BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 4, 2010

Ajaran 'TAKSIR' + 'INF***' = SESAT

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan rasa fitrah untuk beragama dan mencari Tuhan. Manusia dilahirkan dalam sifat kejahilan yang seringkali mengharapkan dokongan dan pimpinan. Allah dengan rahmat-Nya mengutuskan utusan-utusannya yang terdiri dari para ambiak dan rasul untuk mendokong dan membimbing manusia. Manusia yang mencari Alllah dan agama dengan kejahilan seringkalo terpedaya dengan jalan yang dijumpai.

Hehe…tu intro je. Semenaqnya hari ni dalam artikel ni,pakcik nak berkongsikan 1ajaran 1kesesatan (jgn poltikkan, xde kena mengena ngan kerajaan 1malaysia).

Hati-hati sebab walaupun ajaran ni sangat kelakar dengan hujan yang sangat serabai tapi agak ramai yang terjebak. Dia mai dengan macam-macam nama…sebagai contoh pemuda kahfi, ajaran quran suci dan dot3 lagi..yang nama asal dia ialah NII (Negara islam Indonesia, banyak tol ajaran sesat dari Negara ni).

Modus operandi dia sama je…

1) bawa sipulan2 yang berminat soal agama- Kadang2 dia tutup mata (nak rahsiakan tempat la konon, ceh).

2) Si jurucakap (kononnya cam pengajar la) ni biasanya pakai smart2 je..pakai kemeja, slack, kadang2 tali leher pun ada. Dia tak pakai kopiah, xsimpan janggut, pendek kata takdak gaya ustaz lagsung (sebab katanya tu semua bukan sunnah tapi sunat je (pekejadahnya!)

2) Ayat biasa yang diguna nak ajar tafsir al-quran- tafsir quran ikut suka hati dia ja. Meh nak perturun sikit cara dia tafsir quran

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun. (Qs. 4 an-Nisaa' :43)


Dia dia punya tafsir;
Maksud ayat diatas menurut mereka adalah mabuk bukan berarti kita habis minum alkohol atau mabuk berkendaraan , tapi bingung dalam menjalani hidup ini, maksud mengerti apa yang kita ucapkan adalah, sudah mengerti penjabaran surat al-fatihah (pck-nak belajaq ni kena bayaq-keh2) kerana induk kitab atau rangkuman 113 surat, maksud dalam keadaan junub, bukan berarti kita belum wudhu tapi masih berada dibawah hukum manusia (artinya kita masih kotor atau najis dihadapan Allah), Mandi maksudnya pada saat kita sudah bersih dari kemusyrikan sudah berada dibawah hukum-hukum Allah.(suka hati dia ja…pakcik ingat2la, depa ni bahasa arab pun tak reti kot, senang2 je tafsirkan terjemahan quran sesuka hati. Langsung tak tengok asbabul nuzul, sebab2 ayat ni diturunkan.(dia ingat ayat quran semua mutasyabihat kot…kena ada tafsiran yang berjela-jela, kalo berjela xpe tp sukehati je nak tafsir cmtu.

Nak lagi ke, ayat2 yg dia seleweng . Pakci bagi yang hardcore je la ek, asas kepada ajaran dorang ni.

Surat An Nisa ayat 97
“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri kepada mereka malaikat bertanya: “dalam keadaan bagaimana kamu?” Mereka menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (makkah)”. Para malaikat berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?”. orang-orang itu tempatnya neraka jahannam, dan jahannan itu seburuk tempat kembali.”

Dia guna ayat ni, suruh kita hijrah. Dulu masa zaman Rasulullah, umat yang patuh akan berhijrah dari Makkah ke Madinah. Huraian dia;

Makkah adalah kefasikan (bukan tempat orang islam, islam bukan tersebar kat situ, orang yang duduk kat situ fasik,kafir).

Madinah adalah Negara islam (tempat orang islam, tempat islam tersebar, orang yang duduk kat sini je islam).

So, apa implikasi dan aplikasi ayat ni kat zaman kita ya sheikh tukang karut?(pakcik bertanya)

Negara Malaysia ni cam Makkah, tempat orang fasik, kafir-sebab tak tegakkan hokum islam (mmg Malaysia tak islamik sangat pun, pakcik setuju…tapi..kepala hotak hang..tempat orang kafir ngam fasik je). Usaha depa adalah mengajak kita la ni ber’hijrah’ ke NII (kononnya madinah…citttt porah).

Hukum hijrah kita adalah wajib. Tapi sekarang ni Negara NII (Madinah konon) tak siap lagi, perlukan sumbangan dan infak dari umat. (hehe, dia mula dah nak masuk jarum dia).

Ni ayat yang dia tafsir (dah tak sesuai kot guna tafsir, guna taksir lagi afdha…masyukkkk).

At Taubah 20
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. dan itulah orang yang mendapat kemenangan.”

