sedutan filem lasykar pelangi...kisah yang memberi kesan dalam jiwa pakcik. ambillah sedikit masa, tontonlah cerita ni.
Jul 17, 2010
Jul 13, 2010
Contohilah mereka...produktif
KUALA LUMPUR 12 Julai - Kadar kelahiran bayi di Malaysia dijangka terus menurun sehingga ke paras bawah dua peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya faktor melengahkan perkahwinan dan sukar mengimbangi antara kerjaya dan keluarga terus berlaku. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seia Kie berkata, situasi itu membimbangkan kerana ia akan menyebabkan struktur kependudukan negara menuju kepada peningkatan golongan warga tua. "Ketika ini peratusan kadar kelahiran bayi adalah 2.2 peratus berbanding 2.6 peratus pada 2000. Angka itu akan terus menurun di bawah dua peratus pada 2030. "Peningkatan warga tua berbanding golongan muda bukan sahaja akan memberi kesan kepada pertumbuhan penduduk tetapi juga daya maju negara," katanya. pck-awatlah hangpa malas nak beranak...iss3...yang beranak dok buang pun tak guna jugak. tahniah buat she-G, pak lang,mokhtar, syah (teruskan usaha) kerana produktif, contohilah mereka ini.salam alaikMalaysia dihuni warga tua?
pengarang@utusan.com.my
Posted by Park Chick at 9:29 AM 5 comments
