BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Nov 8, 2010

Peparu semput



Aku termenung sambil menghadap tembok konkrit yang menempatkan keluarga manusia dari rumpun yang berbeza. Mereka ini luhur jiwanya. Merentas laut yang jauh, buat mengutip rezeki yang ditakdirkan gugur di sini. Sesekali terasa rindu untuk memijak kaki ke tanah tumpah darah ibuku. Kembali ke persekitaran yang menyambut aku suatu tika dulu. Di bawah redup dedaun rimba, di bawah lindungan atap rumbia yang meyelit di celahnya bilah-bilah cahaya matahari. Peparu alam yang masih segar sihatnya menghembuskan angin yang menyentuh kulit tipisku tika itu.

Itu cerita dulu-dulu. Di sini, di persekitaran baru, aku tenang. Biarpun, anginnya dihembus peparu yang sudah uzur. Cahaya matahari di lindung konkrit yang keras. Aku tenang, biarpun tidur beralaskan kain yang dilipat. Seringkali, tidurku memohon bantuan hembusan nafas dari peparu plastik. Biarpun nyamuk-nyamuk sering membintatkan kulit. Biarpun tetangga sering melagukan irama-irama yang hanya mungkin mententeramkan hati mereka. Aku tenang.

Jiranku di kampong sebelah terpaksa mendayung rakit. Kasihan.

Sahabatku di kampong sebelah, entah madi entahkan tidak. Entahkan minum entahkan tidak. Biarpun khabarnya, air sudah mencecah seinci rongga nafas. Airnya memenuhi ruang rumah tanpa perlu dibayar.

Jiranku di jajahan berbeza terpaksa mencatu nafas yang disedut. Kasihan.

Sahabatku di kampong sebelah, entah berasap dapurnya entahkan tidak. Entahkan bernafas entahkan tidak. Biarpun khabar yang dibawa, api memanas tanpa perlu dibayar. Udara yang dulunya tak Nampak, kini jelas di mata.

Belasungkawa…



2 comments:

Syah said...

alhamdulillah... barang2 umah aku selamat... sempat angkat pi tingkat atas... alhamdulillah...

Anonymous said...

kamu, bila nk join misi banjir tuk bersihkan rmh2 sedara kamu kat sana?

akuhamba