BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 28, 2010

entahla

Salam alaik...just a few minutes before publishing this entry, pakcik has nothing to post in this blog. Pakcik was helping a friend, doing orygamy, keh3...using old newspaper (sulat kaba lama). Actually, pakcik help friend to create an envelope to put plant samples. letihnya nak tulis english.broken. sebab pakcik baca paper star, so gatai nak tulih english. artikel dia tajuk "Sharing, caring and bitching". dia tulih sal twitter, facebook, friendster. nasib baik nak masukkan blog.terjejas holy blog.keh3. so pakcik nak tambah ckit lg..sepatutnya tajuk dia macam ni "Sharing, caring, bitching, losing, exposing, crying, ying4...". ape ntah pakcik merepek, selamat merenung

Jan 18, 2010

Seramai 4.39j layak mengundi belum daftar sebagai pemilih


Seramai 4.39j layak mengundi belum daftar sebagai pemilih

18/01/2010 2:35pm

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang. - Bernama


Respon pakcik- ahli2 akademi, ngo, parti politik silalah wat research kenapa ramai yang takmo berdaftar. Yang pasti bukan sebab mereka xrasa bertanggungjawab, "ada sesuatu yang menghalang".


PCK

- tenang2 air masin, jangan sangka tiada buaya

-tepuk meja kedai kopi, tanya pengundi kenapa taknak mengundi

-tepuk dahi yang tak berkerut melihat umat, tanya pengundi kenapa taknak mengundi

-kalau mereka takmahu mengundi, jangan salahkan mereka takpandai mengundi, salahkan papan berjongkang-jungkit

-kenapa disalak pada bukit, sedang yang mengorek bukit bukan anjing tetapi ramai orang asing yang terasing

-sambil menyelam minum air, tapi hanya air kopi yang diminum..air kosong entah ke mana