BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 30, 2009

Hebatnya Hidayah


Mungkin ini artikel yang terakhir untuk tahun 2009, mungkin juga artikel terakhir untuk tahun baru Hijrah 1431 dan juga berkemungkinan artikel yang terakhir dalam hidup aku yang bernama pakcik. Segalanya berkemungkinan kerana tiada jaminan untuk hidup pada minit-minit terakhir (kalo dalam istilah bola sepak, masa kecederaan).

Minggu lepas, bersempena cuti krismas...pakcik ambil kesempatan untuk meraikan cuti 3hari dengan melawat saudara di bandar Kinrara, Puchong.
Berkesempatan bersolat di surau kariah tersebut, pakcik sempat berbual dengan seorang saudara baru. Abdul Rahman bin Abdullah. Seorang berbangsa India berwarganegara India. Orang sangat tenang, jelas terpancar nur di wajah beliau walaupun baru menganut islam sejak bulan Mei lepas. Dia sudah pintar untuk membaca fatihah dan al-ikhlas. Cukup ikhlas saat kedua ini dibacanya. Beliau bercerita kisah keislamannya, berkisar tentang betapa indahnya islam. Pakcik dapat melihat air mata mula bergenang di kelopak matanya.

Mujahadah beliau membuat keputusan memeluk islam, dihina dan disindir oleh saudara dan kenalan. Meninggalkan anak isteri yang masih dalam kekufuran.

"saya tak peduli apa dorang cakap, tapi saya mau share saya punya rasa manis sama dorang".Airmata beliau mula bercucuran. Pakcik masih bijak menahan genangan air mata.

Mungkin kamu kurang faham maksud kata-kata beliau.."saya tak peduli apa dorang cakap, tapi saya mau share saya punya rasa manis sama dorang". Abdul Rahman sebenarnya sudah merasai indahnya islam, dia mahu keluarganya turut sama menerima islam, turut sama diberi hidayat. Hebat kau ya Abdul Rahman.

Abd Rahman boleh membezakan rasa daging yang disembelih kerana Allah atau tidak. Hebat anugerah Allah kepada beliau. Pakcik, rasa daging kambing dengan daging lembu pun belum dapat membeza.

Pakcik bersyukur dapat mengenali Abdul Rahman. Darinya pakcik belajar berfikir soal hidayah. belajar bersyukur dianugerahkan hidayah. JazakAllah

1 comments:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

moga kita semua dijauhkan daripada kufur dengan nikmat yang Dia kurniakan, nikmat terbesar bergelar seorang muslim...nikmat iman n islam...