BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 22, 2010

Aku masih mampu tersenyum



Ya Allah..hura-haranya dunia aku.

Rasanya tempurung kepalaku terlalu keras (syukur, kerana KAu cipta ianya keras.Kalau tak dah lama dah berterabur isi otak aku akibat tekanan yang kuat dari dalam).

Kaki ini masih kuat menopang (syukur, Kau cipta ianya kuat menahan.Kalau tak, nescaya aku sudah rebah menyembah bumi dek tak tahan tekan yang menimbun di pundak ini.

Aku pasti Abah, Mak dan adik beradik pasti bersama aku berkongsi saat2 sukar ini...kerana itulah...sukarnya menjadi rahsia antara aku dan mereka. Biarlah aku menanggung sendiri.

Saat senang aku, mungkin ramai di sekeliling. Mungkin aku pernah mendamaikan perit kamu yang berada di sekeliling aku.mungkin.Tapi, tak pernah aku berharap tolongku dibalas tolong.kamu juga makhluk. Cukuplah Allah penolong bagiku.

Saat isi hati ini dicetak, air mata masih tertahan kerana aku lelaki. Moga Allah pilih aku untuk mengalirkannya pada tempat dan masa yang terbaik.

Aku masih mampu tersenyum.Syukur.


6 comments:

Syahril said...

syukur alhamdulillah pakcik masih mampu tersenyum... meh nak bg pakcik bertambah senyum... hehehe...

"ada manusia yg mudah lupakan jasamu yg mendamaikan derita... namun ketahuilah bahawa ada yg sentiasa bersamamu ketika bermuram durja... tanpa sesaat pun berjauhan walau teruk kau dilanda duka... itulah Tuhan Yang Maha Esa...

walau zahir kau lihat kau bersendirian... namun hakikatnya agak berlainan... kelihatan kau keseorangan... tapi rupanya kau berteman... walau tidak kelihatan... dari jauh doa dikirimkan... moga engkau tabah hadapi dugaan... agar Allah kurniakan kau kekuatan... untuk kau jadikan bekalan... menghadapi dunia penuh dengan ujian...

walaupun mungkin kau tak perlukan pertolongan... juga tak perlukan balasan... namun jasa baikmu tidak pernah dilupakan... moga kau sedar ada yg jalan bersamamu seiringan... walau dunia keduanya seolah berbeza zaman... selagi hayat dikandung badan... ex penyanyi meet uncle hussein namanya Lan... teringin lak rasa nak tiup semboyan... jangan sampai gila meroyan... nanti sapa nak basuh hg punya pakaian... ingat tak lagi hg kat pian... aku lak kurang suka makan durian... buah lain yg ok sket rambutan... mana ek nak cari tempayan? hehehe an an an... (gara-gara kesuntukan masa...dah nak masuk maghrib daa...)

p/s: hensemnya pakcik senyum... :)

Anonymous said...

owh.. akhirnya, pakcik berani menunjukkan wajahnya.. hohoho...

dun weri pakcik, masih kacak..

paklang - x sekacak pakcik..

Anonymous said...

sori sangat bg tekanan (mcm tuju kat aku je) sori sgt3..akm

pakcik tau sape

Unknown said...

parkchik pun lame tak ke udara kan??syukur ade gak entry akhirnya..
ya...banyak bnda y patut disyukuri..alhamdulillah...

psstt:pic tu suka la..ikhlas ngat senyuman pakcik tu

Aishah Nur Hakim said...

la tahzan pakcik..

semoga air mata dibawa bila bercinta dengan allah

Park Chick said...

Syah
hehe...an..an..an

Paklang
hehe..kuang3

Anon
hehe...jeng3

She-G
hehe..taraaa

Aishah
hehe...kebabom