BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 25, 2009

Seloka si Mamat

Semalam Mamat (cantik makna nama hang, Mamat=mati) mengetuk pintu-pintu taubat tapi hati Mamat enggan bertaubat. Hati yang cacat memaksa Mamat berehat pada hujung setiap nasihat. Nasihat demi nasihat hanya berkulat di sisi telinga Mamat. Lalat-lalat menghurungi telinga Mamat yang berkulat, buat menelurkan benih-benih maksiat. Seringkali Mamat terasa ralat dengan maksiat. Tapi "apa boleh buat", dosa-dosa sudah terpahat membuatkan Mamat rasa penat untuk bertaubat. Namun Mamat membulatkan tekad, biarlah badan dihurungi lalat, biar putus urat dan saraf...selagi mahkhluk bernama malaikat, belum datang membawa alamat hayat, Mamat akan terus bertaubat. Mamat akan terus bertaubat kerana yakin pada hakikat rahmat.

Hari ini, Mamat mengerah baki-baki sisa hayat buat mengetuk pintu-pintu rahmat. Mamat berpusing terkulat-kulat mencari arah pintu rahmat. Ada pintu dihiasi syahwat, ada pintu dihiasi azab, ada pintu dipenuhi kawat...mata Mamat menjadi sepet kerna Mamat tiada alamat, dimanakah gerangan si pintu rahmat? Mamat meredah pintu kawat, kaki Mamat menjadi cacat kerna terpijak duri maksiat. Lalu Mamat terlompat-lompat jatuh bersujud di penjuru solat. Mamat belajar suatu hakikat, Allah itu Maha Rahmat. 

Hari esok, Mamat berazam, segala janji akan dikotakan. Mulut basah dengan zikrullah, Mata ditunduk melihat dosa, Telinga dikorek mendengar nasihat, Tangan ditadah dipenghujung ibadah, Kaki melompat ke sejadah ibadat, Hati diajar mengingati mati, Perut disekat menahan syahwat. 

Mamat teresak-esak menunggu esok kerna yang pasti esok belum pasti.

May 21, 2009

Sebuah cerita yang sangat panjang dalam cerpen yang sangat pendek

Takdir menemukan aku dengan si fulan di saat aku sibuk menyusuri denai-denai ilmu. Takdir jualah yang meletakkan kami pada satu aras yang sama, sebagai sahabat sebumbung, sebagai sahabat sepintu. Akulah orang yang julung kali mendengar alunan dengkurnya diwaktu sifulan bergelimpangan dibuai mimpi.

Saat aku dan sifulan melakonkan babak-babak sukar untuk menyelami hati dan budi. Tika sibuk berbicara tentang kehidupan, lidah kami diajar tergigit. Aku tergigit lidahku disaat si fulan melatah tergigit lidahnya. Rajukku lebih sepurnama, keras si fulan jua lebih sepurnama. Biarpun sebumbung namun kami tidak sebahasa lagi. Dengkur yang dulu menjadi irama dodoian tidurku, kini seolah-olah guruh yang berdentum. Hatiku terbakar dan membakar sifat-sifat kemanusian, mengeluarkan api-api syaitan.

Kerja syaitan ini berpaksikan jalan yang sangat licik. Namun, kau tewas wahai syaitan laknatullah. Rahmat Allah mendamaikan aku dan si fulan, membuat kami bergenang air mata. Salam pertama di akhir solatku, menjelmakan wajah si fulan pada bola mataku. Salam kedua di akhir solat si fulan, menjelmakan wajah indahku pada bola mata si fulan. Tangan yang berjabat membuatkan bebola mata dipenuhi genangan air mata. Syaitan menggelupur, menyapukan wajahnya dengan debu-debu tatkala aku dan si fulan bergandingan dan berjalan seiringan pulang ke pangkal keinsafan. Panahan beracun si syaitan menjadi tawar, dengan rahmat Allah.

Bermula dari degup jantung itu, aku dan si fulan akrab bersaudara. Namun hakikat kehidupan hanyalah mainan, aku dan si fulan berpisah pada simpang kehidupan.

