BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Feb 6, 2010

Counterback-kenapa pulak tak boleh sambut valentine






Ini adalah counterback kepada entri terbaru Syah kat blog dia http://kisahsebuahperjalanan.blogspot.com/2010/02/jangan-sambut-valentine.html.

Pakcik masa awal-awal kenal Syah, kami suka bertekak, suka berbalah tentang sesuatu isu. Ada saja yang tak dipersetujui. So, untuk mengimbau kembali kenangan lama, pakcik saja2 nak lawan dan berbalah tentang isu yang dia bangkitkan "Jangan Sambut Valentine!!!". Dia letak tiga tanda seru (!!!), maknanya dia sungguh tak bagi sambut la tu, so ini ayat counterbacik dari pakcik "Sambutlah Valentine!!!".Haha. Syah dah tampilkan fatwa haram untuk menghalang kamu2 dari menyambut valentime.Jadi pakcik pun nak ber"petua" jugak sambutan2 yang leh kamu buat. Meh pakcik bagitau sambutan tu....

1) Sambutlah valentime dengan banyak2 istighfar sebab;

i- mungkin pada sambutan valentine yg lepas kamu2 masih belum dapat hidayah, mungkin bergembira menyambut valentime. Sekarang kamu dah sedar benda tu haram, maka banyak2lah beristighfar bersempena ulangtahun dosa kamu. Dalam satu riwayat yang cerita dia lebih kurang "apabila sampai satu kawasan yg Allah dah turunkan bala ke atas umat terdahulu, Rasulullah suruh sahabat2 cepatkan langkah dan beristighfar". 14 februari ni, sampailah kamu2 kat tarikh yg dahulunya kamu raikan (sedangkan ianya memaksiati perintah Allah dan Rasul-Nya) so tunggu pe lagi,banyak2lah istighfar. Jangan sesekali beralasan kamu buat dulu sebab tak tau (walopun betul kamu tak tau) sebab alasan tu sangat lemah dalam makhamah Allah. Perintah Allah untuk kita bertanya kepada yang alim bila kita tak tau, jangan buat dulu baru nak tanya tapi tanya dulu baru buat...tu sifat orang islam.


ii- kamu mungkin tak pernah sambut valentime tapi kamu biarkan saudara2 kamu, sahabat2 kamu, jiran2 kamu, masyarakat kamu bergembira menyambut sambutan yg haram jadah ni. Maka, banyak2lah beristighfar sebab kamu tak jalankan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran "amal makruf nahi mungkar". bangsa israel di azab Allah kerana bila dia lihat kemungkaran dia tegur ala2 je dan dia tetap bergaul mesra ngan pemaksiat. Allah satukan hati2 mereka ni. Sama2 jadi pendosa. (boleh rujuk kitab fadhail amal dan koleksi2 hadis yg lain).


iii- mungkin kamu pernah halang orang sambut valentine sedaya upaya kamu tetapi maksiat ini terlalu hebat dan terlalu banyak. Istighfarlah, moga Allah tidak menurunkan bala kerana bala tidak kenal yang sambut atau tidak. kalau Allah turunkan bala, bala tu akan kena kat semua orang tetapi bila dibangkitkan nanti kat masyhar, perhitungan dia lain2 la. Tapi bala ni azab woo, gerun pakcik dengaq.

2- Sambutlah Valentine dengan hisab diri dan bertafakur sejenak sebab;

i)- sambutan valentine yang lepas telah banyak memalitkan dosa2nya kat kamu2, duduklah sebentar pada ulangtahun dosa itu, hisablah dosa2 yg terpalit tu(berkaitan ngan penjelasan kat point no.1). Bila kita duduk tafakur dan mengenang dosa lalu, sesalan pasti mudah datang dan air mata akan murah untuk mencurah. Air mata yang gugur bila terkenangkan dosa pasti dapat memadamkan bakaran api neraka.

ii)-hisablah diri, berapa banyak masa yang kamu telah bagi untuk agama ini. ape kaitan ngan valentine? The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. Valentine ni antara orang yang bersungguh dalam sebarkan agama dia, menjadi simbol kesungguhan agama dia. so, hari ni berapa banyak kesungguhan kamu untuk sebarkan agama Islam. Kamu hakim terbaik untuk diri kamu.

iii)-tafakurlah sejenak, fikirlah apa akan jadi pada umat ini jika sambutan sebegini dibiarkan. Apakah kamu akan ketandusan doa dari anak2 dan generasi soleh solehah kerana mereka sudah hanyut dalam dakyah kesesatan. Lu pikir la sendiri.

