BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 5, 2009

MenanGGung piLu


Disebalik kaca aku melihat,
Kerana islam, saudaraku dipijak dan dicaci,
Oleh bedilan dan letupan meriam,
Puak zionis penzalim insan,

Daging-daging ini dihancurkan berita maut,
Tulang-temulang digigit pilu,
Aku bersahabat sahut menyahut,
Berarak aku, mereka bersepanduk,
Merentangkan rasa sedih dan pilu,
Namun sedih ini masih tertahan,
Kerana islam, saudaraku terkorban.

Didepan mata aku melihat,
Kerana saudara, islamku dipijak dan dicaci,
Tiang agama digoncang sesuka hati,
Sunnah digumpal, dicampak ke lantai,
Mereka yang bersepanduk turut bersama,
Sedihnya ghaib bersama sepanduk,
Sedihku tidak tertahan lagi,
Kerana saudaraku korbankan islam.

Jan 1, 2009

TahUn BAru

Assalamualikum w.b.t

Maha Hebat Allah S.W.T, Allah S.W.T dengan limpah rahimNya masih memberikan kita kesempatan berhijrah ke tahun yang baharu 1430 H bersamaan 2009 M. Bertaubatlah atas hari-hari yang telah berlalu. Moga Alalh mengampunkan hayat yang lepas dan merahmati hayat yang masih bersisa.