BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 29, 2009

Sebuah Drama Swasta-"Kisah Sebuah Perjalanan"

'Kisah Sebuah Perjalanan- HIDUP KITA MEMANG SEBUAH PERJALANAN... SEMUA MENUJU KE ARAH YANG SAMA WALAUPUN KADANGKALA DENGAN KENDERAAN BERBEZA... PERJALANAN MENUJU ALLAH... BERWASPADALAH AGAR KITA TIDAK TERSALAH JALAN... SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI...'


Aik....macam kenai ja ayat kat atas tu.sapa punya agaknya. jappp2..nak bersin..munchyyyyyyyyyyy.Allhamdulillah. (Hak sorang muslim ialah didoakan bila dia bersin, hangpa jawab la YarhamkAllah.so pakcik jawab, Yahdikumullah.).Hehe.

Berinsipirasikan ayat di atas maka terhasil sebuah kisah perjalanan. Pelakon2 tambahan ialah...Ahmad Syahril (dah banyak belas drama swasta dia jadi pelakon tambahan, selalunya watak dia dimatikan saat2 awal drama), Mokhtar (selalunya wakta dia tok mudim, ustaz, penggali kubur...watak dia biasanya muncul scene sedih atau keinsafan je), Paklang (selalunya watak dia ialah bouncer kepada tukang masak, tukang angkut tong gas, kaki pukul..watak2 jahat la.tp pernah dapat 1watak baik, dia jadi orang buta), Akuhamba (dia ni watak dia biasanya mistik sikit, kadang2 jadi hantu, nenek kebayan, ibu peri...hmm), Aishah (dia ni biasanya watak dia dalam drama, biasanya...time2 sedih gak...waktu memerlukan babak2 air mata..tp pernah gak jadi watak tempelan dalam drama racing kereta).Last sekali teraju utama semestinya hero dalam citer ni, tak lain, tak bukan...jeng3..Pakcik (dia tak pernah pegang watak tempelan sebab dia yg byk tulis skrip, dia berlakon dlm citer yg dia tulih je).

Maka drama sebuah perjalanan pun bermula...

Scene 1
Ahmad Syahril
Sekarang kau sedang memandu sendirian.
Di jalan yang penuh kenderaan.
Walaupun aku tahu kau kesunyian, pinta berteman.
Walaupun aku tahu kau kekadang ketakutan.
Sesekali memandang cermin pandang belakang.
Takutkan hantu jua jembalang.
InsyaAllah dalam sikit kilometer lagi ada yang mahu menumpang.
Dia cukup berani, jika kau takut dalam perjalanan.
Dia cukup lembut, jikau kau bencikan keganasan.
Tapi barang diingat...
Pandu Cermat
Jiwa selamat.
Usah terburu
mengejar waktu
kerana dia sabar menunggu.
Tatkala berduanya kamu
fokus matamu tatkala memandu
sesekali lemparkan jeling malu
kan kau lihat dia senyum teripu.
(ingat kalo hangpa tengah dalam perjalanan, kalo ternampak benda pelik kat tepi jalan...jangan dua2 hangpa dpk pandang benda tu..sat lagi hangpa terbabas dan terpanjat bukit)


Scene 2
Mokhtar
Biarpun kau sudah berteman
Tetapi sisimu masih lengang
Kamu berdua sedang berjauhan
Bersabarlah, dia pergi untuk seketika
Buat menyiapkan keperluan kamu berdua
Kamu laju..Myvi nama kau punya kereta
Dia tersipu...menunggang kereta kuda
Tapi..ingat
Pandu cermat
Jiwa Selamat
kamu pasti bertemu disuatu simpang
sambutlah dia dengan kasih sayang
berkongsilah rasa hati
pandulah berhati-hati
(Kalo hang pasang air-cond ketika memandu...jangan lepaskan kentut dalam kereta, lepaskan saja kentut di tangga)