Sesekali bertemu bersama membuatkan aku terasa riang bahagia. Namun semuanya untuk seketika, perpisahan pasti menunggu pada setiap simpang masa. Air mataku bergenang  di saat tinta ini dicoretkan. Sukar untuk aku mengerti mengapa air mata terlalu murah pada perpisahan ini. Mungkinkah ini tanda kasih muslim bersaudara, tanda kasih sahabat?

May 17, 2009

Dosaku padamu (Aku terbujur kaku)

Aduh..mengeluh kaki runcingku. Sehari dua ini, jauh benar kupaksa kau berjalan, berputar-putar membuat jaulah sekitar pameran kerjaya di naungan PWTC ni. Otot-otot menjerit memohon rehat atas paksaan tawaf mengelilingi makhluk-makhluk. Tulang belakang berkeriyuk berbunyi seperti kuakan tingkap rumah lama. Tangan mengeluh letih, meyambut salam kertas-kertas promosi (fliers la, MLM kot, malaih nak baca). Leher terteleng-teleng kekiri dan kanan, memohon bantal empuk buat merebahkan diri. Mata merah menahan mengantuk yang teramat. Rambut halus digosok-gosok buat menghilang panas yang berehat.

Malam, kurehatkan kaki dan otot-otot yang jauh berjalan (jauh berjalan luas pemandangan, orang tua2 yang kata..betoi la tu..mata aku tak jemu-jemu dok mengusha). berdenyut-denyut kaki menahan asid laktik yang terkumpul (kalau otot kerja lebih, dia akan hasilkan asid,namanya asid laktik...asid ni yang wat otot kita rasa lemah kalo kita push sgt otot kita ni..hehe..ajaq basic2 biologi sikit). Saat dipembaringan, kaki penat mula terasa sejuk...rasa panas dibawa naik ke kepala, kepala menafsir mesej yang diterima..katanya aku jenuh bergerak, beribu-ribu langkah, tapi langkahku tanpa zikir dan fikir yang buatkan aku fakir..fakir pahala dari Allah Ta'ala. Kakiku maafkan aku..kakiku...aku berjanji bersaksi hawa panas malam ini..kau kurehatkan seawal-awal subuh...akan ku bawa kau berehat menuju solat di rumah ibadat (surau la tu).

Rasa kaki hilang dari perasaan. Rasa sejuk menerjah tulang belakang. Nota-nota gurindam sayu terbit dari jasad-jasad tulang yang berpadu membina tulang belakangku...di mana zikirmu buat membayar sendi-sendi pada tulangku?...dimana istighfarmu buat kifarah zalimmu? di mana rukukmu buat meluruskan aku mengadap Rabb-ku?...di mana..di mana..dimana? Tulangku, maafkan aku...akanku rehatkan mu lurus rukuk pada Allah Yang Alim. rasa panas pada tulang-belulang hilang bersama rasa panas di badan..rasa sejuk menjengah kiri dan kanan tanganku.

Tangan membuai-lambai diudara. Menadah ke hadrat Yang Esa. Ya Allah...aku diperlaku tanpa syariatmu..aku diperlaku tanpa mentaatimu...kakukanlah aku..aku tak mampu menopang tuanku... Wahai tanganku maafkan aku,aku bersalah padamu..aku berjanji bersaksi tubuhku yang mulai sejuk membeku...kau aku rehatkan pada biji-biji tasbih memuji Tuhan Yang Agung. Tanganku jatuh membuku, berlapik rapat diperutku (macam tangan orang meninggai).

Rasa sejuk menegakkan roma-roma pada leherku. Leher beritma menyatakan rasa kecewa..Tuan, panjang lehermu menjengah celahan manusia, mencari-cari asbab rezeki..kau lupa pada Rabb pemberi rezeki...aku malu pada Tuhan..aku malu bertuankan tuan. Leherku jangan begitu. Esok pasti ada rehatmu...kukeraskan kau buat menolak dahi menerjah sejadah. Ku janjikan rehat buatmu di disitu.

Dalam sayup-sayup aku di saat anak sakaratul-maut...mata membisikkan nista dan noda yang terpenjara. katanya dia penat melihat aurat, merah menahan syahwah...kasihan aku mencurah-curah padamu wahai mataku. Mataku maafkan aku...sibuk benar aku melontar pandangan kesana-kemari tanpa kawalan iman. Mataku aku berdosa..maafkan aku. 

