Dah nak habis april dah...dunia2...
Apr 28, 2011
Mar 29, 2011
Feb 24, 2011
Haram Jadah mungkin perkataan paling sopan
Sikap kejam pencuri beras
azli.adlan@kosmo.com.my
S
IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.
MAAF AKU TERPAKSA ABADIKAN GAMBAQ HANGPA DI BLOG NI. BIAQ SAPA2 YANG MUNGKIN BACA BLOG AKU DAPAT TGK MUKA ORANG YANG TERLIBAT
Posted by Park Chick at 11:43 AM 6 comments
Jan 29, 2011
Januari...bulan yang memenatkan dan aku menjadi sibuk secara tiba-tiba
Posted by Park Chick at 3:20 PM 2 comments