BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 2, 2010

entri yg bersifat komen

akuhamba
hehe..xtua sgt,maintain lg

syah
macam2.sebab hang punye komen melebihi entri aku,no komen.

ikasofiyah
macam2...no komen

sheG
macam2..no komen

pck; pesan utk diri ini yg faqir, malangnya aku hanya menilai rugi,muflis dan untung berdasarkan mata yg menipu, dasarkan pd zahir bererti melihat melalui pandangan keduniaan.lalu aku mencari erti rugi,muflis dan untung yg sebenar


ni orang yang sebenar-benar rugi;

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.”

(Surah Al-Munafiquun : ayat 9)

Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.”
(Surah Al-Hadid :ayat 20

ni org yg benar2 muflis
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Adakah kamu tahu siapa orang muflis? Jawab sahabat, orang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesungguhnya orang muflis daripada umatku ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka dibahagi-bahagi kebaikannya tadi kepada orang-orang itu. Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

ni org yg benar2 untung;

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
(Surah As-Shoff : ayat 10 dan 11)

Jun 1, 2010

Matemati Mudah walaupun dalam PPSMI

Sekadar gambar hiasan-jangan politikkan


Pakcik sangat lemah dalam ilmu matematik...hari ni 1jun2010, pakcik sedang membuat kira2 matematik mudah. Mujur ada kalkulator di sisi, sangat membantu.

Matematik mudah

Kalau umur aku cuma 120 tahun, aku dan menghabiskan 1/3 dari usiaku...dan hanya tinggal 80 tahun untuk aku habiskan.

Kalau hayat aku cuma 80 tahun, aku dah menghabiskan separuh dari usiaku...dan hanya tinggal 40 tahun untuk aku habiskan.

Kalau hayat aku cuma 40 tahun 20 hari......aku dah menghabiskan 99 % dari usiaku...dan hanya tinggal 19 hari untuk aku habiskan.

kalau hayat aku cuma 40 tahun 20 jam...hari ni adalah hari terakhir aku...dan hanya tinggal lebih kurang 10jam untuk aku habiskan.

bagaimana nak aku habiskan usia yang masih bersisa...kalau hayatku 120tahun...nampaknya masih panjang perjalanan hidup aku..masih sempat ber'joli'.tetapi agak mustahil umat akhir ini mencecah umur sebegitu 'season'.
...kalau hayatku 80 tahun, masih tinggal separuh..masih agak jauh.tetapi agak 'ambitious' kalau aku memandang umur ini.
...kalau hanya tinggal 20hari,hmm...takde ruang lagi untuk aku 'bermaksiat'
...kalau hanya tinggal 10 jam lagi,huhu...masihkah terbuka ruang pintu taubat.

'ingat mati ingat sakit...ingatlah saat kau sulit...ingat taubat,ingatlah akhirat'-waliband.