3)-Sambutlah Valentine dengan doa hidayah kerana;

i)-tanpa taufik hidayah, nak sebut kalimah Allah pun kamu tak mampu begitu jugak sipulan dan sipulin yang meraikan musim mengawan ini. kalo nak sebut kalimah pun tak mampu, apa lagi nak tinggalkan kemaksiatan, jauh sangat. maka pohonlah, moga Allah kekal dan tambahkan hidayah dalam hati kamu, hati sipulan dan sipulin.

ii)-inilah tanda2 les-copaque punya iman yang ada dalam diri kamu. sekurang2nya masih ada. kamu masih merasakan bertanggungjawab atas kemungkaran lantas berdoa moga Allah memberi hiadyah-Nya kepada seluruh umat

iii) moga hidayah yang Allah bagi tu berkekalan dan Allah tak membalikkan hati kamu setelah Dia bagi hidayah.Doalah banyak2.


Itulah sedikit sebanyak sambutan yang boleh kamu2 lakukan menjelang tarikh mengawan ni.

Biasanya lepas tarikh ni maka bersepahlah benih2 haram, benih2 maksiat, benih2 dosa, benih mungkar.

tapi kalo kamu sambut macam "petua" pakcik...insyaAllah benih2 iman akan menunjang, benih amal2 akan bercambah, benih agama akan dipencarkan, benih pahala akan berantaian. InsyaAllah.

11 comments:

Anonymous said...

Anak aku mungkin lahir pada hari velentine...
Aku boleh sambut kelahirannya..
Hehe...

~Mokhtar~

Anonymous said...

pakcik thanx

taurus said...

time ni sedih ni.... p tgk sahbt kwin,ada lg tu shbt yg dpt anak tarikh ni pun ada.... ana gak melopong.... pakcik, anak pakcik ada ka x kwin lg..? hahahaha..... hai pertama kali ugkapan unik bak kata >kereta mayat< "haram jadah" diugkapkan oleh orng bernama muaz ni... wohaaaaa""""

Park Chick said...

hehe

mokhtar
tahniah.moga sukses n selamat d rantauan. jangan buh anak nama valentine dah la.keh3.Halimdin ok gak,ala2 valentine gitu.keh3.xpun Halimah-fatin.merepek

anon
anon thnax

tauruh
Anak pakcik kecik2 lagi. Lama tak maki, sesekali lepas gian. Sesekali nak perasa uniqe.keh3.budu3

Unknown said...

betul juga kata parkchick..atas cara org sambut la kan???lau sambut maal hijrah g desko pun...tak kena gaya gak yaaa

Aishah Nur Hakim said...

boleh pulak main counterback eh pakcik

Syahril said...

hoho counterback ek... takpa... disebabkan aku agak bz skrg... so aku lawan secara ringkas je laa... demi mengenangkan kisah lalu kita... hehehe...

aku tak bleh nak ckp "petua" hg tu salah... so aku cuma nak upgrade sket je...

"petua" hg mmg bgus... tapi aku rasa tak perlu kot tunggu time 14hb feb je... misal kata org tu penah sambut hari valentine ni... tak perlu hanya setahun sekali je istighfar byk2... bila sudah taubat nasuha... gerenti mai sekali sakala dlm fikiran psl dosa ni... so istighfarlah byk2... lepas solat tiap2 hari... tafakur dan merenunglah sejenak... mintalah doa hidayah... ye laa... hari2 sure kita bleh nampak psgn couple yg tak halal ni depan mata... sure akan buat org yg penah melaluinya akan teingat kembali dosa lampau... so tak perlu tunggu sambutan valentine ni...