Kakiku...Ototku...Tulangku...Tanganku...Leherku...Mataku...maafkanlah aku. Ya Allah...ampunkanlah daku.

Aku  terbujur kaku



May 14, 2009

KEPUTUSAN KABINET YANG MENETAP AGAMA ANAK BERDASARKAN AGAMA ASAL KETIKA PERKAHWINAN

PANDANGAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN MENGENAI KEPUTUSAN KABINET YANG MENETAP AGAMA ANAK BERDASARKAN AGAMA ASAL KETIKA PERKAHWINAN

Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;


Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.
Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.
Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.
Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.
Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.
Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.
Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.
Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.
Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.
Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.
Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.
Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.

peMIMPIN-ULAMA VS PROFESIONAL

Apa yang menjadi masalah adalah jika seseorang jahil atau tidak mahir pentadbiran dan siyasah tetapi ingin memerintah. Sekalipun dia memakai gelaran ‘ulama’ ataupun professional. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah baginda yang soleh dan warak Abu Zar al-Ghifari :

“Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim).

Namun Khalid bin al-Walid r.a. sekalipun Nabi s.a.w. pernah menegur dan membantah beberapa tindakannya yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda, tetap baginda pilih mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain, sekalipun mereka lebih berilmu dan dekat dengan Nabi s.a.w dibandingkan Khalid.

Al-Imam Ibn Taimiyyah dalam Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah menyebut: “Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani -walaupun padanya ada kejahatan- diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.

Maka tanggungjawab umat Islam sekarang bukan membincangkan ‘ulama’ atau ‘professional’ yang layak memerintah, tetapi melihat tanggungjawab jawatan tersebut dalam kerangka politik hari ini dan siapakah yang paling sesuai atau paling berkesan dalam mencapai matlamat sebuah negara yang adil dan dirahmati Allah. Isunya bukan isu gelaran, atau jenis pakaian, tetapi isu amanah dan kemampuan dalam mentadbir dan menguruskan kehidupan rakyat.

iBlis geLak beSaR

aku bangun tido pagi ini dengan rambut yang kusut masai, bantal usang berpetak-petak peta lama dan peta yang baru dilukis-senikan.Bau bantal pun sudah masam-masam susu. air iur basi (najis ikut mazhab syafie) aku sapu, bola mataku kutenyeh-tenyeh. Arghhhhhhhh...(aku menguap sampai berbunyi (ada ustat kata macam tulah bunyinya iblis gelak)..sedap sungguh dapat menggeliat (nikmat menggeliat yang Allah bagi pun kita tak mampu nak bayaq, tu pun xmau bersyukuq,cukuq kepala baru tau). Allhamdulillahhillazi..ahyana..ba'dama..amatana..wailaihinnusyur..(doa bangun tidoq, macam baguih baca doa tapi ni dah kali kedua baca doa bangun tidoq,lepaih subuh jangan tidoq,tak paham-paham. tidoq lepaih subuh 40hari berturut-turut boleh jadi papa kedana,ada orang bagitau ni hadis tp takat yang aku tau ni kata-kata ulamak atau hukamak,hangpa p tanya ustat la senang).


Aku mulakan pagi hari ini dengan mengadap komputer riba (laptop la tu, bahasa penulisan kena jaga, jangan rosakkan bahasa kita). Aku buka internet, buka suratkhabar (paper online), hari-hari asyik berita macam ini saja.aduh2. berita sipulan mengaku diri menteri besar (yb2...tak paham aku dengan hangpa semua). Aku pejam sebelah mata, aku curi-curi baca berita tersebut walaupun agak geli rasanya dihulu hati ini. Ya Allah, serabai dan kusut masainya masalah mereka ini...lebih serabai dari muka aku yang baru bangun tidur. Ya Allah, masamnya akhlak mereka ini...lebih masam dari bantal busuk aku yang berpeta itu. Ya Allah, kesiannya. Iblis gelak lagi besar.

May 13, 2009

LuaHan haTi inSan beRdoSa

May 1, 2009

SELAMAT

SElamat hari pekerja dan kesempatan cuti mesti ramai yang nak kawin...selamat pengantin baru.member2 pakcik pun ramai yang dah dan nak kawin sempena cuti ni.tahniah la untuk anda semua.selamat menempuh hidup baru