BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sep 17, 2009

Surat-ku untuk-mu


Parkchick bin Torquechick

No. 25 Jalan Kaki,

Taman Cewek, Lorong Ayam

010684, Ahli Mangku Bumi.

1 Syawal 1430 Hijrah

Assalamulaikum,

Menemui tetamuku, saudara Ramadhan yang kini berada di hujung perjalanan. Semoga kedatangan surat ini tidak mengganggu perjalanan saudara. Moga-moga saudara sihat-sihat hendaknya. Tujuan Parkchik menulis surat ini ialah untuk melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur atas kesudian saudara hadir menemani hidup Parkchick. Walaupun pertemuan kita tidak lama tetapi Parkchick amat-amat menghargai kehadiran saudara.

Rasanya masa terlalu cepat berlalu. Masihkah saudara ingat sewaktu mula-mula saudara sampai ke pondok buruk parkchick. Maafkan parkchick kerana kurang bersedia untuk menyambur kehadiran saudara Ramadhan. Parkchick akui dan akur semua itu adalah atas kelemahan dan kecuaian Parkchick. Maafkan Parkchick kerana bersikap acuh tidak acuh sewaktu menyambut kehadiran saudara. Jika saudara perasan riak wajah Parkchick sewaktu itu, Parkchick seakan gusar dengan kehadiran saudara. Moga-moga saudara dapat memaafkan kesilapan Parkchick.

Sewaktu sepuluh hari permulaan saudara menemani Parkchick, terasa suatu suasana yang sangat tenang. Ketenangan yang belum pernah Parkchick rasai sebelum ini. Ingatkah lagi saudara, sewaktu kita bersama-sama pergi bersolat tarawikh. Parkchick masih ingat teguran saudara kepada Parkchic, saudara meminta Parkchick supaya ikhlas dalam beramal dan bersegera ke arah kebaikan. Parkchick takkan lupakan malam-malam yang saudara kejutkan Parkchick. Sekali lagi saudara menegur parkchick kerana membazir waktu untuk makan dan minum. Kata saudara, Parkchick terlalu menghabiskan masa untuk makan dan minum. Parkchick naik angin mendengar teguran saudara, tetapi saudara bijak mententeramkan parkchick. Kini parkchick bersyukur kerana teguran saudara membuatkan Parkchick bangkit dari lena yang panjang.

Begitulah berlalu hari-hari kita bersama. Pernah pada suatu pagi, saudara mengejutkan Parkchick untuk bangun. Mungkin kerana perut ini terlalu dipenuhi makanan, prarkchick susah untuk bangun. Kata-kata semangat yang saudara bisikkan ke telinga Parkchick memaksa untuk Parkchick bangun. Dengan mata yang terpejam, Parkchick membonceng saudara untuk berjemaah. Hujan yang turun tiba-tiba membuatkan Parkchick hiba. Satu peristiwa yang menyentap hati Parkchick juga telah berlaku. Peristiwa yang menyedarkan Parkchick kepada hakikat kehidupan dan kematian. Parkchcik menangis mengenangkan kesudahn hidup Parkchick. Masih banyak pengalaman yang Parkchick ingin kongsikan bersama kamu tetapi “biarlah rahsia”. Parkchick pasti saudara Ramadhan masih ingat dendangan lagu itu.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Di saat surat ini ditulis, air mata Parkchick terlalu murah. Parkchick akan sentiasa mengingati dan merindui kehadiran saudara. Moga-moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi. Segala nasihat dan tunjuk ajar saudara akan tersemat kukuh di hati Parkchick. Berjumpa lagi di lain waktu.

Sahabatmu,

Parkchick

(Friendship forever).

pakcik- Saat kamu-kamu baca surat ni, parkchick dah balik kampung dah. Rumah pakcik takdak internet, kita berjumpa lagi lepas cuti. Pakcik cuti seminggu..hahaha. Selamat hari Raya, Maap zahir Batin, Terkasaq bahasa hangpa maapkan la ye, Terlaser bicara hangpa maapkan la ye, termengumpat hangpa maapkan la ye, kalo ada hutang cikit2, halalkan la ye, termakan ke, terminum ke, terguna barang tanpa ijin ke. kalo ini entry terakhir pakcik, hangpa abadikan kenangan ni sebagai kenangan manis.

