BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 26, 2010

Kesanggupan yang tiada bermanfaat

Apabila cinta kepada makhluk melebihi cinta kepada Khaliq


1) Sanggup mendedahkan aurat untuk menyukakan makhluk yang dicintai
2) Sanggup mendedahkan aurat untuk melukakan makhluk yang dicintai
3) Sanggup meninggalkan solat untuk mengejar habuan duniawi
4) Sanggup mengkhianti amanah untuk mendapat laba duniawi
5) Sanggup bertikam lidah untuk makhluk yang dicintai
6) Sangup bermandi darah untuk makhluk yang dicintai
7) Sanggup bermandi peluh untuk makhluk yang dicintai

Ya Allah...ampunkan dosa-ku seandainya cintaku tinggi kepada makhluk, selamatkan aku dari cinta makhluk, jauhkan aku dari fitnah makhluk..amin

Apr 22, 2010

Aku masih mampu tersenyum



Ya Allah..hura-haranya dunia aku.

Rasanya tempurung kepalaku terlalu keras (syukur, kerana KAu cipta ianya keras.Kalau tak dah lama dah berterabur isi otak aku akibat tekanan yang kuat dari dalam).

Kaki ini masih kuat menopang (syukur, Kau cipta ianya kuat menahan.Kalau tak, nescaya aku sudah rebah menyembah bumi dek tak tahan tekan yang menimbun di pundak ini.

Aku pasti Abah, Mak dan adik beradik pasti bersama aku berkongsi saat2 sukar ini...kerana itulah...sukarnya menjadi rahsia antara aku dan mereka. Biarlah aku menanggung sendiri.

Saat senang aku, mungkin ramai di sekeliling. Mungkin aku pernah mendamaikan perit kamu yang berada di sekeliling aku.mungkin.Tapi, tak pernah aku berharap tolongku dibalas tolong.kamu juga makhluk. Cukuplah Allah penolong bagiku.

Saat isi hati ini dicetak, air mata masih tertahan kerana aku lelaki. Moga Allah pilih aku untuk mengalirkannya pada tempat dan masa yang terbaik.

Aku masih mampu tersenyum.Syukur.