Scene 3
Paklang
Perjalananmu masih keseorangan
Kekadang kau menoleh ke kiri
Berkhayal dia ada di sisi
Dia menunggumu di hentian hadapan
Sabar dan pandulah dengan perlahan
pandu cermat
jiwa selamat
(kalo rasa2 nak laju pun xyah la pasang tong gas kat kereta..orang pasang NOS tau)


Scene 4
akuhamba
kau memang hebat memandu
merempit-memecut, "orang cakap dia memang laju"
tapi usah terburu-buru
patuhilah arahan dan isyarat di lampu
merah pasti bertukar hijau
cuma perlu sabar meninjau
Pandu cermat
jiwa selamat
(petrol jangan lupa nak isi pulak)

Scene 5
Aisyah
Terlalu asyik kau memandu
sesekali berkereta kau beradu
laju lah laju
jangan melulu
pandulah perjalananmu berhati-hati
ikut arahan dan gerak hati
Kalau penat
berhentilah di tempat rehat dan rawat
mungkin temanmu
menunggumu di situ
(jangan terlupa kunci kereta)


Scene Penamat
Pakcik
Hanya berkayuh yang aku mampu
Melihat kamu-kamu memandu laju
Kekadang kupenat
kuberhenti rehat
(alamak lupa skripla..)

The End
(simple je cerita ni...hangpa dah dapat skrip hangpa kan...so balik hapai skrip...)

Aug 28, 2009

Pakcik terkam si AraB..Pakcik terkam si Uztaz

Malam tadi abis solat tarawikh...pakcik terkam si mamat arab.pakcik pun speaking ala broken


"salam alaik (dia jwm slm alaik)...sorry, they are performing solat witir.If I follow them but with performing solat tarawikh..can or not?"

"sure2..can".

Baru beberapa minit sebelum entry ni dipostkan...pakcik sedang bagi makan kat WaKaP pakcik kat petrol station.WaKaP xnak pose. Abih je isi minyak (Primax 95-formula baru tu,isi petronas je, shell dah lama boikot) pakcik nak start moto..ternampaklah ustaz Rahim (Bekas pensyarah kat UPM tengah bayaq nak isi minyak, dia ni power bab2 syariah kekeluargaan, sempat ikut kuliah dia kat surau). Maka pakcik start moto dan parking depan petronas tu. pakcik terkam dia pulak.

"Assalamualikum ustaz".pakcik menguntum senyum supaya tenggelam cahaya dosa dari muka pakcik.

"Waalaikumussalam, apa khabar?"dia sambut salam.bersih tol muke dia, pakai pencucui muke cap apa ntah

"Baik...mmm,ustaz nak tanya ckit"

"Boleh2".jawab ustaz.boleh aje..kalo pakcik..hehe..konpem xleh sebab xtau nak jawab

"Kalo solat tarawikh dah abis, yang buat 8 la, pastu tengah solat witir,kalo saya niat tarawikh dan jadi makmum,leh ke ustaz"

"boleh2..xde masalah".ustaz jawab

"kalo dia buat 2 je la kan, kalo tiga xboleh kan ustaz"pakcik confirmkan lg

"ha..betol2...3 xleh"ustaz jawab

"ok..terima kasih ustaz, selamat berpuasa"

"sama2..ni nak kemana ni"ustaz tanya.mungkin dia nampak pakcik tergesa-gesa. Pakcik xmo dok lama2, takut2 dia leh baca air muka pakcik yg banyak dosa ni.malu.

"nak pergi upm"jawab pakcik

Pakcik senyum dan beredar.alamak lupa nak bagi salam da.

so, kawan2..kalo tempat hangpa wat 8 rakaat..pastu dia sambung witir..dua tu leh la ikut jd makmum (walopun niat tarawikh)..kalo dia wat 3..xleh la ikut.pakcik mmg dok wat dah..tp pakcik ada penyakit sikit..kalo org tanya mula la was2..Alhamdulillah dah dapat kepastian.renung2kan,selamat beramal.

pck-teruskan antar doa untuk mamat, doa mamat anda tentukan