Gambaq hiasan: Di asak anak manja tanpa belas dari bapak tiri
Bepagi-pagi lagi aku membasahkan diri, membiarkan diri disimbah sejuk hujan. Biarpun hujan hanya merintik, sejuknya menyiat-nyiat kakiku yang luka terbuka. Hampir beberapa lama berdiri, ditopang kaki yang sakit...aku akhirnya berjaya mendapatkan kebenaran halal untuk memasuki gelanggang keramat.
Kesusahan yang sedikit untuk mengembirakan saudara sedarahku, yang jauh berkelana. Demi menyahut aliran darah hijau kuning. Hatiku berharap kesusahan ini terbayar dengan persembahan hebat dari lasykar-lasykar yang dipanggil anak jantan.
Dalam kesesakan dan kepanasan. Menghidu asap haram yang berterbangan. Aku menjerit sehingga tekakku menjerit minta istirehat. Aku kecewa kerana lasykarku menentang musuh yang tak sepadan. Bukan anak jantan yang ditentang tapi anak-anak manja. Yang bila terjatuh terus memandang sayu wajah bapa yang tua. Paling mengecewakan si bapak tua yang kuharap tidak memanjakan anak-anak tetapi denagn pantas berlari memberi pertolongan kepada si anak manja. Langsung tidak dibiarkan anak bangkit sendiri. Diajar manja yang berlebihan. Lasykarku digasak sehingga bergolek oleh anak manja, langsung tak dipedulikan. Lantas kedengaran laungan satu Malaysia..."bapak bodoh..bapak bodoh".
Aduh anak manja..sampai bila kamu nak mengharapkan bapakmu yang sudah tua itu. belajarlah untuk berdiri sendiri.
Aku kecewa bukan kerana lasykarku tewas.. tetapi kecewa lasykarku menentang anak-anak manja.Manja ketika diasak tetapi ganas ketika mengasak. Bapa hanya memejam mata, memekak telinga. Anak manjanya tak bersalah...anok bapak lah katakan.
Namun aku berbangga sikap santun rakan-rakan hijau kuningku...biar dihambat kecewa tetapi masih mampu mewaraskan diri (walaupun mulut sudah tak mampu menahan acara makian). Kini aku faham mengapa kerusi yang sedang aku labuhkan punggungku itu pernah terbakar setahun yang lalu. Aku juga mulai mengerti mengapa setahun yang lalu batu, kerusi, kayu, botol terbang ke gelanggang keramat. Aku mulai terfikir mengapa seminggu yang lalu, lasykar digelar gergasi merah begitu marah.
Aku berbangga melihat saudara si rusa bergerak melintasi gerombolan saudara hijauku dengan selamat. Tanpa sedikit pun cuitan. Mungkin kerana kami mengerti, anak manja usah diusik. Kalau di pentas yang sama setahun lalu, mungkin berbaris-baris kereta yang kemek, beratur-atur yang berdarah di kepala. Aku bangga saudaraku begitu santun.
Aku bangga dalam kecewa.
15 comments:
Kat sini, selalu ak tgk kalu anak dia jatuh, parents diorang tak terus pegi dkat anak n ckp "Ala la la syg...cian jatuh..skait kn mn? sini mak tuipkan..."
Sini, kalu ank dorg jatuh, dorg wat muka selamba, soh bngun sendiri...
p/s:
ak masih manjakn ank aku,
sbb dia cuma tau menyusu,
nnti dah leh bjalan ak pnggil hg,
kalu di nakal kasi Pang!
~Mokhtar~
anak manja = N9
lasykar = kedah
bapak tua = pengadil
hehehe
~akuhamba~
lama tak dgr kabar... :)
mokhtar
cantikkk...greenlight.cmtula nak ajaq anak..biaq pakcik lempang 2,3 kali insyAllah ok.hehe.ingat tak arisman kak wati, la ni kalo pakcik ckp ckt je dia da folo, folo dengan hepi bukan terpaksa.itulah kesan lempang dariku.
akuhamba
hehe...pandai
she-G
ada..tapi pakcik agak membzkan diri.jangan lupa nak cubit2 anak nakal kamu ye
pck-dari kecik di gasak seperti army.keh3
pkcik lempang je arisman tuh..huh, xsenonoh
Belum ada rezeki nak manjakan anak.. huhu..
anon
lempang sayang je..pastu bagi makan lempeng pulak
paklang
Allah tahu urusan dan kemampuan makhluk Dia
pakcik..kita kawan lagi kan?
KUALA LUMPUR - Hanya seminggu selepas mendakap Piala FA, Negeri Sembilan diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada Kelantan dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Mohd. Shafiq Jamal meletakkan Kedah di depan pada minit ke-21, sebelum V. Thirumurugan menambah derita Kuala Lumpur melalui gol kedua pada minit ke-70.
pck-masin mulut pakcik. jangan terlalu manjakan anak, nanti spoiled
hakhak..cayala kedah, apa cite ni org nogori?hobin jang hobin konon..=)
Errr...1Umat
takde hal lah
keh3...pastikam kamu2 tak bergaduh di sini..kalo gaduh pakcik lempang sorg2
pakcik busuk
haaahhh... aku nak join kasi panas...
pulun kedah pulun... hehehe...
p/s: cik aishah kita masih kawan kan?
Post a Comment