Sep 14, 2009

Mamat, Syurga dan Dot3

(sebuah kisah perjalanan Mamat, banyak kali Mamat suruh pakcik post entry ni..pakcik cakap pakcik takut kena ISA, pakcik takut kena "boooooo", pakcik takut dituduh munafik...pakcik takut la Mamat, tapi sudahnya pakcik post jugak)


Gerak kaki Mamat menghayun langkah melintasi sebuah perkampungan di pinggir sebuah benua. Mulut Mamat terkumat-kumit sambil di tangannya adalah sekeping lembaran yang bertinta. Mamat lagaknya terlalu asyik membaca dan memahami tinta-tinta yang tercoret pada lembaran itu.

Kata/PeribahasaTakrifSumber
penyokong1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong.Kamus Pelajar
penyokong2 orang yg memberikan sokongan atau bantuan; penolong.Kamus Pelajar
penyokong1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka.Kamus Dewan Edisi Tiga
penyokong1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka.Kamus Dewan Edisi Empat

Menjelang dinihari, Mamat memasuki sebuah penempatan yang baharu. Tatkala kaki kanan melangkah melepasi persempadan kampung yang baharu itu, lembaran tadi dilipat rapi lalu di semadikan ke dalam kocek bajunya, di sebelah dada kiri, dekat di hati. Mamat berjalan melewati lautan manusia yang sibuk berhimpun mengerumuni pondok-pondok yang tersergam.

Mamat memasuki ruang legar pondok yang sulung. Pada pintu gerbangnya tertulis Pertubuhan Mizan. Ramai di kalangan masyarakat pondok itu memakai penutup kepala berwarna hitam. Agak unik. Ketibaan Mamat disambut dengan paluan kompang mesra dan salam yang bertaut. Mamat memasuki ruang di dalam pondok, matanya sibuk meninjau. Mamat puas meninjau lalu keluar mengambil angin segar. Serentak terpacul wajah Mamat di luar pondok, mulut mamat spontan menjerit ke arah Tok Batin pondok itu;

'Penyokong Mizan tak boleh masuk syurga'.

Jeritan Mamat disambut oleh jeritan penyokong-penyokong dari pondok sebelah-menyebelah. Penyokong-penyokong di pondok 'Pertubuhan Mizan' naik berang lalu mengejar Mamat. Mamat berlari-lari anak ke pondok sebelah. Hasratnya mahu memohon perlindungan. Hati Mamat berbunga, datangnya bersambut. Tepukan bergemuruh. Mamat mendongak ke langit, membaca tinta yang dicoretkan pada pintu gerbang pondok itu. Pertubuhan Roket, Mamat mengeluarkan buku catitan dari kocek bajunya. Dituliskan patah kata roket sambil hati bertanya, apakah mafhum roket? Mamat diapit, diiringi masuk kedalam pondok Roket. Seketika waktu, Mamat keluar sambil berjalan laju menuju ke arah pintu gerbang. Sesampai di muka pintu, Mamat berteriak;

'Penyokong Roket tak boleh masuk syurga'.

Anjing-anjing hidup dilepaskan dari kandang-kandang Pertubuhan Roket buat mengejar Mamat. Mamat berlari-lari anak menuju ke pondok yang baharu. Mamat beryukur kerna dia selamat dari kejaran anjing-anjing Roket. Pertubuhan Khusuf aka Kusuf. aka? Mamat sekali lagi mencatatnya di buku catitan. Ahli-ahli di pondok ini senyum mencuka kepada Mamat. Mamat tidak mengendahkan mereka lantas masuk meninjau ke pondok mereka. Seketika, Mamat berlai-lari anak seraya berteriak;

'Penyokong Khusuf tak boleh masuk syurga'.