2nd... aku tak setuju dgn istilah "sambut" dlm "petua" hg... sbb aku bpdpt ayat yg spatutnya... "TEMPUHILAH" hari valentine dgn "petua" daku... haaa... ada bezanya... "sambut" bermaksud kita menyokong hari tersebut... TEMPUHILAH juga bawa maksud berbeza... TEMPUH ni kita terpaksa lalui perkara yg tidak kita inginkan... baru je bincang dgn cikgu bahasa tadi... dari istilah bahasa Melayu kita... SAMBUT dgn TEMPUH bwk pengertian berbeza...

byk lagi yg aku nak hujah... tapi tak sempat... sbb skrg aku join sbg sukarelawan kat perlis utk kempen jangan sambut valentine... anjuran sekolah2 agama kat perlis ni... so aku TETAP KATA "JANGAN SAMBUT VALENTINE!!!!!!!!!!" hehehe...

p/s: alhamdulillah aku tak penah sambut valentine... dan dgn izin Allah... aku akan halang sedaya mungkin pemuda pemudi Islam sambut valentine ni...

Park Chick said...

She-G
kena paham2 tol makna sambut, bak kata syah

Aisyah
lawan tetap lawan, bak kata army

Syah
ni hujah hang
"petua" hg mmg bgus... tapi aku rasa tak perlu kot tunggu time 14hb feb je...

ni aku punya jawapan
Dalam satu riwayat yang cerita dia lebih kurang "apabila sampai satu kawasan yg Allah dah turunkan bala ke atas umat terdahulu, Rasulullah suruh sahabat2 cepatkan langkah dan beristighfar". 14 februari ni, sampailah kamu2 kat tarikh yg dahulunya kamu raikan (sedangkan ianya memaksiati perintah Allah dan Rasul-Nya) so tunggu pe lagi,cepat2lah tinggalkan dan banyak2lah istighfar .

haha-bukan menunggu2 tapi dah sampai kat tarikh tu, dah tempuh, bak kata hang

ni hujah hang
2nd... aku tak setuju dgn istilah "sambut" dlm "petua" hg... sbb aku bpdpt ayat yg spatutnya... "TEMPUHILAH" hari valentine dgn "petua" daku... haaa... ada bezanya... "sambut" bermaksud kita menyokong hari tersebut... TEMPUHILAH juga bawa maksud berbeza... TEMPUH ni kita terpaksa lalui perkara yg tidak kita inginkan...

jawapan aku
makna sambut mengikut kamus ada banyak maksud.makna yg lebih menghampiri maksud sambut yg aku maksudkan ialah menerima kedatangan.valentine akan datang tiap2 tahun,tamsil mudah bagi ayat aku "sambutlah valentine" ialah terimalah kedatangan valentine.sejauh mana kita nak nafi, valentine datang jugak, so kita kena terima/sambut kedatangan dia.sambut pulak leh macam2 cara...cth ayat."kedatangannya disambut dengan hinaan dan makian".adalah sambut dalam ayat ni menggambarkan sokongan atau meraikan.tanyalah cikgu bahasa melayu.haha.

aku pun nak hujah panjang2,nasib baik hang xdak masa.keh3

Syahril said...

haha hg mmg pndai hujah... takpa laa... mana2 pun... kalo digabungkan semua... kesimpulan kat sini...

valentine tak boleh disambut kecuali disambut dengan taubat dan penyesalan...

kalo ada ayat yg lebih power or tepat... silakan... hehehe...

p/s:raya cina ni hg blk kg tak?

Park Chick said...

keh3...bukan nak hujah pun saje je gedik. kesimpulan dia tetap sama saje je nak bercakap dari sudut berlainan.pandand dr sudut negatif (bak kata cosmas).cosmas dah kawin dah.alok..ini cosmas. aku balik raya cina tp lambat ckt, ak balik selasa insyAllah. bukan nak sambut raya cina n bukan nak tempuh raya cina tp nak balik kg tercinta.

Anonymous said...

pakcik,

izinkan daku copy artikel ni, menarik la...unique point of view,

thanks ya