah...malam tadi Pakcik dengar suara menangis di hadapan pintu rumah. Bersama hati yang mulai takut dan jantung yang kuat bedegup, pakcik kuakkan pintu rumah yang kian memburuk. Oh kasihan...selipar buruk itu mulai menangis. Pakcik rapatkan selipar Pakcik ke sisi selipar jepun itu, tangisnya mulai reda. Pakcik memang mengharapkan selipar pakcik memujuk selipar jepun itu kerana pakcik tidaak mengerti bahasa selipar.
Ni selipaq pakcik

Pakcik takut selipar jepun itu menangis lagi malam ini. Pakcik yakin selipar pakcik tidak mampu lagi memujuk. Pakcik kini sedang bermentera

"wahai selipar jepun, selipar keramat...terbanglah kamu kepada tuanmu. Aku tahu asal-usulmu. Dari getah engkau dijadikan. Janganlah engkau mengganggu keturunan selipar-ku. Nyah kau"

Untuk pengetahuan insyaAllah petang ni (jumaat, 16/10.09), pakcik akan melakukan upacara untuk memulangkan selipar jepun tu ke tempat asal dia. Nun jauh di utara tanah air.

Oct 8, 2009

karya aku bukan parkchick


Anonymous said...

malam ini bulan bercahaya penuh,
dan hatiku tinggal separuh,
kerana bias cahaya bulan terlindung dek awan hitam,
angin sepoi bertiup membelai jiwa,
aku yakin hatiku akan bercahaya penuh,
kerana awan hitam kian mengengsot ditiup angin,
tapi aku cemburu pada bintang yang rapat bersinar,
namun cemburuku untuk seketika,
kerana hakikatnya bintang-bintang hanya mesra dari jauh,
direnung mendalam jarak mereka cukup jauh,
aku bersyukur kerana masih dapat melihat bulan bercahaya,
aku bersyukur kerana masih dapat melihat bintang berkedip.
aku ulangi aku bukan parkchick.

Anonymous said...

hehe...

Awan berarak disorong angin lalu,
Bulan mulai tersipu malu,
Menjeling awan yang jauh,
Hatinya berbisik mohon dilindungi,
Malunya terdedah secara penuh,
Dalam terkesima merenung bulan penuh,
Bulan beredar menjadi separuh,
Tatkala ini...hatiku mulai penuh.

aku bukan parkchick


aku pernah dipukul abah,
aku pernah dimarah abah,
aku pernah diejek abah,
aku pernah tengking abah,
aku pernah ejek abah,
aku pernah marah abah,
aku pernah persoal abah 'adakah aku anak pungut'
aku rasa aku buat benda yang betul,
abah yang salah.
aku yakin aku buat benda yang betul,
abah yang salah.
satu..
dua...
tiga..
semudah itu tanggapan aku pada abah berubah.
abah adalah abah terbaik untuk aku.
pukulan abah masih aku terasa tetapi ironinya pukulan itu terasa di saat aku di ambang membuat salah.
marah abah masih aku terdengar tetapi ironinya marah itu muncul di saat aku di ambang berdosa.
ejekan abah masih berbisa tetapi ironinya ejekan itu tiba di saat aku lemah tanpa motivasi.
kini abah tak lagi marahkan aku,
kini abah tak lagi mengejek aku,
kini abah tak lagi menengking aku,
kini aku yakin
dulu aku buat benda yang tidak betul,
abah yang betul.
dulu aku buat benda yang salah,
abah tak bersalah.

hehe.saja nak kongsi pengalaman.confirm aku bukan parkchick

Oct 2, 2009

Sudah turun-temurun bercakap soal turun

Salam alaik.
Allah turunkan iblis ke dunia atas kebiadapan mereka yang enggan taat.
Allah turunkan Adam dan Hawa ke dunia sebagai jalan tarbiyah mereka.
Allah turunkan agama sebagai jalan hidup.
Allah turunkan rasul sebagai penunjuk jalan.
Allah turunkan kitab sebagai rujukan dan bekalan.
Allah turunkan hujan untuk menyuburkan tanah-tanah yang gersang.
Allah turunkan sakit sebagai asbab pengampunan dan tanda kasih-Nya.
Allah turunkan macam2 untuk kesenangan manusia.
Tetapi...
Manusia masih sibuk bercakap soal
Turunkan harga minyak
Turunkan harga gula
Turunkan harga tol
Turunkan pangkat sipulan
Turunkan kuasa si pulan
Turunkan berat badan
Turunkan macam2
Sehinggakan...
Manusia lupa untuk bersyukur
Manusia lupa untuk bercerita hebatnya Allah
Manusia lupa untuk mengikut indahnya Rasul
Nantikanlah...
Bala yang akan diturunkan
Musibah yang akan diturunkan
Kezaliman yang akan diturunkan
Dajal yang akan diturunkan
Ya Allah,
Ampunkanlah aku
Ampunkan kami
Selamatkan aku
Selamatkan kami