"Boooooooooooooo". Gerangan bunyi apakah itu? Ahli-ahli penyokong Khusuf membuat hadangan dan halangan di jalanan. Mamat menepis dan melompat. Mamat bersyukur, buat kesekian kalinya dia terselamat dari kepungan manusia itu.

Pertubuhan Qamar. Inilah pondok terakhir di perkampungan ini. Mamat disambut dengan layanan masam-masam manis. Perempuan-perempuan mereka sangat cantik, hati Mamat berbunga. Mamat melarikan pandangan dari perempuan-perempuan cantik itu. Lantas kaki melangkah masuk ke pondok di situ. Mamat keluar sambil tersenyum. Mamat memecut lari dan menjerit;

'Penyokong Qamar tak boleh masuk syurga'.

Lelaki-lelaki di situ menjerit memaki-mahun Mamat. Munafik...munafik...munafik, kata mereka. Mamat sempat mencatatkan kata munafik pada buku catitannya. Perempuan-perempuan cantik tadi turut menjerit ke arah Mamat. Hati Mamat berbisik, 'cis, kurang cantik rupanya'. Ahli-ahli Qamar mengejar Mamat, Mamt berlari laju. Di depannya ahli-ahli Khusuf membuat hadangan. Mamat membelok ke kanan, ahli-ahli Mizan menunggu garang. Mamat berpusing berlari ke belakang, anjing-anjing Roket menyalak garang. Mamat terkepung.

Mamat ditangkap dan diseret. Kaki, tangan, mulut dan matanya diikita. Tetapi telinga Mamat masih dapat menangkap kata-kata jeritan;

Mansuhkan ISA
BOooooooooooo
Satu Malaysia
Ganyang Malaysia
Reformasi
Hudud
Zina
Tuduh zina
Fitnah
Korupsi
Sweeping Malaysia
Munafik

Mamat menghafal bait-bait kata ini kerna tangan berikat untuk mencatat.

Mamat dikurung dalam sangkar yang berbau najis. Mata Mamat sudah dibuka tali yang mengikat tetapi mulut, kaki dan tangan mamat masih berikat. Di dalam sangkar diletakkan pisang sesikat. Mamat teringin untuk makan kerana perjalanan ini amat memenatkan, perutnya kosong tanpa diisi tetapi telingan kenyang dengan kata makian. Mamat mendengar jeritan paduan empat suara dari luar sangkar.

"Mengapa penyokong kami tidak masuk syurga"

Mereka mengherdik Mamat meminta jawapan.

"cepat, jelaskan wahai munafik"
"cepat, jelaskan wahai pengzalim"
"cepat, jelaskan wahai racist"
"cepat, jelaskan wahai ekstremis"

Mamat mahu bersuara tetapi apakan daya, mulut masih berikat. Angin kuat bertiup merungkaikan ikatan mulut Mamat. Merungkaikan ikatan pada tangan dan kaki Mamat. Mamat bangkit berdiri, mengeluarkan lembaran bertinta dari kocek. Membelek-belek untuk seketika. Mamat bersuara;

"Wahai manusia dari kumpulan roket, kamu berbeza pegangan iman-mu dengan iman-ku.Kamu tak boleh masuk syurga selagi kamu berpegang teguh kepada iman-mu"

"Wahai penyokong dari kumpulan Mizan, kumpulan Qamar dan kumpulan Khusuf, ramai penyokong-mu yang pegangan iman-nya sama dengan imanku tetapi masih kedapatan di kalangan penyokong-mu yang berpegang pada iman yang lain, penyokong kamu yang sedemikian tak boleh masuk syurga"

Suasananya sepi seketika. Angin bertiup lagi. Sangkar yang mengurung Mamat terbuka, tatkala penyokong-penyokong kumpulan Mizan, kumpulan Qamar dan kumpulan Khusuf dan kumpulan Roket masih termanggu-manggu. Mamat membuka langkah seribu, beredar dari situ sambil menjinjing sesikat pisang.