Panjang la kalo nak cerita,pakcik pendekkan cerita (malas nak taip, hangpa bukan nak baca pun panjang2)

Mofif utama ialah INFAQ (gelila depa guna INFAQ, so untuk lebih afdal pakick bagi term paling sesuai, ‘IN-F***’. Sapa nak join kena banyak ‘inf**’…jumlah dia, lagi banyak lagi bagus. Lagi banyak korban lagi bagus. Tapi minimum ialah harga seekor kambing atau unta (aittt…apa kena mengena ngan kambing pulak, tol tak Syah). Dia kata dulu Nabi Ibrahim nak korban Nabi Ismail, tup2..Allah tukaq ngan kibasy (kambing la tu). Kambing tu dia ‘taksir’ sebagai ‘harta’..so..apa tunggu lagi wahai ‘mung-haji-ring’ ..’inf**’ la duit dengan nilai sekoq kambing.

Lagi ayat sesat depa…kita ni kotor sebab dijadikan dari tanah, dari mani, duduk pulak kat Negara fasik…so.apa tunggu lagi..kena bersihkan dirila…macam mana nak bersihkan diri ?(lagi mau Tanya ka?). ‘Inf***’ la. Lagi banyak lagi bagus.berbaloi-baloi.

Jap2..nak tengok…uishhh dah panjang dah artikel ni..kena wat kesimpulan ni

Ni ciri-ciri kesesatan depa ni

1) Depa mengkafirkan orang yang tak join ‘hijrah’ depa

2) solat tak payah lagi (jamak suma sekali dalam 1 waktu-kepala tokwan hang aih). Solat tak fardhu lagi sebab kita kan dok kat ‘Makkah’ lagi. Nanti dah ada ‘Madinah’ baru solat betul2.

4) solat depa ganti ngan ‘dakwah’ (temberang orang ada la), doa, infaq…ni semua dah kira cam solat dah bagi kita sekarang (kan kita kat zaman jahiliyyah lagi-Makkah tak al-mukarramah lagi)

3) kalo kita tolak pembinaan ‘madinah’ ni kita macam dah tolak al-Quran (yang hangpa kata solat tak perlu lagi tu tak tolak quran pulak-serabai)

4)Zakat xpayah bayaq, sebab dosa kta tak terampun dah ngan zakat, banyak sgt dosa dia kata (tu dia aihhh-tokwan dia ajaq zakat tu nak tebus dosa)…tapi kena ‘inf***’ banyak2, tak kira miskin –kaya, kena ‘Inf***’ (terer hang cari duit noh).

5)Harta bukan ahli dianggap ghanimah (rampasan perang), halal kita amik. Tudia dia ajaq mencuri pulak supaya dapat bagi dia duit.

Dahla…taklarat dah nak taip.

Sapa yang join sungguh2 nanti dia bawa la p jumpa “rasul’ depa…(deyyy..podah…pemerintah atau golongan pemimpin tertinggi depa gelar sebagai ‘rasul’..gelinya).jumpa ‘rasul’ kena bayaq ‘inf***’.

Kesimpulan cerita ialah ‘Taksirkan al-Quran’ dan ‘Inf*** kan duit’.

Pck-taksir Tanya Syah la, suh dia huraikan bila masa dan tatabahasa yang betul untk guna taksir

5 comments:

Syahril said...

pehal tanya aku lak? hehehe...

hoho baru paham ajaran depa ni... pandai noo cari duit... sian yg depa yg terkena...

soklan aku... kalo kita jumpa ngn depa... depa hujah dpn kita... so kita sbg org awam je dgn ilmu terhad... apa patut kita buat?

a)diam sambil senyum sengih je
b)diam sambil wat muka tak puas ati
c)diam sambil wat muka takdak perasaan
d)diam sambil wat muka donat
e)berhujah takat mana kita tau... yg tak tau kita ckp "tanyalah ustaz"
f)wat2 tido atau pengsan
g)lain-lain

Park Chick said...

Syah n sape2 la kalo agak terjumpe,

ada orang yang pernah jumpe dia wat cmni;
a)diam sambil senyum sengih je
b)diam sambil wat muka tak puas ati
c)diam sambil wat muka takdak perasaan
d)diam sambil wat muka donat
e)berhujah takat mana kita tau... yg tak tau kita ckp "tanyalah ustaz"
f)wat2 tido atau pengsan (yg ni belum penah pakcik dengaq lg)

Kalo hangpa berani try tanya soalan2 ni
1) ulama muktabar yusuf al-qardhawi dok kat mesir, bukan negara islam, dia kena ikut ajaran ni tak
2) ustaz asri, bekas mufti perlis mufti2 kat Malaysia, dok kat Malaysia, dia tak join the club, dia kena ikut ajaran ni tak
-kalo jawapan dia kena ikut, hangpa cakap tunggu sat...nak pi ajak pak imam masjid, polis, kalo boleh jabatan agama sekali.cakap kat dia, kita tak boleh biaq depa ni 'sesat'.

pck pun taktau nak wat cmne sebenarnya...tapi try la hangpa hujah nak bawa ustaz atau polis, mesti dia reject hangpa punye.tp org lain cmne nak selamatkan ek?

Anonymous said...

pkcik duk copy paste ayat syah..hehe

wat2 pengsan..

Syahril said...

huhhh copy paste ayat gue ni... cissss transs tul...

tapi pepun hujah cdgn hg tu walau nampak simple... tapi sbnrnya power tu... ayat pematah hujah dakyah depa... huhuhu...

p/s:thnkiu pakcik... sgt membantu... syukran jazilan...

Syahril said...

anon~
ok gak wat pengsan... hehehe...